𝐃𝐢𝐚𝐯𝐨𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐣𝐞𝐬𝐭𝐢𝐞𝐬 𝟒
" Baru reti nak balik Ira Syalien Binti Faizul Razman? "
Langsung terhenti pergerakan Ira Syalien sewaktu dia hendak menutup pintu suite hotel ini. Dia melepaskan keluhan kosong lalu pintu ditutup dan tubuh badannya dipusing menghadap gerangan suara itu.
Pusing sahaja dia dapat melihat semua orang yang ada didalam suite ini. Mama dan papanya, mama dan papa bekas tunangnya, tidak lupa juga Iqbal dan adiknya Zahra yang sedang memandang sinis padanya.
" Assalamualaikum. Kalau rasa diri tu kafir tak perlu lah jawab. " Balas Ira Syalien selamba.
Dirinya saat ini benar-benar berasa kosong. Dia sudahpun dapat mengagak apa yang bakal terjadi jikalau Iqbal pulang ke hotel nanti.
Kelat dan terdiam semua wajah yang ada didalam suite ini. Dijawab juga salam gadis itu dan tanpa sempat Ira Syalien mahu beredar terus sahaja dia diserang oleh ibu bekas tunangnya.
" Tak perlu cari kesalahan orang lain kalau kesalahan diri sendiri tu buta untuk melihat. Harap je muka suci pakai tubung labuh menutup aurat.... "
Anak mata wanita tua itu memandang sinis kearahnya atas dan bawah.
" Tapi tu semua cuma ulah kamu untuk tutup semua cacat cala disebalik kain tu kan.... " Sembur wanita tua itu.
Zahra Syahira tersenyum sinis dalam diam puas mendengar akan cacian yang diberi kan oleh ibu kekasihnya ini.
" Apa yang kamu dah buat Ira Syalien? Kamu sedar tak yang kamu tu tunang orang? Kenapa gatal sangat pergi jumpa lelaki lain belakang tunang kamu? " Sembur mama Ira Syalien pula dengan nada kasar.
" Ira, uncle tak nak terus menuduh melulu tanpa ada bukti yang kukuh walaupun Iqbal tengok dengan mata dia sendiri tapi uncle tetap nak dengar daipada pihak kamu juga. " Sampuk papa Iqbal.
" You tak perlu dah nak tunjuk baik sangat pada perempuan macam ni. Luar nampak cantik tapi dalam kotor. Jijik! " Hina mama Iqbal terus terang.
Terasa sesak dada Ira Syalien saat ini. 1 lawan 5 orang. Mentalnya berasa penat. Kenapa semua manusia dalam ni suka sangat mencari kesalahannya sedangkan dia kerap melakukan kebaikan bagi manusia yang ada dalam suite ini.
' Betul kata awak Xen. Jaga dan dahulukan mental kita baru semuanya akan baik saja. ' Bisiknya didalam hati tatkala hujahan Xendrick D'Arzen singgah didalam kotak memorinya.
Anak mata coklat perang itu yang sedari tadi merenung ke arah lantai perlahan-lahan naik menikam semua wajah yang ada lalu dia matikan panahannya pada wajah tua mama Iqbal.
Dengan tenang Ira Syalien memeluk tubuhnya lalu badan belakangnya disandar pada pintu suite tersebut.
" Macam mana aunty boleh tahu yang dalam saya ni dah kotor? Aunty ada upah orang untuk intip saya ke? Atau aunty sengaja nak ambil kerja tuhan dan dijadi kan sebagai part time untuk kaut dosa? " Bidas Ira Syalien.
" Menutup aurat tu wajib aunty. Saya pakai tudung labuh dan baju besar sebab saya tutup aurat bukan saya balut aurat saya macam mana aunty buat sekarang ni. "
" Dan kalau betul sekalipun disebalik secebis kain ni ada cacat celanya, itu antara saya dengan Allah. Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah yang layak menghakimi saya bukan aunty. Aunty dan saya tak ada beza, kita sama-sama manusia. Tak sempurna pada mata manusia yang lain tapi sempurna pada mata Allah. "
Semua yang ada dalam suite tersebut terkaku dan terdiam apabila mendengar balasan Ira Syalien. Tidak pernah gadis itu membalas seperti ini. Selalunya Ira Syalien akan berdiam diri sahaja.
Lebih lagi Zahra. Dia tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar tadi.
" Lagi satu, aunty tak belajar kat sekolah waktu aunty muda dulu ke yang fitnah ni tergolong dalam dosa besar juga? Macam tak kena je uncle yang baik macam malaikat tapi beristerikan aunty yang serupa syaitan. "
" KAU JANGAN NAK BIADAP DENGAN AKU LAH BUDAK! " Jerit mama Iqbal.
Sejak tadi lagi telinganya panas sahaja mendengar bidasan Ira Syalien.
" Ira Syalien! Papa tak ajar kamu biadap dengan orang tua! " Sampuk Datuk Faizul dengan keras.
Ira Syalien hanya tertawa sinis. Iqbal memandang tidak percaya kearah Ira Syalien. Ini tingkah laku gadis yang dia lihat tadi.
" My respect only to those who deserves it. "
Dengan perlahan Ira Syalien melangkah kearah ruang tamu suite itu. Heelsnya berbunyi kuat didalam suite dan itu menghadirkan rasa gelisah dalam diri mereka.
" Iqbal, awak cuma cerita apa yang awak nampak je kan tapi awak tak cerita pula apa yang saya nampak. " Kali ini anak mata coklat itu berhenti pada wajah gelisah Iqbal dan Zahra.
" Dah lah Ira. Kau tak payah nak putar belitkan cerita dan letakkan semua kesalahan pada Iqbal— "
" Shut up Zahra. Ayat aku tak tuju pada kau lagi jadi beratur dan tunggu giliran kau pula lepas ni dan sambil tu, kau boleh perah otak sengkek kau untuk cari jawapan yang semua otak dan akal dekat dalam ni boleh terima. " Bidas Ira Syalien dengan dingin sewaktu dia memotong percakapan Zahra tadi membuatkan gadis muda itu terdiam.
" Ira Syalien! Jangan biadap dengan adik kamu— "
" Kenpa Ira tak boleh biadap dengan dia? Dia atau Ira anak pertama dalam keluarga ni? Pangkat dia atau Ira yang lebih tinggi antara kami adik beradik? Hmm Zahra? "
Terkejut Zahra tiba-tiba saja namanya dipetik. Dia melihat semua mata kearahnya lalu pandangannya jatuh pada wajah beku kakaknya.
" Aku tanya kau sekarang ni. Dalam carta keluarga selepas mama dengan papa, siapa yang lebih tinggi pangkatnya aku atau kau? "
" K—kau. "
" Apa dia? Jawab kuat sikit. Kau ingat kau tengah cakap dengan semut ke? Siapa aku pada kau dan siapa kau pada aku? "
Zahra meramas-ramas kedua belah tangannya. Dia tidak pernah menghadap sisi kakaknya yang satu ini. Selama ini apabila Ira Syalien kerap kali dimarah dan dihina, gadis itu akan berdiam diri sahaja.
" Kau kakak aku dan aku adik aku. Pangkat kau lebih tinggi dari aku. "
Ira Syalien tersenyum puas mendengar balasan adiknya lalu anak mata itu laju sahaja jatuh pada wajah merah Datin Raisara dan Datuk Faizul.
" Jadi tak ada yang salah kalau Ira nak biadap pada adik yang jenis macam ni sebab dia memang layak. Once again i'm saying this,.... "
Dijalan kearah keberadaan adiknya lalu dilabuh kan duduknya ditempat rehat lengan disisi kiri Zahra. Tangan kanannya naik memeluk bahu si adik dan diramas sedikit kuat sehingga Zahra meringis kesakitan.
" My respect only to those who deserves it. So, back to our main topic . Apa kata uncle dengan aunty tanya sendiri pada anak lelaki korang berdua apa yang dia dah buat dengan adik tunang sendiri. "
Terkejut mereka semua. Iqbal dan Zahra sudah tidak senang duduk.
" Apa yang kamu dah buat Iq? "
" Iq tak buat apa-apa pun papa. Ira sengaja nak reka cerita sebab dia nak tutup kesalahan dia. "
Mendengar akan balasan Iqbal membuatkan Ira Syalien tertawa halus. Dalam bodohnya ada lawaknya juga.
" Tct! Wrong answer Iqbal wrong answer. "
Tidak menunggu lama, beg tangannya diselongkar lalu telefonnya dikeluar kan.
" Saya tak tahulah awak dengan Zahra berlakon bodoh atau memang bodoh sejak lahir lagi. Maaf saya tahu aib manusia tak baik disebar, tapi saya tak boleh terima bila maruah saya boleh pula dihina sesuka hati. Sekarang kita dah tahu siapa yang dalam diri tu kotor dan lebih menjijikkan. " Ira Syalien balas dengan senyuman sinis.
Dia membuka satu video yang memaparkan terus aksi curang antara bekas tunangnya dan juga adik kandung sendiri. Volume sengaja dikuatkan mahu membuka telinga dan mata semua manusia ini lalu telefonnya diletak diatas meja ditengah ruang tamu itu.
" Argh! " Jerit mama Iqbal apabila melihat aksi anak lelakinya.
Zahra dan Iqbal sudahpun menggeletar ketakutan. Iqbal tidak memikirkan yang Ira Syalien mampu ada video aib mereka yang satu ini.
" ZAHRA SYAHIRA! "
" IQBAL RUZAIN! "
" T—tak papa. Ni—ni bukan Zahra. Zahra tak buat ni papa tahukan ZAHRA TAK AKAN BUAT BENDA YANG MALUKAN PAPA DENGAN MAMA! IRA SENGAJA PERANGKAP ZAHRA! DIA PERANGKAP ZAHRA— "
PANG !
Jatuh tersungkur Zahra Syahira keatas lantai. Ira Syalien sempat mengelak tatkala adiknya itu mahu tumbang keatas dirinya.
" YOU! " Bergegas Datin Raisara mendapatkan anak kesayangannya. Diusap lembut pipi kanannya yang baru sahaja ditampar oleh ayahnya sendiri.
" Dasar anak tak guna. Aku tatang kau lebih daripada apa yang kakak kau dapat tapi kau balas dengan cara malukan aku! " Naik turun dada Datuk Faizul.
Mama dan papa Iqbal pula seakan tidak dapat menerima kenyataan dengan tindakan anak lelaki mereka yang telah menconteng arang pada wajah tua ini.
" Dah alang-alang kita tengah bercakap soal hal ni. Jadi Saya nak berterus terang. Uncle aunty, saya nak putuskan pertunangan saya dengan Iqbal. "
" You nanti dulu. Perkara ni masih lagi boleh dibincang— "
" Bincang lepas awak dah sedap dengan yang haram tu? So sorry Iqbal, my standards and attentions are too expensive for the cheapest one. "
Terkaku Iqbal. Dia tidak mampu membahas lagi. Sudah terang lagi bersuluh video itu bukti kecurangannya. Dia sudah mati akal untuk mencipta alasan.
Anak matanya memanah tajam Zahra yang menangis bagaikan orang gila. Dia tidak sepatutnya setuju dengan rancangan gadis itu.
" Saya dara. Saya nakkan teruna bukan bekas orang. "
Ira Syalien bergerak secara berundur ke belakang apabila melihat mama Iqbal, mama dan papanya seakan tidak terkawal ditambah dengan Zahra yang sudahpun seperti orang kerasukan.
" Many people are trying to break me down, but i still managed to stand up again and fight for myself. I can stay silence when you mocked me with something else but don't touch my dignity. It's the most expensive treasure for a real woman. If you wanna shoot a drama then i i'll be the director who cut it down. "
Dia tersenyum sinis melihat keadaan yang huru-hara ini. Tanpa membuang masa terus sahaja dia bergerak keluar daripada suite ini. Telefonnya sempat dicapai dan video itu diberhenti kan.
" I can be anything just name it. Kind or evil. Human or devil. I can do anything, just give me a test and i'll show you the result. "
Rabu; 13 Sep 2023
11:58 p.m, Raden Arenza
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro