Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐃𝐢𝐚𝐯𝐨𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐣𝐞𝐬𝐭𝐢𝐞𝐬 𝟐

"Where are we going? " Soal Xendrick D'Arzen sambil berjalan menuruni tangga itu.

Terhenti langkah gadis bernama Ira itu lalu kepalanya laju dipusing kearah Xendrick D'Arzen. Matanya yang tajam sedari tadi perlahan - lahan kembali melembut.

" Memang tak nak lepas ke? "

" Huh? "

Xendrick D'Arzen memberi isyarat melalui mata kelabunya kearah tangan kanan gadis itu yang kuat mengenggam hujung bajunya. Ira yang sedar akan hal itu dengan segera melepaskan genggamannya dan memohon maaf.

" Maaf - maaf. Saya tak sedar pula. Saya nak pegang tangan Encik tak boleh haram jadi saya mampu pegang baju Encik je lah. Tak akan lah saya nak biarkan Encik berdua dengan lelaki gila tu tadi. "

Balasan daripada gadis itu membuatkan Xendrick D'Arzen tersenyum nipis disebalik masknya. Lalu mereka kembali berjalan menuruni tangga menara tersebut.

" Jadi nama kau Ira? "

" Yup. Ira Syalien. Encik pula? " Soal Ira Syalien. Sambil menuruni tangga anak mata coklat keperangannya memandang sisi wajah lelaki tinggi itu.

" Xendrick. Panggil aku Xen. "

" Wah saya rasa kan encik ada mix ni. Nama pun wau tak nak kalah dengan orang barat. "

Xendrick D'Arzen tertawa halus. Tenang sahaja hatinya tatkala bersama dengan gadis yang baru sahaja dikenali tidak sampai satu jam ini.

" Berhenti panggil aku encik boleh? Aku muda lagi bukannya tua sangat pun. Panggil aku Xen je. "

" Ya lah Xen. By the way, saya minta maaf tentang hal tadi. Tak memasal awak dapat tengok drama percuma telenovala saya dengan bekas tunang saya tu. "

Turun sahaja mereka daripada menara itu terus masing - masing berdiri menghadap satu sama lain. Cantik. Xendrick D'Arzen sempat memuji wajah Ira Syalien yang terang dibawah lampu itu.

" Tak apa. Tapi kau tu okey ke? Dah empat tahun kau bertunang dengan dia, tak akan nak putus macam tu je. Aku suka cara kau kawal situasi tadi tapi kau nak lepaskan tunang kau pada perempuan lain atau lebih tepat adik kau sendiri. Tak menyesal? "  Soal Xendrick D'Arzen.

Hatinya beria - ria mahu mengetahui kisah tadi. Ini kalau keluarganya tahu lebih - lebih lagi adik - adik lelakinya mahu bantai gelak tak ingat dunia. Dia mana pernah sibuk hal orang luar inikan kaum bernama hawa.

" Kita pergi makan jom. Saya belanja. Sambil makan sambil kita bergosip nak? " Terangkat - angkat kedua belah kening Ira Syalien dan bibirnya tersengih lebar mempelawa lelaki dihadapannya.

Disebalik mata tajam dan kosong itu, terbias senyuman nipis disebalik mask hitamnya. 

" 감사합니다. " ( Thank you. ) Ujar Ira Syalien dan Xendrick D'Arzen serentak.

Mereka kini berada di sebuah Eid Halal Korean Food Restaurant yang agak terkenal di kalangan pelancong islam yang datang ke sini. Restoran ini terletak di Yongsan-gu, Seoul.

Antara makanan yang dipesan oleh mereka ialah, Beef bulgogi, chicken in soy souce, salad, korean fried chicken dan chicken jjimdak. Tidak lupa juga hanya dua botol air mineral untuk kelegaan tekak masing - masing.

" Tahu bercakap dalam korea rupanya. Ingatkan tahu speaking je. " Usik Xendrick D'Arzen.

Ira Syalien mencebikkan bibirnya lalu korean fried chicken miliknya ditarik kehadapannya. Fork sudah sedia didalam tangan kirinya.

" Awak yang mula speaking dulu saya ikut je lah. Ingatkan mamat 'mix' mata kelabu macam awak ni tak tahu cakap melayu tapi tahu rupanya. " Bidas Ira Syalien. Perkataan mix itu sengaja ditekan kan dan dia menjeling tajam wajah yang masih ditutupi dengan mask hitam.

Xendrick D'Arzen tersengih sinis. Untuk pertama kali ada manusia yang berani melawannya.

" Awak tak nak tanggalkan mask awak ke? Macam mana awak nak makan kalau awak masih pakai mask macam tu? " Soalnya pula.

Tidak menunggu lama, Xendrick D'Arzen dengan rela hati menanggalkan masknya sambil anak mata kelabu itu tidak bergerak walaupun seinci daripada merenung wajah Ira Syalien.

Kacak.

Itulah perkataan yang terus keluar daripada otak Ira Syalien apabila pemandangannya dihiasi dengan wajah putih bersih milik lelaki dihadapannya. Hidung mancung, bibir merah semula jadi dan bentuk dagunya sangat tajam ditambah lagi dengan rahangnya yang jelas kelihatan disitu.

Tersenyum sinis Xendrick D'Arzen apabila Ira Syalien ralit merenung wajahnya tanpa gadis itu sedari. Mask hitamnya diletak ditepi hujung kiri meja makan.

" Dah tergoda dengan lelaki mix macam aku ni ke? " Soal Xendrick D'Arzen dengan nada sinis.

Tersentak Ira Syalien dibuatnya. Kedua kelopak matanya membesar tatkala menyedari perbuatannya sebentar tadi. Dengan kekok dia cuba untuk menstabilkan wajah dan kedudukannya semula.

" Ssiapa yang tergoda dengan awak hah? "

Dengan sengaja kepalanya dipusing kebelakang buat-buat melihat orang disana lalu dipusing kembali kepalanya menghadap wajah sinis Xendrick D'Arzen.

" Oh ajumma tu tergoda dengan awak ke? Lahh memang patut pun sebab sesuai dengan awak. " Balas Ira Syalien dan tersengih lebar tatkala dia perasan mata kelabu jejaka itu semakin tajam panahannya.

Dalam hati Xendrick D'Arzen tertawa kecil. Ada ke patut disalahnya makcik yang duduk dibelakang sana. Dia sendiri tergoda tak nak mengaku. Inilah masalah perempuan.

" Tambah sekali dengan kau makcik. Mata aku ni cukup jelas untuk tengok anak mata mengembang kau tu tadi jadi tak payah nak bagi alasan tak boleh pakai kau tu. "

Ira Syalien mencebikkan bibirnya. Elehh kita tergoda sikit je pun. Sikit je lah tak banyak. Hmpp!

" Dah jom makan saya dah lapar ni nanti awak sekali kena garpu saya ni kang. " Balasnya dan sengaja garpu diangkat dan diacah mahu dicucuk wajah Xendrick D'Arzen itu.

Lelaki itu hanya mampu menggelengkan kepalanya dan tersenyum nipis sahaja. Perempuan dan makanan berpisah tiada. Dua perkara ini seperti sudah terikat sejak azali lagi agaknya.

Masing-masing menadah tangan, tanpa Ira Syalien sempat membaca doa makan buat dirinya, Xendrick D'Arzen terlebih dahulu mengetuai bacaan doa buat mereka berdua.

Dan tindakan jejaka itu berjaya membuatkan si gadis terkedu.

" Bismillahirraahmanirrahiim, Allahumma bariklana fima rozak tana waqinaazabannar, Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhilah kami daripada azab neraka dan berkatilah makanan kami ini serta berilah kami kebaikan daripada makanan tersebut. Aamiin yaa rabbalaalamiin. " Aamiin Xendrick D'Arzen lalu kedua belah telapak tangannya disapu pada wajahnya.

Ira Syalien juga turut mengaminkan bacaan doa makan tadi dengan wajah yang sukar ditafsir tapi hakikatnya dia berasa teruja dan kagum. Buat pertama kalinya ada orang yang sudi mengimamkan dirinya doa makan.

" Dah makan kau lapar kan. "

Dilihat Xendrick D'Arzen sudahpun memegang fork lalu kepingan ayam itu dibelah secara mengecik menggunakan stainless steel knife dan disuap ke dalam mulutnya.

" Maaf saya tanya, awak......muslim? "

Hampir sahaja Xendrick D'Arzen tersedak daripada mengunyah ayamnya. Tisu diambil dan dilap bibirnya perlahan lalu anak mata kelabunya memberi tumpuan kepada wajah gadis dihadapannya.

Diangguk sahaja kepalanya sebagai balasan bagi soalan gadis itu.

" Mu'allaf? "

Berkerut dahi Xendrick D'Arzen dibuatnya.

" Tak. Sejak aku dalam perut mak aku lagi aku islam. "

Terlopong Ira Syalien terus kepalanya ditunduk berkali-kali sambil memohon maaf. Dalam hatinya sudah berbakul kutukan diberi buat diri sendiri.

" Maaf-maaf saya ingatkan awak mu'allaf. Ya lah awak nampak macam mix jadi saya ingatkan awak convert. Saya minta maaf kalau soalan saya tadi tu kurang sopan. Maafkan saya. "

Xendrick D'Arzen hanya memaparkan reaksi wajah yang tenang. Dia langsung tidak terkesan dan kecil hati dengan soalan gadis itu kerana ini bukan soalan pertama kali orang luar bertanya padanya.

" Tak apa tak perlu minta maaf . Tak ada yang salah pun untuk kau bertanya. Lebih baik bertanya daripada diamkan diri dan bertanya juga dapat elakkan kau daripada buat kesimpulan sendiri. Ada kelebihan dekat situ. "

Ira Syalien tersenyum manis. Suka akan sikap matang jejaka dihadapannya ini.

" Terima kasih juga sebab sudi imamkan bacaan doa makan tadi. "

Xendrick D'Arzen yang melihat senyuman manis Ira Syalien terpegun namun tidak lama kemudian dia juga turut menghulurkan senyuman nipisnya.

" Sama-sama. "

Mereka mula menikmati makanan masing-masing. Bulan yang juga turut menyinari bandar Seoul ini cantik bercahaya dilangit sana.

" Macam mana you, jumpa tak Ira? "

Iqbal hanya mendiamkan diri dan terus melabuhkan duduknya disofa bilik hotel tersebut. Kepalanya diurut perlahan. Pening memikirkan masalah yang melanda waktu ini.

" You i tanya ni jumpa tak kakak i? "

" Zahra, You boleh diam tak?! I serabut lah. " Balas Iqbal dan rambut hitam miliknya dikusut sedikit kasar.

Turun naik dada gadis bernama Zahra itu. Tanpa sebarang amaran tangannya naik menampar dada bidang Iqbal sehingga lelaki itu meringis kesakitan.

" You jangan nak kurang ajar dengan i eh. Ingatkan sikit dengan siapa you bercakap. You nak i bagi tahu pada papa dan mama untuk mufliskan syarikat papa you tu ke? " Ugut Zahra dengan keras.

Tajam anak mata Iqbal memanah wajah merah padam Zahra. Tak guna! Berani betul perempuan ni ugut dia. Dia cuba untuk menenangkan dirinya sebaik mungkin. Seekor ikan emas seperti Zahra harus pandai ditangkap.

Zahra Syahira lebih baik daripada Ira Syalien kerana gadis ini merupakan anak emas keluarga Datuk Faizul dan Datin Raisara jadi peratus untuk orang tua itu mendengar kata Zahra sangat tinggi lebih lagi jika mereka tahu apa yang sudah dia lakukan pada anak gadis kesayangan mereka.

" Baby.... "

Kedua belah lengan Zahra dipaut erat sambil dia menarik tubuh itu mendekati tubuhnya lalu pinggang gadis itu dipeluk.

" I'm sorry i tak sengaja. Ira buat i serabut sampai i tak sengaja terlepas dekat you. You sendiri tahukan yang you lebih bermakna daripada dia untuk i. I minta maaf okay. " Pujuk Iqbal kembali.

Zahra yang sememangnya mempunyai hati pada Iqbal terus terpujuk dengan pujukan itu dan kepalanya terus disandar pada dada bidang Iqbal seraya kedua belah tangannya naik memeluk pinggang lelaki itu.

" Jangan lah marah i macam tu. You buat i takut tahu tak. Dah lah muka you tadi tu menyeramkan macam nak bunuh i je. "

Dalam diam Iqbal tersenyum sinis. Kalau dia boleh sudah lama mati perempuan ni.

" Baby dengar dulu apa i nak cakap. Penting ni. Ira ada gambar dan video kita berdua. "

" WHAT?! "

Zahra terus bertindak meleraikan pelukan mereka. Wajahnya kembali bengis mendengar ayat kekasihnya.

" Macam mana dia boleh ada? Dia bayar orang intip kita ke? "

" Yang tu i tak tahu. I tak sempat nak tanya dekat dia sebab i terkejut sangat waktu tu. I ingatkan rahsia ni tak akan sampai pada pengetahuan Ira tapi dia dulu dah terlebih tahu semuanya. "

" Arghh ! "

Terkejut Iqbal apabila Zahra menjerit. Dilihat gadis itu sedang menyusutkan rambutnya berkali-kali dan tubuh itu kehulur-hilir berjalan seperti orang tak betul.

" Zahra dengan dulu cerita i tak habis lagi ni. I nampak ira duduk berdua dengan seorang lelaki ni cuma i tak tahu siapa dan wajah dia terlindung dengan mask— "

Zahra berhenti bergerak. Matanya dipusing kearah Iqbal. Tanpa sebarang amaran laju dia bergerak kearah lelaki itu dan mencengkam kolar Iqbal dengan kuat.

" Ada orang lain selain korang berdua? Jadi jantan tu dengar semua perbualan korang termasuk nampak gambar dan video kita? "

Iqbal kelihatan teragak-agak mahu menjawab kerana bahagian itu dia sendiri pun tidak pasti.

" Arghh tak guna kau Ira! Daripada dulu kau memang suka menyusahkan aku. Kenapa tak mampus je baru senang hidup aku! " Zahra menolak tubuh Iqbal dengan kuat ke belakang.

Iqbal yang menjadi mangsa itu hanya mampu berdiam diri. Belum masanya lagi untuk dia bertindak. Dia harus bersabar dan menunggu.

Namun untuk seketika, Zahra menyeringai sinis. Rambutnya yang serabai itu kembali dirapi kan.

" Tapi kan, ada kelebihan juga untuk kita. You kata you nampak Ira duduk berdua dengan seorang lelaki? " Soalnya bersama sengihan sinis.

Iqbal hanya menggangguk.

" Perfect timing. Kita boleh gunakan alasan tu untuk jatuhkan dan malukan dia dulu sebelum kita yang kena sengat. " Ujar Zahra lagi dan kakinya bergerak menuju kearah Iqbal lalu tubuh tinggi itu dipeluk erat.

Iqbal hanya membalas sahaja perbuatan kekasihnya.

" Maksud you? Tapi i tak ada gambar dorang berdua macam mana? "

Zahra tertawa sinis.

" You ni Iqbal, kadang ada masa otak you tak boleh pakai langsung kan. You dah lupa ke siapa i? " Soal Zahra dengan nada sinis sambil mengusap lembut dada bidang itu.

Iqbal memaparkan riak wajah keliru.

" Baby, depan you ni Zahra Syahira satu-satunya anak kesayangan Datuk Faizul dan Datin Raisara termasuk pewaris utama Glory Asylum. You lupa ke? "

Barulah Iqbal dapat menangkap hujahan gadis itu. Lalu dia pun tersenyum sinis.

" Ya tak ya kan. Papa dengan mama you mesti akan dengar dan percaya dengan apa yang you katakan nanti. Terbukti baby you lebih berkuasa daripada Ira. " Puji Iqbal dan tangan kanannya naik mengusap lembut pipi Zahra.

Zahra tergelak sinis.

" Of course. Ira akan berada dibawah i dan selamanya tempat dia hanya ada dibawah kaki i. She can't get more than me and will never be forever. " Ujar Zahra dengan tekad kejahatan yang tinggi.

Mereka berdua bersuka ria bersama didalam bilik hotel tersebut tanpa memikirkan hal yang lain.

Khamis; 7 Sep 2023
6:22 p.m, Raden Arenza

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro