Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03 ; 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐲

Dari tadi kepalanya tidak berhenti dari menjenguk keluar pagar, sedang menanti seseorang yang katanya akan menjemputnya. Jam mewah hadiah dari sang kekasih yang melilit indah di pergelangan tangannya itu, ia lihat sekilas. Jarum nya sudah ingin mencecah pukul sembilan malam. Keluhan dilepaskan seraya berjalan keluar dari pagar rumahnya sambil mulut terkumat-kamit menyumpah seranah sang kekasih yang tak kunjung muncul.

" Siang tadi janji pukul lapan, ini dah pukul sembilan batang hidung pun tak nampak " Irish berdecit geram. Kaki dihentak berkali-kali ke jalan tanda kesal. Kepalanya pula asyik ke kiri, ke kanan tak sudah. Nasib lah jam-jam begini kawasan perumahan itu sudah sunyi, jadi tidaklah orang-orang melihatnya.

Bebatuan kecil yang ada berhampiran ia tendang kesal. Ini, nasib lah juga papanya tak balik awal, kalau tidak, memang susahlah dia nak keluar macam ni. Mama nya pula awal-awal lagi sudah dibuai mimpi. Mungkinlah, sebab dia dah tak tengok orang tua itu duduk terpacak depan tv dari pukul tujuh tadi.

Tunggu punya tunggu, kereta milik Azraf akhirnya tiba di hadapannya. Berhenti saja kereta lelaki itu, dia terus memasuki kereta dengan kelam kabut tatkala melihat kereta papanya juga tak jauh dari mereka. Lengan Azraf yang sedang memegang stereng kereta ditepuk-tepuk.

" Go! Cepat!! " Arah Irish dengan panik, Azraf langsung menancap gas dan berlalu pergi dari situ.

" Nice timing " Kata Azraf dengan bangganya. Irish menjeling nya tajam. Dia tak tahu ke jantungnya sekarang bagai nak gugur tadi! Nice timing kepala Atuk dia!

" Kenapa lambat " Soal Irish menahan geram, nadanya dibuat beku. Pandangan nya pula dibuang keluar tingkap.

" Sorry princess, meeting habis pukul lapan tiga puluh tadi " Jelas Azraf. Irish diam. Masih marah, siapa suruh! Janji pukul lapan!

" I know you akan marahkan I, that's why i ada bawa sesuatu untuk redakan amarah you " Ucap Azraf disertai senyuman manis. Percaya diri dengan apa yang dia bawa siap-siap. Irish menarik wajahnya pada Azraf serta merta. Sebelah keningnya ternaik tatkala melihat lelaki itu.

Apa pula kalini.

" Apa dia " Tanya Irish hairan juga ingin tahu.

" Cuba tengok belakang " Arah Azraf.

Tanpa banyak bunyi, Irish hanya patuh dengan arahan itu dan melihat kearah tempat duduk di belakang. Mata membulat serta merta. Mulut di tutup menggunakan tapak tangan dengan reaksi terkejut.

" No way! " Irish menatap wajah Azraf dengan riak senang sekaligus tak percaya. Walaupun dia tak percaya, tapi dia harap ini bukan mimpi semata. Mata tidak berkelip tatkala menunggu balasan teman lelakinya itu.

Azraf mengangguk meyakinkan teman wanitanya yang semua itu benar, bukan mimpi atau apapun itu. Pandangan nya masih fokus kejalan raya. Dia tahu, gadisnya akan sukakan hadiah itu. Senyuman senget ditarik.

" How? Do you like it, princess? " Tanya Azraf ingin tahu tak, sebenarnya dia sudah tahu, nampak dari reaksi gadis itu dia sudah tahu kalau Irish sukakan hadiahnya.

Irish mengangguk laju seraya memeluk lengan Azraf yang masih memegang stereng kereta itu. Erat.

" Thanks " Ucap Irish. Pipi Azraf dikucup sekilas lalu kembali memeluk lengan lelaki itu dengan perasaan berbunga-bunga.

" Aih? Macam itu aje? " Azraf bersuara dengan nada agak sedikit kecewa. Dia punya effort gila tapi dapat itu aje?! Mana aci!

Irish ketawa kecil lalu dikucup bibir lelaki itu pula, sekilas saja, tidak lama. Kalau lama nanti ada yang terbabas masuk parit. Sia-sia..

" No, maksud i bukan macam tu " Kereta Azraf perlahan-lahan berhenti di bahu jalan yang agak sunyi. Selepas selamat berhenti, dia terus mematikan injin kereta nya itu.

Dahi Irish berkerut hairan lalu bertanya. " Kenapa? " Pelukan di lengan lelaki itu dia lepaskan. Matanya fokus kearah Azraf yang mula membuka tali pinggang keledar.

" I nak tunjuk dekat you cara berterima kasih dengan betul " Tangan Irish dikucup lama sebelum mengangkat badan mungil kekasihnya itu naik ke ribanya.

Senyuman manis dia lemparkan kearah Irish.


     " You masuk dulu, sekejap lagi i masuk, okay? " Ujar Irish setibanya mereka di club malam, dia turun dari kereta diikuti Azraf.

" You nak pergi mana? " Soal Azraf pelik, selepas dia mendapatkan gadis itu, tangannya melingkar erat di bahu Irish. Irish mendengus perlahan.

" Hello?! You dah hilang ingatan? Tengok, tengok makeup i dah lari entah kemana! Habis semua tunggang langgang! "

" Look at my hair too! dah serupa kak kunti, semua sebab you!! " Bebel Irish lagi. Sisi perut lelaki itu dia cubit penuh geram. Azraf hanya menyeringai sambil tangannya menggosok-gosok area yang di cubit tadi, sakit, tapi sedap! Hehe. Otaknya pula mula memutarkan scene semasa perjalanan nak ke club tadi.

" Ok ok, My fault. Sorry princess " Azraf meminta maaf seraya mencubit geram pipi kekasihnya pula. Lembut saja.

" I pergi toilet, You masuk lah dulu, tunggu I dekat dalam. " Azraf mengangguk akur, dia mula melangkah masuk kedalam club, sempat juga dia menunjukkan ID nya sebelum dibenarkan masuk oleh beberapa orang berbadan tegap yang menjaga pintu masuk. Manakala Irish pula mengatur langkah untuk ke tandas terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.

Selepas beberapa minit dia menghabiskan waktu di toilet, barulah dia keluar dan masuk ke dalam. Dia juga di periksa sama seperti Azraf sebelum dibenarkan masuk.


" Oi! Kat sini! " Lylia, kawan sekelas dengan Irish itu menjerit sambil melambai-lambaikan tangan nya kearah Irish yang baru masuk itu. Tadi dia sudah awal-awal di inform kalau Irish ada hal kejap, jadi akan datang agak lewat.

Nafas lega dihembus, tatkala melihat Irish juga memandangnya.

Irish yang melihat kawannya itu langsung menghampiri nya lalu duduk di sebelah Lylia sambil menyeringai.

" Dah lama?! " Irish menyoal dengan separa menjerit kerana lagu yang sedikit kuat di disitu. Boleh pekak telinga dibuatnya.

" Ya! Dalam setengah jam tadi! " Balas Lylia juga dengan jeritan. Milkshake yang di pesannya tadi diteguk perlahan.

" Awalnya.. " Dilihat Lylia dengan pandangan tak percaya. Punya awal!

" Haah! Aku datang awal sebab nak cari sugar daddy! " Balas Lylia lalu ketawa besar. Entah betul atau kawannya itu sekadar hanya ingin bergurau, Irish hanya membalas dengan anggukan.

" Eh kau nak order apa " Tanya Lylia. Sesekali matanya melihat sekeliling. Nampak gayanya macam betul-betul cari Sugar Daddy. Haha

" Wine, light, taknak heavy, esok ada class pagi " Jawab Irish, Lylia mengangguk faham lalu mengangkat tangan nya untuk memesan minuman. Sebenarnya dia pun sama, sebab itu pesan milkshake saja.

" Oh ya, ni, pagi tadi kau tak masuk, kenapa! " Minuman Irish yang baru saja tiba diambil lalu diletakkan di hadapan kawannya itu.

" Semalam Azraf ajak keluar! buat lah parti sikit, pastu bangun-bangun aje kepala sakit nak mampus "

" Sebab tu tak masuk " Terang Irish lalu meneguk sedikit wine nya, dahinya berkerut tatkala menelan wine itu.

" Light dia pun dah macam ni, heavy dia entah macam mana " Gumam Irish. Tekaknya terasa perit. Kepalanya di geleng perlahan menahan rasa perit yang tiba-tiba ke otak.

" Cakap pasal Azraf.. dia dekat mana? " Lylia kembali bertanya sambil mengangkat kedua keningnya. Irish diam, dia baru teringat pasal teman lelakinya itu. Dimanakah?







My Perfect Husband

-rxnxxy

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro