Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐ƒ๐ข๐š๐ฏ๐จ๐ฅ๐จ ๐Œ๐š๐ฃ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ž๐ฌ ๐Ÿ•

" Untung aku ada bawa dress sekali kalau tak terpaksa diy. " Ira Syalien melihat pantulan dirinya dalam cermin sambil menggayakan dress putih labuh pada tubuh kecilnya.

Riak wajahnya sungguh ceria saat ini. Dipusing-pusing tubuhnya cuba untuk membuatkan dressnya kelihatan flowy. Tudung bawal curve bidang besar berwarna putih turut dibetul kan sedikit awningnya.

" Tudung on point, dress flowy, owner cantik. " Pujinya sendiri dihadapan cermin.

Entah mengapa hatinya terlalu teruja pada malam ini. Tidak sama seperti makan malam sebelum ini. Mungkin malam ini kelihatan lebih istimewa dan romantik?

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Ira Syalien bergerak ke arah katil dimana telefon bimbitnya berada. Dicapai telefonnya dan angka jam dilihat. 9:30 malam. Masih berbaki setengah jam untuk mereka berjumpa.

Setelah itu, dia buka pada ruang mesej. Tertera nama Xendrick diatas sekali dan ditekan mesej itu. Mesej terakhir daripada Xendrick dibaca.

If you don't mind, can you wear something different than you usually wore? Maybe dress will suits you better. I'll meet you at restaurant at 10 o'clock. But it's fine for you to take time as much as you want. No need to rush. I'll always waiting for you. โ€” 8:42 p.m.

Dibaca mesej itu berkali-kali dengan hati yang berbunga-bunga. Ada hikmahnya juga dia bawa dressnya sekali.

Ting! Ting! Ting!

Namun, bunyi loceng yang bergema membantutkan Ira Syalien untuk terus berangan. Dengan segera dia pergi ke arah pintu lalu lubang kecil diintai. Melihat sahaja gerangan diluar membuatkan Ira Syalien menutup kedua kelopak matanya dengan berat.

Tanpa mempunyai niat untuk membuka pintu dan berjumpa dengan orang tersebut, dia kembali menapak ke dalam menjauhi pintu dan mendekati katilnya. Telefon bimbit serta beg tangannya dicapai. Namun untuk seketika, ugutan diluar mematikan langkahnya.

" Buka pintu ni Ira. I tahu you ada dekat dalam. Buka pintu ni sebelum I malukan you dekat sini juga! Ira Syalien! " Ujar suara garau tersebut.

Ira Syalien menghembuskan nafasnya dengan kuat. Bersama perasaan tidak puas hati dibuka juga pintu bilik hotelnya lalu dia berdiri depan gerangan itu sambil tubuhnya menahan pintu biliknya dari tertutup.

" Saya tahulah muka awak nak terlampai tebal mengalahkan dinding tapi common sense please. Jangan nak buat kecoh boleh tak? Dan betulkan balik ayat awak tadi. Bukan saya yang malu tapi awak yang akan dapat malu nanti. Apa lagi yang awak nak? " Ujar Ira Syalien dengan geram.

" I tak setuju untuk kita putuskan pertunangan. " Balas Iqbal Ruzain dengan yakin.

" Dah kenapa pula? "

" Fikir lah you. Dah empat tahun kita bersama tak akan semudah tu je untuk you putuskan pertunangan kita. Tak lama lagi kita dah nak kahwin. Nanti apa pula kata orang lain kalau mereka tahu kita dah putus dan tak jadi kahwin. " Ujar Iqbal Ruzain dan cuba untuk mencipta seribu satu alasan.

Ira Syalien tersengih sinis. Kedua belah tangannya naik memeluk tubuh.

" Saya dah fikir masak-masak tapi sayangnya awak yang tak fikir. Empat tahun kita bertunang tapi tunang saya bermaksiat dengan adik kandung saya sendiri dalam tempoh satu tahun ni. Cuba awak bagi tahu saya perempuan mana je yang boleh terima? " Bidas Ira Syalien kembali.

Iqbal Ruzain terdiam. Lidahnya keli tidak tahu harus membalas apa.

" Cuba awak berada dekat tempat saya dan saya berada dekat tempat awak. Saya bermaksiat dengan lelaki lain belakang awak selama satu tahun tu. Apa yang awak rasa? Awak boleh terima ke diri saya yang dah rosak ni? Awak boleh terima bekas orang? " Soalnya Lagi dan itu berjaya membuatkan Iqbal Ruzain terkaku.

" Awak sendiri tak dapat nak bagi jawapan tapi diam awak tu bermakna yang awak tak mampu untuk terima saya. Jadi bagi tahu saya Iqbal Ruzain, macam mana saya nak teruskan pertunangan kita kalau bakal suami saya terlebih dulu dah rosakkan anak dara orang. "

" Tapi you tetap tak boleh putuskan pertunangan kita. Kita dah janji akan kahwin kan Ira. " Balas Iqbal Ruzain seakan merayu.

Ira Syalien melepaskan keluhan lemahnya. Anak mata coklat itu masih menata wajah kusut dan serabai Iqbal Ruzain. Wajah lelaki itu juga sempat ditilik. Sejak bila pakai blusher ni? Mesti blusher natural. Ujar Ira Syalien dalam hati sambil tergelak.

" Lain kali biasakan diri untuk tengok ceramah. Sebab tu bila saya ajak awak pergi tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus lain kali ikut. Bukannya bagi macam-macam alasan tengok sekarang ni siapa yang susah? Bukan setakat awak sorang je saya pun susah juga. Susah nak kena terangkan balik dekat awak tapi tak apa dapat pahala. " Bidas Ira Syalien sambil tersenyum manis.

Dia menegakkan sedikit tubuh badannya menghadap Iqbal Ruzain sementara kaki kirinya menahan daun pintu.

" Islam itu mudah je Iq. Awak ajak saya kahwin bermakna awak meminang saya dan bila saya setuju bermakna kita dah sah bertunang. Tapi keadaan sekarang ni dah berbeza. Saya tak setuju untuk berkahwin dengan awak dan itu bermakna kita tak bertunang. Dalam erti kata lain, awak dah sah sebagai bekas tunang saya. Ada faham? " Terangnya lagi.

Iqbal Ruzain terkaku. Dirinya diambang marak api yang semakin membara. Dia tidak dapat menerima Ira Syalien dengan mudah memutuskan hubungan mereka. Anak mata hitamnya menatap tajam wajah Ira Syalien.

" Atau you putuskan hubungan kita sebab jantan hari tu? " Soal Iqbal Ruzain apabila otaknya mengingati seseorang yang berada disamping Ira Syalien pada malam itu.

" Boleh tak jangan libatkan sesiapapun dalam masalah yang awak sendiri cipta? Dia tak ada kena mengena langsung dalam hal ni. " Marah Ira Syalien. Panas hatinya apabila Xendrick Kieran dituduh menjadi punca.

" Mengaku je lah Ira. I tahu mesti sebab jantan tak guna tu yang buatkan you sanggup putuskan hubungan kita. Apa yang jantan tu dah suap you ha? Atau you jual tubuh badan you pada dia supaya dia tolong you untuk tamatkan hubungan kitaโ€” "

Pang!

Xendrick Kieran menatap biasan dirinya di dalam cermin. Tangannya membetulkan blazer hitam yang tersarung elok pada tubuh tegapnya lalu jam tangan berjenama Patek Philippe Nautilus 5719/10G-010 dilihat.

9:30 p.m. Masih lagi berbaki setengah jam sebelum jam 10. Entah mengap dirasakan waktu jam bergerak tersangatlah lambat. Namun untuk seketika, telefon bimbitnya berdering.

Fikirannya mungkin Ira Syalien. Dengan hati yang berbunga dia pantas menjawab tanpa melihat siapa pemanggil. Namun belum sempat dia bersuara, gerangan disana terlebih dahulu mengejutkan dia.

Didengar setiap bait perkataan yang diluah oleh orang diseberang.

" What? Are you being serious right now? But Iโ€” "

" Don't waste your time there. Hurry up! "

Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, orang disana memotong laju. Selepas 5 minit akhirnya panggilan dimati kan sendiri oleh Xendrick Kieran.

Tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Mindanya bercelaru dan hatinya berubah kelam. Tanpa membuang masa dia mengemas segala pakaian serta keperluannya dan terus keluar daripada hotel dalam keadaan tergesa-gesa.

Xendrick Kieran sempat berpaling ke arah hotel yang didudukinya sebelum dengan hati yang berat dia masuk ke dalam sebuah kereta yang telah pun sedia menunggunya.

" Syalien... "

Terteleng ke kiri wajah Iqbal Ruzain menerima tamparan padu daripada Ira Syalien. Anak matanya secara perlahan bergerak memandang wajah gadis itu yang sudahpun kemerahan.

" Watch your tongue Iqbal Ruzain. I already said this to you, don't play with my dignity. Show me your horns once again and I swear I'll break it. Don't test me. " Ujar Ira Syalien bersama suara yang sengaja diperlahan kan. Perlahan tetapi dingin.

" You tak boleh buat I macam ni Ira. I masih sayangkan youโ€” "

" That is not love but it's a trash. Your love is too cheap for me to bear it my whole life. " Keluh Ira Syalien.

Naik kebas tangan telapak tangan kanannya akbiat menampar wajah Iqbal Ruzain tadi. Sakit tapi hatinya puas. Sekali-sekala melepaskan tak salah.

" Iโ€”I tak sengaja. Zahra yang goda I. Dia sendiri yang serahkan tubuh dia pada I. I tak mampu nak kawal perasaan Iโ€” "

Terhenti percakapan Iqbal Ruzain apabila Ira Syalien menaikkam tangannya tepat pada wajahnya meminta dia untuk berhenti berbicara.

" Iqbal, saya ulang balik ayat yang saya bagi tahu pada Zahra tiga hari lepas. Kita manusia bukan binatang. Allah kurniakan kita otak dan akal. Makhluk-Nya yang bernama akal ni lah yang membantu kita untuk berfikir mana yang baik dan buruk. "

Kedua mata coklat itu menatap silih berganti anak mata hitam yang sebelum ini selalu memanah wajahnya dengan redup dan tatapan yang penuh dengan cinta. Tapi kini, semuanya hilang bagaikan ditelan bumi.

" Awak ada peluang untuk menolak Iq. Awak boleh tolak kehadiran Zahra dengan menguatkan lagi kesabaran dalam diri awak tapi awak lebih menerima dengan menyanjungkan ego awak dan jatuh ke dalam lembah asmara dosa yang korang cipta. " Ujar Ira Syalien dengan nafas yang kian kuat.

" I minta maaf. I tahu salah. I cepat tergoda dan tunduk pada hasutan syaitan. I tak mampu untuk menolak bisikan Zahra. I dah cipta satu ruang yang jijik dalam diri I. I tak mampu jadi yang terbaik untuk you. Maafkan I Ira. " Balas Iqbal Ruzain. Kedua belah matanya sudahpun berair dan dia teresak-esak dihadapan Ira Syalien tanpa malu.

" Tapi awak mampu jadi yang terbaik untuk Zahra. "

Terangkat wajahnya Iqbal Ruzain yang sedari tadi merenung lantai hotel itu mendengar balasan Ira Syalien. Berkerut dahinya tanda dia tidak memahami.

" Iq, perbetulkan kembali masalah ni. Lelaki yang hebat adalah lelaki yang sanggup mengakui kesalahannya dan cepat betulkan kembali keadaan kepada asal. " Ujar Ira Syalien lagi. Jikalau tadi riak wajahnya kosong dan dingin namun telah diubah kepada biasa sahaja.

" Tapi macam mana I nak betulkan keadaan? I sorang je tak mampu Ira. Mama dan papa terlalu marahkan I dengan kesalahan yang I buat. " Luah Iqbal Ruzain.

" Nak berubah memang bukan mudah tapi awak tak perlu berubah kerana manusia. Berubah kerana Allah. Hanya DIA satu-satunya yang memandang setiap ciptaan-Nya dengan takjub, penuh dengan perasaan cinta dan sayang. Hanya DIA yang menerima taubat kita walau seberapa banyak sekalipun dosa yang kita buat tak terhitung seperti pasir di pantai. " Ujar Ira Syalien.

Dia berhenti seketika dan memandang wajah keruh Iqbal Ruzain. Habis basan wajah rupawan itu dengan air mata lelakinya.

" Habis tu, Zahra macam mana? You lebih tahu adik you sendiri. Dia selalu paksa I ikut kehendak dia. " Luah Iqbal lagi dan kedua belah tangannya digenggam erat berbentuk penembuk.

" Itu antara awak dan Zahra. Bila awak dah sedar kesalahan awak, awak akan tahu apa yang awak perlu lakukan. Bertanggungjawab dan bimbing dia kearah jalan yang betul. "

Mendengarkan ayat itu, Iqbal Ruzain pantas menyapu air matanya. Kini, dia berdiri tegak dihadapan Ira Syalien.

" Too many sins I've created. Do I still have a chance to be a better person and husband for her? I can't even be responsible to my own self how could I be able to guide her into the right path? " Soal Iqbal Ruzain dengan lemah.

Ira Syalien tersenyum kecil.

" Mistake is a good teacher for a better future. Don't be ashamed of your mistake. Own them, learn from them and move on. " Nasihat Ira Syalien lagi.

Jikalau Iqbal Ruzain sudah betul menyedari akan kesalahannya, jadi tidak salah untuk dia membantu setakat kemampuannya. Iqbal Ruzain tersenyum nipis. Hatinya tersentuh dengan nasihat dan semangat yang diberi oleh gadis ini.

" I dah curang dengan you. I khianat you tapi kenapa you masih lagi sudi bagi kata-kata nasihat dan semangat pada I. You tak jijik dengan I ke? " Soal Iqbal Ruzain.

" Layak ke saya untuk ada perasaan tu pada hamba Allah yang lain. Kita pun tahukan, manusia tak sempurna. Tak akan ada yang sempurna melainkan satu-satunya kekasih hati kita iaitu baginda Nabi Muhammad SAW. "

" Every humans in this world aren't perfect, they have their own sin, their own scar, their own story, their own future and only Allah knows the ending of His creation. When you realize and repent on your mistake, that's the most wonderful scene in Allah's eye. Finally, HIS creation has return to HIM. " Ujar Ira Syalien lagi bersama senyuman nipis.

" You tak pernah gagal buatkan I tersentuh dengan kata-kata you. Now I understand, good woman only for a good man. " Balas Iqbal Ruzain dengan tenang. Dia sudah boleh menerima kenyataan akan hubungan mereka. Kini, ada seseorang yang perlu dia fikirkan.

" Bayaran atas kebaikan awak selama kita jadi tunang untuk tiga tahun tu. Sekurangnya, awak pun pernah tenangkan saya dengan ayat awak. " Balas Ira Syalien dan mereka tertawa kecil.

" And one more thing Iq, you're strong when you know your weaknesses, you're beautiful when you appreciate your flaws and you're wise when you learn from your mistakes. " Semangat Ira Syalien memberi kata-kata terakhirnya.

" Terima kasih. I tak menyesal kenal dengan you. You berikan I harapan yang pendosa macam I masih lagi ada peluang untuk bertaubat. Ira, I harap ini bukan pengakhiran kita. Walaupun kita dah putuskan pertunangan, tapi tak salahkan kalau kita masih lagi berkawan? " Ujar Iqbal sambil menggosok leher belakangnya.

" Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk buat musuh dengan sesiapapun atas muka bumi ni. Putus tunang tak bermakna kita tak boleh jadi kawan. Melainkan awak sendiri yang mulakan permusuhan antara kita dulu... " Balas Ira Syalien dan mengusik Iqbal Ruzain membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

" Okey lah Iq. Saya kena keluar ni ada hal. Assalamualaikum. " Usai memberi salam, Ira Syalien pantas keluar dan menutup pintu biliknya lalu bergerak ke arah lift meninggalkan Iqbal Ruzain dibelakang.

Khamis; 5 Okt 2023
9:17 a.m; Raden Arenza

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro