Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 : 𝐎𝐩𝐩𝐨𝐫𝐭𝐮𝐧𝐢𝐭𝐲

Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi dan majlis yang dihadiri oleh Noah dan Irish baru saja selesai. Para tetamu juga sudah beransur-ansur pulang dan meninggalkan hanya beberapa orang saja termasuklah Noah dan Irish.

" Thank you sebab sudi datang, Ian " Ucap Danial berterima kasih. Ditepuk bahu Noah beberapa kali sebelum matanya terarah kepada Irish yang terkulai lemah di sofa tak jauh dari mereka.

Majlis malam ini ialah majlis pembukaan satu lagi bisnis dari Danial, dan semua yang hadir ialah orang-orang terdekat nya saja.

" Dia... Ok? " Danial bertanya, risau tengok Irish. Mana tidak, gadis itu dari mula tiba disitu sampailah acara habis masih meneguk minuman keras saja.

Noah mengangguk, bukan dia tak cegah gadis itu dari minum berlebih, tapi siapa tak kenal Irish? Pantang betul bila di larang. Makin di larang, makinlah di buatnya.

" Thanks juga sebab jemput, semoga bisnis kau kalini berkembang besar juga " Danial hanya mengangguk dengan senyuman manis dibibir.

" Aku balik dulu " Usai berpamitan Noah mendekati Irish, tubuh kecil Irish di angkat gaya bridal style menuju tempat letak kereta. Nasib lah badan isterinya itu tak berat mana, dan kereta juga tidak jauh ter-parking

" Kau jangan nak ambil kesempatan erk! " Irish bersuara separah sedar, tangannya naik memukul bahu Noah lemah.

Noah diam, pintu kereta di buka lalu diletakkan tubuh itu ke seat depan, tidak lupa seatbelt juga dipasang ke tubuh isterinya.

Selepas beberapa minit memandu, akhirnya mereka tiba di perkarangan rumah. Tubuh Irish kembali dia angkat selepas dia keluar dari perut kereta. Dibawa terus Irish yang tak sedarkan diri itu masuk terus ke bilik nya.

Selepas diletakkan tubuh itu di katil king miliknya, dia kembali turun kebawah untuk memarkir keretanya ke garaj dan mengunci pintu utama dan naik semula ke biliknya.

Sekujur tubuh yang tak sedarkan diri itu di dekatinya, lama dia menatap wajah isterinya itu sebelum tangannya membuka kasut tumit tinggi Irish.

Noah kembali berdiri tegak, sut yang di pakai, dia tanggalkan lalu masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Usai membersihkan diri dan juga menyalin pakaian Irish ke baju tidur, dia mula merangkak perlahan naik ke katil, badan direbahkan disebelah isterinya itu dengan penuh hati-hati.

Senyuman terukir dibibirnya tatkala mata sedang menjamah setiap inci wajah Irish. Tangannya mula naik menyentuh pipi isterinya. Dibelai lembut pipi gebu itu. Inilah salah satu sebab kenapa dia tidak bersikeras larang Irish untuk minum wine tadi, dapatlah dia dekat dengan gadis itu seperti sekarang ini.

Bukan untuk menyentuh Irish, hanya ingin dekat. Ya dekat. Dia juga tidak akan 'menyentuh' isterinya itu di saat-saat gadis itu tidak sedarkan diri. Dia tidak se-pengecut itu lagi.

Bagai hendak gugur jantung nya apabila Irish mula menggeliat, terusik dengan perbuatan Noah. nafas ditahan sejenak sehingga Irish kembali tertidur pulas. Kini tangan kanan Irish kemas melingkar di pinggang Noah.

Nafas dihembus lega. Untunglah isterinya itu tak perasan. Tangannya juga turut mendakap isterinya selepas menarik comforter menutupi badannya dan Irish.



" Jantan tak guna!! " Dengan nafas yang turun naik, kakinya kuat menendang lelaki di sebelahnya sampai jatuh ke lantai. Tajam matanya menikam tubuh lelaki yang tak berbaju itu. Geram.

Mata yang tadi tertutup rapat terus terbuntang luas tatkala merasakan sakit di kepala oleh kerana terhantuk pada bedside table. Diusap kepala yang terhantuk tadi seraya bangun dari lantai dengan masih mamai.

" Kenapa ni? " Noah bertanya, kaki diatur mendekati sang isteri yang masih tampak marah itu, punggung di labuhkan keatas katil selamba.

" Kau buat apa kat aku semalam! " Pekik Irish, sekali lagi, kakinya menendang Noah dan buat kali kedua lelaki itu jatuh ke lantai, tapi kalini tidak jatuh sekuat tadi, kerana dia sempat memaut pada katil.

" Calm down, sayang. Saya tak buat apa-apa pun semalam " Noah cuba menenangkan Irish, dia kembali berdiri tegak.

" Tipu! Kenapa baju aku lain! Kenapa kau tak pakai baju, dan kenapa aku ada kat bilik kau! " Noah mengeluh, punggung kembali dilabuhkan ke katil.

" Kau jangan dekat, kalau taknak kena sepak lagi " Ancam Irish. Matanya masih tajam merenung wajah lelaki itu geram sambil mencari kebenaran.

" Sumpah, saya tak buat apa-apa pun semalam "

" Saya tak nak sewenangnya sentuh awak, tanpa kebenaran awak, sekalipun awak isteri saya, Irish " Terang Noah lembut, mata mereka bertembung sesaat. Irish mendengus geram dan berlalu keluar dari bilik Noah itu tanpa sebarang kata.

Sedikit lega kerana tiada yang berlaku antara dia dan Noah, dan ada sedikit rasa kecewa, tapi kenapa? Kecewa sebab Noah langsung tak sentuh dia? Kepala di geleng, takkanlah dia berharap disentuh oleh lelaki itu. Tak mungkin!



" Sayang.. awak tak masak apa-apa? Saya lapar " Noah mengadu. Perut dipegang seraya duduk di sofa sebelah Irish. Wajah isterinya pandang.

" Kenapa? Lapar? " Noah mengangguk perlahan. Muka dibuat-buat sedih, meminta belas kasih dari sang isteri. Kot-kot lah gadis itu tiba-tiba baik hati dan pergi masakan sesuatu untuk dia makan. Mata Irish melihat Noah atas bawah sinis.

" Kaki ada, tangan pun masih berfungsi, kan? Pergilah masak sendiri! Ingat aku babu nak sediakan semua tu untuk kau "

Tambah Irish kasar, matanya lalu dialihkan pada kaca tv. Sempat dikerling jam di dinding, jarum jam sudah menunjukkan pukul sebelas, dia pun lapar sebenarnya, tak sarapan lagi. Setakat berkeroncong sikit tu, dia boleh tahan lagi.

Noah menghembus nafasnya perlahan, lama dia diamkan diri memikirkan samada mahu makan di luar atau masak saja. Wajah isterinya kembali di pandang lalu bersuara.

" Jom, kita makan dekat luar, nak? " Ajak Noah dengan senyuman dibibir. Irish hanya menjelingnya.

" Kau pergilah, aku tak lapar " Bohong nya sambil membetulkan posisi duduk nya.

Noah diam, dia tak boleh buat apa kalau si tuan badan tak nak. Nak paksa? Ada yang mengamuk kejap lagi, jadi dia biarkan saja. Dia bingkas bangun lalu mencapai kunci keretanya.

" Betul ni taknak ikut? " Noah kembali berpusing memandang Irish. Saja mahu memastikan yang isterinya itu betul-betul tidak mahu ikut. Tapi tiada balasan dari Irish. Isterinya itu masih fokus menonton tv. Kaki kembali di hayun keluar dari rumah.



Tiada malam tanpa pergaduhan antara Raline dan Harash. Dan setiap habis bertikam lidah Raline akan menangis sampailah dia terlelap. Manakala Harash akan keluar entah kemana tanpa memujuk sang isteri.

" Susah sangat ka nak ceraikan Alin! " Jerkah Raline, kalini dia betul-betul tidak tahan dengan Harash. Mana tidak, setiap lelaki itu balik, ada saja yang tidak kena pada suaminya itu. Bau haruman perempuan lah, lipstick pada baju lah dan kalini kesan hickey pada leher suaminya! Kerja siapa? Sudah pasti bukan kerjanya.

" Alin, abang penat ni " Dan buat kali ke seratus empat puluh juta kali lelaki itu memberi alasan yang sama untuk mengelak. Mata kemerahan Raline yang dari tadi menahan air mata dari jatuh itu menikam tajam kearah mata Harash.

" Abang.... "

" Raline pun penat... " Esakkan tangis mula kedengaran. Harash yang tadi tidak memperdulikan isterinya itu semerta mematung, kepala di pusing memandang Raline yang masih setia berdiri di belakangnya.

" Abang nak tahu sesuatu? Ada satu masa tu, Alin rasa nak sangat lompat dari balkoni bilik tu, Alin tak kesah mati ke tak, asalkan dapat lawan rasa sakit hati Alin ni " Luahnya jujur, kedengaran dia ketawa hambar di akhir ayatnya. Harash mengerutkan keningnya.

" Tapi... Lagi dan lagi, budak jahanam ni! Budak jahanam ni dah ubah fikiran Raline!! " Jerkah Raline mengejutkan Harash. Perutnya turut dipukul berkali-kali.

Plakk!

Semerta perbuatannya itu terhenti, kepalanya terteleng ke kiri. Pedih, itu yang di rasakan di pipi kanannya sekarang ini. Dipandang Harash tak percaya. Ini kali pertama suaminya itu kasar padanya.

Harash yang seolah tersedar dengan perbuatannya barusan terus mendakap tubuh isterinya. Mulut tidak henti-henti mengucapkan maaf.

" Abang tak bermaksud, sayang, maafkan abang... " Dakapan dileraikan, tanganya ingin naik menyentuh pipi yang ia tampar, tapi pantas di tepis oleh Raline. Sempat juga isterinya itu memandang kecewa Harash dan berlalu pergi dari situ.


































My Perfect Husband

-rxnxxy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro