Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21 : Sakit sangat

Seakan ada beribu jarum mencucuk kepala. Aku mendesah sakit, tangan memegang kepala yang teramat menyeksakan.

Sakit di kepala tidak ada kurangnya, malah ditambah pula kesakitan di seluruh anggota tubuhku. Saat ini tiada tertanding, seinci kulitku bagai disiat dengan pisau belati lalu disimbah air garam.

Terlalu pedih. Teramat.

Aduh.

Aku tak tahan, terus ku paksa kelopak mata yang tersangat payah untuk dibuka. Serasa seperti digam sahaja sahaja.

Berulang kali aku cuba. Aku kena lawan sakit ini. Aku nak tahu, kenapa sakit ini berlaku. Aku bingung. Terlalu bingung.

Macam orang bodoh atau mungkin sasau.

Ditemani air mata, aku berjaya juga buka mata. Pedih itu melata di mataku pula.

Pandangan yang kabur terbentang diruangan mata. Samar cahaya. Kelabu.

Ini siang atau malam? Kenapa tiada sinar.

Kenapa?

Aku cuba bergerak,

Aku bodoh. Ternyata seinci sahaja tubuhku terusik, sakit makin bertambah. Seluruh tubuhku menggelatar kesakitan.

Ia terlalu menyeksakan.

Dahiku dah tercantum kerutan buruk. Fikiranku entah bagaimana terputar peristiwa yang aku tidak tahu bagaimana ia berlaku.

Aku sentuh bawah perutku.

Sakit.

Ya Allah.

Sakit.

Aku merintih.

Satu imbasan demi satu imbasan bagai tertayang di depan mata. Tak terlepas, sebelum duniaku makin gelap kerana dah tak sanggup melihat kekejaman durjana itu.

Setan itu, kasari setiap bahagian tubuhku dengan nafsu durjananya. Tak terlepas dia memperlakukan aku selayak binatang bukan lagi pelacur! Tidak cukup dia r****, tubuh ini juga--

Ya Allah. Aku tak sanggup bayangkan semula. Kenapa kau beri semula ingatan ini? Aku benar tiada upaya untuk hidup di dunia.

Dah hancur, segalanya. Maruah aku direntap dengan kejamnya.

Pandanganku lemah menunduk, tubuh aku terbalut selimut berwarna putih yang ada tompokan darah. Gila! Setan tu gila! Dia fikir aku ni apa?

Aku ni apa? Ya Allah.

Setitik. Dan merembes keluar segala cecair di mata. Aku menangis teresak-esak melihat hasil perbuatan Ash. Lebam kulit dadaku, hampir kesemua tubuh ini berwarna biru kemerahan. Zalim! Dia bukan manusia!

Setan! Kau setan, Ash! Kau setan! Setan!

Aku meraung cukup di hati. Bibirku pedih, entah apa yang Ash perbuat pada bibirku. Sakit sangat, hendak buka mulut pun azab sekali.

Kenapa dia tak bunuh aku, sahaja? Kenapa?

Kenapa aku masih hidup lagi. Kenapa?

Adakah sampai tamat riwayatku, derita akan menjadi peneman?

...

Aku tersedar setelah lama kelelahan meraung kesakitan yang tidak berpenghujung. Perutku berkeroncong hebat, minta di isi.

Tanganku lemah naik memegang perut. Kudratku makin tiada.

Mataku memandang atas siling.

Berapa lama agaknya aku terbaring sampai cacing di perut meronta-ronta ingin menjamah walau seteguk air.

Aku tak tahu.

Entah, aku pun terlalu risau tanggungjawab sebagai umat Islam itu tidak aku tunaikan.

Solat.

Ye, berapa banyak waktu solat yang aku terlepas tidak aku ketahui. Rasa berdosa melabuh dalam sanubari.

Aku menangis teresak-esak. Ya Allah.

Aku nak solat tapi tak berdaya, bagaimana lagi, Ya Allah?

Apa perlu aku lakukan? Ingin ke bergerak pun tidak aku mampu. Bagaimana lagi, Ya Allah?

Dosa. Jangan ikut hasutan syaitan, kau boleh lawan sakit ni. Dah cukuplah kau berehat, kau kena solat. Kalaulah esok kau mati, siapa nak tanggung?

Macam mana kau nak hadap Tuhan kelak? Dengan dosa tidak solat, mati dalam keadaan kotor begini. Kau fikir Tuhan nak terima kau?

Aku menangis lagi. Bisikan halus itu sungguh meruntun kalbu. Kini air mata mengalir lagi deras. Aku takut untuk hadapi Allah dengan keadaan berdosa. Aku tak boleh menyerah sebelum berusaha mati-matian.

Aku nak solat juga. Aku mahu. Terlalu.

Dengan kudrat yang masih tersisa, aku cuba golekkan tubuh ke kiri kerana tubuh ni sudah tidak terdaya untuk bangkit.

Allah! Allah! Sakit, Ya Allah! Sakit!

Meraung aku didalam hati. Terlalu sakit disaat depan tubuhku tergolek menghempap katil.

Adrenaline mengalir deras. Menggigil lagi tubuh ini menanggung azab. Tidak aku peduli, aku kena usaha lagi.

Bantu aku, Ya Allah. Aku golek lagi ke kiri, sampai hujung katil tak sempat aku tahan tubuh. Umpama nangka busuk, aku jatuh terhempas ke lantai.

Kepalaku terhentak dan azab sakit berganda. Aku tahu, ajal aku mungkin akan sampai nanti kerana sakit ini aku tak mampu tanggung lagi. Duniaku kembali gelap tanpa aku pinta.

...

Dahiku terasa panas disentuh seseorang. Aku terjaga lagi sekali. Mataku kuyu, pedih kerana terlalu lama menangis.

Tatkala mataku menerima wajah seseorang itu, jantungku bagai direntap. Tubuhku menggigil, bibirku juga bergetar kerana ketakutan.

Kenapa dia pegang dahi aku, dan kenapa dia tenung aku begini?

Tak cukup lagi dia buat aku sederita ini? Apa mahu dia, lagi? Ya Allah, tolong selamatkan aku.

Tolong. Aku mohon.

Sebutir air mata gagal kubendung. Jatuh menitik ke pipi, bagai air terjun menghentam bumi.

Pipi aku yang basah tiba-tiba disentuhnya pula. Aku diserang takut, makin menggila detak jantung. Ingin sekali aku tolak tangan kotor itu, ingin sekali aku tampar wajah kotor itu, dan ingin sekali aku bunuh makhluk di depan mataku ini.

Kalaulah hal itu boleh terjadi. Kalaulah--

"Hei, bangun-" Suara itu. Kenapa dia keluarkan suara. Aku benci! Segera aku tutup mata semula, serapatnya. Aku nak tidur selamanya, tolong Ya Allah. Tamatkan riwayat aku. Aku tak nak menghadap lelaki b****** ni. Aku tak nak.

"Don't you dare to die. I will never let you die. Never!"

Biar aku mati. Aku nak kau masuk penjara! Itu doa terakhir aku. Biar kau busuk mereput dalam penjara. Mati dalam tu lagi bagus. Ataupun kena tali gantung. Hukuman tu layak untuk syaitan bertopengkan manusia seperti kau, Ash!

Ada tangan menjalar di bawah pinggang, diikut belakang kepalaku. Aku sudah tidak mampu menolak, terasa tubuhku diawangan sekarang. Aku tahu dah dia tengah dukung aku. Untuk apa, aku tidak mengerti. Agaknya dia nak buang aku ke gaung mungkin. Terserah. Moga polis nampak kejadian itu jika dia ingin lakukan.

Kepalaku sakit apabila terhentak di bahagian dadanya. Mungkin juga ketika dia turun tangga. Tubuh aku dibawanya macam dikejar hantu. Takut barangkali. Eh, takut pasai pa?

Dia letakkan aku di tempat yang empuk. Mungkin juga bahagian penumpang di belakang kereta. Rambutku ditolak ketepi. Basah. Aku rasa dahiku basah waktu ini.

Argh, dia cium dahi aku ke?

Dasar durjana! Dasar setan!

"Kau bertahan. Jangan tinggalkan aku."

Ya Allah. Pekak ke telinga aku. Jangan tinggalkan aku? Bodoh sungguh makhluk keji ini. Dia dah buat aku sampai sakit nak mati, boleh lagi dia cakap macam tu. How this evil boleh hidup sampai sekarang? How this man wujud dalam dunia aku?

...

Writer's : Kejam. Itulah Ash. Korang rasa dia menyesal ke drpd ayat terakhir dia tu? Komen byk2 kalau nak update. Mcmlah korg kesah. Eh 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro