48 : 𝐓𝐡𝐞 𝐄𝐧𝐝.
" Kitaorang gurau ajelah " Pujuk Irish pada Noah yang sudah baring mengiring membelakangi nya itu.
" Saya tak suka jenis gurau macam tu Irish "
" Kita balik aje lah malam ni, tak payah dah datang sini terus. Saya taknak awak terikut perangai annoying budak Natan tu " Sambung Noah lalu bangkit dari katil, jaket yang elok tergantung dalam almari di ambil sambil berura-ura untuk keluar dari bilik.
" Ish orang tua ni! Nak merajuk pun tengok umur lah! Ingat comel ke orang tua macam awak nak merajuk macam budak enam tahun?! "
Irish mula hilang sabar, penat juga dia nak pujuk lelaki yang dikatakan tua itu, dan tanpa dia sedar ada satu bait kata yang dia ucapkan yang membuatkan Noah tersenyum senang.
Kaki Noah kini melangkah mendekati Isterinya dengan perlahan.
" Kenapa? Tadi kata nak balik, awak pergilah balik, saya tak nak "
Sekali lagi, makin lebar senyuman Noah. Langkahnya juga semakin laju untuk mendapatkan isterinya yang duduk di birai katil itu.
" Awak cakap lagi sekali " Pinta Noah selepas sampai betul-betul di depan Irish. Gadis itu diam, Terkebil-kebil matanya memandang Noah yang berperangai aneh itu.
" Saya cakap, kalau awak nak balik, awak pergilah balik, saya masih nak duduk sini " Balas Irish dengan malas, sah orang tua itu sudah nyanyuk, takkan lah tak dengar dia cakap apa tadi, diaorang dekat kot!
" Tak jadilah, saya pun nak duduk sini dengan isteri saya " Sambil itu dia mengangkat tubuh isterinya dengan hati yang berbunga-bunga. Irish apa lagi, terkejut lah dengan tindakan Noah yang tiba-tiba itu.
" Kenapa ni? Awak nak buat apa?! " Dia menjerit kecil tatkala tubuhnya di baringkan pada katil, dan posisi Noah sekarang ini sudah berada di atasnya.
" First time saya dengar awak bahasakan diri saya awak, dan bukannya aku kau, saya suka. Lepasni bolehlah upgrade dari awak ke darling, dari darling ke baby, cinta or maybe hubby? "
Ucap Noah dengan senyuman gembira. Dahi Irish berkerut, masih tak faham dengan kata Noah barusan.
Tidak lama, air mukanya kembali cuak bila menyedari apa maksud dari balik kata-kata Noah tadi. Kepala di geleng laju. Habislah, dia sudah terlepas cakap!
" Aku nak kita akhiri semua ni. Aku rasa berdosa dekat suami aku. Maaf, Azraf. Kau dah boleh cari perempuan lain, yang lebih sempurna dari aku "
" Kalau aku taknak macam mana? Kau nak buat apa? " Sambil berkata bibirnya menayangkan senyuman senget. Geram pula dia rasa mendengar kata-kata gadisnya barusan.
Tangan sasa yang penuh tattoo itu naik menyentuh dagu Irish lalu berpindah membelai pipi mulus Irish penuh kelembutan.
Irish tidak menolak, dia hanya berdiam diri sambil membiarkan perbuatan Azraf itu. Bukan idea yang cukup bernas kalau mahu melawan Azraf di tempat begini. Lagi-lagi keadaan lelaki itu tengah separuh khayal
" Aku cintakan kau, aku taknak cari lain sebab kau sempurna di mata aku " Bisik Azraf betul-betul di dekat telingan Irish, usai menghabiskan ayatnya, leher putih Irish di kucup dan dihidu lama.
Irish menelan ludah perit. Dia betul-betul tak selesa sekarang ini, tapi dia tak mampu menolak.
" Apa yang lelaki tu dah buat dekat Irish aku " Azraf jeda, kini punggungnya diangkat dari sofa tempat duduk mereka, dan berjalan menjauh dari Irish.
" Irish, kau pun masih cintakan aku, kan? " Langkahnya terhenti, sambil itu dia melihat penuh berharap pada Irish yang duduk tak berkutik pada sofa panjang di bilik club itu.
Nafas dihembus keluar dengan kasar, nampak dari raut wajah gadis itu pun dia sudah tahu dengan jawapan apa yang akan diberikan.
" Dulu bukan main lagi kau cakap, kau tak cintakan dia, kan? Kau tersiksa dengan kekangan keluarga kau. Jadi jom, pergi dengan aku "
" Aku bawa kau lari dari neraka yang keluarga kau buat untuk kau, dan aku akan jamin, hidup kau akan bahagia dengan aku "
Kini kakinya melangkah setapak demi setapak mendekati Irish. Satu tangannya memegang dagu Irish sambil matanya menatap anak mata gadis itu dalam.
" Kau gila Azraf " Dengan berani Irish melontarkan kata-kata itu, persetankan dengan apa yang akan terjadi padanya sebentar lagi.
" Aku salah sebab kenal kau dulu, aku salah sebab terima kau, dan aku salah dan bodoh, sebab sudah biarkan diri aku jadi mainan kau " Tambahnya dengan berani. Ralat, dengan memberanikan diri.
Sentuhan Azraf yang tadi lembut, kini bertukar menjadi cengkaman kasar pada dagunya. Nafas Irish juga turun naik dek ketakutan yang amat, air matanya mula bertakung.
" Dengar Irish, aku tetap nakkan kau. Cakaplah apa kau nak cakap, aku tetap dengan keputusan aku, aku takkan akhiri semua ni "
Cengkaman dari dagu Irish dilepaskan, dia memang gila, tapi belum di taraf untuk menyakiti orang yang dia sayang. Lagi-lagi Irish, cinta pertamanya.
Ada rasa bersalah juga bila melihat anak mata gadis itu, penuh dengan ketakutan terhadapnya.
" I'm sorry, princess... " Cepat-cepat dia mengelus lembut dagu Irish yang jadi mangsa cengkaman kasar nya tadi.
" Tolong Azraf, sampai sini saja, ya? Aku nak kita akhiri semua ni dengan cara yang baik-baik "
Azraf kembali menarik tangannya, tubuhnya kembali di tegakkan semula. Mata di pejam rapat, bagai mahu naik gila dia rasa bila mendengar perkataan 'akhiri' itu dari mulut gadis yang dia cinta.
" Kau cakap dengan aku, apa lebihnya lelaki tu dari aku! Kau cakap Irish! " Tengking nya dengan tiba-tiba. Gelas wine dicapai lalu di lempar keras kearah dinding bilik private di club malam itu.
Terhinjut bahu Irish kerana terkejut, matanya membutang melihat perbuatan Azraf yang kini bagai orang gila, semua barang-barang yang ada di ruangan itu di lempar kuat ke dinding.
Tidak lama selepas melihat Azraf kembali tenang, Irish kembali membuka mulut.
" Dia sempurna, dari segi apapun dia jauh di atas kau " Saja mahu menyalakan api yang tadi reda.
Azraf ketawa mengekek, dia mesti sudah terlebih minum ni, itulah pasal dia sampai berhalusinasi dan tersalah dengar begini.
" Aku minum banyak sangat kot "
" Macam ni lah, kita jumpa esok, ok princess? Dekat sini. Jangan risau, aku takkan minum selagi kau tak muncul depan aku " Usai berkata dia terus keluar dari bilik itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia tak boleh lama-lama disitu, dia tak tahu apa akan jadi dengan Irish.
Irish hanya memerhati Azraf yang keluar sambil terhuyung-hayang dari bilik itu. Nafas lega di hembuskan sebelum mencapai botol minuman yang selamat dari lemparan Azraf tadi.
Minuman keras itu diteguk rakus. Mata terpejam tatkala merasakan perit dibahagian tekak nya.
Sebenarnya dia masih sayang dan cintakan Azraf, tapi dalam waktu yang sama, dia juga sayangkan suaminya, Noah.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro