38 : ๐๐ฎ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ ๐ข๐ง
" Noah... " Dengan teragak-agak Irish memanggil suaminya yang tengah fokus pada layar telefon itu.
" Ya, sayang " Lembut Noah membalas seraya itu dia meletakkan telefonnya di ranjang sebelahnya. Kini matanya fokus memandang Irish. Fokus sepenuhnya melihat isterinya.
" Thanks " Ucap Irish, anak mata kini di alihkan kearah telefonnya, dia sanggup mengetepikan egonya yang sebesar wall maria dalam Attack On Titan itu.
Kening Noah berkerut, pelik. Kenapa pula tiba-tiba isterinya itu ucap terima kasih padanya.
" Thanks? For what, sayang? "
Irish mendengus kecil, sebenarnya malu juga dia nak cakap macam itu, tapi dia perlu cakap juga!
" Sebab dah bantu aku buat roti tu, ya walaupun kau pergi buat pizza dan bukannya roti " Dijeling tajam lelaki itu sekilas, masih tak puas hati sebab roti yang dia mahu buat dijadikan pizza pula.
Tapi jujur, dia betul-betul mahu berterima kasih sebab Noah dah ubah doh dia tadi jadi sedap nak mampus. Rasa nak menangis pun ada bila rasa pizza tu tadi.
Noah mengangguk faham. Ingatkan kenapalah tadi. Dia senyum senang, senang sebab Irish sudah bukan seperti awal-awal kahwin dulu, Irish yang sekarang dah mula sedikit lembut padanya.
Buktinya gadis itu berterima kasih padanya hanya kerana hal kecil yang dia buat siang tadi.
" Sama-sama sayang, saya nak minta maaf juga sebab dah ubah doh tu jadi makanan lain, dan bukan roti yang macam awak nak " Lembut suara Noah meminta maaf sampai mahu terhanyut Irish dibuatnya. cepat-cepat dia sedar.
" Tapi kalau awak nak, kita boleh buat lagi esok, macam mana, hm? " Tambah Noah, tubuhnya didekatkan lagi dengan Irish.
Irish tidak menjawab, tidak juga beri sebarang reaksi, mata dan jari-jari nya hanya fokus pada telefon yang digenggaman kini.
" Nak tak? Kalau ya kita pergi supermarket beli bahan sikit, saya pun nak beli bahan untuk buat resepi baru esok " Usai berkata Noah bangkit dari ranjang.
Hoodie berwarna putih disarungkan ke badan. Kunci kereta dan telefon turut sama di capai.
" Jom " Ajaknya pada Irish yang masih bermain telefon. Gadis itu melihatnya sekilas lalu berdiri dari duduknya dengan malas.
Baru saja dia hendak keluar dari bilik itu, pergelangan tangannya di tahan oleh Noah. Dia menoleh dengan malas.
" Awak tak bersiap dulu? Saya boleh tunggu "
" Aih kau ni, aku dah cantik macam ni, lagipun pergi supermarket je, bukan nak pergi mana " Tangan ditarik kasar dan berlalu pergi dari situ.
Bukan itu maksud Noah.
" Kau nak kemana " Natan yang muncul dari arah dapur itu bertanya, dilihat Irish yang sedang menuruni anak tangga seolah tengah marah.
" Supermarket " Balasnya sepatah. Malas lebih tepatnya. Kaki dihayun terus keluar dari rumah itu dan membuka kasar pintu kereta Noah, dia duduk lalu kembali bermain telefon. Untunglah kali ini tak berkunci.
" Aku nak ikut " Kini mata Natan beralih pada Noah yang juga baru turun itu sambil membawa sehelai Hoodie berwarna ungu.
Selepas dapat anggukan dari Noah, cepat-cepat dia naik ke biliknya untuk mengambil hoodie nya juga dan turun semula.
Pintu rumah juga dikunci memandangkan Mommy nya dari siang tadi belum pulang. Balik lewat katanya.
Noah berjalan mendekati seat Irish, pintu kereta di buka lalu menyarungkang Hoodie miliknya ke badan Irish tanpa bersuara sikitpun.
Bak seorang anak yang dipakaikan baju oleh ibunya, Irish hanya menurut, dua tangannya juga dimasukkan ke lengan hoodie. Dia sedikit terkejut juga dengan tindakan Noah yang tiba-tiba itu.
Selepas siap memakaikan hoodie itu, kini seatbelt juga turut dipasang. Irish masih sama, hanya diam dan memerhati wajah Noah dari dekat. Sungguh amat dekat.
Terkesima dia dengan perbuatan lelaki dihadapannya itu. Selain Azraf, Noah orang kedua yang suka memanjakannya dan sangat mengambil berat terhadap nya.
" Jangan buka pula " Ubun-ubun Irish dibelai lembut sebelum kembali menutup pintu kereta. Risau juga dia kalau tiba-tiba gadis itu tanggalkan hoodie yang sudah dipasang tadi Malam ini cukup sejuk untuk hanya keluar dengan sehelai baju saja. Maklum, baru lepas hujan.
Selepas Natan masuk kedalam perut kereta, Noah mula menghidupkan enjin dan perlahan-lahan memandu pergi.
Sepanjang perjalanan mereka ke supermarket, mereka bertiga hanya menyepi. Natan dan Irish masing-masing bermain dengan telefon manakala Noah pula fokus dengan pemanduan nya.
" Kau buang angin Natan? " Membulat mata Natan bila di tuduh begitu oleh abangnya. Dah kenapa jadi dia? Dia elok saja duduk sambil scroll reels
Irish menoleh kebelakang, dilihat wajah adik iparnya itu dengan dahi berkerut. Tak senonoh langsung!
" Eh aku pula, bini kau kot yang kentut " Sambil berkata lengannya naik menutup hidungnya bagi mengelak bau kentut yang dikata abangnya tadi masuk ke rongga hidung.
" Tak adalah, aku tengok Irish tutup hidung guna hoodie tu, aku ingatkan kau buang angin. Awak hidu bau apa sayang? " Tambah Noah dan diakhiri pertanyaan. Irish yang masih menutup hidung menggunakan leher hoodie nya itu dikerling sekilas.
Irish terkebil-kebil, bau apa? Mana ada bau apa-apa, dia tutup hidung guna hoodie sebab suka dengan bau hoodie itu. Manis dan maskulin saja wangian hoodie yang dipakaikan oleh Noah tadi.
Jap..
Seakan tersedar sesuatu, dia pantas menarik turun hoodie yang menutupi hidungnya, itu hoodie milik Noah, sudah pastilah bau wangian itu milik Noah juga!
" Urm, tak ada " Dia geleng laju, lalu kembali menyambung bermain dengan telefon seolah tak terjadi apa-apa. Natan menjulingkan mata keatas lalu kembali menurunkan lengannya. Ada-ada aje.
Tidak lama mereka tiba di supermarket, masing-masing mereka turun dari kereta. Sebelum masuk Noah sudah terlebih dahulu mengambil troli.
Irish dan Natan ikut saja kemana Noah pergi, pergi rak bahan kering diaorang ikut, pergi rak bahan basah pun diorang ikut, dah macam anak yang membuntuti ibunya tengah berbelanja.
Noah berpusing kebelakang menghadap adik dan isterinya sebelum membuka suara.
" Awak nak apa-apa? " Mata Irish dipandang lembut. Irish geleng sambil berpeluk tubuh, sejuk, sudah pakai hoodie tebal pun Masih lagi rasa sejuk, macam mana kalau tak pakai tadi? Tak boleh bayang, mesti dah macam dalam freezer.
Thanks to Noah, sebab lelaki itulah dia tak merasa dalam freezer sekarang ini.
" Kau? " Kini anak matanya beralih pada Natan. Kelihatan Natan berfikir sejenak sebelum mengangguk.
" Aku ingat nak masak spaghetti untuk breakfast esok, nak beli bahan-bahan tu aje " Jawab Natan dengan penuh excited nya.
Irish menghamburkan tawanya. Dipandang Natan itu atas bawah. Biar betul mamat sekor ni nak masak?
" Kau? Nak buat spaghetti? " Remeh nada suara Irish bertanya. Sudahlah buat roti siang tadi keras macam batu, ada hati nak buat spaghetti. Cih!
" Bising lah! " Penutup kepala hoodie itu ditarik naik menutupi kepala Irish dan berlalu pergi dari situ, troli yang tadi ditolak oleh abangnya juga di bawa pergi bersama. Lantaklah abangnya nak marah sebab dah berlaku begitu pada gadis itu.
" Jangan nak gelakkan orang sangat " Naik geram Noah melihat isterinya yang ketawa girang begitu. Tudung hoodie isterinya dikemaskan lalu mencubit lembut pipi gadis itu. Tangannya juga naik merangkul bahu Irish dan dibawa pergi mengikuti Natan yang sudah tidak kelihatan dibalik rak barang.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro