Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 28 ˖◛⁺

Sejak dari pulang tadi,senyuman yang lebar masih kelihatan di bibir Han.Hari itu ialah hari bahagianya.Han merenung tangannya lalu tersenyum sendiri bila teringatkan dia berpegangan tangan dengan Yeina tadi.

"Aku tak sangka Yeina pun suka aku.",Han mengomel sendirian lalu menarik selimut menutup badannya.Kalau ikutkan hati,mahu saja dia melompat-lompat di atas katil.

Puan Lee yang kebetulan lalu di depan bilik Han,menjenguk anaknya bila lampu bilik masih terbuka.

"Han...kenapa tak tidur lagi?",tanya Puan Lee sebaik saja menjengahkan kepalanya.

Han yang terbaring di atas katil, mendongakkan kepalanya lantas bertukar kepada posisi duduk.Selimut juga sudah selamat mendarat di atas lantai.

"Tak mengantuk lagi...",jawab Han.Puan Lee menyimpulkan senyuman sebelum mengambil tempat di tepi Han.

"Eomma kenapa tak tidur lagi?",soal Han pula.Selalunya ibunya akan tidur awal tapi hari ini lambat pula.

"Eomma tunggu Appa...masa Eomma call tadi,Appa kata balik lewat sikit malam ni.",beritahu Puan Lee.

Dengar saja ibunya menyebut ayahnya,Han teringatkan perbualan telefon ayahnya tempoh hari dan dia membuat keputusan untuk bertanya ibunya.

"Eomma...Han nak tanya boleh?",tanya Han dan Puan Lee hanya mengangguk.

"Appa kerja apa sebenarnya? Kenapa Han rasa yang Appa kerja bukan macam yang kita sangkakan.",tanya Han.

Puan Lee mengerutkan dahinya mendengarkan soalan Han.Apa maksud yang cuba disampaikan anak tunggalnya itu.

"Kenapa Han tanya macam tu?",soal Puan Lee hairan.

"Han bukan nak buruk sangka,tapi hari tu Han ada terdengar Appa cakap telefon...dan apa yang Han dengar,Appa macam arahkan sesuatu yang tak baik.",jelas Han supaya ibunya tidak keliru.

"Han...Eomma dah banyak kali pesan pada Han,jangan curi-curi dengar perbualan orang tua...ni mesti salah faham.Kalau Appa dapat tahu,mesti Appa marah.",ujar Puan Lee.

Han mengeluh kecil bila Puan Lee berkata begitu.Dia bukan sengaja untuk memasang telinga tapi perbualan itu memang sangat jelas bahkan sudah dua kali dia terdengar perbualan ayahnya.

"Bukan sengaja Han nak dengar pun...mianhae.",jawab Han.

Puan Lee menggosok kepala Han.Wanita itu kemudiannya meninggalkan bilik Han sebaik saja mendengar kereta Jaehyuk sudah memasuki garaj rumah mereka.

"Goodnight..",kata Puan Lee sebelum menutup pintu bilik Han.

♡˖◛⁺♡

"Eomma dah makan? Kalau belum,Chan masakkan apa yang Eomma nak makan.",tanya Chan.

"Tak apalah,Chan...Eomma dah kenyang.",jawab Puan Bang.

Memanglah Puan Bang faham dengan tujuan anaknya itu namun dalam masa yang sama,dia risau dengan keselamatan Chan.Melihat ibunya hanya termenung di ruang tamu,Chan menghampiri Puan Bang.

"Eomma marahkan Chan lagi ke?",tanya Chan lembut lalu menarik tangan ibunya.

"Tak marah...",balas Puan Bang pendek tanpa menoleh.

"Cuma Eomma risau kalau apa-apa jadi kat Chan...Eomma tak nak Chan dapat nasib yang sama macam Appa.",sambung Puan Bang.

"Chan janji akan jaga diri Chan...dengan balas dendam ni lah Chan dapat kurangkan rasa bersalah pada Appa.Selagi lelaki tak guna tu tak ditangkap,selagi itulah Chan tak akan putus asa.", kata Chan.

"Kalau itu yang kamu nak...Eomma tak boleh halang.Tapi macam mana dengan sekolah kamu...takkan nak tinggal macam tu je.",soal Puan Bang.

"Pasal tu Chan dah bincang dengan Jaehyuk dan dia setuju yang Chan akan kerja selepas balik dari sekolah.",beritahu Chan dan Puan Bang mengangguk faham.

"Eomma... saranghae.",ucap Chan lalu memeluk tubuh ibunya itu dan Puan Bang membalas semula pelukan anaknya.

"Nado saranghae..."

♡˖◛⁺♡

Di sekolah,

Yeina masuk kelas dengan senang hati.Dengan senyuman yang meleret itu,orang pasti dapat meneka yang gadis itu sedang senang hati.

"Kau kenapa,Yeina? Pagi-pagi dah angau.",tegur Ryujin dan gadis itu masih lagi tersenyum.

"Nantilah aku cerita...",jawab Yeina.

"Han!! Kenapa lambat sangat datang? Aku ingat kau tak datang tadi.",ujar Yeina sebaik saja Han menampakkan batang hidungnya.

Ryujin yang masih berada di meja Yeina,memandang Han dan Yeina silih berganti.Kenapa dia dapat merasakan aura yang lain pada pagi itu?

"Mana boleh tak datang...nanti aku rindu kau.",balas Han dan kerutan di dahi Ryujin makin bertambah.

Rindu? Drama apakah yang dibuat oleh dua makhluk itu di pagi hari.

"Korang ni kenapa? Lain macam je.",Jongho mencelah selepas siap menyapu kelas memandangkan hari itu ialah harinya bertugas.

"Entah...siap rindu-rindu lagi."

"Sebenarnya...kiteorang dah bercinta.",beritahu Yeina dan Han pula sudah tersipu-sipu malu.

"HA?!! BERCINTA?!! SEJAK BILA?!!", Jongho dan Ryujin menjerit serentak.

Selepas rehat,

Yeina masuk kelas terlebih dulu kerana Han hendak pergi ke bilik guru.Sebenarnya mereka berdua ingin masuk kelas bersama,namun semasa dalam perjalanan ke kelas tadi,seorang guru meminta tolong Han untuk membawa kotak ke bilik guru.

Satu nota yang ditampal pada meja Yeina,menarik perhatian gadis itu.Melihat nota itu saja,dia sudah dapat meneka gerangan yang menulis nota itu.

   ✶⊶⊷⊶⊷❍❍⊶⊷⊶⊷✶✶⊶⊷⊶⊷❍

Seeing you happy with someone else
doesn't kills me because it's your happiness
I've wished for...

#KY

 ✶⊶⊷⊶⊷❍❍⊶⊷⊶⊷✶✶⊶⊷⊶⊷❍

Yeina tidak tahu mahu memberi reaksi apa ketika itu.Dari apa yang dibacanya,Yeina dapat merasakan yang Chan sengaja membuat keputusan untuk berpisah dengannya.

"Yeina! Aku dah sampai!",jerit Han teruja.Yeina tersentak lalu nota yang dipegang tadi,terjatuh ke atas lantai.

Han mengambil nota itu lalu membacanya.Yeina mengemam mulutnya kerana menunggu reaksi Han pula.

"Kenapa Chan Oppa buat semua ni? Aku tak faham.",gumam Yeina.

"Chan Hyung ada jelaskan pasal ni pada aku...cuma aku lupa nak cerita pasal kau.",beritahu Han.

"Apa dia? Kenapa kau boleh lupa nak bagitahu aku benda ni?",tanya Yeina tidak puas hati.

Han hanya tersengih kerana memang salahnya yang lupa untuk memberitahu Yeina tentang itu.Mungkin dia terlalu teruja semalam.

Han pun menceritakan pada Yeina apa yang dijelaskan Chan padanya kelmarin.Yeina kelihatan tertunduk mendengarkan itu.Rasa bersalah pula kerana marah pada Chan sedangkan lelaki itu ada niat yang baik.

"Aku nak jumpa Chan Oppa..",ujar Yeina.

"Balik nanti,kau jumpalah Chan Hyung...aku tunggu kau kat bus stop.",cadang Han dan Yeina bersetuju.

♡˖◛⁺♡

Yeina menunggu Chan di hentian bas seperti yang dicadangkan Han.Dia ingin meminta maaf pada Chan atas kesalahfahaman yang terjadi.Tidak lama kemudian,Han mencuit Yeina memberitahu gadis itu yang Chan sudah keluar dari pagar sekolah.

"Kau tunggu aku ea.", pesan Yeina.

Chan memberhentikan langkahnya bila Yeina berdiri di depannya.Bambam yang sedang tergelak tadi turut terdiam kerana terkejut.

"Yeina buat apa kat sini?",tanya Chan dan Yeina menggigit bibir bawahnya sebelum bersuara.

"Nak cakap dengan Oppa lima minit boleh? Janji lima minit je.",pinta Yeina dan Chan mengangguk.

"Kau nak balik,balik lah dulu.",kata Chan kepada Bambam.

"Tak apalah...aku tunggu dekat bus stop.", ujar Bambam lalu meninggalkan Chan dan Yeina.

Chan menunggu Yeina untuk bersuara.Kelihatan gadis itu seperti ragu-ragu untuk bersuara.

"Yeina...nak cakap apa dengan Oppa?",soal Chan lembut.

"Yeina nak mintak maaf dengan Oppa sebab dah salah faham...mianhae sebab tak faham dengan niat sebenar Oppa.",luah Yeina.

"It's okay,Yeina...you deserved it.",jawab Chan lalu menepuk lembut bahu Yeina.

"Kenapa Oppa tak bagitahu Yeina? Kalau bagitahu,mesti Yeina tak salah faham.",kata Yeina tidak puas hati.

"Sebab Oppa tahu yang Yeina akan dapat tahu sendiri.",jawab Chan yakin.

"Komawo Oppa...Jjinja komawo.", ucap Yeina ikhlas.

♡˖◛⁺♡

Chan menelefon Sungho sebaik saja meninggalkan perkarangan rumahnya namun lelaki itu tidak menjawab panggilannya.

"Kenapa tak angkat? Ke Hyung sibuk?",Chan cuba berfikiran positif.

Sungho Hyung

Datang company sekarang

Aku tunggu kat sini.

Chan menutup telefonnya selepas membaca pesanan mesej yang dihantar Sungho.

"Hantar mesej boleh tapi bila telefon tidak jawab.", Chan mengomel sendirian.

Di syarikat,

Chan mencari Sungho di bilik pejabat yang disediakan untuk mereka berdua namun tiada di situ.

"Chan...Tuan Jaehyuk nak jumpa kau.",beritahu salah seorang pekerja di situ.

Chan mengangguk kecil lalu segera menuju ke pejabat Jaehyuk.Namun dia dapat merasakan seperti dirinya diumpan untuk ke situ.Pintu pejabat diketuk sebelum Jaehyuk memberi arahan kepada Chan untuk masuk ke dalam.

Chan terkejut bila melihat Sungho sedang terduduk di atas lantai dengan tangan yang diikat.

"Apa yang kau buat ni?!",jerit Chan.

Jaehyuk hanya tersenyum sinis mendengarkan itu.Seperti yang disangkakan,Chan termakan umpannya untuk ke situ.

"Apa yang korang tunggu lagi?! Ajar budak mentah ni cukup-cukup!",Jaehyuk memberi arahan.

Mendengarkan arahan yang diberikan,dua orang suruhan lelaki yang lain masuk ke dalam pejabat untuk menangkap Chan.Namun Chan lebih tangkas bila dia menyerang dua orang tadi serentak.

"Sekali lagi kau bergerak,aku bunuh Sungho.",ugut Jaehyuk sambil meletakkan sebilah pisau di leher Sungho.

Chan serta merta memberhentikan langkahnya.Dia memandang Sungho yang sudah lemah itu.Di saat itu,Chan tidak dapat melawan sebaliknya hanya mengalah.Chan terjatuh bila kedua kakinya dipukul.

"Ap...apa semua ni?!",satu suara kedengaran dan Jaehyuk tercengang melihat gerangan itu begitu juga dengan Chan.

Lagi 2 chapter maka tamatlah riwayat ff ini 🌚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro