Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 : 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐚𝐮𝐫𝐚𝐧𝐭

" Oi lelaki! " Panggil Irish seakan lelaki di depannya itu tidak mempunyai nama. Noah berhenti dari melangkah. Wajah isterinya di lihat dengan pandangan kenapa.

" Kau nak pergi mana "

" Saya nak keluar kejap, ada benda perlu di urus " Balas Noah, Irish hanya mengangguk perlahan sebelum kembali bersuara.

" Aku nak ikut " Tatkala itu, wajahnya dipandang penuh pelik oleh sang suami. Mana tidak, itu kali pertama gadis itu mahu mengikutinya. Biasanya dia langsung tak dihiraukan jika ingin keluar.

" Awak... Demam ke, sayang? Nak saya hantar pergi klinik? " Riak wajah yang tadi pelik kini berubah risau. Didekati isterinya itu.

" Aku okey lah! Kau nak bagi ikut ke tak! " Naik rimas dia bila tangan Noah mula naik memegang dahinya seolah mengecek suhunya. Ditepis kasar tangan lelaki itu.

Semerta senyuman terukir di bibir Noah. Apakah ini pertanda? Halah sikit-sikit pertanda.

" Kau sengih apa, jangan nak perasan, aku nak ikut sebab bosan duduk rumah sensorang "

" Kalau kau tak nak bagi aku ikut, aku bakar rumah kau, macam malam tadi! Nak?! " Meletus terus tawa lelaki itu. Punggung dilabuhkan disebelah Irish. Irish melihatnya penuh kesal. Dia betul-betul apa! Bukan ancaman semata.

" Kau tak takut? Ok, kau tunggu, kau balik aje dari luar, rumah kau dah tinggal puing-puing, percaya cakap aku " Sekali lagi, Noah ketawa lucu mendengar ancaman Isterinya.

" Tak adalah, dah jom, saya dah lambat ni " Sedaya upaya dia menahan ketawanya lalu bingkas bangun dari sofa. Kunci kereta di capai lalu keluar meninggalkan Irish yang sudah kelam kabut itu.

" Oi jantan! Tunggu lah! " Jeritnya dari dalam. Tergeleng kecil Noah dibuatnya.

Kaki terus melangkah kearah seat sebelah pemandu lalu dibuka pintu kereta itu untuk isterinya masuk.

" Kita nak kemana " Irish bertanya selepas beberapa minit mendiamkan diri. Tapi Noah tidak membalas, serius saja wajahnya melihat jalan di depan.

" Aku tak lapar " Ujar Irish selepas mereka tiba di restaurant tempat dia selalu lepak. Noah di samping nya itu dipandang hairan. Takkanlah lelaki itu pula yang lapar? Diaorang berdua dah makan kot sebelum keluar tadi.

Noah masih diam, lelaki itu hanya membiarkan Irish mengikuti nya keluar dari kereta dan masuk kedalam restoran.

" Mana Zaquan, aku nak jumpa dia " Noah bertanya pada salah satu pekerja disitu sambil matanya melilau mencari manusia yang bernama Zaquan.

Irish hanya diam, matanya juga melilau melihat sekeliling, kot-kot lah ternampak si Zaquan, ya walaupun dia tak tahu Zaquan yang mana satu.

" Kau cakap gitu macam kedai ni bapak kau yang punya, sopan lah sikit nak bertanya pun " Tajam matanya menjeling Noah, geram bila lelaki itu agak tidak sopan pada pekerja disitu.

" Maaf bos, tapi Zaquan tak masuk seminggu ini, dia tak ada bagitahu? " Kata sorang pekerja wanita itu. Noah menggeleng.

" Awak, awak tak perlulah panggil dia bos, sekalipun awak nak beramah mesra atau bersopan santun atau what ever lah. Ya? " Irish mencelah, pekerja wanita itu hanya tersenyum kekok lalu melarikan matanya melihat Noah, tapi tiada sebarang riak di wajah lelaki itu.

" Macam ni lah, kau bagitahu manager kau, suruh dia jumpa aku pukul lapan malam ni " Pekerja wanita itu terus mengangguk tanpa banyak bunyi.

Noah mula berjalan mendekati meja yang betul-betul bersebelahan dengan jendela kaca di restoran itu. Irish hanya mengikuti nya dari belakang sambil memaki hamun lelaki itu dalam hati.

" Teruknya perangai kau, tak reti nak ber-sopan langsung "

" Sekalipun pelanggan adalah raja, kau tak boleh cakap macam tu dekat dia " Tambahnya tak puas hati. Punggung dilabuhkan kasar ke bangku berhadapan dengan Noah.

" Ok, saya minta maaf " Suara yang tegas dan penuh karisma tadi kini hilang semerta tatkala berhadapan dengan Irish. Bibir merah jambu lelaki itu juga mengukir senyuman manis. Cukup manis! Tak! Terlebih manis!

" Awak nak order apa-apa ke, sayang? " Noah bertanya. Tangannya melambai keatas untuk memanggil pekerja disitu mahu membuat pesanan.

" Caramel macchiato " Balas Irish ringkas. Dia kalau dah datang sini, memang itu sajalah yang dia pesan. Caramel macchiato di restauran ini sudah menjadi minuman kegemaran nya.

Selain Caramel Macchiato, restauran itu juga menyediakan pelbagai makanan luar, mula dari main course seperti Spaghetti Panna E Funghi sampailah makanan penutup seperti Tiramisu Cake dan banyak lagi.

" Makan? " Irish menggeleng, macam yang dia cakap tadi, dia tak lapar.

" Bagi Caramel Macchiato and Peanut Choco Milk satu " Usai menyalin pesanan Noah di kertas, wanita itu terus berlalu pergi dari situ.

" It's not your first time, huh? " Teka Irish sambil memandang Noah dengan kening ternaik. Yalah, lelaki itu langsung tak tengok menu kot! Dia tahu dari mana restaurant ini jual minuman yang dia sebutkan tadi.

" Ya, selalu lah juga saya datang sini " Mata mereka saling bertembung. Sampailah Irish mengalihkan pandangannya. Tidak selesa dengan keadaan sekarang ini. Rasa menyesal pula sebab ikut! Cepat-cepat dia berdehem.

" Yeke, aku tahulah kat sini ramai pekerja perempuan, cantik-cantik pula tu " Nadanya jelas cemburu. Matanya juga melihat setiap pekerja wanita yang sibuk lalu lalang disitu.

" Tapi tak ada sorang pun yang secantik isteri saya " Usai berkata, dagu ditongkat menggunakan kedua tangannya. Lama dia merenung Irish yang mula tidak senang duduk itu. Wajah gadis itu juga mula bertukar merah.

' Irish! Sedar! Ini bukan diri kau! Kau tak pernah macam ni Irish! ' Gumamnya dalam hati. Wajah di palingkan kearah jendela kaca yang besar itu. Panas saja mukanya sekarang ini.

Tidak lama, pelayan wanita itu datang membawa dua minuman yang dipesan Noah tadi. Diletakkan minuman itu di hadapan masing-masing.

" Minumlah, lepasni saya hantar awak balik " Usai berkata, Noah meneguk minuman nya dengan tenang, begitu juga dengan Irish. Walaupun dia masih sedikit ada rasa membahang pada wajahnya.

" Hm? Kau nak kemana? "

" Saya ada kerja sikit, sayang " Meleret perkataan sayang itu keluar dari mulut Noah.

" Kau nak keluar dating dengan betina semalam tu ke " Noah yang baru saja meneguk air itu terus terbatuk. Dada di tepuk perlahan untuk menghilangkan rasa senak.

" Ting! seratus untuk aku " Dia membenarkan kata-katanya sendiri.

" Kalau ya pun cover lah sikit excited kau tu " Sinis Irish. Slingbag nya dibetulakan lalu keluar dari restaurant itu meninggalkan Noah yang masih dalam perbuatan yang sama. Hilang terus selera nak minum Macchiato nya.

Selepas dirasa hilang rasa senak, dia bingkas berdiri lalu mengejar Irish. Tiba saja di luar restaurant, matanya melihat sekeliling mencari kelibat isterinya.

Pin! Pin!

Dengan pantas kepala di palingkan kearah keretanya yang berbunyi, dan terserlah lah wajah sang isteri yang sudah memasang riak bengis dari dalam kereta itu. Cepat-cepat dia berlari mendapati Irish. Mahu pujuk, takut malam karang dia tidur luar.

Oh! Lupa, diaorang kan tak sebilik. He






























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro