26 : ๐๐๐๐ญ ๐๐ข๐๐ฎ๐ซ
" Dari mana " Zack menyoal selepas melihat kelibat adik iparnya memasuki dapur. Lylia menoleh kearahnya sekilas lalu kembali mencapai gelas. Air dituang ke dalam gelas lalu meneguknya dengan tenang.
" Gym " Balas Lylia selepas meneguk habis airnya. Peluh di seka menggunakan telapak tangan.
Zack hanya memerhati Lylia yang mula mendekati sinki untuk membasuh gelas yang baru di gunakannya tadi. Matanya sesekali tertuju pada setiap lekuk tubuh gadis yang terdedah itu.
Zack bangkit dari duduknya dan mula mendekati Lylia yang tengah fokus membilas gelas itu.
Kepala didekatkan kearah leher Lylia, nafas ditarik bagi menghidu bau badan adik iparnya. Matanya juga tertutup rapat seolah menikmati bauan dari badan Lylia.
" Abang buat apa ni! " Otomatik Lylia menghindar. Badannya dijauhkan sedikit dari terus rapat dengan abang iparnya.
" Jangan lah jauh sangat, aku tak dapat hidu wangian kau " Usai berkata, lelaki itu kembali mendekati Lylia. Kening Lylia mengerut, wangian apakah? Dia berpeluh habis ni!
" Jangan datang dekat! Kalau kau berani datang dekat aku panggil kak Layla! " Ancam Lylia sambil membuat aba-aba ingin memanggil kakaknya. Liur ditelan perit.
Air muka Lylia semakin panik apabila Zack hanya tersenyum mengejek. Lelaki itu juga melangkah semakin dekat dengan dia.
" Kakak kau dah lama dibuai mimpi "
" Kau nak jerit sampai terkeluar anak tekak pun dia takkan sedar " Tambahnya lagi. Dan kini lelaki itu sudah betul-betul ada rapat didepan nya. Lylia hanya mampu menahan nafas.
" Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau " Ujar Zack dengan senyuman senget nya. Kepalanya kembali mendekati leher Lylia.
Lylia membeku, naik berdiri bulu roma nya tatkala merasakan deruan nafas Zack menerpa ke batang lehernya. Badannya juga sudah mengigil takut.
Selepas puas menghidu bauan Lylia, dia perlahan-lahan menjauh dari gadis itu. Matanya juga merenung Lylia dengan penuh makna.
Lylia yang semakin takut itu menggunakan kesempatan itu untuk lari ke biliknya. Pintu bilik juga di kunci.
Dadanya naik turun. Ini kali pertama dia melihat Zack, abang iparnya, memandangi nya sebegitu rupa. Dan dia sudah mula faham dengan maksud Irish dan Noah dulu. Liur di telan perit.
Rasa nak menangis pun ada, tapi dia tahan. Kalau bukan sebab orang tuanya ada urusan di luar negara dia mesti tak berada di posisi ini sekarang, ataupun dia terus balik dan mengadu kepada orang tuanya. Kalau dia berani.
Lama dia duduk termenung diatas katil. Nafas dihembus keluar, dia bingkas berdiri dan berjalan masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai mandi dia terus ke katil, tidak perlu waktu lama, matanya perlahan-lahan terpejam rapat.
Di waktu yang sama, Zack masuk ke biliknya dan Layla. Dengan langkah yang penuh berhati-hati dia mendekati isterinya yang masih lena itu, tangannya di lambai lambai di depan muka yang tertidur itu.
Nampaknya obat tidur yang dia bagi pada isterinya itu masih berkesan. Jangan risau, obat tidur yang dia bagi itu aman, tidak mengandungi bahan yang membahayakan pun.
Selepas memastikan Layla masih nyenyak tertidur, dia kembali keluar dari bilik itu dengan hati-hati. Kini dia menuju kebilik adik iparnya. Lylia.
Tombol pintu dipulas perlahan. Terkunci. Dia diam sejenak. Berfikir macam mana agaknya dia nak masuk. Matanya lalu melilau kesegenap ruangan.
Semerta dia tersenyum lebar tatkala matanya tertuju pada segugus kunci yang tergantung elok di tempat gantungan kunci. Cepat-cepat dia mendapatkan kunci itu dengan penuh semangat.
Selepas mendapatkan kunci, dia terus membuka pintu bilik. Dengan berhati-hati, kepalanya mengintai dari balik pintu sebelum masuk. Pintu juga dibiar tak bertutup rapat sebelum dia mula mendekati sekujur tubuh yang sudah lena dibuai mimpi itu.
Dia naik keatas katil gadis itu sesudah dia mematikan lampu tidur yang masih terpasang di sebelah katil. Dengan cahaya yang tak seberapa dia mendekati Lylia dengan penuh berhati-hati. Rapat badannya dan Lylia kala itu dan makin lebar pula senyumnya.
Lylia yang merasakan ada sesuatu yang menindih dan bergerak-gerak di bibirnya perlahan-lahan membuka mata, dan bagai hendak gugur jantungnya apabila melihat segenap ruang biliknya menjadi gelap dan pintu biliknya yang sedikit menganga.
Cepat-cepat dia membuka lampu tidur dan melihat sekeliling, sempat matanya menangkap figura manusia di balik pintu sebelum figura itu menghilang. Hati makin berdegup laju.
" Aku... Dah kunci pintu kan tadi " gumamnya sendiri. Dia turun dari katil dan menutup pintu bilik, tidak lupa dia mengunci pintu biliknya dan kembali naik ke katil.
Tiba-tiba bayangan abang iparnya muncul di kepalanya. Laju dia menggeleng. Tak mungkin! Tapi kalau figura itu betul Zack, apa yang lelaki itu buat di biliknya.
Bodoh! Sudah pastilah mahu membuat sesuatu yang tak senonoh! Dengan pantas dia masuk ke bilik air. pili air dibuka dan terus mencuci mukanya dengan kasar, begitupun dengan bibirnya, di seka kasar bibirnya. Kalau dia tak salah ingat, bibirnya bagai di hempap sesuatu semasa dia masih separa sedar tadi.
Air mata mula mengalir, kalau betullah apa yang dia fikirkan itu terjadi, macam mana?! Macam mana kalau iparnya yang menyentuh nya! Perlukah dia beritahu kakaknya atau orang tuanya? Tapi macam mana dia mahu sampaikan semuanya. Dia takut.
Enam jam berlalu dan Lylia masih belum dapat memejamkan mata selepas apa yang jadi semalam. Dia berfikir sama ada mahu muncul di hadapan kakak dan iparnya atau tidak. Otaknya kata keluar saja dan buat macam benda semalam tak pernah berlaku, tapi hatinya berkata jangan. Jadi mana satu yang perlu dia dengar?
Matanya dipejam sekilas lalu dia turun dari katilnya. Lama pintu biliknya ditenung sebelum memberanikan diri untuk keluar. Ya, dia bertekad untuk hadapi saja dan buat perkara semalam macam tak pernah berlaku. Pintu di kuak. Mata melilau mencari kelibat kakaknya. Tidak ada.
" Bos cakap apa " Suara Layla kedengaran dari arah dapur. Dia terus mengorak langkah ke dapur. Sampai saja dia disana, kelihatan kakaknya sedang mengacau teh di teko kaca dan Zack pula duduk di meja makan sambil bermain telefon.
Kelihatan makanan untuk pagi itu juga sudah siap terhidang diatas meja, ada nasi dan beberapa lauk pauk.
" Aku kena pindah shift siang " Balas Zack masih fokus dengan telefon nya. Layla mengangguk faham seraya meletakkan teko keatas meja makan.
" Awal bangun " Layla bersuara selepas melihat adiknya. Zack juga mengerling kearah Lylia sekilas sebelum kembali fokus pada layar telefon.
" Mari sarapan " Ajak Layla seraya melabuhkan punggung di kerusi. Lylia tidak membalas hanya kakinya yang melangkah dengan ragu menuju ke meja makan.
" Saya ingat saya aje yang pindah shift, rupanya awak pun sama dipindahkan " Ujar Layla menyambung percakapan yang tertunda tadi.
" Itulah, aku bukan apa, kau tu yang pindah shift malam, risau aku " Balas Zack risau, entah betul-betul risau atau di buat-buat. Kini telefon nya sudah dia masukkan kedalam poket seluar dan fokus melihat makanan di meja.
" Sebelum kita kahwin pun saya selalu je tukar shift malam dengan kawan saya "
" Tak ada apa yang perlu dirisaukan " Sambung Layla cuba meyakinkan suaminya bahwa dia baik-baik saja.
Di sisi lain, Lylia memilih diam dan memasang telinga, sambil tangannya ligat mencedok nasi dan lauk keatas pinggan. Sesekali matanya menjeling kearah Zack. Lelaki itu pula hanya senyum senget kearahnya tatkala mata mereka bertembung.
" Ha Lia, tadi mommy ada call kakak, diorang balik dalam hujung bulan sebelas nanti, so mommy pesan kat Lia untuk stay dulu dengan kakak " Beritahu Layla.
Terbuntang terus mata Lylia yang mendengar itu. Sudah! Jadinya dia kena tinggal beberapa minggu lagilah dalam rumah ni! Oh no, ini bencana!
" Kenapa? Lia tak suka tinggal sini ke " Tanya Layla selepas melihat air muka tak puas hati dari adiknya. Dengan pantas dia menggeleng.
" Bukan macam tu, tapi... Lia rindu katil Lia " Bohong, dia terpaksa bohong. Takkanlah dia nak bagitahu yang dia tak suka tinggal di rumah ini sebab suami kakaknya itu sudah berbuat tak senonoh padanya.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro