˖◛⁺ 6 ˖◛⁺
Chan sedang bersiap-siap untuk ke rumah Yeina.Beberapa buku rujukan sudah dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa bersama.
"Nak pergi dah ke? Makanlah dulu.",pelawa Puan Bang bila melihat Chan sudah bersiap-siap.
"Haah Eomma....Chan start mengajar pukul 3:30.",jawab Chan.
"Makanlah dulu...balik sekolah tadi kamu tak makan lagi.",pinta Puan Bang.
Chan mengangguk kecil kerana tidak mahu melukakan hati ibunya.Dia melihat jam dan masih ada masa untuk makan bersama ibunya.Puan Bang tersenyum girang bila Chan tidak menolak ajakannya.
♡˖◛⁺♡
Hongjoong bermalasan di sofa ruang tamunya sambil mengunyah kerepek.Kadang-kadang terdengar suara tawanya apabila adegan lucu disiarkan.
Ting tong!
"Han...ingatkan siapa tadi.Masuklah.",kata Hongjoong.
Han menundukkan kepalanya sebelum melangkah masuk.Matanya mencari bayang Yeina yang tidak kelihatan di ruang tamu.
"YEINAAAA!!! NAMCHIN KAU DATANG NI!!",jerit Hongjoong dan terkejut Han dibuatnya.
Sejak bila pula dia ada hubungan dengan Yeina?
Yeina turun dengan muka serius.Geram betul dengan Hongjoong yang dalam sehari,pasti akan cari pasal dengan nya.
"Kepala otak kau namchin...",marah Yeina lalu menarik Han masuk ke dalam bilik belajar.
"Eleh... tu tarik-tarik tangan...betul lah tu.",usik Hongjoong lagi.
"EOMMA!!!",jerit Yeina geram.
Dengar sahaja Yeina memanggil ibunya, cepat-cepat Hongjoong naik ke tingkat atas sebelum diserang sudip Puan Ahn.
Sekali lagi loceng rumah berbunyi,dan kali ini Puan Ahn yang membuka pintu oleh kerana Hongjoong sudah melarikan diri ke tingkat atas.
"Chan....masuklah.Yeina dengan Han dah tunggu dalam bilik belajar.",ajak Puan Ahn ramah.
"Ne Ahjumma.",balas Chan ringkas.
Pintu bilik dikuak perlahan dan Chan menjengukkan kepalanya.
"Annyeonghasayeo...lama tunggu?",tanya Chan.Buku rujukan sudah dikeluarkan dari begnya.
"Tak pun...",jawab Yeina.Matanya memandang buku-buku yang dikeluarkan Chan.
Banyak gila...matilah aku.
"Hari ni subjek apa Hyung?",soal Han ceria.Chan tersenyum sebelum menjawab soalan Han.
"Add math..suka tak?",kata Chan.
Han mengangguk laju manakala Yeina memegang kepalanya.Dengar add math pun sudah mahu pecah kepala apatah lagi nak mengulangkaji.Chan ketawa kecil melihat riak muka Yeina yang serta merta berubah.
"Yeina tak suka ke?",tanya Chan dan Yeina mengangguk sambil mencebik.
"Tak suka pun kena belajar... kadang-kadang benda yang kita tak sukalah,akan jadi kelebihan kita...faham?",ujar Chan.
"Ha yelah...faham.",jawab Yeina perlahan.Han sudah membuka buku latihannya menandakan dia sudah bersedia.
Chan memulakan sesi mengajar bersama dua orang anak muridnya.Sekali lagi,kelas yang dijalankan selama 2 jam,hanya dipenuhi dengan subjek yang sama.Apa lagi kalau bukan Yeina yang susah hendak memasukkan apa yang diajar.
"Yeina...cuba bagitahu soalan mana yang awak tak faham.",tanya Chan lembut.
"Yang ni....",tunjuk Yeina.
"Han,faham tak dengan soalan ni?",",soal Chan lagi dan Han mengangguk kecil.
Chan mengemam mulutnya memikirkan cara.Pennya diketuk perlahan di atas meja.
Aduhh..kenapa hensem sangat!
"Oppa tolonglah terangkan sekali lagi...",pinta Yeina.
Sengaja dia buat begitu kerana inginkan perhatian crush nya ketika itu.Teringat pula Chan duduk bersebelahan dengannya semalam.
"Oppa rasa...biar Han terangkan pada Yeina.Manalah tahu Yeina faham.",cadang Chan.
Yeina mengeluh dalam hatinya.Baru nak perhatian,suruh Han pula terangkan.Yeina mengangguk tanda setuju dengan cadangan Chan.
Han mula menerangkan semula soalan tadi dan Yeina hanya mengangguk faham.
"Okay...Yeina ulang semula.",arah Chan dan gadis itu hanya mengikut arahan.
Lancar saja Yeina menerangkan semula dan Han tersenyum bangga kerana kawan baiknya sudah faham begitu juga dengan Chan.
"Goodjob,Yeina...",puji Chan dan mulalah Yeina tersenyum-senyum kambing.
"You too,Han..",tak lupa juga Han yang menolong Yeina sebentar tadi.
"Kamsahabnida Hyung...",ucap Han dan dia memandang Yeina masih lagi tersenyum dari tadi.
♡˖◛⁺♡
Di kelas,
Han menunggu Yeina di depan pintu kelas.Di tangannya memegang dua kotak susu strawberi yang mana dia membeli untuk Yeina dan dirinya sendiri.
"HAN!!",panggil Yeina.
Han menoleh dan senyuman manis terukir di bibir kecilnya.Mendengar suara Yeina,sudah cukup menggembirakan hatinya.
"Yeina...aku ada--",
"Han!! Kau tahu tak tadi kan....Chan Oppa belanja aku susu strawberi.",cerita Yeina dengan perasaan gembira.
Susu yang dipegang Han tadi, perlahan-lahan disembunyikan belakang badannya.Jika tadi senyuman gembira yang terukir,sekarang senyuman itu bertukar kepada senyuman kecewa.
"Ouh..yeke.",balas Han.
"Yelah..Chan Oppa tanya aku nak apa,jadi aku mintaklah susu strawberi.",sambung Yeina.
"Eh..jomlah masuk kelas.Nanti Saem masuk.",Han cuba melarikan diri.
"Jeles lah tu....nanti aku cari yeochin untuk kau.",ujar Yeina bila Han terlebih dulu masuk ke dalam kelas.
♡˖◛⁺♡
Chan termenung jauh sambil memandang ke luar kelas.Secara tiba-tiba muka Yeina terlintas di fikirannya dan membuatkan dirinya tersenyum sendiri.
"HA!! Senyum sorang-sorang ni dah kenapa? Angau?",jerkah Bambam.
Tersentak Chan dibuatnya.Nasib baiklah dia bukan seorang yang melatah kalau tidak,ada juga buku terbang di atas kepala Bambam.
"Mana ada angau...aku pandang luar pun tak boleh ke?",dalih Chan.
"Bukan...kau punya termenung tu lain macam..siap senyum-senyum lagi.Tak kanlah pandang luar pun boleh senyum.",kata Bambam lagi.Dia tahu yang Chan menyimpan sesuatu darinya.
"Suka hati akulah nak senyum ke nak menangis sekalipun...it's none of your business okay..",balas Chan dan Bambam ketawa sinis.
Chan menoleh ke arah Bambam yang berada di sebelahnya dan lelaki itu sudah membuka buku untuk dibaca.Chan menarik nafas lega,risau juga jika Bambam terus membuat andaian.
"Kau fall in love kann..",bisik Bambam secara mengejut.
"Apa benda kau ni! Merepek tak habis-habis.",marah Chan.
Geram betul dibuatnya.Bukan dia tak nak bercerita namun kerana Hongjoong yang berada di kelas itu,membuatkan Chan berhati-hati.Risau pula mamat tu salah faham dan bertambah panjanglah masalahnya dengan Hongjoong.
"Marahnya...takut sangat.",kata Bambam sarkastik.
♡˖◛⁺♡
"Oppa....",panggil Yeina dengan nada manja untuk mengambil hati abangnya.
"Kenapa nak menggedik ni...gelilah aku.",marah Hongjoong bila Yeina menghayun tangannya sambil mengelip-ngelipkan mata.
"Nak mintak tolong boleh?",tanya Yeina.
"Bayar dulu baru aku tolong.",jawab Hongjoong.
"Aku tak ada duit tapi aku janji akan buat apa saja yang kau suruh...janji.",bodek Yeina dan Hongjoong mengorek hidungnya tanda tak berminat.
"Boleh percaya ke kau ni...hari tu pun kau cakap benda yang sama tapi tak buat pun.",perli Hongjoong.
Dia masih ingat yang dulu Yeina pernah berjanji perkara yang sama kalau dia menolong Yeina membuat kerja rumah namun itu semua hanyalah janji palsu.
"Bila masa,waktu dan ketikanya aku tak buat kerja kau...",Yeina mengembangkan hidungnya bila Hongjoong mengungkit kejadian yang lepas.
"Tak nak... malas aku tolong kau.",jawab Hongjoong.
"Yaaa...aku janji.Tolonglah aku.",rayu Yeina bersungguh.
Hongjoong melihat adiknya yang nampak bersungguh meminta tolong darinya.Nasib baiklah dia masih ada sifat belas kasihan dan baik hati,kalau tidak,tak ada makna nak menolong.
"Haa...okay.Apa dia?",akhirnya Hongjoong mengalah.
"Tolong kenalkan aku dengan Chan Oppa.",luah Yeina sambil memegang tangan Hongjoong.
Mendengarkan itu,Hongjoong menarik tangannya dari genggaman Yeina.
"Tak nakk!! Aku sanggup jodohkan San dengan kau dari kenalkan kau dengan mamat pucat tu.",Hongjoong menolak mentah-mentah permintaan Yeina.
"Eww...si Santan tu? Memang taklah aku suka dia....aku lagi rela couple dengan Han dari couple dengan Santan tu.",balas Yeina pula.
"Santan kau panggil best friend aku? Habis tu Han kau tu...tupai sesat.Dahlah pipi kembung,tak macho langsung.",kutuk Hongjoong.
"Biarlah tupai sesat pun comel bukan macam kau tu...dahlah hodoh,pendek pulak tu.",Yeina tak mengalah.
"Dah kau tu,lembap...benda senang pun tak boleh nak masuk dalam otak... lembap..bluekkk,bluekkk",Hongjoong menjelirkan lidahnya.
Yeina sudah kehilangan sabar bila kelembapan otaknya dikaitkan lalu membaling bantal yang tersusun rapi di atas sofa ke arah muka Hongjoong.
Dan bermulalah perang bantal antara kedua beradik itu.Puan Ahn yang baru nak terlelap kerana penat mengemas rumah tadi,turun apabila mendengar anak-anaknya bertengkar.
"Kenapa bising-bising ni? HABIS RUANG TAMU AKU!!!!!!!",jerit Puan Ahn bila melihat ruang tamu sudah berselerak dengan bantal-bantal.
Hongjoong dan Yeina saling berpandangan bila ibunya sudah menjerit dari anak tangga rumahnya.
"Mampus.",kata mereka serentak.
Happy birthday,Hongjoong!!🥳🥳
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro