˖◛⁺ 8 ˖◛⁺
Setelah membuat bayaran di kaunter,Han dan Yeina segera pulang semula ke sekolah sebelum kelas senior tamat.Yeina dengan gembiranya menghirup smoothie strawberi yang dibelanja Han.Memang niatnya nak beli susu strawberi namun disebabkan tidak dijual di situ tambahan lagi tidak mahu membuang masa,Yeina membuat keputusan untuk membeli smoothie strawberi.
"Han....aku ada cerita tak kat kau pasal Chan Oppa?",soal Yeina.
"Pasal apa? Tak ada rasanya....ceritalah.",jawab Han.
Yeina melabuhkan punggung di hentian bas sebelum bercerita diikuti Han.
"Sebenarnya,aku ada crush kat Chan Oppa.",cerita Yeina lalu tersenyum malu.
"Aku tahu pasal tu.",jawab Han dengan nada yang mendatar.
Selama ini,Han akan memerhati gerak-geri Yeina setiap kali Chan mengajar di rumah Yeina dan siapa yang tidak tahu bahawa gadis itu menyimpan perasaan pada Chan.
"Macam mana kau tahu? Kau boleh baca fikiran aku ke wey?",tanya Yeina bersungguh.
"Bukan baca fikiran kau....tapi baca gerakan kau.",balas Han dan Yeina tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Lepas tu...kau rasa macam mana?", soal Yeina lagi dan Han diam seketika.
"Maksud kau? Kau mintak pandangan aku ke sekarang?",Han meminta kepastian dan Yeina mengangguk.
"Hmm....okay je.Kalau nak bandingkan Chan Hyung dengan crush kau yang lain,Chan Hyung paling okay.",jujur Han.
Yeina mula tersenyum gembira mendengar pendapat kawan baiknya tanpa mengetahui perasaan sebenar Han.
"Kau betul-betul sukakan Chan Hyung ke?",tanya Han lagi.
Yeina yang menyedari nada Han yang agak lain daripada biasa,mula menoleh muka Han yang duduk di sebelahnya.
"Kenapa kau tanya macam tu?",tanya Yeina.
"Nothing....saja tanya.",jawab Han pendek.
"Alah...mesti ada sebab kenapa kau tanya...cepatlah bagitahu aku.",desak Yeina sambil menarik tangan Han.
"Sebenarnya--"
"Yeina!! Jom balik!!",suara Hongjoong kedengaran dari jauh dan perkara itu membuatkan Han membatalkan niatnya untuk meluahkan perasaan pada Yeina.
"Kacaulah babun tu...jomlah kita balik sama-sama.",ajak Yeina.
Beg sekolah disandangnya dan Hongjoong menghampiri adik perempuannya yang bersama Han.
"Dating ke? Sorry kacau.",usik Hongjoong dan Yeina menjeling.
"Sibuk je nak tahu....jomlah balik .",Yeina mendengus geram lalu menarik tangan Han supaya melangkah kaki terlebih dulu.
♡˖◛⁺♡
Chan memberhentikan langkahnya sebaik saja merasakan yang langkahnya diekori seseorang dari belakang.Chan perlahan-lahan menoleh dan tiada sesiapa pun di situ.
BAAA!!!!!
Chan menarik mukanya bila Bambam menyergah dari belakang.Melihat Chan yang tak memberi sebarang reaksi,Bambam mula tersengih malu.
"Susahlah nak buat kau terkejut....mesti reaction yang sama je kau bagi.",rungut Bambam.
Chan tersenyum lalu menepuk bahu Bambam.
"Please try again,bro...Kenapa kau ikut aku?",tanya Chan.Bukan selalu Bambam nak singgah di rumahnya selepas waktu sekolah.
"Aku lupa yang Eomma aku tak ada kat rumah...jadi aku ikutlah kau.Tak apa kan?",jelas Bambam.
"It's okay...rumah aku pun rumah kau jugak.",kata Chan lalu mereka berdua jalan beriringan menuju ke rumah Chan.
Seorang lelaki hanya memerhati mereka berdua dari jauh.Senyuman yang sukar ditafsirkan mula terukir di bibirnya.
"Kau bernasib baik hari ni,Chan.",ujar lelaki tadi sebelum meninggalkan kawasan perumahan itu.
♡˖◛⁺♡
Petang itu,Yeina bersiap-siap untuk berjumpa dengan Han.Memandangkan hari itu,tiada kelas tambahan di rumahnya,dapatlah dia melepaskan tekanan dan perasaan bersama kawan baiknya.
"Siap-siap nak pergi mana?",tanya Hongjoong yang baru keluar dari biliknya.
"Dating....Kenapa?",jawab Yeina lalu memutarkan bola matanya.
"Saja tanya...ouh lupa pulak,tadi Chan kirim salam dekat kau.",ujar Hongjoong dan Yeina serta merta menghampiri abangnya.
"Yeke? Seriuslah kau ni? Dia cakap apa lagi...takkan kirim salam je? Bunga ke coklat ke tak ada?", bertalu-talu soalan diberikan.
"Lembap lah kau ni...aku tipu pun percaya....nak bercakap dengan dia pun tak ni pulak nak kirim salam dekat kau,memang cari nahas.",balas Hongjoong.
Yeina ni bukan boleh nak bergurau.Semua benda nak ambil serius.
"Babo....pergilah kau.",Yeina menolak kasar badan abangnya yang tak berapa jauh beza dengan badannya.Suka sangat memberi harapan palsu.
♡˖◛⁺♡
Di pusat beli-belah,
"HAN!!!!",panggil Yeina sebaik saja melihat bayang Han yang kelihatan sendu.
"Lambat gila kau datang....aku mereput tunggu kau kat sini.",marah Han sambil mencebikkan mulutnya.
"Alololo....aku kan perempuan,mestilah nak mekap-mekap dulu.Mana tahu terserempak dengan crush ke.",Yeina memberi alasan.
"Ha yelah-yelah...kau menang.",Han mengalah.
"Komawo Han....kau nak jadi suami aku tak?",tanya Yeina dan Han membulatkan matanya.Soalan apakah itu?
"A..apa kau tanya tadi?",tergagap Han dibuatnya dan Yeina sudah tergelak.
"Tak adalah....kau selalu mengalah dengan aku...jarang nak jumpa lelaki macam kau.",jelas Yeina dan Han menarik nafas lega.
"Nak membodek lah tu apa lagi kan? Tahu sangat perangai kau.",ujar Han dan Yeina mengangguk.
"Belanja aku Tealive....aku teringin gila nak minum.",pinta Yeina dan Han menggeleng kepala.
Air harga haram itu juga yang dia minta.Kalau menolak,mulalah nak merajuk bagai.
"Lepas ni jangan mintak lagi.",kata Han dan Yeina membuat tanda ok.
♡˖◛⁺♡
Chan kelihatan agak muram bila Bambam memaksa untuk menemaninya ke pusat beli-belah.Bila ditanya nak beli apa,tak jawab.
"Chan,janganlah serius sangat muka tu.",tegur Bambam dan Chan hanya memandang Bambam dengan pandangan kosong.
"Cepatlah beli barang kau tu...nak beli barang sampai pergi mall.Macamlah tak ada tempat lain.",bebel Chan.
"Kau marah lah aku....aku tak nak bagi kau tips bercinta lepas ni..dah lah aku nak merajuk.",ugut Bambam.
"Ugutlah Bam....kalau kau merajuk,aku balik.",balas Chan selamba.
Bambam menarik muncung bila taktiknya tidak menjadi.Nak buat macam mana,memang itu sifat Chan yang tidak suka pergi ke tempat ramai orang sebegitu.
"Okaylah...jom kita beli cepat...cepat beli cepat balik kan?",pujuk Bambam.Risau pula Chan meninggalkan dirinya seorang di situ.
♡˖◛⁺♡
Yeina singgah di salah satu kedai baju yang ketika itu sedang mengadakan jualan murah.
"Han...cantik tak baju ni?",Yeina menunjukkan baju berwarna hijau lembut.
"Warna tu tak sesuai dengan kau...cari warna lain.",arah Han.
"Okay.",jawab Yeina sebelum meletakkan semula baju tadi.
"Kalau ni...sesuai tak?",tanya Yeina lagi namun kali ini Yeina memilih baju yang berwarna biru gelap.
"Sesuai sangat...kau pilihlah yang tu.",kata Han.
"Okay...kejap aku nak cari saiz aku.",ujar gadis itu.
Mereka berdua meninggalkan kedai tadi selepas Yeina selesai membuat bayaran.Han dan Yeina berbual dengan rancak sebelum perbualan mereka terhenti.
"Tu bukan Chan Oppa ke?",tanya Yeina sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang kelihatan sedang bersendirian.
"Betul lah tu...",balas Han lalu memandang Yeina.
"Jomlah kita tegur dia.",ajak Yeina dan belum sempat Han nak menjawab,dirinya terlebih dulu ditarik Yeina.
Chan merenung ke dalam kedai yang mana,Bambam sedang memilih barang yang hendak dibelinya.Nak memilih satu barang pun mengambil masa setengah jam,mengalahkan perempuan.
"Annyeong,Chan Oppa.",Chan mengalihkan pandangan bila dirinya ditegur seseorang.
"Eh...annyeong.Yeina dengan Han buat apa kat sini? Shopping?",ramah Chan.
"Teman Yeina shopping baju sebenarnya...Hyung sorang je ke?",tanya Han pula.
"Taklah....tu ada kawan Hyung tengah beli barang.",jawab Chan dan Han hanya mengangguk faham.
Tak lama kemudian,Bambam keluar dari kedai dengan sebuah beg kertas di tangannya.Senyuman tak payah cakaplah,meleret sampai ke telinga kerana puas hati dapat membeli barangnya.
"Annyeong Hong...eh salah Yeina.",sapa Bambam.
Yeina menundukkan kepala begitu juga dengan Han.
"Ni siapa? Namchin Yeina ke?",tanya Bambam yang melihat seorang lelaki bersama Yeina.
"Ani...dia Han,kawan baik Yeina.",jelas Yeina dan Bambam tergelak kecil kerana memandai.
"Eh Han....jomlah balik dulu.Dah lewat ni,mampus aku kena marah dengan Eomma balik nanti.",ajak Yeina bila tersedar yang ketika itu sudah lewat petang.
Yeina sudah berjanji dengan Puan Ahn yang dia akan pulang ke rumah sebelum 7 petang.Kalau dia lambat,tak dapat dibayangkan denda apa yang diberi ibunya nanti.
"Okay...Hyung,kiteorang balik dulu ye.",ujar Han.
"Annyeong,Chan Oppa dengan Oppa...mianhae sebab tak tahu nama...balik dulu.",Yeina dan Han sudah meninggalkan mereka berdua.
"Wey minta nombor Yeina...ppali!",bisik Bambam.
"Ke...kenapa?",tanya Chan gelisah dan Bambam tak menjawab sebaliknya terus memanggil nama gadis itu.
"Ha pergi minta nombor...ni peluang yang kau ada..",Bambam menolak badan Chan ke arah Yeina.
Chan mendengus geram kerana Bambam bertindak tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.
"Bo..Boleh Oppa minta nombor?",tanya Chan dan telinganya sudah kemerahan menahan malu.
"Boleh...011-3186****.",laju saja jari Chan menaip nombor telefon Yeina.
"Okay thanks....Nanti Oppa mesej Yeina ye.",ucap Chan dan Yeina mengangguk.
"Han!! Chan Oppa minta nombor aku!!",Yeina menjerit kecil lalu melompat-lompat kerana teruja.Han hanya tersenyum melihat gelagat Yeina yang seperti monyet mendapat pisang itu.
Kalau kau happy,aku pun happy Yeina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro