๐๐ข๐๐ฏ๐จ๐ฅ๐จ ๐๐๐ฃ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐๐ฌ ๐
Jarum jam yang berada pada angka 11:45 minit malam dilihat. Ira Syalien melepaskan keluhan lemah. Sudah satu jam empat puluh lima minit dia menunggu Xendrick Kieran namun bayang-bayang lelaki itu masih juga belum kelihatan.
Panggilan telefon tidak berjawab dan mesej tidak berbalas. Hatinya dilanda kerisauan. Lelaki itu ditimpa masalah ke?
" Excuse me miss. I'm sorry but we're about too close now. " Ujar seorang pelayan wanita kepada Ira Syalien.
Ira Syalien memandang kearah pelayan tersebut dan hanya memberikan senyuman tipis seraya menganggukkan kepalanya. Begnya dicapai lalu dia berlalu keluar daripada restoran.
Dia memilih untuk berjalan kaki sahaja untuk kembali ke hotelnya seiring dengan itu, jari jemarinya tidak lelah membuat panggilan dan mesej yang dia hantar pada Xendrick Kieram dibaca berkali-kali. Masih tiada balasan daripada lelaki itu.
Saya dah sampai. Awak kat mana? โ 10:12 p.m.
Dinner kita jadi tak ni? Atau awak ada urusan kena selesaikan? โ 10:45 p.m.
Xen? โ 10:50 p.m.
Jawab lah panggilan saya. โ 10:55 p.m.
Awak merajuk ke? โ 10:58 p.m.
Betul lah awak merajuk eh. Orang tua-tua cakap tak baik merajuk nanti muka jadi hodoh. โ 11:00 p.m.
Xendrick! Jangan sampai saya pula yang merajuk. Kalau saya merajuk lima saat je saya tak nak bercakap dengan awak. โ 11:05 p.m.
Dua tiga kucing berlari, mana nak cari si anak singa ni?
Dua tiga ayam berjoget dua kaki, mana nak cari si Xendrick ni? โ 11:07 p.m.
Xendrick!!! โ 11:08 p.m.
Xendrick Bin Anwar Ibrahim! Eh betul ke? Maaf saya hentam je. โ 11:10 p.m.
Xen tak lawak lah. Awak tengah buat surprise untuk saya ke sebab saya nak balik esok? Tak perlu lah nak surprise bagai. Baik awak muncul sekarang sebelum saya jadi dinosaur! โ 11:15 p.m.
Lawak apa yang awak cuba buat ni? Awak main-mainkan saya ke? โ 11:20 p.m.
Xen tolong lah muncul. Saya seorang je perempuan dekat restoran ni dengan dah lewat malamnya lagi. Awak sendiri cakap perempuan tak elok seorang-seorang lewat malam dan awak dah janji awak akan teman saya. โ 11:23 p.m.
Saya ada buat salah pada awak ke sampai awak abaikan panggilan dan mesej saya? Kalau betul ada saya minta maaf okey. Saya minta maaf. โ 11:26 p.m.
MAMAT MIX MATA KELABU!!! โ 11:30 p.m.
Saya tak tahu muslihat apa yang awak cuba buat sekarang ni tapi tolong lah, sekurang-kurangnya beritahu saya. Mana awak menghilang? Awak pergi mana? Atau awak ada masalah? Awak boleh cerita dekat saya kalau awak ada masalah. Saya akan tolong awak selesaikan semampu yang saya boleh. Jangan diam macam ni. โ 11:33 p.m.
Xen, awak tinggalkan saya ke? โ 11:40 p.m.
Tanpa Ira Syalien menyedarinya, setiap perkataan yang ditaip dan dihantar pada Xendrick itu dibaca selari dengan air matanya yang laju membasahi pipinya.
Jantungnya berdegup laju membaca pesanan terakhir yang dia hantar. Dia takut. Takut jikalau benar lelaki itu betul-betul meninggalkannya sendiri disini. Namun dengan cepat dia menggelengkan kepalanya.
" Dia dah janji yang dia tak akan tinggalkan aku. Dia janji dia akan jadi satu-satunya sahabat aku sampai bila-bila. Dia janji dia akan selalu ada untuk aku. " Ujar Ira Syalien dengan yakin sambil jemarinya laju menghapuskan air matanya.
" Positive Ira. Mungkin dia tiba-tiba ada hal penting kena selesaikan dan fon dia habis bateri. Jangan buruk sangka tak baik. Chill. " Ujarnya lagi dan satu senyuman manis dicipta untuk memberi semangat pada diri.
Malam itu, Ira Syalien menghabiskan masa dengan berjalan kaki sahaja pulang ke hotel. Sambil dia terus-terusan mencuba untuk menenangkan diri.
PANG !
Terteleng ke kiri wajah Ira Syalien tatkala dia baru sahaja sampai di bahagian lobi hotel berhadapan dengan lift. Lalu terasa tubuh badannya melayang akibat ditolak dan dia jatuh ke atas lantai.
Ira Syalien terkelu apabila menerima serangan secara mengejut. Perlahan-lahan dia menyentuh pipi kirinya lalu anak mata coklat perangnya naik memandang orang tersebut.
" Itu baru sikit kau tahu tak. Manusia keji macam kau ni sepatutnya mati. Kau tak layak hidup kalau kerja kau cuma tahu nak menyusahkan hidup orang! " Tempik Datin Raisara dengan kuat.
Dialah yang menampar Ira Syalien. Di belakangnya turut ada Zahra Syahira serta ibu kandung Iqbal Ruzain Datin Elly yang tersenyum puas melihat Ira Syalien ditampar tadi.
Ira Syalien menjeling sekilas tiga wajah itu. Dia memaksa tubuhnya untuk bangun walaupun sukar dan sakit di bahagian punggungnya. Tanpa sebarang balasan, dengan wajah yang tenang dia menekan butang lift untuk ke atas.
Dia hanya mengabaikan sahaja kewujudan tiga manusia itu.
" Memang bagus pun si Iq tu pilih Zahra berbanding perempuan tak ada adab ni. Tak hormat orang tua apatah lagi ibu dia sendiri. Dasar anak kurang ajar. Rosak keturunan aku kalau Iq kahwin dengan kau. " Sembur Datin Elly pula.
Zahra Syahira tersenyum sinis.
" Biasa lah tu aunty. Manusia kalau acah bagus, dia jadi lupa daratan. Dia lupa daripada mana dia berasal. Senang sikit je mulalah nak berlagak. " Ujar Zahra pula. Sengaja dia menambah minyak ke dalam api yang membara.
Ira Syalien yang tidak dapat menahan dirinya lagi segera memusingkan tubuh badannya menghadap mereka bertiga.
" Apa masalah korang bertiga ni? Tak nampak ke Ira baru balik? Penat. Ira tak ada masa nak layan benda yang tak berfaedah. Boleh tak untuk sekali ni saja mama cuba untuk bertolak ansur dengan Ira. Ira penat tahu tak. " Balas Ira Syalien. Disebalik ucapan dia terselit nada yang sedikit kecewa disitu.
Datin Raisara tergelak sinis. Kedua belah tangannya naik memeluk tubuh sendiri.
" Anak macam kau ni layak ke untuk aku bertolak ansur? Anak yang tak dapat berikan satu pun keuntungan pada aku layak ke? " Soal Datin Raisara dengan sinis.
Ira Syalien memejamkan kedua belah matanya. Dia cuba untuk mententeramkan hatinya yang dah sedia badai. Dia tidak mahu melampiaskan emosinya pada yang tak bersalah tetapi dia gagal. Masalah kehilangan Xendrick belum surut kini ditambah dengan yang baru.
" Apa yang mama tak puas hati dengan Ira sebenarnya? Selama kita hidup bawah satu bumbung, mama tak pernah layan Ira dengan baik. Apa yang Ira dapat cuma kebencian daripada mama. Bukan mama je tapi papa dan Zahra juga. Apa salah Ira? " Soal Ira Syalien. Dia mulai emosi.
" Bagus kau tanya soalan tu. Kau nak tahu kenapa? " Soal Datin Raisara dan sengaja dia menggantungkan soalannya.
Setapa demi setapak dia bergerak mendekati Ira Syalien. Wajahnya yang sinis diganti kan dengan raut wajah yang tegang.
" Sebab...kau tu pembunuh. "
Terdiam Ira Syalien tatkala mendengar kenyataan Datin Raisara. Anak matanya bergerak-gerak memanah panahan tajam Datin Raisara.
" Aโapa maksud mama ni? Pโpembunuh? " Tergagap-gagap Ira Syalien untuk bersuara.
" Kau nak tahu tak, yang sebenarnya kau tu ada abang. Atau lebih tepat lagi abang kembar kau. "
Ira Syalien terkaku. Bibirnya bergetar apabila mendengar balasan Datin Raisara. Tubuhnya berundur ke belakang secara perlahan.
" Ira ada aโabang? Kenapa Ira tak tahu? Kenapa mama dan papa tak pernah beritahu Ira soal ni? " Soal Ira Syalien. Dirinya mula menjadi tidak stabil tatkala menerima kejutan baru.
Dia langsung tidak mengetahui kewujudan abang kembarnya.
" Sebab kau pembunuh lah kau tak layak untuk tahu. Kau bunuh abang kembar kau dengan kewujudan kau sendiri. " Sampuk Zahra pula.
" Kau tahu tentang ni Zahra? " Soal Ira Syalien dengan terketar-ketar.
Zahra tersenyum sinis.
" Aku anak kesayangan kot mesti lah semua rahsia keluarga kita aku tahu. " Sindir Zahra Syahira secara halus.
" Kesian. Dah sama taraf macam anak pungut tepi jalan. Langsung tak tahu apa-apa. Nampak sangat tak pernah nak ambil tahu hal keluarga. Yang hidup pun buat tak tahu inikan yang dah mati. " Sembur Datin Elly pula dengan sinis. Teruja dia melihat kejatuhan perempuan yang dia benci.
" Aku dah aturkan rancangan aku dengan teliti. Bila aku dapat tahu anak pertama aku lelaki aku bahagia sebab apa? Sebab aku nak anak lelaki aku untuk menjadi pewaris Glory Asylum dan menjadi salah satu usahawan terkemuka di dunia melayu dan juga barat. "
" Tapi disebab kan kelahiran kau, anak lelaki aku cuma sempat bertahan hidup hanya untuk dua minit tepat selepas kau dilahir kan ke dunia ni dia mati. " Bicara Datin Raisara dengan kasar.
" Apa punca abang meninggal? " Soal Ira Syalien dengan lemah.
" Sepatutnya bayi yang selamat lahir di dunia akan menangis tapi abang kau tak menangis langsung walau apapun cara yang doktor dengan nurse lakukan dan selepas dua minit, doktor tak dapat kesan denyutan jantung dan akhirnya dia mati. " Sambung Zahra sendiri.
Bergetar hebat seluruh tubuh badan Ira Syalien. Air matanya galak menuruni wajahnya seakan-akan air terjun. Merah kedua belah matanya akibat menangis.
" Selain daripada tu, kau juga punca dia mati. Kalau kau tak lahir dekat dunia ni aku jamin anak lelaki aku masih lagi hidup dan akan mewarisi Glory Asylum. Aku tak dapat terima kenyataan yang kau masih hidup sihat sampai ke hari ni sedangkan anak lelaki aku sempat bertahan untuk dua minit untuk hidup. " Marah Datin Raisara. Dia cuba untuk menghasut dan merosakkan mental Ira Syalien.
Ira Syalien menggelengkan kepalanya perlahan. Secara drastik dia menerpa ke arah Datin Raiasara memegang kedua belah lengan wanita tua itu.
" Mama tolong beritahu Ira dekat mana kubur abang? Ira nak lawat dia. Tolong lah Ira merayu. " Rayu Ira Syalien.
Namun rayuan itu hanya diabai kan saja oleh Datin Raisara. Dia menepis kedua tangan Ira Syalien dengan kuat lalu dia menolak tubuh kecil anak gadisnya kebelakang.
" Kau nak aku beritahu kubur anak aku pada pembunuh? Memang tak lah. " Balas Datin Raisara dengan kasar sambil dia tersengih sinis.
" Mama tolong lah beritahu Ira. Ira adik kandung arwah adik kembar arwah. Ira ada hak untuk tahu dekat mana kubur arwahโ "
Pang!
Sekali lagi wajah Ira Syalien ditampar pada tempat yang sama. Kali ini tamparan Datin Raisara lebih kuat dan itu menyebabkan hujung bibir Ira Syalien pecah dan berdarah. Akibat tamparan itu juga Ira Syalien jatuh tersungkur ke atas lantai sekali lagi.
" Jangan berani kau bercakap soal hak depan aku sebab kau tak layak. Dengar sini Ira Syalien, aku tak pernah anggap kau anak kandung aku walaupun satu saat tak pernah terlintas dalam fikiran aku tentang tu. Bapak kau pun sama tak pernah anggap kau anak kandung dia. "
" Pada mata bapak kau, kau tu pembunuh pewaris utama dia dan kami tak ada anak pembunuh macam kau. Satu-satunya anak kami dulu, kini dan selamanya hanya Zahra Syahira. " Bicara Datin Raisara lagi.
Dan itu benar-benar menghancurkan hati Ira Syalien menjadi kepingan yang sungguh kecil sebesar zarah. Seorang gadis dan seorang anak yang selama ini mendambakan kasih sayang daripada keluarga hanyalah angan-angan mimpi sahaja yang tak mungkin akan menjadi kenyataan.
" Argh. " Terjerit Ira Syalien tatkala Datin Raisara menyepak perutnya dengan sangat kuat sehingga membuatkan dia memuntahkan air liurnya yang bercampur dengan darah sedikit.
Zahra Syahira tersenyum melihat kelakuan mamanya yang bergerak meninggalkan Ira Syalien bersama Datin Elly yang tersenyum puas.
Zahra Syahira duduk mencangkung dihadapan Ira Syalien yang sudahpun kelihatan lemah. Tangan kanannya diangkat lalu dia usap perlahan wajah merah kakaknya.
" Kesian jadi anak terbuang ni kan. Mama dengan papa sendiri tak anggap kau anak kandung dorang. Ya lah pembunuh. " Sindir Zahra Syahira.
" Zahra tolong aku. Kau mesti tahukan dekat mana kubur abang kita. Tolong beritahu aku Zahra. Tolong lah. " Rayu Ira Syalien sekali lagi pada adiknya bersama tangisan yang kian berlagu.
" Sorry sister. Kalau aku beritahu kau nanti papa akan lucutkan aku daripada senarai pewaris utama Glory Asylum. Aku lebih sayangkan kuasa yang akan jadi milik aku tak lama lagi daripada aku dedahkan kubur abang kita. "
" Kalau kau tak lawat pun bukannya berdosa. Kau kan boleh sedekahkan al-fatihah untuk abang kembar kau itu pun dah cukup. Aku risau je nanti kalau kau datang, kubur arwah tak akan terima kedatangan kau sebab apa? Sebab... "
Didekat kan bibirnya pada telinga kanan Ira Syalien yang terselindung dibalik tudung putihnya.
" Kau pembunuh. " Bisiknya perlahan dan sinis.
Dijarak sedikit wajah mereka lalu anak mata itu tajam memerhati pemakaian Ira Syalien atas dan bawah lalu dia tertawa sinis.
" Kau pakai cantik-cantik ni mesti nak jumpa dengan jantan tu kan? Siapa nama dia...Xendrick? " Ujar Zahra Syahira lagi dengan senyuman sinisnya.
Automatik kedua belah anak mata Ira Syalien naik memandang wajah sinis adiknya.
" Maโmacam mana kau tahu? "
Zahra Syahira tertawa sinis lagi beg tangan jenama mahalnya diselongkar dan sepucuk surat berwarna putih dikeluar kan dan dilayang kan berhadapan wajah Ira Syalien.
" Aku bet mesti jantan tu tak datang jumpa kau betul tak? Kesian eh jadi perempuan macam kau. Tunang tinggalkan kau disebab kan perempuan lain dan lelaki yang kau baru kenal pun tinggalkan kau disebab kan perempuan lain juga. Malang betul nasib kau Ira. " Balas Zahra dengan sinis.
Sampul surat itu dicampak begitu sahaja tepat pada wajah Ira Syalien. Dengan tangan yang terketar-ketar Ira Syalien membuka sampul surat itu lalu sekeping gambar dikeluar kan.
Terasa sesak nafas Ira Syalien saat ini apabila melihat isi gambar itu. Xendrick sedang mendukung seorang perempuan dan kelihatan mereka baru sahaja keluar daripada hotel. Xendrick yang berpakaian formal bersama tuxedo hitam itu menarik perhatiannya.
Dia ditinggal kan sekali lagi kerana wanita lain juga?
Sakit dadanya apabila mengetahui alasan sebenar mengapa lelaki itu tidak datang ke restoran tadi dan semua panggilan serta mesejnya tidak berbalas. Secara tiba-tiba otaknya mengulang tayang semua kata-kata Xendrick kepadanya.
" Kau perempuan pertama yang berjaya dekat dengan aku dan buatkan aku rasa selesa. "
" Aโawak tipu. Awak tipu saya. " Ujar Ira Syalien perlahan. Anak matanya sedikit pun tidak bergerak daripada gambar itu.
" Kakak, lepas ni jangan mudah sangat terpedaya dengan lelaki. Lelaki ni diibaratkan macam ular. Licik dan berbisa. Walaupun ular tu jinak tapi dia tetap boleh makan tuan dia sendiri. Binatang liar tetap liar. Lelaki tetap lelaki. Kali ni, gunakan otak dan akal kau untuk berfikir. Kau manusia bukan binatang. " Sindir Zahra dan sengaja dia menyelitkan kata-kata kakaknya itu.
Semakin lebat air mata Ira Syalien. Zahra Syahira yang telah puas menyakitkan kakaknya segera bangun dan dia membetulkan pakaiannya.
" You make me ashame by having you as my sister. Not to mention that you're stupid but you're also a killer. Aku tak sanggup kalau dunia tahu yang aku ada seorang kakak pembunuh. Boleh jatuh maruah aku. "
Tangan kanan Zahra memaut kasar dagu Ira Syalien dan didongak kan keatas memandang wajahnya.
" Ingat pesan aku ni Ira. Kau tak layak bahagia. Kau tak layak bahagia dan kau tak layak bahagia. Sampai bila-bila pun kau memang tak akan pernah dapatkan kebahagiaan yang kau dambakan sebab kau manusia paling malang dalam dunia ni. Kedudukan aku di atas kau dan kedudukan kau di bawah aku. Kau tak akan dapat saingi aku selamanya. Cubalah kalau kau masih belum putus asa tapi tanpa bantuan daripada sesiapapun kau tak akan mampu sampai ke kemuncak. Tempat kau hanya layak di bawah dan selamanya di bawah. " Bicara Zahra dengan kasar dan sinis.
Ditolak begitu sahaja wajah Ira Syalien lalu dia bergerak meinggalkan kakaknya yang terdampar di atas lantai hotel. Ira Syalien menggigil hebat. Dia tidak dapat menerima semua kenyataan ini. Hatinya sakit sungguh sakit. Arwah abang kembarnya dan juga...Xendrick.
" Aku nak nombor kau boleh? Kalau kau tak kisah, aku ingat nak ajak kau keluar breakfast esok. Lagipun aku ada dekat sini lagi lima hari. "
" Jangan biarkan diri kau sakit. Aku tahu tak mudah dan bukan aku yang hadap. Tapi jangan biarkan diri kau terluka lagi. I saw once and it's enough. "
" Dah tak ada istilah semalam Syalien. Aku dah kenal kau maksudnya aku kenal kau jadi tak ada yang salah bagi aku untuk risau tentang kau lebih lagi bila aku tahu sikap keluarga kau yang sebenarnya. "
" But now you have me. "
" I don't mind to be the person who you need when you're facing a hard time alone. We're already friends. Only true friend will always stand beside each other and I as your friend, I promise I'll always be there for you whenever you need me. Forever. "
" Then allow me to keep that peace so you can only be at ease without being vulnerable, happy without being sad, enjoy without being disappoint, freedom without being confinement only with me not anyone else. "
" You have my promise my lady. I'll never ever leave you. "
Tanpa dapat dia menahan dirinya lagi, akhirnya terhambur juga tangisan yang kuat yang ditahan selama ini. Kuat suara Ira Syalien memecahkan suasana di lobi hotel itu.
Mujur tiada orang disitu dan hanya dirinya keseorangan. Kedua belah tangannya naik mencengkam dadanya dengan kuat.
" Xen.... " Rintihnya perlahan.
" Xen...datang lah. Awak dah janji. Awak dah janji tak akan tinggalkan saya. Awak janji... " Rintihannya semakin kuat dan dadanya ditumbuk kuat berkali-kali dengan harapan dapat mengurangkan rasa sakit ini.
Sungguh dirinya berada diambang kesakitan bahkan lebih menyakitkan berbanding dia mengetahui kecurangan Iqbal Ruzain dahulu.
" Tolong lah Xen...Saya merayu datang lah... " Semakin menggila tangisan Ira Syalien. Dia mencengkam erat dadanya seolah-olah dia mencengkam jantungnya mahu mematikan rasa sakit ini.
Semakin lama semakin hiba dan nyaring tangisan gadis itu. Dia melepaskan segalanya berharap dengan tangisan ini mampu membuatkan si dia yang dia berharap akan memunculkan dirinya dan menenangkan dirinya lagi.
Namun, itu hanyalah sekadar mimpi. Mimpi yang tidak mungkin akan menjadi kenyataan lagi.
Sepatah dua kata untuk Zahra, Datin Raisara dan Datin Elly. Termasuk Xendrick.
Ahad; 15 Oktober 2023
8:09 p.m; Raden Arenza
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro