˖◛⁺ 30- Ending ˖◛⁺
Bambam menangis di sisi katil.Walaupun sudah seminggu,namun kesedihannya masih lagi dirasa.Airmata yang mengalir,dibiarkan saja.
"Dahlah tu Bam...kau menangis macam ni pun,tak boleh nak putar balik masa...biarlah Chan rehat dengan tenang.",pujuk Hongjoong.
"Chan,janganlah senyap je...Bangunlah!",tangisan Bambam semakin kuat dari tadi.
Hongjoong dan San yang ada di situ menggaru kepala kerana buntu memikirkan cara untuk memujuk Bambam.Makin pujuk,makin kuat pula menangisnya.
"Bangunlah Chan...aku rindu kau..",sambung Bambam lagi.
"Bisinglah kau ni..."
Bambam yang tadinya tertunduk,mengangkat kepalanya bila mendengar suara.
"Tulah pasal....aku dah cakap kat dia jangan ganggu kau tidur tapi mamat ni bukan nak dengar cakap aku.",jawab San.
Chan tersenyum kecil lalu mengusutkan rambut kawan baiknya itu.Selama seminggu dirinya dimasukkan ke dalam wad,selama itu jugalah Bambam menangis setiap kali datang melawat.
"Aku tak kuat tengok kau terbaring kat sini..",Bambam bersuara.
"Aku tidur je,Bam..bukan pergi mana-mana pun.",kata Chan pula.
Pintu bilik wad diketuk,kelihatan Yeina dan Han yang baru saja tiba untuk melawat Chan.
Kejadian seminggu lalu masih lagi segar di ingatannya.Tangan yang dipenuhi dengan darah Chan,memang tidak akan dilupakan Han.Dia bersyukur yang Chan masih terselamat selepas mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Han dari menjadi mangsa ayah kandungnya sendiri.
Jaehyuk pula sudah ditahan pihak polis atas tuduhan membunuh,cubaan membunuh dan juga penyelewengan wang serta memalsukan dokumen.
"Hyung macam mana sekarang...rasa sakit lagi?",soal Han.
"Sakit tu rasalah kadang-kadang,tapi boleh lagi tahan....korang datang dari mana?",jawab Chan.
"Kiteorang baru lepas melawat Sungho Oppa dekat wad sebelah.Oppa nak makan apa-apa? Biar Yeina belikan.",Yeina bersuara.
Chan hanya menggeleng lalu mengukirkan senyuman.Entah kenapa melihat Yeina berdiri di samping Han,membuatkan hatinya gembira.
"Macam manalah dia boleh senyum lepas kena tikam...kalau aku tu,entahlah apa yang aku buat.",bisik San pada Hongjoong.
Hongjoong mengangguk setuju.Betul apa yang dikatakan San itu.Dengan keadaan macam itu pun,Chan masih lagi tersenyum.
"Ouh lupa nak cakap...Sungho Hyung kirim salam.",Han mencelah.
"Hyung...mianhae.",ucap Han serba salah.Yeina yang berdiri di sebelah Han,memegang tangan lelaki itu untuk memberi semangat.
"Han...Hyung dah cakap kan,semua ni bukan salah Han.Lepas ni,Hyung tak nak dengar lagi Han mintak maaf....faham?",kata Chan tegas.
"Ne,Hyung...",jawab Han perlahan.
"Lepas kau keluar dari hospital,kau nak pergi mana? Takkan kau nak pergi sekolah...sekolah pun dah habis.",tanya Bambam.
Chan yang memandang Bambam,ketawa kecil sebaik saja melihat bekas airmata di pipi kawan baiknya itu.Bambam yang tahu Chan mentertawakan dirinya,menjeling tajam.
"Mian,mian.Apa tadi? Ha...Aku ingat lepas keluar dari hospital ni,aku nak pindah tempat lain.",jawab Chan dan ketawanya masih tersisa.
Semua yang berada di dalam bilik itu memandang Chan serentak.Pindah? Mereka tidak sanggup lagi untuk berpisah dengan lelaki itu.
"Kenapa kau nak pindah?! Lelaki tak guna tu dah kena tangkap kan!",marah Bambam.
"Cakap pasal lelaki tak guna tu...aku nak sangat lelaki tu mereput dalam penjara...tak pun hukum gantung je.Geram aku..disebabkan dialah---", kata-kata Hongjoong terhenti bila San menyiku lengannya.
"Ingat ada anak dia kat sini..",San mengingatkan Hongjoong.
Cepat-cepat Hongjoong menutup mulutnya.Tidak ingat pula Han ialah anak kepada lelaki tidak guna itu.
"Mianhae,Han...terlepas cakap.",Hongjoong menundukkan kepalanya beberapa kali.
"Tak apa....memang dia layak pun dengan semua yang Hyung cakap tadi.",jawab Han tenang.
"Oppa...janganlah pindah..",rayu Yeina.Dia juga sudah pun mengambil tempat di kerusi yang terletak di sebelah katil Chan.
"Yeina...Eomma Oppa perlukan ketenangan.Selepas apa yang berlaku,Oppa tak nak Eomma rasa tertekan.Sebab itulah Oppa buat keputusan untuk pindah.",lembut saja Chan berkata-kata.
Dengan duit mendiang ayahnya yang sudah pun dipulangkan semula sebaik saja Jaehyuk ditahan,dapatlah Chan merantau dengan ibunya ke tempat lain.
"Kalau itu yang terbaik,Yeina tak boleh bantah.",Yeina mengalah.
Gadis itu memandang Chan lama sebelum dia memeluk Chan.Disebabkan tindakan spontan Yeina,Chan terkedu begitu juga dengan tiga orang yang lain.
Hongjoong,Bambam dan San memandang Han yang berada tidak jauh dari mereka kerana ingin melihat reaksi Han.
"Komawo Oppa...jjinja komawo...kalau bukan sebabkan Oppa,Yeina tak kan dapat faham apa itu erti pengorbanan..",ujar Yeina dalam keadaan menangis.Badan Chan dipeluk erat.
Chan menoleh ke arah Han dan lelaki itu hanya tersenyum dan mengangguk kecil.Perlahan-lahan tangan Chan membalas pelukan gadis itu.Gadis yang menggembirakan hidupnya walaupun hanya seketika.
"Yeina..dahlah tu.Han dah panas kat sini tengok kau peluk Chan lama-lama.",sakat Bambam.
"Ma..mana ada...Yeina jangan percaya cakap dia.",bersungguh Han membela dirinya.
San yang melihat itu,menongkatkan dagunya di bahu Hongjoong sambil tersenyum tawar.
"Bilalah orang nak peluk aku macam tu pulak...sendu betul hidup aku.",ujar San.Hongjoong pula menunjal kepala San yang sesuka hati menumpang di bahunya.
Mereka berenam menghabiskan masa di situ.Kadang-kadang terdengar suara tawa dari bilik itu kerana melihat gelagat Hongjoong dan San.
♡˖◛⁺♡
Lima tahun kemudian,
"YEINAAA!! BANGUN!!!"
Gadis itu menutup telinganya dengan bantal beruangnya bila mendengar suara Puan Ahn dari tingkat bawah.
"Bisinglah Eomma ni..",rungut Yeina.
Pintu bilik dibuka dan serta merta Yeina terjun dari katilnya kerana terkejut.Gadis itu menggosok punggungnya yang terasa sakit akibat terjatuh.
"Dah pukul berapa ni? Sesuka hati kau je nak sambung tidur..",marah Puan Ahn.Wanita itu sudah pun bercekak pinggang di depan pintu bilik anak gadisnya.
"Eomma ni...kan hari ni hari Sabtu....bagilah Yeina tidur lagi.",pinta Yeina dan serta merta matanya terbuka luas.
"HARI SABTU?!! EOMMA!! YEINA DAH LAMBAT!!",bergegas gadis itu menuju ke bilik air.
Puan Ahn mengerutkan dahinya melihat Yeina yang bingkas bangun.Kenapa dengan hari Sabtu? Wanita itu turun semula ke tingkat bawah selepas memastikan anak gadisnya itu sudah bangun.
Di ruang tamu,
Yeina menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.Rambutnya juga kelihatan tidak rapi seperti hari lain memandangkan dia sudah terlambat.
"Eomma, Appa...Yeina keluar dulu ye.Sebelum pukul 6,Yeina balik.",beritahu gadis itu.
Belum sempat bertanya,Yeina sudah pun keluar dari pintu rumah.Puan Ahn menggelengkan kepalanya.Walaupun sudah tamat kolej,perangai Yeina masih lagi tidak berubah.Bila ditegur,ada saja alasan yang diberinya.
"Keluar dengan Han lah tu...siapa lagi.",Hongjoong mencelah.
"Biarlah dia keluar dengan Han...daripada kamu tu asyik memerap dalam bilik,pastu main game sepanjang hari.",perli Puan Ahn.
"Entah...pergi cari yeochin tak nak...",Encik Kim yang menonton televisyen menyampuk perbualan.
Hongjoong hanya memekakkan telinganya kerana memang hanya itulah yang akan dikatakan ibubapanya bila melibatkan dirinya.
♡˖◛⁺♡
Gyeongui Line Forest Park,
Han jalan sambil berpegangan tangan dengan Yeina sepanjang jalan itu.Dengan cuaca yang baik hari itu,Han berharap supaya rancangannya hari itu akan berjalan dengan lancar.
"Sayang...kenapa ajak Baby pergi sini?",tanya Yeina manja.
Sepanjang lima tahun,hubungan mereka berjalan dengan baik walaupun kadang-kadang itu ada perselisihan faham.Panggilan antara mereka berdua juga sudah bertukar dari 'aku kau' kepada 'saya awak'.Jika datang mood menggedik,maka terkeluarlah panggilan 'Baby sayang'.
"Adalah...mana boleh bagitahu.Nama pun surprise.",jawab Han.
Selepas beberapa minit mereka berdua berjalan,Han berhenti di sebuah bangku yang ada disediakan.
"Duduklah dulu...Sayang penatlah.",kata Han dan Yeina hanya mengikut saja kehendak teman lelakinya itu.
Yeina sudah pun duduk di bangku itu manakala Han masih berdiri di depannya.
"Kata penat...duduklah..",Yeina menepuk tempat di sebelahnya.
Han menarik nafas dalam sebelum melutut di depan Yeina.Ya,itulah masa yang paling sesuai.
"Dah kenapa Sayang melutut ni? Kotor tau tak...bangunn.",marah Yeina.
Han mengeluarkan sesuatu dari poketnya.Tangan Yeina diraih lembut yang mana perbuatannya itu membuatkan Yeina yang tadinya mengomel,terdiam.
"Kim Yeina...sudi tak awak luangkan masa dengan Han Jisung bukan 60 saat dan bukan juga 60 minit....tapi selamanya dengan saya?",luah Han.
Mata Yeina sudah bergenang dengan airmata.Sungguh dia tidak menyangka yang Han akan melamarnya hari itu.Tanpa ragu-ragu,Yeina mengangguk setuju.
Han pun memakaikan seutas rantai tangan pada pergelangan tangan Yeina.Melihat rantai tangan itu,Yeina memandang Han.Rantai tangan itu ialah rantai tangan yang dicampak ke dalam semak semasa pergaduhan mereka berdua beberapa tahun yang lepas.
"Ingat kan rantai tangan ni? Hadiah pertama saya pada awak.",ujar Han.
"Saya tak sangka awak ambik semula rantai tangan ni...",kata Yeina dengan rasa bersalah.
"Sebab rantai ni ada maksud yang tersendiri...bintang dan bulan yang pada rantai tangan ni melambangkan yang tanpa bulan,hilanglah keindahan malam walaupun adanya bintang..."
"Dan awaklah bulan saya,Yeina.", ungkap Han.
"Komawo Yeina sebab sudi terima saya dalam hidup awak.",ucap Han lagi.
"Saranghae,Han...."
"Nado saranghae,Kim Yeina..."
Special chapter next....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro