Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 9 ˖◛⁺

・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿

Everytime I saw you,
I fall in love all over again.

#KY

・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿✿✼:゚:.。..。.:・゚゚・*

Yeina membaca nota yang ditampal di atas mejanya seperti sebelum ini.Dari apa yang dilihatnya,dia tahu yang nota itu ialah daripada orang yang sama.

"First time,aku rasa nak tahu sangat siapa yang tulis nota ni untuk aku.",kata Yeina sambil merenung nota tadi.Tulisan dan cara penulisannya sangat kemas dan nama Yeina yang tertera di bawah itu juga,agak lain dari yang lain.

Han mengangguk kerana dia juga ingin tahu siapakah orang yang menulis nota untuk Yeina itu.

"Kau tak boleh syak sesiapa ke?",tanya Han.

"Tak boleh...kau tahu kan otak aku tak mampu berfikir lama,nanti dia jam.",Yeina memberi alasan dan Han membuat muka menyampah.

"Itu jelah alasan kau... sikit-sikit nak kaitkan dengan otak.",marah Han dan Yeina mencebik mulutnya.

"Ishh...aku nak tahu siapa!",Yeina meninggikan sedikit suaranya kerana geram.

"Dah-dahlah fikirnya...nanti mulalah otak tu jam,lepas tu salahkan orang lain.",perli Han dan Yeina tersengih.

♡˖◛⁺♡

"So...bila kau nak betul-betul confess dekat Yeina? Sampai bila kau nak mengayat lepas tu tampal dekat meja dia?",soal Bambam.

Chan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.Dia juga belum bersedia sepenuhnya untuk meluahkan perasaan pada Yeina secara depan.

"Tunggulah...aku baru dua kali tulis nota tu.Lagipun aku suka tengok reaksi dia setiap kali dia baca nota aku tu.",jawab Chan lalu tersenyum.

Terkenang pula riak muka Yeina sebentar tadi.Dia juga gembira bila Yeina ingin tahu siapa yang menulis nota itu dan itu juga menambah lagi semangatnya untuk menulis.

"Yelah Chan...aku tanya je.",kata Bambam.

"Kau jangan buka mulut pulak dekat Yeina...mati kau nanti.",pesan Chan.Bambam itu bukan boleh kira,buatnya dia beritahu Yeina.

"Tengoklah kalau aku boleh sabar.",usik Bambam dan dia mula tergelak bila Chan menayangkan penumbuknya.

♡˖◛⁺♡

Yeina dan Han jalan beriringan menuju keluar pagar sekolah.Yeina ternampak pemandu Han sudah menunggu di tepi pagar.

"Han...balik dengan aku macam semalam?",ajak Yeina.

"Ermmm...hari ni tak bolehlah.",Han terpaksa menolak permintaan Yeina.

"Merajuklah...pergilah balik dengan driver Jyp kau tu.",kata Yeina lalu menolak badan Han.

Han ketawa kecil bila Yeina berkelakuan seperti itu.Macamlah Han tidak biasa dengan perangainya itu.

"Esoklah...Eomma aku bebel kat aku semalam sebab balik sendiri tau tak?",beritahu Han dan Yeina menutup telinganya.

"Yaaaa..Yeina!",panggil Han dan Yeina meneruskan langkahnya.

Han mengeluh kecil dan kembali tersenyum bila Yeina menoleh ke arahnya.

"Bluekkk!!",

Yeina menjelirkan lidahnya lalu melangkah jauh dari Han.

Han tidak sempat memujuk kerana pemandunya sudah memanggil.Han memandang Yeina yang semakin jauh menuju ke hentian bas.

♡˖◛⁺♡

Pintu rumah dibuka,dan seorang remaja lelaki melangkah masuk ke dalam rumah.Beg sekolah sudah diambil pembantu rumah dan seorang wanita menyambut kepulangan anaknya.

"Han...macam mana sekolah hari ni..okay?",tanya Puan Lee,ibu kepada Han.

"Okay...",jawab Han pendek lalu tersenyum.

"Pergi mandi...lepastu kita makan sama-sama ye.",suruh Puan Lee dan Han mengangguk kecil.

Baru saja nak melangkah kaki,Han menoleh ke arah ibunya yang masih duduk di sofa.

"Appa tak balik lagi?",tanya Han tentang ayahnya.

"Tak...mungkin malam baru Appa balik.Biasalah tu,sibuk kerja.",jawab Puan Lee.

Han tidak menjawab sebaliknya terus menuju ke bilik tidurnya.Dia rindu dengan ayahnya yang sudah lama tak makan bersama mereka.Mana tidaknya,awal pagi lagi sudah keluar dan pulang dari tempat kerja pula tengah malam.Kalau berjumpa pun,tak sempat nak bertanya apa-apa.

Di rumah Yeina,

Yeina tersengih-sengih seorang diri di ruang tamu.Selepas saja selesai makan,terus dia menghadap telefonnya.

"Kau kenapa senyum sorang-sorang?",tanya Hongjoong.Kaki Yeina yang dilunjurkan di atas sofa,ditolaknya supaya ada ruang untuk dia melabuhkan punggung.

"Sibuk je..",balas Yeina lalu meneruskan bermain telefonnya.

"Ha! Oppa....kau pernah dapat love note tak?",tanya Yeina secara tiba-tiba.

"Love note? Sejak aku jejak kaki ke sekolah sampai tahun akhir,tak terusik love notes aku dalam loker...kenapa tanya?",kata Hongjoong dengan bangga diri.

Yeina memukul lengan Hongjoong kerana geram.Orang tanya betul-betul bukan nak jawab elok-elok.

"Cepatlah...",desak Yeina.

"Iyaa...aku dah bagitahu tadi kan.",ujar Hongjoong pula.

"Kalau betul...kenapa sampai sekarang kau single?",perli Yeina dan Hongjoong terbatuk-batuk.

"Aku nak fokus pada pelajaran,bukan macam kau...otak fikir lelaki je.",perli Hongjoong semula.

"Tak...dalam banyak-banyak love notes tu...ada tak yang buat kau rasa nak tahu pemilik nota tu?",Yeina terus bertanya dengan mengabaikan kemerapuan Hongjoong.

"Adalah....tapi aku lambat sangat cari orang tu....last-last aku dapat tahu yang dia dah dengan orang lain.",cerita Hongjoong.Ada sendu dalam suaranya.

"Alah...aku tak naklah macam tu.",ujar Yeina sambil meramas rambutnya.

"Aku nasihatkan kau belajar sampai habis dulu...baru cari siapa orang tu...jangan nak menggatal sangat.",nasihat Hongjoong yang berbaur perlian.

"Biarlah...kalau aku bodoh pun bukan menyusahkan kau.",jawab Yeina dan  Hongjoong menjeling.Baru saja nak membuka mulut,loceng rumah berbunyi.

"Pergi bukak..",arah Hongjoong dan Yeina memekakkan telinga.

"Pergilah bukak pintu tu...",arah Hongjoong lagi dan reaksi Yeina masih sama.

Sebelum ibunya bersuara, terpaksalah Hongjoong mengalah.Yeina tersenyum menang lalu baring di atas sofa sambil memakan kerepek kentang.

"Ouh...kau.Masuklah.",perlahan saja suara Hongjoong bila Chan berdiri di depan pintu rumahnya.

Chan tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Hongjoong menutup pintu rumah sebelum menuju ke ruang tamu untuk memanggil Yeina.

"OPPA!!! SIAPA YANG DATANG TU??! AKU MALASLAH NAK LAY--- an tetamu.", kata-kata Yeina terhenti melihat Chan lalu menyorok di belakang sofa.

Chan tercengang kerana terkejut melihat Yeina melompat dari sofa lalu menyembunyikan dirinya di belakang sofa serta merta.Hongjoong terpaksa menahan gelak kerana Chan ada di situ.Nanti habislah imejnya yang dianggap serius itu.

"FIGHTING YEINAA...BELAJAR ELOK-ELOK!",perli Hongjoong lalu meninggalkan ruang tamu.

"Kenapa kau bodoh sangat Yeina...macam mana boleh lupa hari ni ada kelas dengan Chan Oppa?",Yeina mengutuk dirinya sendiri di balik sofa.

Chan yang faham dengan keadaan,segera masuk ke dalam bilik belajar.Dia membuat keputusan untuk menunggu gadis itu disitu.

Yeina mengintai sebaik saja mendengar pintu bilik belajar di buka dan perlahan-lahan dia menarik nafas lega.

"Macam mana aku nak hadap Chan sorang-sorang? Dahlah Han tak datang hari ni.",katanya sendirian.

Yeina semakin resah bila teringatkan Han baru saja memberitahunya sebentar tadi yang dia tidak dapat datang ke rumahnya petang itu.

Di bilik belajar,

Chan tersenyum melihat Yeina menyorok di sebalik pintu.Malu lah tu apa lagi kalau dah terhendap-hendap macam pencuri.

"Masuklah...",kata Chan.

Yeina melangkah masuk dengan perasaan yang berdebar-debar mengalahkan masuk ke dalam pejabat pengetua tambahan lagi,Chan yang kelihatan bergaya walaupun hanya menyelak helaian kertas.

"Han tak datang hari ni?",tanya Chan dan Yeina hanya menggeleng tanpa memandang Chan.

"Jadi....hari ni kita teruskan kelas kita dengan subjek sejarah.",beritahu Chan dan kali ini Yeina hanya mengangguk.

"Abaikan pasal tadi...Oppa tak dengar pun.",Chan cuba menghilangkan perasaan malu Yeina.

Yeyelah tu tak dengar,padahal dia sendiri terkejut dengan suara aku.

"Okay...lagipun Yeina memang macam tu kat rumah.",Yeina cuba menebalkan muka dan Chan hanya mengangguk faham.

Yeina melihat Chan yang sedang menulis catatan ke dalam buku kecil dan melihat saja tulisan Chan,sesuatu terlintas dalam kepalanya.

Love note pagi tadi.

"Yeina...baca teks tu.",pinta Chan namun kelihatan Yeina seperti memikirkan sesuatu.

"Yeina?",panggil Chan sekali lagi dan barulah Yeina menjawab.

Sambil membaca teks,sambil itu juga Yeina memandang tulisan Chan.

Aku kena story dekat Han pasal ni.

Di ruang tamu,

"Kamsahabnida Ahjumma...",ucap Chan dengan sopan.

"Kwaenchana...lagipun Chan dah kerja keras mengajar Yeina.Ahjumma tau bukan senang nak ajar minah tu.",jawab Puan Ahn.

Yeina yang berada di situ, membulatkan matanya bila Puan Ahn dengan selambanya berkata demikian.Chan tertawa perlahan sebelum meminta dirinya.

♡˖◛⁺♡

Chan tergelak sendiri bila teringat Yeina yang melompat dari sofa tadi.Dia mati-mati ingat itu suara Puan Ahn, tak sangka pula suara Yeina lantang sebegitu sekali.

"Ahjumma dah bagi duit upah...nak belanja Eomma apalah agaknya.",Chan memikirkan sesuatu yang patut dibeli untuk ibunya.

Memandangkan itu ialah gaji pertama,dia hendak menghadiahkan Puan Bang sesuatu sebagai kenangan.

Chan memperlahankan langkahnya bila merasakan ada seseorang mengekorinya dari belakang.Chan membuat keputusan untuk menoleh ke belakang dan sebaik saja melihat seorang lelaki sedang tersenyum ke arahnya,Chan berlari selaju mungkin hinggalah dia merasakan yang dia tidak lagi diekori.

"Chan-aaa.... annyeong."

Chan menarik nafas terkejut sebaik saja memalingkan dirinya sekaligus bertentang mata dengan empunya suara.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro