25 : 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐨𝐨𝐝
" Irish " Noah memanggil. Pintu bilik Irish di ketuk berkali-kali. Sesekali dia memasang telinga ke daun pintu ingin mendengar kalau-kalau ada suara Irish menjawabnya.
" Sayang " Sekali lagi dia memanggil tapi kalini lembut saja suaranya. 'Takkan lah dia marah sebab aku tak bawa dia keluar siang tadi' Fikirnya.
Dia bukan saja-saja nak balik lewat, dia ada urusan yang perlu di buat, sebab tu baru sempat balik pukul lapan ini.
" Irish, saya minta maaf sebab tak bawa awak siang tadi, saya minta maaf juga sebab balik lewat " Suaranya kedengaran cemas. Risau juga kalau hal-hal yang tak diingini berlaku dekat Irish. Tombol pintu dipulas berkali-kali. Ketukan juga semakin kuat kedengaran.
Dia terdiam seketika apabila mendengar suara dari dalam bilik Irish itu.
" Kau memekak apa malam-malam ni, aku nak tidur pun tak senang " Pintu di buka kasar. Dilihat Noah malas.
" Awak marahkan saya? "
" Sebelum ni kita memang pernah berbaik ke? Selama kau muncul depan aku, dan utarakan hajat kau nak kahwin dengan aku, sampai sekarang ni aku rasa aku tak pernah lagi suka dekat kau "
Itulah kenyataan yang perlu Noah terima. Hampir sebulan perkahwinan dia dengan Irish, sikit pun Irish tidak menunjukkan yang dia gembira hidup bersamanya.
Bukan Noah tak berusaha untuk mengambil hati seorang Irish, segala cara sudah dia lakukan tapi hampa, masih tidak ada hasilnya.
" Saya dah masak makan malam, awak mesti lapar kan, jom kita makan " Ajak Noah. Sakit hati dengan kata-kata Irish tadi di buang jauh-jauh. Dia yakin, suatu hari nanti Irish akan menerima dia. Walaupun dia tak pasti bila hari itu akan tiba.
" Aku tak lapar " Singkat padat dan jelas. Irish membuang muka. Malu dengan perangai sendiri. Dia punya jahat dekat Noah, tapi lelaki itu amat baik terhadapnya. Hati mula timbul rasa iba dan kasihan.
Masing-masing diam sampailah bunyi perut Irish memecahkan keheningan yang terjadi sebentar tadi. Di jeling Noah yang seolah menahan dari ketawa. Bahu Noah di rempuh kasar dan berlalu ke ruang makan.
Sempat Noah tergelak kecil sebelum mengikuti Irish dari belakang, diperhati gadis itu seolah menahan malu. Comel, itu yang dia lihat ketika isterinya itu menanyangkan riak begitu.
Kerusi ditarik kasar. dilabuhkan punggung nya sambil matanya menerpa ke setiap hidangan di meja. Perut makin berkeroncong hebat. Liur ditelan. Sungguh mengiurkan! Betulkah lelaki di depannya itu yang masak semua ini?
Pinggan dicapai oleh Noah lalu diletakkan di depan isterinya. Baru saja dia hendak mengaut nasi ke atas pinggan Irish, gadis itu pantas menepis.
" Aku boleh buat sendiri " Sudu nasi di rampas kasar. Masih merasa malu dengan sikap nya. Sudahlah dia bagitahu yang dia tak lapar tadi.
" Macam mana? Sedap? " Noah bertanya selepas Irish menyuap makanan kedalam mulutnya. Irish diam sejenak. Tiada reaksi di wajahnya.
" Tak " Ringkas balasan dari Irish, tidak peduli dengan perasaan si lelaki yang sudah susah payah menyiapkan hidangan di depannya ini.
Di pandang sekilas lelaki itu, wajah sungguh amat kecewa dengan jawapan nya barusan. Sedap saja sebenarnya, Nak saja dia jujur tapi ego, egonya yang tinggi itu menahannya.
" Awak tak suka? Nak saya masakkan makanan lain? " Lembut dia bertanya. Dia taknak lah isterinya itu terpaksa makan makanan yang tak sedap.
Irish diam, niat dihati ingin mempermainkan lelaki itu tapi dia terus buang jauh-jauh keinginan nya itu. Kesian pula, lagipun dia nak cepat sebab malam ini dia ada temu janji dengan Azraf, Kekasihnya.
" Tak perlu " Balasnya, sekali lagi nasi dan lauk dikaut masuk kedalam mulut. Noah akur, dia pun turut mencedok nasi dan lauk keatas pinggan dan mula makan.
Selesai makan malam masing-masing mereka membuat hal sendiri. Irish di dalam biliknya, Noah pula tengah tengok tv.
Tidak lama Irish turun dengan pakaian merah menyala dengan bling-bling di setiap sudut dress nya itu. Kasut tumit tinggi di tangan turut sama berwarna merah menyala.
Dan seperti biasa, Noah hanya mampu melihat isterinya itu keluar dengan lelaki lain. Oh pembetulan, dengan kekasih isterinya. Azraf.
Sekali lagi, siapa tak kenal Irish? Makin di larang, makinlah dibuatnya. Kau nak menangis darah merayu dan berlutut pun tak akan dipedulikannya.
" Kunci je pintu tu, aku tak balik malam ni " Beritahu Irish tanpa memandang kearah Noah dan terus berlalu keluar dari rumah.
Langkah diatur mendekati kereta milik kekasihnya Azraf, yang sudah dari tadi ter-parking di depan rumah Noah, menunggunya.
" Hi princess " Sapa Azraf setelah Irish selamat masuk ke keretanya. Kiri dan kanan pipi gadis itu di kucup mesra.
" Macam mana kerja? Ok? " Irish bertanya, dia menolak lembut dada Azraf sebelum memakai seatbelt nya.
" Aku rindu kau " Pantas tangannya naik membelai pipi Irish tanpa membalas pertanyaan gadis itu. Dua hari tak jumpa sudah macam setahun. Sungguh dia rindu dengan gadis itu.
" I tanya, kerja you ok ke tak " Tangan Azraf yang masih melekap pada pipinya itu di tepis perlahan. Semerta Azraf mengerutkan dahi, pelik dengan perlakuan kekasihnya barusan. Biasanya Irish paling suka disentuh olehnya, kenapa kalini kekasih nya itu menolak?
" Aku ada buat salah sampai kau marah dekat aku ke? " Azraf bertanya hairan, tangannya kembali naik menyentuh pipi kekasihnya, dan sekali lagi, Irish menepis dan tak membalas pertanyaan lelaki itu.
Gigi di ketap geram. Kenapa? Baru dua hari mereka tak berjumpa, gadis itu sudah berubah. Otak mula memikirkan kesalahan apa yang sudah ia perbuat.
" Ok tell me, Aku buat apa sampai kau tak nak aku sentuh ni " Raut wajah Azraf mula berubah bengis. Sudahlah dia tengah kusut dengan kerja officenya yang bagai tiada penghujung itu, dan ini tambah lagi dengan Irish, yang tiada angin tiada ribut tiba-tiba berubah.
" Tak ada apa " Balasnya acuh tak acuh. Dia pun tak tahu kenapa dengan mood nya yang tiba-tiba berubah, biasanya dia ok ok saja dengan sentuhan Azraf, tapi kalini dia rasa rimas dengan sentuhan lelaki itu.
" Tak mungkin tak ada apa-apa, kenapa kau seolah taknak aku sentuh " Suara Azraf mula kedengaran agak marah.
" Tak ada apa lah, cepatlah gerak " Ujar Irish yang mula rimas dengan pertanyaan lelaki itu. Emosi cuba dikawal. Kalau dia pun marah tak pasal-pasal tak jadi jalan.
" Kau bagitahu aku dulu, apa yang aku dah buat sampai kau jadi macam ni " Azraf masih bersikeras. Nada suaranya sedaya upaya di lembutkan.
" Aku kata tak ada apa kan! Kenapa susah sangat nak faham? "
" Dahlah, aku dah tak ada mood nak keluar " Tambahnya sebelum seatbelt dibuka dan keluar dari perut kereta. Sempat juga dia menutup pintu kereta dengan kasar.
Azraf terkaku, tak percaya dengan sikap drastik kekasihnya itu. Rambut di raup kasar sebelum memukul kuat streng kereta nya.
Sudahlah, mood dia pun dah terbang. Enjin dihidupkan dan mula memecut laju pergi dari perkarangan rumah itu.
" Coming! " Balas Noah dari dalam rumah selepas mendengar ketukan pintu yang tiada habisnya.
" Kau kunci kenapa! " Marah Irish, pintu di tolak kasar lalu masuk kedalam rumah. Sempat juga dia jeling Noah yang terkebil-kebil sebelum menapak naik ke biliknya.
Mata Noah hanya mengekori isterinya itu sampai hilang disebalik dinding. Pelik, tadi suruh kunci. Dilihat dari muka isterinya tadi macam badmood semacam. Bahu di jongketkan lalu menutup dan mengunci kembali pintu rumahnya itu.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro