˖◛⁺ 4 ˖◛⁺
Memandangkan hari itu cuti,jadi dua ekor makhluk itu masih belum bangun dari lena dan Puan Ahn hanya membiarkan anak-anaknya tidur.Wanita itu sedang bersiap-siap untuk membeli barangan dapur.Encik Kim pula sudah ke pejabat kerana ada mesyuarat awal pagi itu.
Di pasaraya,
Puan Ahn memilih sayuran yang ada di situ.Dia memang seorang yang cerewet dalam hal begini.Walaupun akan meluangkan masa selama sejam pun sanggup demi kualiti bahan yang bagus.
"Sayur buruk pun nak jual...memang tak jujur orang zaman sekarang ni.",rungut Puan Ahn yang memegang seikat sawi bunga yang kelihatan agak layu.
Sedang memilih,Puan Ahn ditegur seseorang dan menoleh ke arah empunya suara.
"Eh... Jukyung kan?",tegur Puan Ahn tak percaya.Dan wanita yang menegur itu mengangguk sambil tersenyum.
"Lama betul tak jumpa...dalam 19 tahun jugak kan kita terpisah lepas awak berkahwin.",ramah Puan Ahn.
Wanita di depannya itu ialah merupakan kawan sekelas sekaligus merangkap kawan baik di bangku sekolah menengah.Selepas sahaja mendirikan rumah tangga,Jukyung mengikut suaminya berpindah ke luar bandar.
"Haah...saya pun tak percaya dapat jumpa Seyoon kat sini.Masih cantik macam dulu.",puji Jukyung pula.Puan Ahn tergelak kecil mendengar pujian dari kawan baiknya.
"Free tak lepas ni? Jom minum...lama tak berborak.",ajak Puan Ahn dan wanita itu mengangguk tanda setuju.
"Eomma...",Jukyung menoleh bila anaknya memanggil.
♡˖◛⁺♡
Selama 2 jam keluar membeli barangan dapur,Puan Ahn selamat pulang ke rumah.Suasana agak sunyi memandangkan anaknya belum bangun.Dia memandang ke arah jam dinding.
12:45 p.m
"Lamanya Eomma keluar....Hongjoong baru nak report polis yang Eomma hilang.",kata Hongjoong yang baru muncul dari arah dapur.
"Sekor lagi mana? Tak bangun lagi?",tanya Puan Ahn dan Hongjoong mengangguk sambil menghirup susu.
Memang taklah nak bangun awal minah tu.Selagi tak kejutkan,selagi tulah dia membuta.Puan Ahn mengeluh berat.
"Pergi kejut dia...anak dara jenis apa dah tengahari tak bangun lagi...kejut dia sampai bangun,suruh dia tolong Eomma masak.",arah Puan Ahn dan Hongjoong akur.
Mengejutkan Yeina ialah salah satu daripada hobinya.Langkahnya bukan diatur ke tingkat atas sebaliknya ke dapur.Puan Ahn memandang hairan tingkah Hongjoong.Takkan minum susu pun boleh mabuk sampai tak boleh bezakan antara dapur dengan bilik.
"Itu je lah kerja kau...menghabiskan barang dapur..pergi beli tak nak.",marah Puan Ahn bila melihat Hongjoong memegang gelas sebaik sahaja keluar dari dapur.
"Nanti Hongjoong ganti balik...hehe.",kata Hongjoong sebelum naik ke atas.
Di bilik Yeina,
Gadis itu masih lena di atas katil tanpa bergerak sedikit pun.Kepala di hujung katil manakala kakinya pula di kepala katil.Mulut ternganga ialah satu kewajipan bagi Yeina.
Hongjoong mengjengketkan kaki supaya adiknya tak tersedar dengan kehadirannya.
Tangan diseluk ke dalam gelas mengambil bahan yang diambil di dapur sebentar tadi.Dia menggigit bibir bawahnya sebelum meletakkan bahan itu ke dalam mulut Yeina.
Yeina mula memegang lehernya bila sesuatu tersekat di anak tekaknya.Air liur mula meleleh keluar dari mulutnya dan Hongjoong sudah ketawa besar melihat adiknya sedang tercekik.
"Op...Oppa...tolong Yeina...",suaranya hampir tak kedengaran dan tangan Yeina menarik baju Hongjoong meminta tolong.
"Tak payah buat bodohlah Yeina...aku tak pernah dengar lagi orang mati tercekik ais.",kata Hongjoong dengan suara mendatar.Melebih-lebih pula perempuan tu nak tercekik.
"Sebelum kau betul-betul tercekik,baik kau turun cepat.Eomma minta tolong masak kat bawah.",beritahu Hongjoong.
Tugasnya sudah selesai dan sekarang waktu untuk merehatkan otaknya.Yeina menelan sisa ais sebelum mendengus geram.Dia manalah mahir bab-bab dapur ni.Kalau makan tu,lainlah cerita.
Tengahari itu mereka hanya makan bertiga kerana Encik Kim makan bersama kliennya.
"Eomma dah jumpa orang untuk jadi tutor kamu.",beritahu Puan Ahn.
Yeina yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut,berhenti mengunyah.Tiba-tiba perutnya terasa kenyang sebaik sahaja mendengar perkataan 'tutor'.
"Jjinja? Kat mana Eomma jumpa...dia belajar kat sekolah ke universiti ke kolej ke dah kerja?",tanya Hongjoong.
Banyak betul soalan.Kalau berkaitan Yeina,laju saja mulutnya nak berbunyi.
"Adalah...sibuk je nak tahu.Esok Eomma suruh dia datang rumah.Jadi,dalam seminggu tu,4 hari Yeina ada kelas tambahan kat rumah selama 2 jam.",jelas Puan Ahn.
Yeina mengangguk lemah.Itulah balasannya bila terlalu banyak stalk crush sampai waktu nak mengulangkaji pelajaran tak ada.
"Eomma....kalau Yeina nak ajak Han boleh? Tak naklah sorang-sorang.",pinta Yeina dan Puan Ahn diam seketika memikirkan jawapan.
"Boleh...suruh Han bayar.Ingat free ke nak suruh tutor tu ajar dia.",balas Puan Ahn.
Yeina tersenyum gembira bila ibunya mengizinkan.Setakat bayaran,Han pasti boleh memandangkan si tupai sesat itu dibesarkan dalam keluarga yang berada sama seperti dirinya juga.
"Arasseo... kamsahabnida Eomma.",ucap Yeina.
"Mesti dia ada apa-apa dengan Han, Eomma....sebab tu nak ajak jugak tupai tu.",celah Hongjoong dan Puan Ahn tersedak nasi.
Serta merta matanya merenung Yeina dan lantas anak gadisnya menggeleng kepala.Dasar lubang hidung besar,sesuka hati dia je nak menimbulkan fitnah akhir zaman.
"Aniyaaaa...kau kenapa cari pasal dengan aku? Memang tak lah aku bercinta dengan Han!",terherot-herot mulut Yeina menidakkan fitnah Hongjoong.
"Orang kata kalau marah,maknanya betul...kan Eomma kan?",sengaja Hongjoong menaikkan kemarahan Yeina.
"Shib....",kata hinaan itu terpaksa ditahan kerana ada ibunya di situ.
"Makan cepat sebelum Eomma suap pinggan dalam mulut korang...bergaduh memanjang.Aku salah makan apalah masa mengandung dulu.",marah Puan Ahn dan dua beradik itu berdiam diri.
Ugutan ibunya bukanlah sekadar kata-kata kosong.Pernah sekali,Yeina dan Hongjoong disuap tanah yang berada dalam pasu bunga kerana saling berbalas carutan.
♡˖◛⁺♡
Yeina berjanji untuk berjumpa Han petang itu di taman rekreasi berhampiran.Ramai juga yang bersenam di taman itu dan kebanyakan dari mereka ialah golongan warga emas.
Han yang baru tiba,kelihatan termengah-mengah kerana kehabisan nafas.Teruk sekali mukanya semasa nak menarik nafas dalam sehingga naik geram Yeina dibuatnya dengan riak muka yang melebih itu.
"Apasal kau yang tercungap-cungap ni...bukan rumah kau kat seberang sana je ke?",tanya Yeina.
"Aku....aku joging tadi.",jawab Han dan nafasnya masih belum stabil sepenuhnya.
"Joging apa pakai seluar jeans?",tanya Yeina lagi sambil memandang Han atas bawah.
"Ada pakcik tu...dia tua dah kot pastu dia joging lagi laju dari aku,jadi aku nak lah kalahkan pakcik tu...last sekali aku kalah jugak.",jelas Han lalu mengambil tempat di sebelah Yeina.Gadis itu hanya mampu menggelengkan kepala.
"Kenapa nak jumpa?",tanya Han pula.Kalau ikutkan malas nak keluar rumah kerana hari itu hari cuti yang bermakna hari untuknya berhibernasi di atas katil.
"Jom belajar sekali dengan aku.",ajak Yeina.
"Kau boleh je kan mesej ataupun call aku...ni sampai ajak jumpa,ingatkan kau nak confess kat aku ke apa tadi.",seloroh Han dan Yeina membuat muka menyampah.
"Bila start? Eomma dengan Appa aku tak kisah punya kalau bab belajar ni.",ujar Han dan Yeina tersenyum hingga menampakkan lesung pipit di tepi bibirnya.Gembira sangatlah tu sampai kembang lubang hidung.
"Esok....pukul 10 sampai 12 tengahari.Boleh kan? Tapi kena bayarlah.",beritahu Yeina dan Han mengangguk tanpa ragu-ragu.
♡˖◛⁺♡
Keesokannya,
Yeina bangun lebih awal hari itu kalau nak dibandingkan dengan hari lain.Bukan kerana dia terlalu teruja untuk memulakan sesi kelas tetapi disebabkan Han yang datang ke rumahnya pukul 9 pagi,sejam sebelum kelas bermula.
"Hongjoong Hyung mana?",tanya Han bila tiada pula bayang lelaki itu.
"Tidurlah...otak bijak kan.",jawab Yeina acuh tak acuh.Untung betul jadi abangnya,tak perlu bangun awal pagi pada hari cuti.Waktu yang berbaki sejam,dihabiskan mereka berdua dengan bergosip.
Loceng rumah berbunyi dan Puan Ahn terlebih dulu menuju ke pintu untuk menyambut kehadiran tutor yang akan mengajar anak gadisnya.
"Annyeonghasayeo Ahjumma..",sapa lelaki itu sopan dan Puan Ahn tersenyum lalu menjemput tutor itu masuk ke dalam rumah.
"Ann....yeonghasa... yeo,Yeina-ssi?",terkejut Chan bila melihat Yeina di depannya.
Han memandang Yeina dan Chan secara berganti.Macam mana lelaki itu boleh kenal Yeina? Tak pernah pula Yeina bercerita apa-apa padanya.
"Kamu kenal ke anak Ahjumma?",tanya Puan Ahn pula.
"Kenal... kiteorang pernah berbual.",jawab Chan lalu menggaru belakang kepalanya kerana malu.
Yeina mengemam mulutnya kerana malu.Kenapa dalam banyak-banyak crush,crush yang ni jugalah yang ibunya cari.
"Annyeonghasayeo...Han Jisung imnida!",Han memperkenalkan dirinya dan Chan hanya mengangguk.
Yeina hanya menundukkan laju kepalanya lantas memandang ke arah lain.Dia tak tahulah yang ketika itu dia perlu gembira ataupun kecewa.Gembira sebab crush yang jadi tutor ataupun kecewa sebab crush tahu yang dirinya bukanlah budak pandai.
"Bagus lah kalau dah kenal...jadi tak adalah kekok sangat kan..Bolehlah kalau Chan start mengajar.",kata Puan Ahn.
Kedengaran pintu bilik ditutup dari tingkat atas dan kelihatan seorang lelaki menggaru kepalanya.
"Eomma masak apa pagi ni?",tanya Hongjoong dalam keadaan mamai.Dia masih belum sedar dengan kehadiran musuh di rumahnya.
"Joong...sapa tutor Yeina dulu..hormat tetamu.",arah Puan Ahn.Hongjoong hanya mengikut arahan ibunya itu.
"KAU?! WHAT THE----- ",terbuntang biji matanya bila melihat Chan berdiri betul-betul bersebelahan ibunya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro