Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

29 : ๐ƒ๐ข๐ฏ๐จ๐ซ๐œ๐ž๐

Bunyi bising dari arah dapur itu semerta mengejutkan Noah dari lena nya. Bingkas dia bangun dengan nyawa-nyawa ikan dan menuju terus kearah dapur.

Dan alangkah terkejutnya dia tatkala melihat Irish yang sedang mencuba memadamkan kobaran api yang ada pada oven glove miliknya itu. Gadis itu tidak menjerit hanya kuali saja yang bising disebabkan dia menepuk-nepuk kuali itu kearah oven glove yang terbakar di atas working table dapur. Wajah gadis itu juga sudah panik setengah mati.

Terus Noah mendapatkan isterinya itu. Ditarik tangan Irish untuk berdiri di belakangnya sebelum dia mencapai oven glove yang marak dengan api itu untuk ke sinki menggunakan penyepit besi. Air dibiar mengalir membasahi oven glove.

Selepas memastikan api itu sudah terpadam, dia berpusing memandang Irish. Peluh mengalir memenuhi dahi dan leher gadis itu.

" Are you okay, dear? " Penuh risau nada suaranya. Tangannya juga naik menyeka peluh sang isteri. Irish tidak berkutik. Otaknya blank. Masih terkejut dengan apa yang baru terjadi tadi.

" Hey? Awak tak apa-apa? Ada cedera kat mana-mana ke, sayang? " Matanya mula menilik badan Irish dengan penuh kerisauan, terutama pada tangan gadis itu.

Seakan tersedar dari lamunan, Irish terus menepis kasar tangan Noah yang memegang bahunya itu. Matanya tajam merenung lelaki itu. Dengan muka bantal nya, rambut serabai lagi. Mahu saja dia tergelak tapi di tahan.

" A-aku ok lah! " Badan dipusing lalu berjalan keluar dari dapur meninggalkan Noah yang masih diam membeku.

Dia punya panik takut Irish kenapa-kenapa tapi gadis itu boleh pula buat macam kejadian tadi tak pernah terjadi. Nafas panjang dihembuskan lalu melihat oven glove yang sudah bertukar warna dari putih ke hitam pekat di sinki.

Jam ditangan dikerling. Sekali lagi, matanya membutang melihat jam di tangan. Hampir pukul sepuluh malam! Lamanya dia tidur!

Dahi ditepuk perlahan, jangan-jangan Irish masuk dapur tadi sebab mahu buat makan malam! Mesti isterinya itu sudah lapar!

Cepat-cepat dia membersihkan dapur dari sisa-sisa kebakaran kecil yang berlaku tadi.

Tepat pada pukul sepuluh setengah, makanan sudah siap dihidang diatas meja makan. Makan malam malam ini biasa saja memandangkan dia takut isterinya itu kelaparan menunggu dia masak. Jadi dia masak makanan yang simple dan ringkas saja.

Langkah diatur naik ke tangga untuk memanggil Irish. Pintu diketuk sebaik saja dia sampai di depan bilik isterinya itu.

" Sayang, jom makan. Saya dah masak makan malam " Tangan masih ligat mengetuk daun pintu. Tidak lama pintu terbuka sedikit.

" Jom, saya dah masak makan malam untuk awak " Ajak Noah selepas melihat Irish. Irish hanya diam membisu, pintu dibuka luas lalu dia keluar mendahului Noah tanpa sebarang bunyi.

" Maaf sebab lambat, awak mesti lapar kan " Lembut suara Noah meminta maaf. Matanya masih melekat pada isterinya yang sudah duduk di kerusi itu.

" It's okay, aku faham, kau mesti penat dating dengan KAWAN kau siang tadi kan, tu yang boleh terlajak tidur tu " Ditekankan perkataan kawan itu sambil menjeling Noah. Pinggan yang dihulur oleh lelaki itu di ambil kasar.

Noah diam. Dia hanya membiarkan Irish makan dengan tenang tanpa membalas perli-an dari isterinya itu. Kalau dia menjawab sepatah nanti confirm Irish balas dengan seribu patah perkataan, jadi dia diamkan saja.

" Oh ya, aku perhati kau berdua pagi tadi, serasi apa "

" Kenapa kau tak kahwin dengan dia aje? " Sambung Irish. Keningnya ternaik menunggu jawapan dari Noah.

" Makan Irish " Datar suara Noah. Malas mahu bertekak dengan Irish. Sambil itu dia menyuapi makanan ke mulutnya. Irish sengih lalu kembali bersuara.

" Kenapa? Ke kau dah ada niat nak kahwin dengan dia, Tapi kau berubah hati sebab aku? "

" Kalau betul macam tu, aku ok je kalau kau nak cerai then kahwin dengan dia, serious! Dengan senang hati " Sambungnya lagi.

Semerta Noah berhenti dari mengunyah, tajam matanya merenung Irish. Gadis itu juga berhenti dari mengunyah makanan. Kening nya dinaikkan. ada yang salah kah dari ucapannya itu?

" Jangan sesekali cakap pasal cerai Irish, saya takkan lepaskan awak, sama ada awak cinta atau tidak dekat saya, saya tak akan pernah lepaskan awak "

" Take my word " Tegas suaranya memperingati isterinya itu. Sudu dan garfu diletak di sisi pinggan. Dia mula bangkit dari duduknya meninggalkan Irish yang sudah terkebil-kebil memandang nya.

Itu pertama kalinya dia melihat lelaki itu begitu, tapi nampak...menggoda sungguh! Dia terus menolak jauh perasaan itu.

" Kau patutnya terkejut dengan sikap yang baru dia tunjukkan! Bukannya tergoda! Bodoh! " Maki nya pada diri sendiri dan kembali makan dengan tenang.



Sunyi ruangan itu, hanya kedengaran bunyi jam yang berdetak. Matanya juga tak lepas dari memandang jalan raya di bawah sana. Sesak macam fikirannya sekarang ini.

" Maaf mengganggu miss, saya baru terima laporan pasal restaurant Tuan Noah. Salah satu pelanggan Tuan Noah melaporkan kepada pihak polis tentang adanya dadah pada makanan yang dihidangkan di restaurant tersebut "

" Pihak polis juga sudah menutup dua cawangan Tuan Noah yang ada di sebelah barat, tapi untuk sementara saja " Jelas PA Serly yang bernama Nuha itu panjang lebar. Sambil dia menunjukkan iPad nya pada Serly. iPad itu bertukar tangan.

" Bila punya ni? " Dingin dia bertanya. PA nya dipandang tanpa sebarang reaksi. Nuha mula gugup, ditelan ludahnya perit.

" K..kelmarin miss " Semerta iPad itu dibaling kuat ke dinding bilik kerjanya. Terhinjut bahu Nuha kerana terkejut dengan tindakan tiba-tiba bosnya itu.

" Berita dah lapuk baru kau nak bagitahu! Aku bayar kau untuk buat kerja dengan cepat! Bukan dua hari dah berlalu baru kau nak report kat aku! " Tinggi suaranya memarahi Nuha.

Dia baru saja lepas habis klarifikasi pada media yang bisnis Noah tidak ada sangkut paut dengan masalah perusahaan dia sekarang ini, dan tiba-tiba pula dia dapat tahu bisnis lelaki itu turut terheret sama dari dua hari yang lalu

" Noah dah tahu? " Nada suara Serly kembali tenang, badannya kembali disandarkan pada kerusi kerjanya.

" S..sudah " Serly mengangguk faham. Patutlah lelaki itu tiba-tiba menjemput nya untuk sarapan di rumahnya pagi tadi. Rupanya ada maksud di sebalik jemputan itu dan bodohnya dia tak tahu langsung!

" Aku nak kau cari bedebah mana yang berani kacau Noah, aku tak kisah dia nak kacau aku, tapi bukan Noah. Aku takkan biarkan dia kacau hidup lelaki tu " Nuha mengangguk faham dan berlalu keluar dari bilik kerja Serly. Sempat juga dia bercangkung untuk mengambil iPad yang sudah berkecai di lantai itu.

Serly kembali membuang muka kearah kaca besar di belakang nya yang menampakkan tiap bangunan pencakar langit dari bilik kerjanya itu. Keluhan berat dilepaskan.

" Bila lah aku akan hidup tenang, aku tak minta banyak, aku just nak hidup aku tenang, kerja macam biasa, that's it, susah sangat ke " Ucapnya tak puas hati. Entah siapa yang disalahkan. Mata kembali di pejam.






























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro