˖◛⁺ 7 ˖◛⁺
Han tergelak besar bila Yeina menceritakan tentang dirinya dan Hongoong didenda Puan Ahn akibat menyepahkan ruang tamu petang semalam.
"Habis tu..korang buat ke apa yang Ahjumma suruh korang buat?",tanya Han sebelum menyambung tawanya.
"Buatlah....kau nak suruh aku mampus? Dahlah Eomma suruh aku cabut rumput dekat halaman.Banyak tau tak?",beria Yeina menjawab.
"Macam mana boleh gaduh? Sebab Hongjoong Hyung ejek kau lagi ke?",Han meminta kepastian.
Yeina menggeleng kepala.Gula-gula yang diambil dari poket ves sekolah,dikemamnya.
"Dia kutuk kau...boleh pulak dia cakap kau tupai sesat,pipi kembunglah...apa lagi,panas lah aku.",jelas Yeina.
"Bukan semua tu,kau pernah cakap kat aku jugak ke?",Han mengecilkan matanya dan Yeina memandang ke arah lain.
"Me... memanglah,tapi aku tak maksudkan pun..",dalih Yeina.
"Yeyelah tu...dahlah,aku nak sambung homework yang Saem bagi semalam.Satu soalan lagi tak siap.",kata Han yang mahu mengakhiri perbualan mereka.
♡˖◛⁺♡
Dengan berbaki 10 minit sebelum tamatnya waktu rehat,Yeina dan Han terus masuk ke kelas tanpa pergi ke loker seperti sebelum ini.
Baru saja nak melabuhkan punggung,satu nota tertampal di hujung meja milik Yeina,membuatkan gadis itu membatalkan niatnya.
"Eh...tempat baru pulak,selalunya kat loker...susahlah ada ramai fans ni.",kata Yeina bangga.
Jarinya sengaja dilentikkan untuk mengambil nota itu.Han pula setia menunggu di situ kerana dia juga mahu membaca nota itu.Yeina mula membaca nota tadi dan kerutan jelas tampak di dahinya manakala mulutnya terkumat kamit membaca.
"Kenapa muka kau macam tu?",tanya Han dan Yeina menghulurkan nota itu kepada Han.
・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿
The way I feel when you smile at me is one mystery I dare not unravel.
#KY
✿✼:.。..。.:・゚゚・*✿✼:゚:.。..。.:・゚゚・*
"Aku tak fahamlah...smile tu aku tahulah senyum lepastu mystery tu misteri kan....takkan dia cakap senyum aku misteri?",ujar Yeina.
"Bukanlah... merepek lah kau ni.Takkan orang tulis surat macam tu.",marah Han.
"Kat sini dia cakap...yang cara dia rasa bila kau tersenyum kat dia macam misteri,tapi dia tak berani nak bongkar.",beritahu Han dan Yeina mengangguk faham.
"Ha...lepastu dia letak nama kau kat bawah...hashtag KY, Kim Yeina lah kan.",sambung Han.
"Bukan selalunya letak nama penulis surat ni ke? Kenapa letak nama aku pulak.",soal Yeina hairan.
Yeina hairan kerana itu kali pertama,surat yang diterimanya ditulis dalam Bahasa Inggeris kemudian surat itu ditampal pada mejanya bukan di loker seperti selalunya dan akhir sekali,nama yang tertulis di surat itu ialah namanya sendiri dan bukan nama penulis surat itu.
"Entah-entah penulis ni classmate kita? Sebab diorang je tahu yang kau ni lemah sikit dalam English dan satu lagi....orang tu sengaja letak kat meja kau supaya senang kau nak syak.",Han memberi andaian.
"Macam mana nak syak?",tanya Yeina polos.Dia membaca semula nota tadi dan tulisannya agak kemas dan tersusun.
"Dia bagi hint...senyum.Kat siapa yang kau selalu senyum?",Han mula menyiasat.
"Manalah aku tahu! Semua orang senyum kat aku,aku senyum balik...selalu senyum pun dekat kau jelah...takkan kau pulak yang tulis?",jawab Yeina.
"Tak ada masa lah aku nak mengayat kat kau...okay..aku ada cadangan.",Yeina memandang Han,bersedia untuk mendengar cadangan kawan baiknya.
"Kita check semua buku budak lelaki kelas kita,tengok tulisan diorang sama tak dengan nota ni.",jelas Han dan Yeina membuat muka teruja.
"Lelaki je? Perempuan tak payah?",soalan tak masuk akal diajukan Yeina.
"Budak perempuan kelas kita semua straight ye....setahu akulah.",balas Han dan ketika itu juga loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.
♡˖◛⁺♡
Sebelum waktu rehat,
Pelajar-pelajar kelas 5A-3 kelihatan sedang membuat kerja masing-masing disebabkan guru yang mengajar tidak hadir pagi itu.Hongjoong dan San sedang membawang dengan dua orang pelajar perempuan di belakang kelas.
Chan dan Bambam pula hanya berbual di tempat mereka.
"Lepastu,kau asyik terbayangkan senyuman dia?",tanya Bambam dan Chan mengangguk sambil mengemam mulutnya.
"Tu pun kira fall in love ke,Bam?",soal Chan.
Menyukai seseorang ialah perkara baru bagi dirinya memandangkan sebelum dia berpindah ke sekolah itu,Chan bersekolah di sekolah yang khusus untuk lelaki sahaja.
"Betul lah tu...tapi seriuslah wey,dalam banyak-banyak perempuan,adik si hanat tu jugak yang kau minat.",keluh Bambam dan Chan hanya mengangkat bahunya.
"I don't know...love comes unexpectedly.",jawab Chan.
"Habis tu aku kena biarkan je perasaan ni?",soal Chan pula dan Bambam menggeleng kepala.
"Confess....itu yang terbaik.",cadang Bambam yakin.
Chan membulatkan matanya lantas menolak cadangan itu.Dia menoleh ke arah Hongjoong yang sedang bergosip di belakang dan sekaligus terbayang reaksi lelaki itu bila mendapat tahu yang dirinya menyimpan perasaan terhadap Yeina.
"Alah...kenapa tak nak? Sebab si Hongjoong?",teka Bambam.
"Yelah...kau boleh pulak tanya sebab apa...tak apalah,aku abaikan je perasaan ni daripada aku confess dekat Yeina.",ujar Chan pasrah.
"Confess ada banyak cara lah,bro.Dan salah satunya ialah tulis surat.",beritahu Bambam.
"Aku tak pandai tulis surat...",balas Chan dan Bambam menukup mukanya di atas meja.
"Sia-sia je kau pegang title top student kalau tulis surat pun tak pandai.",perli Bambam.Tulis surat pendek pun tak pandai.
Chan menjeling Bambam yang berada di sebelahnya.Surat cinta manalah pernah keluar dalam peperiksaaan.
"Ajarlah aku.",pinta Chan dan Bambam mengambil buku nota kecil dari dalam begnya.
"Benda apa yang buat kau tak boleh nak lupakan dia?",soal Bambam.
"Her smile.",jawab Chan sambil tersenyum.
"Yang kau nak senyum sekali tu kenapa?",tegur Bambam dan Chan terus mematikan senyuman tadi.
"Senyuman? Okay,kau buatlah ayat yang gunakan perkataan 'senyuman',",ajar Bambam.
Chan diam memikirkan apa yang hendak ditulis di atas kertas kecil itu.Tak lama kemudian, tangannya mula menulis ayat yang difikirkan tadi.
"Okay dah siap...next?",Chan meregangkan jarinya setelah siap menulis surat itu.
"Next...kita hantar kat tempat dia.",jawab Bambam lalu membaca apa yang ditulis Chan.
"Janganlah tulis nama kau kat bawah ni.",tegur Bambam lalu mengonyokkan kertas itu.
"Bukan aku tulis nama penuh pun..aku bagi hint je.",marah Chan.
Beria dia menulis surat itu dengan berhati-hati,semudah celik mata saja Bambam membuang surat yang ditulisnya.
"Kita kena lah main teka teki....kau tulis nama dia kat bawah tu....dan jadikan tu sebagai hint kau setiap kali tulis surat kat Yeina,biar dia tertanya-tanya.",kata Bambam dan barulah Chan memahami taktik yang diajar kawan baiknya itu
♡˖◛⁺♡
Han pergi dari satu meja ke satu meja yang lain untuk memeriksa tulisan kawan-kawan sekelasnya hinggalah meja yang terakhir namun hampa kerana tiada satu tulisan pun yang sama dengan nota itu.
"Tak adalah....jadi sekarang aku dah tak tahu nak syak siapa.",kata Han.
"Hmmm...tak apalah,Han.Kesian kau sebab melawat satu-satu meja budak kelas kita.Balik nanti aku belanja kau Americano nak?",pelawa Yeina dan Han mengangguk laju.
"Komawo Yeina-ssi.",ucap Han dan Yeina tersenyum manis.
Masa berlalu dengan pantas bila loceng terakhir sudah berbunyi.Pesanan guru di akhir kelas tidak lagi diendahkan bila masing-masing sibuk mengemas beg sekolah,tidak sabar nak menjejakkan kaki ke luar kelas.
Pemandu Han sudah pun menunggu di depan pagar sekolah untuk menjemput anak majikannya.
"Han...kata nak suruh aku belanja Americano.",ujar Yeina.
"Yelah...kenapa?",tanya Han hairan dan mulut Yeina muncung menunjukkan kedudukan pemandu Han.
"Aku bagitahu jelah yang aku balik dengan kau...tak susah pun.",kata Han lalu berlari kecil ke arah pemandunya untuk memaklumkan perkara tadi.
Yeina melihat dari jauh kawan baiknya sedang membodek pemandunya untuk pulang sendiri.Yeina tertawa kecil bila Han memicit lengan pemandunya dan akhirnya pemandu itu mengangguk tanda setuju.
"Annyeong,Jinyoung Ahjussi!!!!",Han melambaikan tangannya bila kereta hitam yang dipandu pergi dari situ.
"Muka driver kau macam JYP lah....cuma dia gemuk sikit.",kata Yeina.
"Memang pun....ramai ingat dia dah pencen jadi penyanyi..padahal tu orang lain,nama je sama.",jawab Han.
"Tapi kita kena cepat tau...sebab nanti babun tu cari pulak aku kat bus stop.",beritahu Yeina dan Han membuat tanda ok.
"Kau belanja aku susu strawberi,aku belanja kau Americano..deal?",cadang Yeina.
"Okay,deal.",jawab Han dan Yeina mula tersenyum lebar sebelum melangkahkan kaki dulu.
Sebab senyuman kaulah aku jatuh cinta pada kau,Kim Yeina.
Yeayy!!!! Got7 comeback!!💚💚💚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro