35 : 𝐇𝐨𝐭 & 𝐒𝐞𝐱𝐲
" Irish... "
" Sayang, badan saya sakit baring lantai ni " Noah mengadu tak selesa. Kepala naik menjenguk Irish yang baring mengiring membelakangi nya.
Bukan dia tak boleh tidur kat sofa, boleh, tapi sofa ada kat ruang tamu tu saja, nanti Mommy dia jumpa, tak ke menyusahkan? Mesti Mommynya itu akan menyoal siasat dia pasal hubungan mereka dan mulalah ikut campur hal rumah tangga nya. Dan dia taknak itu terjadi.
Tiada sahutan dari Irish, sudah tidur mungkin. Perlahan dia bangkit lalu berjalan mendekati isterinya itu.
Dengan penuh hati-hati dia naik ke ranjang, bantal yang dari tadi di pegang itu diletakkan di tepi bantal Irish. Badan turut sama di rebahkan. Perlahan demi perlahan.
Comforter pula ditarik naik menutupi badannya dan juga badan isterinya itu. Fuh selesa. Nasib baiklah gadis itu sudah di ulit mimpi, kalau tidak, memang dia kena tahan lah baring atas lantai tanpa berlapikkan apa-apa.
" Kau buat apa ni " Datar suara Irish itu mengejutkan nya. Irish berpusing menghadap kearah nya dengan wajah tanpa reaksi.
Noah sengih, ala ingatkan dah tidur tadi.
" Badan saya sakit, jadi saya pindah sini, tak apa kan? " Walaupun dia tahu Irish akan balas apa. Sudah pastilah tidak akan membenarkan nya, tapi dia tetap juga bertanya.
" Urm, ok " Ringkas balasan Irish sebelum kembali membelakangi Noah yang sudah terkebil-kebil memandang belakang badan isterinya itu.
Serius lah? Dia tak salah dengar kan?!
" Aw..awak serius ni? " Badannya bergerak mendekati Irish, saja mahu mendengar lebih dekat, kot-kot lah dia tersalah dengar.
" Ya Noah, kalau kau taknak boleh pindah lantai tu balik. Kalau ya, baik kau diam, aku nak tidur " Ujarnya dengan mata yang tertutup. Tersenyum senang Noah mendengarnya.
" Kau jangan nak sentuh aku pula, aku tak segan-segan libas kau sampai ke menara Eiffel sana " Ancam Irish.
Tersembur terus tawa Noah mendengar ancaman isterinya itu. Pukulan siang tadi pun tak berasa, ada hati nak libas orang sampai ke Eiffel tower.
" Aku serius " Nada suaranya masih sama, Datar saja. Ralat, lemah suaranya kerana penat bercampur mengantuk.
Noah menggeleng kecil lalu memeluk geram Irish dari belakang. Tersentak gadis itu dengan tindakan Noah.
" Shhh, awak penat kan, tidurlah, saya takkan buat apa-apa, saya nak peluk awak macam ni saja " Bisik Noah betul-betul di tepi cuping telinga Irish. Dapat gadis itu rasakan deruan nafas Noah menerpa telinga dan lehernya. Panas.
Irish tidak memberontak dengan tindakan Noah itu, malah yang anehnya dia suka, dia selesa dengan pelukan suami nya itu. Matanya semakin berat. Perlahan-lahan kelopak matanya mula terpejam rapat.
Noah senyum selepas telinganya menangkap dengkuran halus dari isterinya itu. Matanya juga di pejam dengan hati yang berbunga-bunga.
Sikit lagi Noah! Sikit lagi Irish akan terima kau! Kau perlu sabar dan berusaha lebih lagi! Ya! Kau boleh! Pasti!
Sinar matahari yang menerobos masuk dari sela-sela kain langsir itu menyedarkan Irish dari lena nya. Kelopak mata perlahan-lahan terbuka dan perkara yang pertama sekali dilihat setelah membuka mata ialah tangannya yang kemas melingkar di badan sasa tak berbaju Noah.
Mata yang layu tadi kini terbuka luas, dengan pantas dia menarik tangannya sambil menjauhi lelaki itu. Comforter turut sama di tarik dan sekali lagi dia di buat terkejut dengan penampilan Noah yang hanya mengenakan boxer.
" Bagilah sikit, sejuk.. " Suara serak basah yang pertama kali dia dengar dari mulut Noah sambil lelaki itu menarik-narik comforter yang masih digenggam Irish.
" K..kau. " Dia jeda. Tak tahu nak buat apa, beberapa saat kemudian dia berdiri lalu membaling comforter itu ke muka Noah. Noah tidak bereaksi, masih lena dibuai mimpi.
Kaki dihayun masuk ke bilik air. Beberapa minit kemudian selepas mandi dia keluar dengan cantik mengenakan dress satin mertuanya, tapi kali ini berwarna biru muda.
Tengah dia menilik penampilan nya di kaca besar yang ada di bilik itu, tanpa dia sedar sepasang mata dari tadi memerhati tingkah nya dari atas ranjang.
" Morning pretty " Garau suara Noah menyapa. Senyum manis seperti biasa. Badannya mengiring tangan pula menongkat kepalanya. Atas bawah Irish di pandang penuh kagum. Cantik sungguh isterinya itu.
Bukan Irish tidak terkejut, tapi dia cuba menyembunyikan rasa kagetnya dengan memasang riak bengis. Dijeling Noah dari pantulan kaca. Awal pagi dah bising!
" Awak nak kemana cantik-cantik ni " Sengaja dia bertanya. Posisinya yang mengiring tadi kini ditukar meniarap.
" Aku nak balik " Usai berkata Irish terus keluar dari bilik itu dengan segera. Noah apalagi, bangkitlah dari ranjang dan mengejar sang isteri dengan paniknya.
Dia dah tak peduli dengan penampilan dia sekarang ini, lagipun ini rumah dia, jadi tiada hal kalau sesiapa nak tengok dia berpenampilan begitu.
" Irish! " Jeritnya. Kakinya juga laju menuruni anak tangga satu persatu sambil mata mencari kelibat isterinya.
" Apa kamu ni Noah awal pagi dah terjerit-jerit! Satu lagi, tak reti nak pakai baju dulu ke! Irish ada aje ni dengan Mommy, dia tak pergi mana pun! " Bebel Puan Scahny dari arah ruang makan.
Noah diam, kepala menoleh kearah ruang makan. Ditenung Irish yang sudah menayangkan riak penuh mengejek disitu. Oh nak mainkan dia eh.. ok biar dia layan.
" Sorry Mommy, tadi Noah nak pakai baju dah, tapi isteri Noah ni, dia kata tak perlu sebab suka tengok Noah macam ni, nampak hot and sexy " Nak main sangat kan. Dia punya terkejut ingat Irish betul-betul balik tadi rupanya gadis itu hanya kenakan dia.
Membulat mata Irish, sejak bila dia kata pun dia tak tahu, lalu matanya tajam merenung Noah yang sudah senyum kemenangan disitu.
" Hot and sexy apanya, macam orang gila adalah " Natan. Natan yang baru tiba di situ mencelah. Dilihat abangnya sinis sebelum mengambil tempat duduk di tepi Irish.
" Yang sorang lagi ni buang tabiat ke, itu bukan tempat kamu " Marah Puan Scahny lagi tapi kali ni memarahi Natan.
Irish hanya diam memerhati tiga beranak di depannya itu, tak boleh masuk campur! Itu perbalahan antara anak beranak dan dia tak boleh ikut campur! Jangan! Jangan sesekali!
" Lah? Natan nak duduk sini, salah k- "
" Jangan nak mengada, tu tempat abang kamu " Potong Puan Scahny.
" Kamu Noah, tak reti naik pakai baju dah? Pergilah pakai cepat, Mommy ada benda nak tanya pasal kerja kamu " Kini suara Mommynya berubah serius.
Sudah! Takkanlah Mommynya itu dah dengar khabar pasal restaurantnya yang tak berapa nak baik beberapa hari belakangan ni.
Dia menghela nafas panjang lalu mengatur langkah naik kebilik untuk mandi sekali. Dia sudah sedia memasang telinga dari bebelan dan ceramah Mommynya.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro