˖◛⁺ 27 ˖◛⁺
Yeina berguling-guling di atas katilnya selepas mendengarkan cadangan Hongjoong tentang perasaannya pada Han petang tadi.
"Tak kan lah aku nak confess dulu? Memang taklah...",getusnya sendirian.
"Brown....macam mana ni? Patut ke aku confess dulu?",Yeina bertanya pada bantal beruang kecilnya.
Kerana masih buntu dengan keputusannya,Yeina menutup mukanya dengan bantal itu lalu menghayunkan kakinya.
"Han ajak aku jumpa, baru aku confess...muktamad.",ujar Yeina yakin.
♡˖◛⁺♡
"Dah berapa lama kau intip Jaehyuk sebenarnya?",tanya Chan.
"Dalam 2 tahun...tapi tak banyak bukti yang aku dapat.",jawab Sungho.
Chan masih tidak percaya bila mendapat tahu yang lelaki sekerjanya itu merupakan anggota polis.
"Mianhae sebab aku rahsiakan dari kau pasal ni...aku cuma tunggu masa yang sesuai.",jelas Sungho,risau yang Chan akan salah faham dengan tindakannya.
"Tak apa...aku tak kisah.Lagipun aku faham sebab kau buat semua ni.Nak jatuhkan Jaehyuk tu bukan perkara mudah.",ujar Chan.
"Aku yakin akan dapat bukti tu dalam masa yang terdekat.Aku percayakan kau sebab tu aku bagitahu rancangan aku pada kau.",ujar Sungho dan Chan hanya mengangguk faham.
"Kau tak nak tanya anak Jaehyuk ke pasal ni? Mungkin sedikit sebanyak dia boleh tolong.",tanya Sungho.
"Aku tak nak kaitkan dia...lagipun Han mesti tak tahu apa-apa.",jawab Chan.
Sungho hanya mendiamkan diri kerana ada betulnya juga apa yang dikatakan Chan.
"Kalau dah tak ada apa-apa,aku nak balik dulu...Eomma aku sorang kat rumah tu.Buatnya Jaehyuk hantar orang dia kat rumah aku..",Chan meminta diri.
"Okay...jalan baik-baik.",pesan Sungho.
♡˖◛⁺♡
Malam itu,
Han membuka telefonnya beberapa kali.Hari itu,Yeina tidak menelefon ataupun menghantar mesej padanya.Nak kata merajuk,tiada pula mereka bergaduh.
Kata-kata Chan masih segar di ingatannya.Bila diingat semula,terasa seperti mimpi pula kerana lelaki itu sanggup mengorbankan perasaan sendiri.
"Baik aku ajak Yeina keluar esok,lagipun cuti...mana tahu nasib menyebelahi aku ke?",gumam Han sendirian.
Tangannya mencari nombor Yeina untuk menelefon gadis itu.
Kenapa call?
Suara Yeina mula kedengaran.
"Emm...esok kau free tak?"
Kau suka tanya soalan yang kau sendiri dah tahu..free lah...nak ajak aku keluar ke?
Belum sempat Han memberitahu hasrat sebenarnya menelefon gadis itu,Yeina sudah pun dapat meneka.
"Haah...aku nak ajak kau keluar...nak keluar pagi ke petang?"
Petanglah sebab aku tidur lagi pagi-pagi...Eomma aku dah panggil ni.Jumpa esok tau.. annyeong!
"Annyeong.."
Panggilan sudah ditamatkan dan Han menghentakkan kakinya tanda teruja.Badannya direbahkan di atas katil dan tangannya didepakan kerana senang hati.
♡˖◛⁺♡
Keesokannya,
Yeina tergopoh gapah keluar dari rumahnya sambil menyarungkan kasut.Hampir saja dia tersungkur di depan pagar kerana tersalah langkah.
"Yang kau rushing sangat ni kenapa? Bukan tempat tu lari pun.",tegur Han yang menunggu Yeina di depan pagar.
"Han...cantik tak aku pakai hari ni?",tanya Yeina dan Han mengangguk.
"Cantik dah...jom,Jinyoung Ahjussi dah tunggu tu.",ajak Han lalu menarik tangan Yeina.
Han menoleh ke belakang bila Yeina tidak berganjak dari tempatnya.Han mengangkat keningnya menyoal Yeina.
"Tak nak naik kereta...nak naik bas.",kata Yeina dan Han tersentak.
Dia tidak pernah naik bas sebelum ini dan Yeina pula mengajaknya untuk naik bas petang itu.
"Tapi aku takut naik bas.",jujur Han dan Yeina mengeluh kecil.
"Tak payah takutlah..lagipun naik bas je pun,ramai orang.",ujar Yeina.
Han tetap menggeleng kerana dia tidak mahu merosakkan rancangannya petang itu.Dia risau yang dia akan diserang panik seperti hari dia keluar bersama Jongho sebelum ini.
"Kalau kau takut,kau pegang je tangan aku...boleh? Aku tak naklah naik kereta sebab aku tak pernah naik bas dengan kau.",pujuk Yeina lagi dan kali ini Han terpaksalah mengalah.
Dalam bas,
Han mengemam mulutnya setiap kali bas itu mula dipenuhi penumpang.Nasib baiklah mereka berdua awal,jadi tidak perlulah berdiri namun tetap membuatkan Han rasa tidak selesa.
Yeina yang duduk di sebelah tingkap,menyedari Han sudah duduk tidak diam.Perlahan-lahan tangannya memegang tangan Han.
"Jangan takut,aku ada kan.",kata Yeina perlahan dan Han menoleh.
"Komawo,Yeina.",ucap Han dan Yeina tersenyum manis sebelum mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.Mereka berdua berpegangan tangan hinggalah tiba di tempat yang dituju.
♡˖◛⁺♡
Sky Rose Garden,
Yeina tergamam melihat keindahan tempat itu.Dengan kedudukan yang berada di tingkat di atas bumbung bangunan,menambahkan lagi kecantikkannya yang menampakkan bandar Seoul dari situ.
"Macam mana kau tahu tempat ni? Kenapa aku tak pernah tahu pun.",tanya Yeina.Matanya masih melihat kawasan yang dipenuhi dengan bunga ros.
"Aku pernah makan kat sini dengan Eomma...jadi aku bawaklah kau ke sini....cantik kan?",jawab Han.
"Cantik...tapi cantik aku lagi.",kata Yeina lalu tergelak kerana melihat Han memandangnya dengan pandangan menyampah.
"Kau nak jalan-jalan dulu ke nak makan dulu?",soal Han.Sengaja dia bertanya memandangkan di situ ada disediakan kafe.
"Jalan-jalan dulu...",jawab Yeina lalu meninggalkan Han di belakangnya.
Han hanya tersenyum gembira kerana Yeina suka dengan tempat itu.Dia tahu yang gadis seperti Yeina sukakan perkara begitu.
"Han! Ambik gambar aku kat sini!",jerit Yeina teruja tanpa menghiraukan orang yang ada di situ walaupun jarak mereka tidak lah jauh.
Han mengambil gambar Yeina beberapa kali.Penat juga nak dilayan bila Yeina tidak berpuas hati dengan gambar yang diambil Han.
"Aku nampak gemuk lah...sekali lagi."
"Sekali lagi."
"Kenapa tak nampak bunga kat belakang tu..sekali lagi,Han."
Untuk kali yang ke berapa entah,barulah Han menarik nafas lega kerana gadis itu suka dengan gambar yang diambilnya.
"Okay...kau pulak.Pergi diri kat sana.",arah Yeina lalu menolak badan Han.
Kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukannya,Han hanya membuat tanda 'peace' sebagai posisinya.
"Apa buat gaya macam tu? Lapuklah...kau pandang tepi.",arah Yeina dan Han hanya mengikut arahan gadis itu.
"Ha!! Cantik!! 1,2,3!"
"Fuhh...hensem gila kau Han...pandai aku ambik gambar.",Yeina memuji dirinya sendiri sambil melihat gambar yang diambil tadi.
Disebabkan Yeina berkata begitu,Han berlari kecil ke arah Yeina untuk melihat gambarnya.
"Pandai lah kau ambik gambar.",puji Han dan Yeina sudah melibas rambutnya.
"Of course lah...sekarang jom selfie.",ajak Yeina lantas menarik tangan Han.
Selesai mengambil gambar,mereka berdua pergi ke kafe untuk mengisi perut.
Di kafe,
Yeina melihat menu yang disediakan di atas meja.Helaian menu itu diselak kerana masih belum jumpa makanan yang kena dengan seleranya.
"Kau nak makan apa,Yeina? Aku nak pergi order sebab kena order dekat kaunter.",beritahu Han.
"Aku nak ni lah... spaghetti alio e og...",Yeina sukar untuk membaca nama makanan itu dan Han tertawa kecil.
"Aglio e olio...susah sangat tu nak sebut.",Han memotong sebelum Yeina sempat membacanya.
Han kembali semula ke meja makan selepas siap membuat pesanan di kaunter tadi.
"Lepas ni nak balik dah ke?",tanya Yeina.
"Kau nak pergi jalan-jalan lagi boleh je...tapi Ahjumma tak marah ke kau balik lambat?",soal Han.
"Tak...sebab aku dah janji nak buat kerja rumah esok.",jawab Yeina selamba.
"Nak pergi mana?",tanya Han lagi dan Yeina memikirkan tempat yang hendak ditujunya.Tidak lama kemudian,Yeina mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Ha...tak apa.Aku tau satu tempat ni,lagipun sebenarnya aku nak bagitahu kau sesuatu.",ujar Han.
"Aku pun sebenarnya nak bagitahu kau sesuatu....tapi aku nak makan dulu sebab perlukan tenaga.",kata Yeina pula.
"Okay...",jawab Han pendek.
Seoullo 7071
Sekali lagi Yeina seperti rusa masuk kampung kerana tempat yang dibawa Han itu.Disebabkan waktu malam,tempat itu kelihatan lebih indah dengan dihiasi lampu ungu.
"Jadi...apa yang kau nak bagitahu aku tu?",tanya Yeina sambil merakam suasana di situ.
"Er...macam mana aku nak cakap ea?",Han menggaru kepalanya kerana tidak tahu ingin dimulai dari apa.
"Kalau kau bagitahu aku dulu boleh?",soal Han.
"Aku tak tahulah patut ke tak bagitahu kau tentang ni...dalam masa yang sama,aku malu.",ujar Yeina.
Mendengarkan itu,Han tertanya-tanya apa yang ingin diaktakan gadis itu hingga rasa malu sedangkan sebelum ini,tidak pernah sekali pun Yeina malu dengannya.
"Apa dia?",tanya Han ingin tahu.
"Apa kata kita cakap sama-sama...setuju?",cadang Yeina.
"Boleh jugak... tak adalah malu sangat kan?",kata Han lalu tersengih.
"Okay....aku kira sampai tiga,kita cakap sama-sama.",arah Yeina dan Han mengangguk.
1,2,
"Aku suka kau",tidak sempat Han bersuara,Yeina terlebih dulu memberitahu tentang perasaannya.Mata Han membulat sebaik saja mendengarkan itu.
"Kau cakap apa tadi?",tanya Han sekali lagi kerana dia pasti yang dia tersalah dengar.
"Aku suka kau,Han.",Yeina mengulang kata-katanya semula.
Han menampar pipinya sendiri untuk memastikan yang itu adalah mimpi ataupun realiti.
"Aku..aku tak salah dengar kan?",Han masih tidak percaya yang Yeina juga menyukai dirinya.
Apa yang dikatakan Chan tentang Yeina,betul sekali.Kenapa dia tidak menyedari yang Yeina menyimpan perasaan padanya.
"Kau tak salah dengar,Han.",beritahu Yeina dan Han menundukkan kepalanya.
"Tapi sekarang aku pun dah sukakan seseorang..",kata Han dengan nada mendatar.
"Dah lah...aku nak balik dulu sebab dah malukan diri aku sendiri.",Yeina sudah merajuk namun langkahnya terhenti Han meraih tangannya terlebih dulu.
"Kau tak nak tahu ke siapa orang tu?",sengaja Han melengahkan masa.
"Siapa? Ryujin?",teka Yeina dan Han tergelak bila terbayangkan muka Ryujin lalu dia menggeleng.
"Orang tu...kaulah,Kim Yeina.",luah Han jujur.
Next update baru gue masukkan scene Chan ye...hohoho
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro