๐๐ข๐๐ฏ๐จ๐ฅ๐จ ๐๐๐ฃ๐๐ฌ๐ญ๐ข๐๐ฌ ๐๐
" Sayang... " Tegur Tuan Xavier D'Arzen apabila dia melihat Permaisurinya yang sedang mengintai bilik putera pertama mereka.
" Abang shh. " Puan Aelyna Medina segera memberi isyarat kepada suaminya untuk mendekatinya.
Lalu laju sahaja lengan kanan Rajanya dipegang erat seraya mendekati pintu bilik putera pertama mereka yang terbuka sedikit. Dapat dilihat putera mereka itu sedang duduk dibirai katil dan termenung ke arah luar.
" Lyna risau lah. Hari ini dah tiga hari Xen tak makan apa-apa kalau dia sakit nanti macam mana? Abang pujuk lah putera abang tu. " Adu Puan Aelyna kepada Rajanya.
" Sayang pun tahukan semalam dah berbuih abang pujuk putera sayang tu tapi abang macam bercakap dengan dinding je. Dia langsung tak bagi reaksi. Haih... " Keluh Tuan Xavier D'Arzen. Jemari kanannya naik memicit dahinya.
Pening dan risau bersatu dalam kepalanya memikirkan puteranya yang satu ini.
" Abang kan lelaki, orang selalu kata lelaki faham sesama lelaki. Lelaki dan lelaki adalah satu bangsa yang mudah bagi lelaki lain untuk memahami mereka. " Ujar Puan Aelyna Medina lagi bersama teori yang dipelajarinya.
Tuan Xavier D'Arzen memandang kearah Permaisurinya dengan pandangan tidak percaya. Sejak bila pula Permaisurinya ini buat kajian tentang lelaki?
" Ha ya lah. Lelaki mudah difahami sebab itu perempuan pula susah untuk difahami. Macam sayang sekarang ni kanโargh sayang sakit! " Tangan kirinya laju menggenggam jari permaisurinya yang mencubit perut sasanya.
" Abang jangan nak mula eh. Kita tengah cakap pasal Xen sekarang ni yang abang melalut sampai ke perempuan kenapa? Cubit lagi kang. " Bicara Puan Aelyna lalu wajah Rajanya yang tersengih tanpa rasa bersalah itu dijeling manja.
" Baiklah Tuanku Permaisuri akan ku turuti segala perintah mu. " Balas Tuan Xavier D'Arzen seraya mata kanannya di kenyitkan menggoda sebelum dengan cepat dia menghilangkan diri ke dalam bilik puteranya.
Puan Aelyna Medina yang melihat telatah Rajanya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum kecil. Dia kembali mengintai bilik puteranya. Dapat dilihat sang Raja mendekati putera mereka.
" My Prince... " Tegur Tuan Xavier D'Arzen kepada putera sulungnya.
Namun puteranya itu hanya diam dan termenung. Melihat keadaan puteranya yang masih belum berubah sejak kembali dari Korea Selatan itu membuatkan Tuan Xavier D'Arzen melepaskan keluhan lemah.
Di panjang kan tangan kirinya untuk menyentuh bahu sang putera. Xendrick D'Arzen yang menerima sentuhan secara tiba-tiba tersentak lalu anak mata kelabunya bertembung dengan sepasang mata kelabu milik Rajanya.
" Papa... "
Tuan Xavier D'Arzen tersenyum kecil.
" Boleh papa duduk? " Soalnya dan Xendrick D'Arzen hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Dua pasang mata kelabu itu tunak memandang ke arah luar melihat kepekatan langit yang gelap. Tuan Xavier D'Arzen sempat mengerling sekilas ke arah puteranya lalu dia memandang semula ke hadapan.
" Sampai bila Xen nak hidup dalam keadaan macam ni? " Soal Tuan Xavier D'Arzen tanpa berkias.
Berkerut dahi Xendrick D'Arzen mendengar soalan dari Rajanya.
" Maksud papa? "
" Kamu dah berubah sejak kamu balik dari Korea. Banyak termenung, terlalu mendiamkan diri, kurang bergaul dengan adik beradik, mama papa termasuk kawan-kawan kamu yang lain. "
Xendrick D'Arzen tersentak apabila mendengar hujahan Rajanya. Sebegitu teruk ke perubahan dirinya?
" Bukan itu sahaja, pemakanan kamu pun dah tak terjaga. Papa tak tahu sama ada kamu sedar atau tidak sekarang ni tapi cuba kamu tengok diri kamu dalam cermin. Makin lama tubuh badan kamu makin susut. Kamu tahukan dalam rumah ni siapa yang paling risau kalau kamu jatuh sakit? " Ujar Tuan Xavier D'Arzen lagi. Sengaja dia memancing suara puteranya dengan menyebut Permaisuri mereka.
Xendrick D'Arzen mengeluh lemah.
" Xen minta maaf. Xen tak ada niat untuk buat semua risau tapi Xen sendiri tak faham dengan diri Xen. Xen rasa serabut, marah, kecewa, sedih tapi Xen tak mampu untuk buat apa-apa. Xen...kecewa dengan diri sendiri. " Luah Xendrick D'Arzen.
Puan Aelyna Medina yang mengintai mereka sedari tadi menekup mulutnya tatkala mendengar luahan hati puteranya itu.
" Papa tertanya-tanya apa yang ada pada gadis tu sampai dia berjaya buatkan putera sulung papa jadi tak tentu arah macam ni. Boleh kongsi dengan papa? Papa nak tahu apa keistimewaan yang gadis tu ada. " Balas Tuan Xavier D'Arzen.
Dan soalan itu berjaya membuatkan Xendrick D'Arzen tersenyum kecil. Tuan Xavier D'Arzen yang melihat senyuman kecil puteranya terkedu. Seberapa hebat dan istimewa gadis itu pada putera sulungnya ini?
" She's more than special my King. Even the word special can't describe the privilege she has. " Balas Xendrick D'Arzen dengan perlahan dan lembut kepada Rajanya.
" Dia lebih dari istimewa bahkan dia juga lebih dari sempurna. Pertama kali Xen bertentang mata dengan dia, hati Xen sendiri tak boleh nak ungkapkan kata-kata yang sesuai untuk dia... " Xendrick D'Arzen berhenti seketika dan menarik nafas ke dalam paru-parunya.
" I've been completely paralyzed under her that time I was like...she holds my breath...she stops my heart from beating...she locks my eyes with hers...she calms me with her sweet voice...she cheers me with her smile... "
" Dia berbeza dengan semua wanita yang Xen pernah jumpa sebelum ni. Dia tak seperti wanita yang cepat tergoda dengan wajah Xen tapi sebaliknya pertolongan sebesar zarah yang Xen hulurkan pada dia membuatkan dia sudi untuk rapat dengan Xen. "
" Dan papa nak tahu satu perkara yang paling tak masuk akal? " Soalnya lalu wajahnya di pusingkan menghadap Rajanya yang masih setia melihatnya.
Tuan Xavier D'Arzen hanya mendiamkan diri menunggu jawapan yang keluar dari mulut puteranya sendiri.
" Xen tertarik di sebab kan suara tangisan dia. "
" Maksud kamu, kamu suka dengar dia menangisโ "
" No. Dia menangis sebab dia disakiti papa dan kalau Xen suka dengar dia menangis akibat disakiti bermakna Xen berada dalam golongan lelaki yang wajib dilaknat oleh Allah. " Laju Xendrick D'Arzen memotong percakapan Rajanya.
Terdiam Tuan Xavier D'Arzen.
" Mama selalu pesan pada Xen, wanita adalah untuk dicintai disayangi dan dilindungi bukan untuk disakiti dan berdosa bagi kita jikalau kita menyakiti seseorang wanita dengan sengaja. "
" Baik lelaki atau wanita, sekiranya kita menyakiti hati seseorang dengan sengaja maka dosa akan dicatit dibawah nama kita. " Ujarnya lagi. Pesanan permaisurinya sentiasa tersemat kemas dengan sempurna dalam ingatannya.
Dia berhenti seketika daripada berbicara. Kepalanya di tundukkan ke bawah lalu kedua belah tangannya naik memegang kepala sendiri.
" Jadi kenapa kamu harus menangis dan menyalahkan diri kamu sendiri apabila kamu kena tinggalkan dia kerana tuntutan nyawa? " Soal Tuan Xavier D'Arzen setelah lama dia mendiamkan diri.
Xendrick D'Arzen tersentak apabila mendengar soalan Rajanya. Perlahan-lahan kepalanya di naikkan semula melihat wajah sang Rajanya yang tersenyum kecil ke arahnya.
" Kamu dah lupa ke bagaimana teruknya kamu menangis dari dua hari lepas berturut-turut? Untuk pertama kali papa dapat tengok air mata putera sulung papa yang dingin dan beku ni. " Ujar Tuan Xavier D'Arzen dan di selitkan sedikit jenakanya disitu cuba untuk menceriakan suasana.
Dan itu membuatkan Xendrick D'Arzen tertawa. Puan Aelyna Medina yang mendengar butir bicara Rajanya turut tertawa kecil.
Tuan Xavier D'Arzen memegang lembut bahu sang puteranya dan diusap dengan penuh kasih sayang disitu.
" Apa yang Permaisuri kamu katakan tu memang betul. Allah meciptakan wanita dengan mempunyai sembilan perasaan dan satu akal. Kerana itu, mereka akan mengutamakan perasaan mereka ketika menghadapi sesuatu permasalahan. Apabila wanita berdepan dengan masalah, perkara pertama yang mereka akan lakukan apabila terlalu penat berdepan dengan masalah tersebut adalah menangis. "
" Tapi, itu juga bukan petanda yang mereka lemah. " Sambung Tuan Xavier D'Arzen lagi.
" Tapi Xen pun menangis sedangkan Xen lelaki. Xen akan dianggap sebagai manusia lemah ke? " Soalnya dengan nada perlahan.
" Prince. Crying is not determined by gender. Both man and woman can cry... "
" ...and do now that tears are not the sign of weakness but tears are the words that need to be written when you lost your word. " Balas Tuan Xavier D'Arzen dengan lembut. Puan Aelyna Medina yang mendengar tersenyum bangga dengan Rajanya.
" Crying is a way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is. " Ujarnya lagi. Tangan kanannya naik mengusap lembut rambut sang putera.
" Tapi papa...Xen pun tak ada beza dengan mereka yang sakiti Syalien dan buatkan dia menangis. I failed to keep my promise to her. I know when she realizes that I had left her, she must've been very broken inside. " Balas Xendrick D'Arzen. Tanpa dia sedari, kedua belah matanya mengalirkan setitik demi setitik air mata lelakinya.
Tuan Xavier D'Arzen dan Puan Aelyna Medina yang melihat berasa kasihan dan kedua hati tua mereka berasa sakit melihat sang putera yang selama ini kuat dah gagah akhirnya tersungkur ke tanah.
Tuan Xavier D'Arzen bangun dari duduknya lalu dia bergerak ke hadapan puteranya dan dia duduk bertinggung di hadapan puteranya. Kedua belah tangannya naik memegang sisi wajah sang putera lalu di angkat kepala itu ke atas.
" Didi... " Panggil Tuan Xavier D'Arzen dengan panggilan manja puteranya.
Didi adalah panggilan manja yang dia dan permaisurinya sering memanggil sewaktu putera sulung mereka ini kecil tetapi apabila putera mereka meningkat dewasa, sang putera sendiri meminta untuk mereka berhenti memanggilnya dengan panggilan itu.
Xendrick D'Arzen yang mendengar panggilan manjanya setelah bertahun lama tidak didengari semakin lebat air matanya mengalir.
" Papa niโkan Xen dah bagi tahuโjangan panggil Xen dengan nama tu lagiโmalu lah. " Balas Xendrick D'Arzen tersekat-sekat diselangi dengan tangisannya.
Tuan Xavier D'Arzen hanya tersenyum sahaja.
" Listen here. Kamu tak sengaja untuk sakiti dia. Kamu perlu tinggalkan dia atas tuntutan nyawa. Walaupun berat dan pilihan yang kamu terpaksa buat tu adalah susah tapi ia membawa kebaikan kepada kamu berdua. "
" Tak akan ada permulaan yang indah dalam hidup kita. Kalau kita mahukan kebahagian yang kita inginkan, jadi kita sendiri perlu persiapkan diri untuk hadapi segala cabaran dan rintangan yang akan datang . " Ujar Tuan Xavier D'Arzen lagi. Secara berhemah dia menuturkan ayat-ayat agar tidak menyakiti hati puteranya.
" Xen dianggap sebagai penipu ke kalau Xen tipu pada diri Xen sendiri? Xen sebenarnya dah jatuh suka pada dia tapi Xen tak nak mengaku sebab Xen takut kalau perasaan tu cuma mainan syaitan dan hanya sementara. "
" Xen rasa selesa bila Xen dengan dia. Dia buatkan Xen percaya yang wanita seperti dia masih wujud. Xen tertanya-tanya, apa yang ada pada Xen sampai Allah temukan Xen dengan wanita selayaknya seperti Syalien. "
Tuan Xavier D'Arzen tersenyum manis. Darah muda tapi dia dapat membaca disebalik panahan mata itu terselit keikhlasan yang setulusnya.
Khamis; 2 November 2023
8:02 p.m; Raden Arenza
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro