Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47 : 𝐈𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧

" Ayah dah kata, jangan kacau orang. Lagi-lagi kalau orang tu tak kacau hidup kita! Kenapa Raf susah sangat nak dengar?! "

" Yah... diam kejap, Raf pening ni "

" Haa itulah, banyak gaya lagi, kerja kat sini pun tak boleh handle, lagi nak buat kerja lain! Kerja gila! "

Hambur Dato' Brahman pada anaknya. Tak habis fikir, kenapa lah anaknya itu begitu keras kepala. Asyik nak ikutkan kepala sendiri saja, tak pernah nak dengar cakap dan pendapat orang.

Azraf hanya memasang telinga, malas untuk adu mulut dengan ayahnya.

" Azraf, stop kejar perempuan tu, sebab dialah anak ayah jadi macam ni, tengok Big Data, apa dah jadi dengan perusahaan ni? Tunggang langgang dah sebab Raf tak urus dengan baik "

" Ayah tak larang kamu nak bercinta, tapi kalau Raf tak boleh handle pekerjaan ni, macam mana Raf nak urus anak orang nanti. "

" Satu lagi ayah nak pesan, sudah-sudah lah tu kacau hidup orang, jangan sebab hidup kita dah kacau, kita nak kacau juga hidup orang lain "

" Ayah tak suka Raf macam ni, mana Az– "

" AYAH! Sudahlah! " Tengking Azraf penuh amarah, Fail-fail yang tersusun elok diatas meja itu habis di lempar keatas lantai.

" Raf dah suruh berhenti kan! Raf pening ni ayah, tolong lah faham " Nada suaranya kembali tenang, tangan naik memicit kepala sendiri yang di rasa berdenyut sakit.

Dato' Brahman pula hanya memerhati, emosi juga dia kawal dari menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya di ucap. Dia tidak boleh menyiram minyak pada bara.

" Ayah cakap, ayah nak apa sekarang ni, kenapa asyik tuduh Raf kacau orang, ayah ada bukti tak ayah! " Ditenung ayahnya penuh serius.

" Tikus yang kau lepaskan, aku tak sengaja terpijak ekor nya "

Kini Dato' Brahman menggantikan bahasa dari ayah ke Raf menjadi aku ke Kau, dan itu sudah membuat Azraf sedar yang bila-bila masa saja ayahnya itu akan menjadi singa yang kelaparan.

" Kau tahu apa part menariknya? Dia bongkar segala kerja busuk kau. Dan yang buatkan aku lagi terkejut, tikus tu bukan hanya satu "

Usai berkata, Dato' Brahman ketawa lepas. Sofa yang ada dalam ruang kerja anaknya itu dituju lalu melabuhkan punggung nya disitu dengan selamba.

" Raf nak ayah bawa tikus-tikus tu datang sini ke Raf? " Anaknya di pandang kembali.

Azraf menelah air liur kesat, entah suruhan yang mana satu yang sudah bongkar semua kerja-kerjanya itu. Kepalanya tertunduk memandang meja kerjanya.

" Sudahlah Raf, anggap ini amaran terakhir dari ayah, jangan kacau orang. Kalau ayah dapat tahu Raf masih juga kacau, kita settle kat rumah macam biasa, ya? "

Nada penuh beramah-mesra Dato' Brahman itu menjadikan Azraf lagi takut, dan dia sudah tahu apa akan jadi kalau dia ingkar amaran terakhir itu.

Hanya matanya yang menghantar pemergian ayahnya tanpa sebarang kata. Dia betul-betul gerun kalau sudah ayahnya bercakap dengan nada lembut begitu, sudah serupa psikopat.

Dia kembali duduk dengan tenang setelah tidak lagi merasakan keberadaan ayahnya di sekitar officenya. Fail-fail dibiar berselerak begitu.



" Aku nak tanya sikit ni, boleh? "

" Hm, apa dia "

" Cita-cita kau apa? "

Natan berpaling, dilihat kakak iparnya dengan riak wajah yang pelik, dah kenapa tiba-tiba tanya pasal cita-cita ni.

" Bodoh kan pertanyaan aku, mestilah cita-cita kau nak jadi macam Daddy dengan Abang kau " Irish ketawa kekok, tak habis fikir, kenapalah tiba-tiba dia tanya pertanyaan yang jelas-jelas sudah ada jawapannya.

Natan yang menggelengkan kepalanya itu semerta mematikan senyuman Irish. Natan senyum sebelum bersuara.

" Kalau dulu, Ya. Memang aku bercita-cita nak jadi macam Daddy, Abang Noah. Jadi chef dekat hotel bintang lima macam daddy, dan buka restaurant macam abang Noah "

" Tapi aku tak ada kemampuan macam diaorang. Makin aku cuba, makin susah aku nak capai kata sempurna tu. Jangankan sempurna, elok saja tak sampai agaknya "

" Kau tahu kenapa aku bawa diri sampai ke Latvia? Sebab aku dengar, Chef hebat semua datang dan belajar dekat sana. Aku pun nak jadi macam diaorang, dan kalahkan abang Noah, tapi aku tak boleh "

" Macam yang aku cakap tadi, sekeras mana pun aku usaha, semua tu akan sia-sia. Jadi aku putuskan untuk balik saja dekat negara kelahiran aku dan belajar dekat sini, tapi bukan untuk jadi chef "

Sayu suara Natan menjelaskan tentang impiannya. Dia senyum hambar kearah Irish.

Irish mendengarkan saja, mahu beri pendapat, dia belum merasakan semua itu, jadi dia diam saja.

Orang kata, lebih baik jadi pendengar setia dari jadi pemberi pendapat yang belum tentu orang itu setuju dan terima. Tak giteww?

" Jadi apa plan kau lepasni? " Irish kembali melontarkan pertanyaan. Saja nak tahu adik iparnya itu ada rancangan apa selepas berputus asa dengan cita-cita nak jadi chef nya itu.

" Aku rasa... " Natan jeda. Ekor mata yang menangkap sesosok tubuh abangnya yang baru turun dari tangga itu membuatkan dia terfikirkan sesuatu yang jahat.

Hilang sudah mood serius nya, Natan tersenyum nakal lalu mendekati Irish yang sudah Terkebil-kebil memandang nya itu.

" Plan aku lepasni... "

" Nak rampas kau dari abang Noah then kita kahwin dan hidup bahagia berdua " Sambung Natan tanpa gentar. Irish terkaku, begitu juga dengan Noah yang baru turun dan mendengar itu.

Kenapalah hari ini begitu berat baginya. Habis seorang, datang lagi sorang yang nak dekat isterinya itu. Kenapa? Dah tak ada perempuan lain ke dekat luar tu? Sampai isteri dia juga diaorang nak.

Sebelum Irish membuka mulut, Natan sudah terlebih dulu memberi isyarat mata untuk ikut saja alur permainan nya.

Irish yang faham terus mengangguk kecil. Senyuman yang tak kalah jahatnya dengan Natan pun timbul dibibir mungil nya.

" Janji? Saya tunggu tau! " Irish senyum sambil jari kelingking nya dihulurkan pada Natan. Natan angguk dengan senyuman, sambil menyambut jari kelingking Irish dengan kelingking nya.

" Hai? Isteri abang sendiri pun nak kebas? Kenapa? Dah tak ada perempuan lain yang nak ke? "

" Yang si isteri pun satu, dah kahwin pun masih nak melayan jantan lain? dengan adik ipar pula tu "

Perli Noah, emosi sedaya upaya di tahan dari terhambur keluar. Karang tak pasal-pasal Mommynya terbangun sebab pertengkaran yang berlaku kejap lagi.

" Eh, kantoi ke? Sorry lah " Dengan selamba badak nya Natan melepasi Noah lalu naik ke biliknya. Tak boleh lama-lama dibawah, karang jadi sesuatu yang tak diingini.

Biarlah kakak iparnya yang menyapu bersih sisa-sisa permainan yang dia rencanakan tadi. Irish sengih tatkala matanya bertembung dengan anak mata garang suaminya.

Dalam hati sudah memaki hamun adik iparnya, sebab tinggalkan dia sendiri dengan permainan yang disebabkan oleh Natan tadi.


























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro