28 : ๐๐ซ๐ฎ๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ซ
" Yang kau nak meradang sangat ni kenapa? " Lylia bertanya hairan, dipandang wajah sahabatnya yang seolah hendak menelan nya itu.
Dia terpaksa datang menjemput Irish menggunakan kereta kakaknya selepas dapat panggilan dari gadis itu.
" Mana aku tak marah! Si jantan tak guna tu jemput betina mana entah masuk rumah kitaorang! " Beritahunya masih tak puas hati. Pandangan dilempar keluar tingkap kereta.
Tergeleng-geleng kepala Lylia. Dia ingat, apalah yang dah buat sahabatnya itu marah sampai sebegitu, rupanya pasal Noah. Noah?! Dihentikan keretanya dengan mengejut. Otomatik badan mereka berdua tersungkur ke hadapan.
" Kau! Kau cemburu! " Meluas matanya tatkala mengatakan itu. Wajah Irish yang terkejut dengan tindakan nya barusan dia pandang juga penuh terkejut.
" Cemburu? Cih, kenapa pula aku nak cemburu " Ujarnya dengan sengihan. Rambut juga di flip penuh bergaya.
" Kalau kau tak cemburu, tak mungkin kau call aku pastu marah-marah, then suruh aku ambil kau "
" Alasan kau keluar ni pun sebab malas tengok perempuan tu dengan Noah kan, jujur jelah Irish " Lylia mula menayangkan senyuman senget. Dia yakin seratus persen yang sahabatnya itu tengah cemburu sekarang ini.
" Mana ada! A..aku suruh kau ambik aku sebab aku bosan kat rumah aje lah! " Tepisnya. Mana ada dia cemburu! Cuma.. hatinya sedikit panas melihat dua manusia yang asyik berbual tanpa mempedulikan nya itu. Ya! Pasti itu sebab hatinya rasa panas!
" Hm mana-mana kau lah Irish "
Kereta mula bergerak perlahan. Lama mereka berdiam diri sebelum Lylia kembali melemparkan pertanyaan.
" Kita nak kemana sekarang ni "
" Lepak resto " Lylia mengangguk faham lalu memandu terus ke restoran tempat mereka bertiga selalu habiskan waktu bersama selain club malam.
Tidak jauh, hanya beberapa minit saja dan mereka berdua sampai di restoran itu. Restoran yang cukup mewah, dengan dekorasi yang elegan tapi ada unsur minimalis nya. Menu yang ada pun semua ala-ala barat. Harga yang lumayan murah untuk restaurant sekelas itu. Entah si owner restoran itu mahu berjualan atau bersedekah diapun kurang pasti.
" Kau tak call Alin lepak sama? " Dilihat wajah Irish yang baru menghirup air Caramel Macchiato itu. Gadis itu menggeleng perlahan lalu meletakkan cawan ke meja.
" Semalam dia ada bagitahu aku yang dia nak balik rumah orang tua dia beberapa minggu ni "
" Jadi tak perlulah ganggu dia " Sambungnya. Lylia mengangguk faham. Tak pula dia tahu tentang itu.
" Kau tak rasa ke ada sesuatu yang dia sorok dari kita? " Lylia kembali bersuara bak detektif Conan sambil menyipitkan matanya penuh curiga.
" Haah, aku pun rasa yang kau ada sorok sesuatu dari kitaorang " Terdiam terus Lylia dengan kata-kata Irish itu. Sudah, dia pula yang kena. Takkanlah sahabat nya itu perasan.
" Eh mana ada, aku nak sorok apa dari kau berdua? Tak ada lah " Lylia mula panik, tapi air mukanya dapat dia kontrol.
" Ye ke.. " Anak mata Irish mula menikam anak mata Lylia untuk mencari kebenaran. Mereka saling berpandangan beberapa saat sebelum Irish mengangguk percaya.
" Kau kalau ada apa-apa cerita dekat aku dengan Raline, jangan cuba-cuba sorok dari kitaorang "
Lylia mengangguk saja, lega dia rasa selepas sahabatnya itu mempercayai nya. cromboloni matcha yang ia pesan tadi di suap masuk kedalam mulut dengan tenang.
Begitu juga dengan Irish, pavlova yang dia pesan juga dia suap masuk kedalam mulut.
" Isteri awak pergi mana? "
" Entah-entah dia marah sebab saya datang sini "
" Awak tak bagitahu dia ke yang awak jemput saya breakfast sama? "
Bertubi-tubi Serly melayangkan pertanyaan pada lelaki di sampingnya itu. Risau juga dia selepas melihat riak wajah isteri kawannya tadi seakan tidak senang padanya.
" Dia memang macam tu, jangan risau "
" Aku ajak kau breakfast sama ni bukan suka-suka. Aku ada sesuatu yang nak di bincangkan " Tambah Noah. Wajahnya mula kelihatan serius. Terangkat kening Serly. Mood lelaki itu sudah bertukar, jelas dari aku-kau lelaki itu.
" Apa dia? "
" Pasal kerjasama kita, kau sponsor utama bisnis aku, aku harap kau tak buat hal lah. Beberapa harini aku dengar berita tak sedap dari syarikat kau "
" Aku taknak bisnis aku terkena tempias sebab perbuatan kau, jadi aku harap kau tengok kiri kanan dulu sebelum menyeberang " Pelan tapi tegas suara Noah. Dingin pandangan pada Serly yika itu
Serly menayangkan riak menyampah. Kalau bukan sebab anak buahnya yang buat hal, bisnis nya itupun takkan kucar kacir macam sekarang ini! Dan diapun takkan di cop sebagai drug dealer oleh media dan orang awam.
Bibir diketap geram tatkala teringat kejadian dua hari lepas dimana dia di bawa ke lokap untuk di uji siasat air kencing. Semua media meliputi nya dan membuat seakan dia penagih dadah sekaligus penjualnya, sungguh memalukan!
Perusahaan nya pun terpaksa di tutup sementara untuk memberi ruang pihak berkuasa menggeledah mencari bukti-bukti. Semua pekerjanya pun tengah menjalani ujian air kencing.
" Semalam aku ada baca komen kat internet, diaorang dah mula tuduh bisnis aku pula yang bersekongkol dengan kau "
" Aku nak kau speak up, kau kena confirm kan dekat diaorang yang bisnis aku tak ada kena mengena dengan masalah kau sekarang ni " Sekali lagi, dengan tegas Noah bersuara.
Serly hanya mengangguk malas. Tubuh disandarkan pada sofa. Mata dipejam rapat, penat dia fikirkan masalahnya ini. Kalau dia tahu akan jadi macam ini, sudah lama dia menolak untuk mengambil alih jawatan CEO dari ayahnya itu beberapa bulan lepas.
" Tengoklah malam ni " Hanya itu balasannya. Dia mula bangkit dari sofa, handbag di ambil.
" Aku balik dulu, thanks for your delicious breakfast, Chefย " Usai berkata dia meninggalkan Noah yang masih duduk di sofa itu.
Selepas tidak mendengar lagi suara enjin kereta milik Serly, dia meraup wajahnya lalu bersandar pada sofa.
Otaknya juga sudah kusut dengan masalah yang di sebabkan perempuan itu. Berapa cawangan nya pun terpaksa di tutup sementara menunggu keputusan dari pihak polis yang membuat siasatan atas bisnisnya.
Selepas hampir sepuluh minit dia dengan posisi yang sama, badannya terus menegak, baru teringat sesuatu!
" Irish! " Cepat-cepat dia mencapai telefon dari poket seluar lalu mendail nombor isterinya itu.
Tut.... Tidak dijawab malah panggilan nya ditolak terus selepas sekali bunyi tut kedengaran. Dia menghembuskan nafasnya. Penat.
Telefon diletakkan diatas meja, biarkan lah isterinya itu, sekarang ni dia cukup penat. Tubuhnya dibaringkan ke sofa, mata juga dipejam rapat.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro