Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25 : You paksa I!

Tia dan Ash melepaskan ciuman. Mereka tercungap-cungap meminta nafas. Ash bergerak ke belakang, sedikit seperti berundur. Matanya melirik kepadaku sebelum dia meramas rambutnya. Matanya jatuh pandang ke lantai.

Aku benci sungguh, hatiku terlalu sakit. Bodohnya aku! Kenapa perlu aku sakit hati? Lantaklah jantan tu nak buat apa pun! Nak buat maksiat pun aku tak kisah. Aku dan dia hanya sekadar suami isteri di atas kertas! Ash hanya perlakukan aku sekadar patung untuk sirnakan fikiran Tia daripada menggangu dia lagi.

"You melampau, Tia! Kenapa you murah sangat?!" Ash melenting. Tak sangka juga kenapa Ash boleh marahkan Tia. Bukan ke dia suka, bukan aku tak nampak dia membalas kucupan itu. Walaupun terang-terang aku nampak Tia lebih kepada memaksa. Tetapi dah lelakikan, nafsunya boleh kalah jikalau perempuan dah buat perangai macam tu?

Tia mara dekati Ash, cuba sentuh pipi kekasih kesayangan dia. Aku rasa nak kasi penampar aje dekat Tia, suka-suka aje pegang suami orang. Eh? Dahlah Ara, jangan merepek. Dia suami kau, tapi dia benci kau. Kau jangan buat perangai bodoh kau lagi. Jangan ada rasa cemburu! Argh, cemburukah aku? Tak mungkin!

Lengan Tia dicengkam Ash, lalu ditolak tubuh Tia supaya menjauh. Berkerut dahiku melihat permainan mereka. Apa Ash cuba buat? Betul-betul marah ke? Muka Ash memang merah padam, rahangnya bergerak-gerak seperti menahan amarah. Gaya dia macam tempoh hari, memang menakutkan.

"You yang paksa I, Ash. I nak kahwin dengan you, tapi you kahwin dengan betina s****** tu. You kiss dia, so salah ke I nak kiss you. Atau you nak lebih daripada ni. I boleh bagi semuanya pada you, Ash. I cintakan you, sangat-sangat. Please Ash, marry me."

Rayuan Tia membuatkan aku termalu sendiri. Memang dasar tak tahu malu, merayu pada suami orang. Aduhai, tiada lelaki lain ke kat dunia ni? Mahu juga lelaki orang. Eh, Ara Ara. Sepatutnya kau berdoa dorang ni kahwin, takdelah menyusahkan hidup kau lagi.

Aku perhati aje riak muka Ash. Dia masih kekalkan muka ketat, dadanya berombak turun naik. Masih baran lagi agaknya. Aku kena ambil peluang, aku nak lepaskan diri. Dah cukup rasanya drama kali ini. Aku tak nak mata aku berdarah tengok aksi dorang lagi. Cukuplah hati aku dah berdarah.

"Ash. Kau ceraikan aku sekarang! Aku nak lepas, aku tak nak tengok maksiat korang lagi. Aku dah penat, Ash!"

Ash mengalihkan badan, dia memandang aku tepat. Menunjuk muka berangnya depan aku.

"Never. Aku tak nak ceraikan kau, kau faham tak, Ara?!" Tengking dia kuat. Aku serius rasa nak tampar muka dia, tetapi tangan tak sampai. Apa mahu dia lagi, hah? Susah sangat ke nak lafaz cerai? Dia nak simpan aku untuk apa lagi?

"Darling. Why tak nak ceraikan dia? You ada apa-apa perasaan pada dia ke? Ataupun you dengan dia pernah bersama sebab tu you tak nak ceraikan dia? You takut dia mengandung?!"

Terhenyak aku menerima kenyataan itu. Aku seakan baru tersedar, kemungkinan ada benih di dalam rahimku. Bagaimana nasibku nanti jika Ash ceraikan aku. Aku nak tinggal di mana? Rumah Rizq? Tak mungkin. Kalau aku mengandung pula, apa nasib anakku nanti?

"Yes, memang aku dah sentuh dia! Kau puas?! Stop it, Tia! Aku dah tak boleh tahan sabar bila kau makin melampau! Aku dah muak dengan perangai kau! Tolonglah, sedar. Aku tak nak kahwin dengan kau. Aku bencikan kau sejak kau curang belakang aku! Kau pun bukan perempuan suci lagi, aku tak nak memperisterikan betina. Kau sedap dengan jantan lain, lepas tu nak aku kahwin dengan kau? Kau ingat aku ni lelaki apa? Kambing hitam, kau?!" Suara Ash benar-benar memetir. Aku sendiri gerun apabila selancang itu Ash lontarkan kata-kata kepada Tia. Gaya macam dah lama pendam.

"Tapi I, dah tak dengan dia. Dia pun dah mati, Ash. You janganlah cemburu lagi, I cintakan you. Dia cuma kisah silam I. Dulu, you salah faham. I dengan dia tiada apa-apa hubungan. Dia bekas kekasih I. Itu aje, Ash. Please, lupakan perkara ni. I sayang dan cintakan you seorang je, Ash."

Ash mendengus geram.

"S***! Stop memperbodohkan aku! Kau mengandungkan anak dia, s***! Kau tu perempuan kotor! Kotor! Aku jijik tahu tengok muka kau! Tadi, masa kau kiss aku. Aku rasa macam nak ludah. Sebab terlalu jijik! Kalau boleh aku samak mulut aku ni, dah lama aku buat. Tolong sedar, aku tak nak kau. Kau lepaskan aku dengan isteri aku! Aku tak nak hadap semua ni, lagi! Stop buat benda bodoh! Stop, Tia!"
Ash meludah di tepinya. Dia betul-betul mengamuk, tubuh Tia ditolaknya sedikit. Mujur tidak jatuh. Kasar betul Ash melayan perempuan, kecut gila perut.

"Sampai hati you buat I macam ni, Ash. I dipaksa dia, bukan I nak. Dah lah you, semua tu dah lepas. I hanya nak you, I hanya cintakan you, darling. Janganlah marah I macam ni lagi. You tolong ceraikan dia. You mesti kena hasut dengan dia, kan. Sebab tu you hina-hina I. Dulu you tak pernah macam ni. You tak pernah sekasar ni pada I. You dah berubah!" Tia menangis teresak-esak, dia cuba sentuh Ash tetapi Ash bijak mengelak.

"Memang dari dulu aku nak cakap macam ni, Tia. But, aku tak nak sakitkan hati kau. Sekarang, kau dah melampau, aku dah tiada pilihan. Dia takde kena mengena dalam hal ni, dia--"

Pang! Pipiku laju ditampar Tia. Tak sempat nak elak, dia tampar pipi belah kiriku. Azabnya, tolong aku Ya Allah.

"I said don't touch her! Kau pekak, ke!" Ash meluru ke arahku, tubuh Tia ditariknya supaya menjauhi aku.

"Lepaskan I, I nak ajar betina ni. Sebab dia, you tinggalkan I! Dior, Freut! Kau pegang Ash. Aku nak buat kerja aku! Sekarang!" Tia meronta dan tak lama tubuh Ash dah dikawal ketat oleh konco-konconya. Ash cuba melawan, tetapi macam tak lut sahaja. Tak terlepas sedikitpun pegangan di kedua bahu Ash.

Kuat sangat konco itu, ataupun Ash tak kuat melawan. Entahlah, aku malas nak fikir.

"Kau tengok, apa jadi pada kau kalau kau sentuh dia lagi! Kau tengok!" Dia menjerit sambil badan meronta-ronta. Sikunya berkali-kali menghentak ke tubuh konco berbadan sasa itu. Aku bingung. Apahal tengok Ash macam beria nak selamatkan aku.

"You sukakan dia, ke Ash?" Kuku jarinya mengusap pipiku lalu dicengkam sampai terhiris sedikit kulit. Argh, pedih. Makin dicengkam kuat. Aku tergeleng cuba melepaskan diri.

"Aku tak sukakan dia. Lepaskan dia, sekarang!"

"No, you tipu I. Biar I ajar dia." Ada pisau tiba-tiba dia keluarkan dari mana entah. Mungkin diselitkan di tepi skirtnya. Pisau lipat yang nipis. Mulalah menari di celah leherku dan dibenamkan perlahan di situ lalu ditarik perlahan. Tidak cukup dalam, namun sakitnya tak terperi.

"Stop Tia, Stop! Kau jangan cabar aku!"

"I don't know how to stop!"

Kedengaran Ash meraung, memekik macam orang gila. Aku dah redha, biarlah Tia nak buat apapun asalkan aku mati nanti. Hidup lama pun, kena seksa dengan Ash. So seksa dengan Tia ni sampai mati lagi better.

"Tia. Kau bunuh ajelah aku. Tembak je terus, jangan seksa sikit-sikit. Aku dah tak nak hidup macam ni, Tia. Tamatkan riwayat aku dan kau nak ambil Ash pun ambillah sampai kau bahagia. Aku tak kesah sebab aku tak pernah suka dia."

"Really? Dior, bagi aku pistol. Aku tak sabar nak pecahkan kepala dia. Eh, wait, aku nak tembak tangan dulu, lepastu kaki, and then dada and then kepala. Wah, tak sabar." Tia bersorak riang dan matanya makin mencerlung merenung aku. Mungkin dia dah bayangkan semuanya berlaku.

"S***! Tia! Kau jangan anggap lepas dia mati, aku akan terima kau! Kau jangan berangan! F***! Lepaskan aku, bodoh! Lepaskan!"

Pistol dibaling tepat dikakiku. Tubuhku menggigil ketakutan. Aku tutup mata. Ya Allah, andai ini takdirku. Aku terima.
Bunyi bising entah apa menyelinap di gegendang telinga. Aku tak nak tahu apa yang terjadi. Benda keras yang ringan berada dekat di lenganku. Sejuk. Peluhku merenik jatuh. Argh, dah tiba ke masanya aku kena tembak? Ya Allah, aku mohon kurangkan sakit itu.

Lenganku seperti ditolak oleh seseorang, dan benda tu dah menjauh. Apa yang jadi? Aku terus buka mata. Ash dah berada depan mata aku, dia tengah bergelut ingin merampas pistol dan dua konco itu cuba menarik tubuh Ash. Namun, kuasa apa yang Ash ada sehingga dia masih belum putus asa daripada merampas pistol tersebut.Apa jadi ni? Kenapa Ash cuba nak lindungi aku? Apa dalam fikiran dia?

"Lepaskan I, Ash! Dior, Freut! Buat kerja sebelum aku tembak kau orang lepas ni!"

Ash kalah, Tia dah berjaya letak sepucuk pistol di kepala aku pula. Aku menangis lagi. Aku sangka, percubaan Ash berjaya. Aku kecewa. Memang ajal aku sampai sini agaknya. Ya Allah, kuatkan aku.

Entah kenapa saat pandangan kami beradu. Aku nampak mata Ash seperti berair, mungkin aku dah rabun. Dia berusaha lagi meronta. Aku dah penat menangis. Dalam diam, aku sampaikan ayat selamat tinggal kepada Ash. Dia menggeleng-geleng. Bibirnya tidak henti mencarut. Aku diam menanti ajal.

Sadisnya pengakhiran hidup aku.

"You sedia dah, Ash? I nak tembak betina ni. Anything you want to say, to her before she die. I tak sabar nak bunuh dia cepat-cepat. Malas nak seksa, mati terus lagi seronok." Tia dah ketawa mengilai macam hantu. Aku dah kelu lidah, menangis semahu-mahunya. Meminta simpati kepada sesiapa pun.

Mataku menyorot sayu di wajah Ash yang ada lebam. Mungkin ketika bergelut, mukanya ditumbuk. Dia masih tidak lelah mahu melepaskan diri, tak disangka dia berjaya juga. Segera dia menerpa ke arah aku dan Tia. Kali ini dia tak cuba merampas pistol, namun dia menolak tubuh Tia hingga terjatuh. Tubuh aku terus didakap tiba-tiba. Aku tergamam tanpa kata.

"Ara. Aku minta maaf. Ini je cara aku untuk lindungi kau." Suara dia bergetar mengusik halwa telinga. Dahi aku hangat menerima kucupan dari bibirnya. Aku kelu. Bingung.

"You gila, Ash! Lepaskan dia! I nak tembak dia, kenapa you peluk dia! You tak guna, Ash!" Badanku ikut tergerak, apabila Tia menarik tubuhnya ingin meleraikan pelukan. Namun, aku dapat rasakan cengkaman tangan Ash melilit di bahuku kejap. Dia tak nak lepaskan aku.

Sumpah. Aku bingung. Apa dalam fikiran Ash aku dah tak tahu.

"Kalau aku mati, aku nak kau tahu. Aku dah sayangkan kau, Ara. Aku-- Argh!!!"
Bunyi tembakan kuat, diiringi suara jeritan Ash. Air mata aku makin lebat.

"Aku cintakan kau."

Terbeliak biji mata aku mendengar bisikan halus Ash, matanya berair mengungkapkan keramat itu. Secara mendadak, tubuh Ash menghempap aku, dan dapat dirasai ada benda panas mengalir di tubuhku kini. Ya Allah, apa yang berlaku? Ash kena tembak di mana? Dia mati betul-betul ke?

...

Writer's comment : do you believe Ash? I akan matikan Ash kalau korang tak nak vote dan komen. Hahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro