Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

15 : ๐…๐ซ๐ž๐ž ๐†๐ข๐Ÿ๐ญ

" Sudah-sudahlah tu, dari tadi lagi tak habis nak membebel " Marah Puan Maria. Dia juga cuba untuk menghentikan bebelan suaminya. Tuan Barackh hanya endahkan isterinya sambil mulut masih terkumat-kamit bukan membaca mantera melainkan masih membebel perihal tadi.

" Awak tak malu dengan budak-budak tu ke " Ujar Puan Maria lagi dengan mata memandang anak dan menantunya yang duduk tidak jauh dari mereka. Tuan Barackh berdehem lalu diam sejenak.

" Jadi macam mana? Awak dah bincang dengan orang tua Noah yang awak nak percepatkan perkahwinan dia dengan Irish? " Puan Maria mula bertanya selepas suaminya kelihatan agak tenang.

" Ya, satu minggu dari sekarang " Jawab suaminya itu singkat, sebenarnya dia sungguh malas hendak menjawab pertanyaan dari isterinya sekarang ni, hatinya masih terasa panas mengingat kejadian beberapa jam lalu yang di saksikan oleh kedua bola matanya.

" Tak cepat sangat ke? Takut tak sempat nak prepare itu ini " ujar Puan Maria risau. Otaknya mula memikirkan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam waktu yang sesingkat itu. Tuan Barackh menggeleng sebelum kembali bersuara.

" Jangan nak meriah sangat, cukup invite orang-orang terdekat kita saja pun sudah cukup " Mencebik terus Puan Maria mendengar suaminya, matanya juga tajam menjeling Tuan Barackh itu. Tak setuju dengan cadangan suaminya. Dia mahu buat majlis besar-besaran untuk satu-satunya anak gadisnya! Salahkah!

" Buat besar-besaran pun untuk apa, budak tu dah kotor, kau tak malu? " Dengan nada yang seakan jijik Tuan Barackh bersuara. Puan Maria yang baru saja menghirup teh itu terus menghentakkan cawan tehnya ke meja dengan kuat seraya memandangi suaminya tajam.

" Tolong jaga sikit mulut awak tu, saya tak suka awak panggil anak saya dengan perkataan macam tu! " Darahnya juga mula memuncak naik.

" Sudahlah Maria, memang dah kotor budak tu, dia jadi macam tu sebab kau manjakan dia sangat " Tuan Barackh seakan menyalahkan isterinya. Semerta Puan Maria berdiri, dadanya naik turun dek marah.

Dia pula yang di salahkan? Irish seperti itu pun sebab suaminya jarang berada di rumah! Takkan dia sendiri saja yang perlu mengajar anak-anak sementara suaminya itu asyik keluar bekerja bagai tiada penghujungnya?!

Harash yang tahu akan berlaku pertengkaran antara dua orang tuanya sebentar lagi dengan pantas membawa Raline untuk menjauh dari situ. Dia tidak mahu isterinya itu mendengar pertengkaran antara ibu bapanya. Raline hanya menurut tanpa banyak tanya.



" Pipi kau... Pipi kau masih bengkak Irish " Ujar Raline risau, tangannya naik menyentuh pipi Irish yang masih sedikit bengkak dek tamparan mertuanya tiga hari lepas.

" Mata kau pun sama " Giliran Lylia bersuara dengan risaunya. Kini mereka bertiga duduk di bilik Irish, memandangkan Irish dilarang untuk keluar rumah sampailah hari perkahwinan dia dan Noah tiba. Dia juga sudah diberi cuti untuk tidak masuk kelas selama dua minggu ini.

" Macam mana tak bengkak mata tu, tiap malam nangis aje kerjanya " Bebel Raline dengan gelengan kecil. Ya, setiap malam dia dapat dengar esakkan tangis dari balik pintu adik iparnya itu. Kasihan...

Irish hanya diam, sedikitpun tidak bersuara. Raline dan Lylia mengeluarkan keluhan kecil.

" Ok, kejap lagi aku kena pergi. Tapi sebelum pergi ni, aku nak bagitau kau khabar si Azraf tu " Perlahan saja suara Lylia. Irish yang kelihatan lesu sedari tadi kini terus segar bugar setelah mendengar nama lelakinya diseru.

" Fuh, tengoklah diri kau tu, macam mayat yang kembali hidup bila aku sebut nama dia " Perli Lylia seraya menggeleng perlahan.

" Lepas kejadian tu, sehari kemudian dia ada datang sekolah nak jemput kau, tapi aku bagitahu yang kau tak masuk, so dia blah " Sambung Lylia

" Macam tu juga hari-hari berikutnya, dia datang and blah bila aku bagitahu yang kau tak masuk, tapi tu lah, muka dia lain betul "

" Macam bukan Azraf yang kita kenal " Tambah Lylia lagi.

" Maksud kau macam bukan Azraf yang kita kenal macam mana? " Tanya Raline kehairanan, dia juga belum pernah berjumpa dengan Azraf semenjak menjadi isteri seorang Harash. Dia juga keluar rumah hanya untuk membeli makanan yang dia mengidamkan saja.

Lebih tepatnya, selama dua berbadan dua ini, dia cukup malas keluar lepak dengan Lylia dan yang lain.

" Entahlah.. susah aku nak jelaskan dengan kata-kata " Perkataan Lylia itu menjadikan Irish dan Raline semakin penasaran.

" Alaa, susah sangat, kau pergilah Video call dengan dia, senang " Irish menggeleng perlahan, bukan dia tak nak, tapi..

" Tak boleh, telefon aku ada dekat orang tua tu " Beritahu Irish, kepalanya disandarkan dibahu Raline lemah.

Apalah nasib, sudah kena tampar dapat free gift Telefon kena sita pula tu. Lengkap sudah.

" Lagipun, kalau orang tua tu dapat tahu aku masih berhubungan dengan Azraf. silap haribulan dia makan aku hidup-hidup " Tambah Irish lagi.

Gerun juga dia selepas melihat papanya meradang tempoh hari.

" Hi girls! "




























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro