Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05 : 𝐇𝐚𝐯𝐢𝐧𝐠 ...

Sesampainya Harash di rumah, badan mungil adiknya diangkat untuk memasuki rumah. Matanya melilau mencari kelibat mamanya sebelum masuk.

Takut kalau-kalau mamanya ada dekat situ, dia nak jawab apa pula kalini. Papanya pula dah keluar semula, ada kerja penting kena selesaikan katanya. Balik untuk ambil kertas kerja saja lepastu keluar balik.

Pintu bilik Irish dibuka perlahan.

" Nasib kau ringan, kalau berat tadi, memang aku heret aje kau naik sini " Bebel Harash geram lalu diletakkan Irish di katil perlahan, nak humban kesian pula.

Kasut tumit tinggi adiknya di tanggalkan, lalu dia menarik comforter naik menutupi separuh badan Irish itu. Setiap inci wajah adiknya dia perhatikan.

Terukir manis senyuman Harash tatkala melihat wajah tenang Irish. Kalau di perhatikan, seraut wajah adiknya itu macam gadis baik-baik, duduk rumah, rajin ke gereja, tapi sungguh ironi dengan perangai adiknya yang sebenarnya.

Tiba-tiba matanya tertancap pula pada leher jinjang Irish yang memiliki kesan merah dan agak kebiruan, tangannya terus naik menjentik dahi Irish, kuat. Siapa suruh nakal sangat! Kan mendapat!

Harash terus membuka langkah seribu selepas adiknya itu mula menggeliat. Sempat juga dia menutup suis lampu sebelum melangkah keluar.

     " Good morning! "  Sapa Irish yang baru tiba di ruang makan. Matanya menangkap sosok papanya. Wajahnya yang tadi ceria berubah menjadi lebih lebih ceria.

Dia berlari kecil untuk mendapatkan papanya, leher papanya dipeluk erat lalu mencium pipi kiri papanya sekilas. Betul-betul macam tak pernah jumpa setahun, walhal baru dua hari tak jumpa!

" Gembiranya dia " Ujar Tuan Barackh seraya mengusap lembut kepala anak gadisnya. Irish tersenyum lalu duduk di sebelah papanya.

Beg nya diletakkan di lantai bawah lalu mencapai roti bakar yang sudah disediakan pembantunya di atas meja, tidak lupa susu juga di tuang kedalam gelas hingga separa penuh.

" Kenapa tak makan nasi " Puan Maria bersuara. Irish melihat kearah mamanya sebentar lalu memakan roti bakarnya.

" Doa, Irish " Si bapa menegur tidak bernada. Irish sengih sebentar lalu diletak semula roti pada pinggan. Matanya dipejam lalu mengepal kedua tangannya sambil mulut berdoa diselang seli dengan kunyahan roti di mulut.

" Tak lapar sangat, lagipun Irish dah lambat ni, kejap lagi bas datang " Jawab Irish selepas habis berdoa. sambil dia mengimbas rambutnya ke belakang. Mulutnya pula laju mengunyah roti.

" Kan ada abang kamu, minta dia hantar nanti " Tuan Barackh kembali bersuara lalu menghirup kopi panasnya sedikit demi sedikit.

" Itulah, aku boleh je hantar, sibuk nak naik bas kenapa " Tambah Harash dengan mulut penuh. Sebenarnya malas juga nak hantar adiknya itu, dia saja nak memanaskan suasana, biar Irina kena bebel. Dalam sehari tak nampak adiknya kena bebel oleh Mamanya memang tak sah. Hobinya sekarang pun dah bertukar jadi batu api antara dua beranak itu.

Dua orang tua mereka hanya menggeleng melihat tingkah Harash yang masih sama macam budak-budak, tak pernah berubah, suka bercakap masa mulut penuh.

" Aku tak boleh duduk dalam kereta kau lama-lama, segala bau perempuan ada dalam tu " Seloroh Irish diselangi ketawa nya. Membulat mata kedua orang tuanya mendengar perkataan Irish tadi. Tatapan tajam beralih pada Harash.

" Tak adalah, Irish gurau je "

" Irish suka naik bas sebab ada kawan, lagipun bas tu free, tak perlu bayar, kan? " Sambungnya lalu berdiri, susunya diteguk habis sebelum bersuara.

" Pa, Ma, Irish pergi dulu " Pamit Irish, beg nya di capai lalu berlari kecil keluar rumah menuju Bus Stop yang ada dekat dengan rumah mereka.

" Betul ke apa yang adik kamu cakapkan tadi, Harash?! " Soal Tuan Barackh selepas kelibat anak perempuannya tidak kelihatan. Muka anak lelakinya di tatap serius. Harash pantas menggeleng.

" Eh p-papa percaya budak tu? M-Mana ada lah pa.. " Jawab Harash tergagap-gagap disertai gelengan, berdiri segala bulu roma ditatap dan disoal begitu.

" Bagus kalau macam itu, papa suka kamu dengan Raline saja, jadi jangan nak macam-macam! "

" Kalau papa tahu kamu curang dari Raline, siap kamu " Penuh ancaman nada Tuan Barackh. Harash menelan ludah perit. Seram.

" Budak beruk, siap kau balik nanti " Gumam Harash kegeraman dalam hati. Nasi nya kembali disuap masuk kedalam mulutnya sambil otaknya bising memaki hamun sang adik.

     " Cepatlah! Tu Irish tu! " Ucap Lylia sambil menarik-narik lengan Raline bagi melajukan lagi langkah sahabat nya satu itu. Jalan dah kalah pengantin! Entah-entah siput pun dikalahkan oleh Raline ni!

" Kau rileks sikit boleh tak, dia takkan lari kemana lah! " Ucap Raline malas. Langkahnya dilajukan dengan keadaan terpaksa. Begnya pula dikemaskan lagi.

" Yuhuuu~ " Sapa Lylia dekat Irish seraya menepuk bahu gadis itu. Irish menoleh kearah mereka berdua dengan kening ternaik.

" Baru sampai ke? Tak nampak pun kau dekat bas tadi " Lylia menyoal mesra. Tangannya melingkar di pinggang ramping milik Irish.

" Adalah! Kau saja yang tak nampak, itulah, sibuk dan dekat telefon kau tu, aku yang kat belakang pun kau tak jeling " Bebel Irish lalu menyiku lembut perut Lylia.

" Alaa, aku sibuk balas mesej Sugar Daddy akulah~ Mesti kau tak tahu kan? Itulah kau, tidur awal sangat " Perli Lylia pada Irish soal di Club semalam.

" Mana aku tahu benda tu jadi macam itu? Kalau aku tahu, aku tak minum, tau! " Irish menjeling. Sakit hatinya di perli begitu seolah dia tak reti minum.

Lylia membalas dengan memutarkan bola matanya keatas. Tahu yang Irish boleh minum lagi banyak, cumanya dia saja nak cari gaduh.

" Ehm! Raline, kau pergi mana semalam? Aku tunggu kau kat club, kau tak datang pun " Irish menukar topik. Tak mahu kalau hal semalam asyik di bangkitkan. Panas hatinya, lagi-lagi dia dapat tahu Azraf tak ada dekat dia semalam.

" Harash ajak aku keluar semalam, sebab tu tak dapat lepak dengan kauorang. " Balas Raline disertai senyumannya manisnya. Amboi, mentang-mentang lepas keluar dating, bukan main lagi senyum sampai telinga ya!

" Alaa, having hmm ka " Seloroh Lylia sambil menyenggol bahu Raline. Membutang terus mata Raline, mukanya pula mula memerah entah kenapa. Walaupun benda tu tak betul.

" Bodoh! " Kutuk Irish pada Lylia disertai ketawanya. Geli hati juga melihat riak malu Raline itu.

" Dahlah! Malas layan " Raline sudah buat-buat marah, langkahnya dilajukan meninggalkan dua sahabat nya itu jauh di belakang. Sambil mulutnya tak henti-henti tersenyum malu.

Irish dan Lylia serentak ketawa besar seraya berlari mendapatkan Raline yang sudah mula memasuki kelas dengan muka yang masih merah padam.





My Perfect Husband

-rxnxxy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro