42 : 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚
" That's all? " Noah melempar pertanyaan selepas habis saja mendengar setiap penerangan dari Serly yang menawarkan kerja sama dengannya itu. Wajah Serly dilihat dengan kening ternaik sebelah.
" Yup, kenapa? Kau tak berminat? " Selepas mengangguk dia balik bertanya.
" Tak adalah, aku senang kau nak buat kerja sama ni, tapi aku rasa agak tak berbaloi. Restaurant aku pun kau juga yang gandeng, takkan bakery pun kau nak " Jujurnya.
Dia tak rasa berbaloi pun bekerja sama dengan Serly buat kali kedua ini, sebab sama saja dengan restaurant nya, tiada apa yang di tambah ataupun dikurangkan dan masalah kerjasama mereka itu.
Serly sengih sebentar.
" Jadi kau tak berminat lah ni? " Raut wajah Serly bertukar masam, dia ingatkan Noah akan terima saja, tapi nampak gayanya lelaki itu macam nak taknak saja.
" Entahlah Serly, buat masa sekarang aku tak rasa perlukannya, tapi kalau aku dah rasa aku perlukan nanti, aku terus kabarkan dekat kau " Dengan penuh berhati-hati dia menolak lembut tawaran gadis di hadapannya itu, takut kalau Serly berkecil hati dengan perkataan nya.
" Ok, terserah kau, aku taknak paksa "
" Tapi kalau kau perlukannya, jangan pernah malu untuk kabarkan dekat Nuha atau lagi bagus kau terus direct aku " Sambung Serly akur dengan keputusan Noah.
" Ada lagi? " Noah bertanya selepas suasana hening sesaat. Serly mengangguk dan semerta kening lelaki dihadapannya itu ternaik.
" Pasal Irish " Raut wajah Noah kembali serius sambil menunggu ayat selanjutnya dari Serly.
" Kalau boleh cegah dia dari dekat-dekat dengan budak Azraf tu, aku tak rasa lelaki tu baik " Serly menyambung kata-katanya.
" Kau faham kan maksud aku? Don't let your wife lepak sama dengan dia. Just Don't. ya... " Tambahnya lagi, tapi kalini dengan nada yang seakan memohon dan sedikit risau.
Entah kenapa, dia tak rasa seorang lelaki bernama Azraf itu seperti manusia pada umumnya yang normal saja, dan dia dapat rasakan benda tak elok akan jadi pada rumah tangga Noah. Entah kenapa.
Itu bukan hanya soal feeling, tapi dia betul-betul tak sedap hati. Lagi-lagi siang tadi dia nampak Irish keluar dengan lelaki itu, dan mereka kelihatan agak mesra.
Noah mengangguk saja, andai Serly tahu betapa keras kepalanya isterinya itu...
" Itu aje lah, dah larut sangat dah ni, kau pun balik terus tau, jangan penat sangat " Pesan terakhir Serly sebelum beredar dari situ.
" Good night princess "
" Sweet dreams, I love you " Ucap Azraf sambil mengucup dua belah pipi Irish mesra.
Irish tidak membalas, malah dia keluar dari kereta Azraf dengan riak penatnya. Pintu kereta di tutup malas.
" I love you " Ucap Azraf lagi tak puas hati bila gadisnya itu tidak membalas nya.
" Baliklah Azraf, dah larut ni " Nada suaranya cuba dikawal dari kedengaran menyampah.
" Irish, I said I love you! " Nada suara Azraf pula naik seoktaf. Gigi diketap geram sambil menunggu balasan dari Irish. Matanya merenung sekujur tubuh gadisnya itu.
" I love you too " Datar suara Irish membalas.
Azraf mendengus sebelum keluar dari perut kereta, kaki dihayun mahu mendapati Irish yang berdiri bersandar pada pagar rumahnya itu.
" Kau kenapa, tadi ok je " Irish menggeleng laju, dia pun tak tahu kenapa mood dia tiba-tiba hilang, mungkin disebabkan oleh faktor penat?
Baru saja Azraf hendak melangkah lebih dekat dengan Irish, tiba-tiba bunyi hon yang nyaring itu memberhentikan langkahnya. Badan dipusing untuk melihat siapa gerangan manusia yang tak ada adap itu.
" Excuse you, saya cuma nak masuk rumah saya, tapi kereta awak halang jalan, boleh tepikan sikit? " Selamba Noah selepas menurunkan cermin kereta, sebelah tangannya disangkutkan pada tingkap keretanya itu dengan riak bersahaja.
Azraf diam, tiada sebarang pergerakan. Hanya telinga nya saja sedikit memerah dek kerana menahan geram, rahang juga bergerak-gerak.
" Sayang, boleh tak bagitahu lelaki tu alihkan kereta dia? Lagipun halaman kita ni bukan tempat parking kereta " Nada dibuat-buat manja dan diakhiri dengan sindiran, sambil bibir tersenyum seolah mencabar Azraf yang masih berdiri mematung disitu.
" Azraf, baliklah dah larut ni " Irish membuka suara sambil menolak lembut badan teman lelaki nya itu untuk masuk ke kereta.
Bukan apa, takut juga dia kalau dua lelaki di depannya itu adu tinju. Muka Azraf pun sudah berang dari tadi. Selepas badan Azraf sudahpun masuk ke dalam kereta, pintu di tutup perlahan.
" Kita jumpa esok, ok? " Pujuk Irish sambil mengelus lembut pipi Azraf, saja mahu tunjuk sweet depan Noah.
Azraf mengangguk, sempat juga dia kucup pipi gadisnya dan memberi pandangan mematikan pada Noah sebelum pergi meninggalkan perkarangan rumah lelaki itu.
" Masuk " Tegas suara Noah mengarah pada isterinya. Kereta dipandu perlahan untuk masuk ke halaman rumahnya meninggalkan Irish yang masih setia berdiri melihat kepergian Azraf.
Selepas tidak lagi melihat kereta teman lelakinya, dia terus masuk ke dalam rumah. Badan direbahkan ke sofa sambil menghirup aroma di ruang itu. Rindunya dia dengan rumah ini walaupun baru beberapa hari ditinggalkan.
Bunyi derapan kaki bercampur dengan bunyi geselan kertas menarik perhatiannya, bukan pada bunyi derapan kaki melainkan pada bunyi kertas. Matanya kini dialihkan pada beg kertas yang di pegang Noah.
Tanpa sebarang patah perkataan Noah meletakkan beg kertas yang berisikan roti yang dibuat olehnya dan Irish siang tadi keatas meja dihadapan gadis itu.
Irish dipandang kecewa sejenak sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Irish terkebil-kebil melihat tingkah Noah yang seolah dingin padanya itu.
Kedua-dua bahunya diangkat, malas mahu ambil tahu. Tangan mula membuka beg kertas diatas meja. Mahu tahu apa isinya.
Badannya semerta membeku, dia lupa! Dia betul-betul lupa kalau dia ada buat roti ni tadi dengan Noah, dan dia boleh pula keluar tinggalkan lelaki itu!
Beg kertas kembali di tutup lalu melangkah laju naik keatas, daun pintu Noah diketuk, sesampai saja dia di depan bilik lelaki itu. Tiada sahutan. Tombol pula di pulas, terkunci.
" Lah? Marah ke " Gumamnya perlahan sambil tangan masih mengetuk daun pintu. Selepas beberapa minit tiada sahutan, dia mengatur langkah pula untuk ke biliknya, mahu bersihkan diri.
Tepat saat Irish menutup pintu biliknya Noah keluar dari bilik, langkah diatur turun kebawah untuk membuat makan malam. Bukan untuk dia melainkan untuk isterinya. Dia sudah makan dekat luar tadi.
Beg kertas yang berisikan roti yang dia bawa dari resto nya tadi dilihat, masih setia diatas meja, macam tak di sentuh juga.
Dia lalu mengambil beg kertas itu lalu dibawa sama ke dapur dengan rasa kecewa.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro