˖◛⁺ 24 ˖◛⁺
Chan terkejut dengan tindakan Sungho yang menekan brek secara tiba-tiba.Sungho memandang Chan sekilas.
"Aishhh....nak masuk simpang bagilah signal!",marah Sungho sambil menekan hon memberi amaran kepada kereta di hadapannya.
Chan mengeluh kecil kerana dia ingat lelaki itu mengenali ayahnya kerana Sungho berhenti sebaik saja Chan menyebut nama ayahnya tadi.
"Sorry,Chan...kau cakap apa tadi?",Sungho menyambung semula perbualannya yang tergantung disebabkan pemandu yang tidak bertauliah.
"Nama Appa aku...Bang Sungjoon.",Chan mengulang semula katanya tadi.
"Sungjoon? Seriuslah tu Appa kau?",soal Sungho tidak percaya dan Chan mengangguk dengan harapan lelaki itu tahu tentang ayahnya.
"Kau kenal ke?"
"A...Aku kenal..tapi nanti aku cerita pasal Appa kau sebab sekarang ni kita dah sampai.",ujar Sungho dan Chan hanya mengangguk faham.
♡˖◛⁺♡
Hongjoong menyergah Yeina yang sedang termenung di balkoni dari arah belakang.Hampir saja telefon gadis itu tercampak kerana terkejut.Hongjoong tertawa jahat dan dia mengambil tempat di sebelah lalu memeluk bahu Yeina.
"Apa ni peluk-peluk? Gelilah!",marah Yeina dan Hongjoong mencebik lantas mengalihkan tangannya.
"Dengan aku konon geli...dengan Chan tu tak apa pulak.",perli Hongjoong dan Yeina mengerutkan dahinya.
"Sejak bila pulak Chan Oppa peluk aku? Han pernah lah peluk aku macam tu kalau dia pujuk aku.",beritahu Yeina.
"Aku dah agak yang Chan tak akan buat macam tu dekat kau sebab aku kenal lah dia jenis macam mana.",jawab Hongjoong sambil menyilangkan kakinya.
Yeina kembali termenung bila teringatkan Chan.Sudah 2 hari tiada panggilan dari lelaki itu dan Chan juga tidak hadir ke sekolah.
"Mesti kau kat sini sebab tengah fikir Chan kan? Kalau tak,lambat lagi kau nak termenung sorang-sorang.",teka Hongjoong dan Yeina mengangguk kerana memang itu yang bermain di fikirannya sekarang.
"Entahlah....aku kadang-kadang tu rasa macam Chan Oppa ni sengaja nak jauhkan diri dia dari aku....kau rasa macam mana?",luah Yeina.
"Aku tak tahu nak komen apa sebab apa yang kau cakap tu macam betul tapi bila fikir balik macam tak.",balas Hongjoong.
"Nasib baik Han selalu ada dengan aku...jadi tak adalah sunyi hidup aku.Aku rasa Chan Oppa dah berubah lah.Dia tak sama macam first aku kenal dia.",sambung Yeina lagi.
"Itulah kau....cepat sangat buruk sangka.Aku rasa Chan tu sama je,tak ada yang berubah pun.Tak payah nak fikir bukan-bukan...nanti adalah tu dia chat kau.",ujar Hongjoong.
♡˖◛⁺♡
Hongdae,
Chan mengekori langkah Sungho dari belakang kerana dia tidak tahu rumah orang yang dicarinya.
Mereka berdua berhenti di depan sebuah rumah yang sederhana besarnya.Loceng rumah ditekan beberapa kali dan tiada sebarang tanda yang pintu itu akan dibuka.
"Chan...aku nak kau pergi ke pintu belakang.Mana tahu diorang tengah bersiap untuk lari dari rumah.",arah Sungho.
Chan terpaksa mengikut arahan lalu segera dia menuju ke pintu belakang dan langkahnya terhenti bila melihat seorang perempuan yang sarat mengandung,baru saja keluar dari pintu belakang.
"Jangan cederakan saya...saya merayu..",perempuan itu memegang tangan Chan.
Chan terdiam di tempatnya.Dapat dirasakan tangan wanita itu sejuk kerana sedang ketakutan.
"Kenapa Ahjumma lari?",tanya Chan dan wanita tadi sudah mengalirkan airmata.
"Diorang..bun...bunuh suami saya..",kata wanita itu dan Chan terkejut.
"Lepas diorang bunuh...diorang datang untuk tuntut hutang sedangkan mendiang suami saya dah langsaikan semua hutang.",sambung wanita itu lagi.
"CHAN!!! KAU JUMPA SIAPA-SIAPA TAK?",kedengaran suara Sungho dari arah depan dan wanita itu memggenggam erat tangan Chan seraya menggeleng kepala.
Tidak sempat menjawab apa-apa,wanita tadi terduduk kerana rasa sakit untuk bersalin.Disebabkan itu,Chan terpaksa memanggil Sungho supaya dapat membawa wanita itu ke hospital.
♡˖◛⁺♡
Han datang ke rumah Yeina kerana gadis itu mengajaknya.Oleh kerana dia juga kebosanan,Han pun bersetuju.
"Apa?! Diorang bawak perempuan tu ke hospital?!"
Suara ayahnya membuatkan Han memberhentikan langkah.Ini sudah kali kedua Han terdengar perbualan ayahnya tanpa sengaja.Kerana ingin tahu,Han memasang telinga untuk mendengar selebihnya.
"Aku nak kau tangkap Sungho esok,bawak dia jumpa aku..."
"Chan? Buat masa ni,biarkan budak tu dulu...aku bagi arahan baru kau tangkap dia",
Han menutup mulutnya kerana terkejut dengan apa yang baru didengarinya.
Chan? Adakah itu Chan yang dikenalinya?
Dengan segera,Han meninggalkan pintu bilik ayahnya sebelum dirinya ditangkap di situ.
♡˖◛⁺♡
Yeina membuka pintu rumahnya dan Han segera menarik tangan Yeina lalu mengajaknya untuk ke taman yang selalu dikunjungi mereka berdua.
Di taman,
"Kenapa kau ni? Macam kena kejar hantu je.",soal Yeina kerana melihat Han yang mengambil nafas selepas berlari tadi.
"Ch..Chan Hyung pernah bagitahu kau tak yang dia kerja kat mana?",tanya Han.
"7E tapi dia cakap yang dia dah berhenti kerja kat situ sebab dah dapat kerja lain...kenapa?",Yeina masih belum menangkap apa yang Han cuba sampaikan.
"Ermmm...tak ada pun,aku cuma tanya.",jawab Han.
Selepas ini dia akan mencari tahu jika itu memang Chan yang dikenalinya.Namun dalam masa yang sama,Han tertanya-tanya apa pekerjaan sebenar ayahnya.
"Kau tarik aku sampai ke taman ni semata-mata nak tanya semua tu ke?",soal Yeina lalu memandang Han.
Han tersengih lalu mengusap belakang kepalanya.Niat sebenarnya ialah untuk menceritakan apa yang didengarinya tadi tapi bila difikirkan yang perkara itu belum pasti,Han senyapkan saja dulu.
"Han,kau bawak duit tak?",tanya Yeina sambil menarik-narik lengan baju Han.
Han menyeluk dulu poket seluarnya lalu mengangguk.
"Kenapa?"
"Belanja aku aiskrim,boleh?",pinta Yeina.
"Bolehhh...",jawab Han lalu mencubit pipi Yeina.
Yeina terkedu bila Han mencubit pipinya.Serta merta degupan jantungnya bertambah laju dan pipinya mula terasa panas.Han yang perasan Yeina seperti terkejut dengan tindakannya tadi,segera menarik tangannya.
"Sorry...dah jom makan aiskrim.",ajak Han.
Yeina memulakan langkahnya terlebih dulu dan Han mengekori dari belakang.
♡˖◛⁺♡
Di hospital,
Chan dan Sungho terpaksa menunggu di situ kerana arahan doktor yang bertugas.Mereka berdua menunggu di kerusi pelawat yang ada disediakan.
"Hyung...aku nak tahu pasal Appa aku...tolonglah cerita apa sebenarnya yang berlaku.",kata Chan.
"Ahjussi pernah janji dengan aku yang dia nak keluarkan aku dari tempat tu sebelum Ahjussi pergi.",cerita Sungho.
"Tapi semuanya terlambat sebab dalam perjalanan Ahjussi nak melintas jalan ke balai polis,Jaehyuk upah orang supaya....langgar Ahjussi.",sambungnya lagi.Suara Sungho juga kedengaran sebak.
Chan mengelap airmatanya yang hampir jatuh.Dia sedih kerana tidak dapat melihat ayahnya untuk kali terakhir namun Chan bersyukur yang sekurang-kurangnya ayah dia melakukan kebaikan.
"Dan sekarang ni...aku nak tunaikan hajat Ahjussi untuk jatuhkan Jaehyuk.",kata Sungho.
"Aku nak ikut kau...biar kita sama-sama jatuhkan lelaki tak guna tu.",ujar Chan dan Sungho mengangguk.
♡˖◛⁺♡
Dalam perjalanan pulang,Chan memikirkan semula perkara tadi.Dia tahu yang sekarang ini,dia dalam bahaya namun semua itu juga untuk membalas semula kematian ayahnya.
Chan melihat telefonnya dan nama Yeina tertera di skrin telefonnya.Chan mengeluh kecil lalu menelefon semula gadis itu.
"Yeina... Oppa nak jumpa Yeina sekejap...nanti Oppa sampai depan rumah,Oppa call semula.",kata Chan lalu meletakkan panggilan.
Di rumah Yeina,
Chan menunggu Yeina keluar kerana dia sudah pun menelefon gadis itu sebaik saja sampai.Pintu rumah dibuka dan Yeina tersenyum kecil.
"Kenapa nak jumpa?",tanya Yeina dan Chan hanya mengekalkan muka bersahaja.
"Nak cakap kat sini ke kat taman?",soal Chan semula dan Yeina membuat keputusan untuk ke taman.
Sebelum pergi ke taman,mereka berdua singgah di kedai runcit untuk membeli sedikit makanan oleh kerana Chan masih belum makan apa-apa petang tadi.
Chan memandang Yeina lama.Yeina tidak perasan kerana sibuk mengunyah roti coklatnya.
"Makan selalu comot...",tegur Chan dan gadis itu tersenyum lalu mengelap krim di tepi bibirnya.
"Kenapa Oppa nak jumpa?",tanya Yeina sebaik saja rotinya dihabiskan.
Chan mengemam mulutnya tetapi dia sudah tekad untuk memberitahu gadis itu niat dia mengajak Yeina untuk berjumpa.
"Oppa rasa....tak dapat nak teruskan hubungan ni.",beritahu Chan.
Yeina serta merta menoleh ke arah Chan.Adakah dia tersalah dengar tadi? Tak dapat teruskan?
"Ma...maksud Oppa...putus?",tanya Yeina untuk kepastian dan Chan mengangguk.
"Kenapa? Yeina ni menyusahkan Oppa ke? Yeina janji lepas ni tak call Oppa banyak kali....Yeina tak ganggu Oppa kerja lagi...janganlah tinggalkan Yeina...",rayu Yeina.
Tangan Chan juga digenggamnya supaya Chan terima rayuannya itu.
"Tak...Yeina.Semua yang Yeina cakap tadi tak ada kena mengena.Oppa rasa yang Oppa tak sesuai dengan diri Yeina....mungkin ni alasan paling bodoh tapi itulah yang Oppa rasakan...mianhae,Yeina..",jelas Chan dan Yeina yang sedang mencebik kerana mahu menangis itu dipandangnya.
"Habis tu kenapa selama ni,Oppa layan Yeina baik-baik? Sengaja nak mainkan perasaan Yeina,macam tu?", soal Yeina lagi.
"Bukan,Oppa memang sukakan Yeina.Mungkin Yeina tak faham sekarang tapi nanti Yeina akan faham sendiri...mianhae,Yeina?",Chan cuba memahamkan gadis itu.
"Kalau suka kenapa tinggal Yeina?",tanya Yeina lalu menangis di situ.
Chan menarik nafas dalam kerana dia sudah agak dengan reaksi Yeina selepas dia beritahu itu.
"Yeina....",panggil Chan lembut.
"Oppa yakin ada lelaki yang cintakan Yeina lebih dari Oppa sendiri...percayalah cakap Oppa..tak bermakna kita dah tak ada apa-apa,terus Oppa tinggalkan Yeina macam tu je.",pujuk Chan lagi.
"Tak nak! Yeina nak balik...Oppa jangan cari Yeina lagi!",marah Yeina lalu meninggalkan Chan di situ.
Disebabkan sudah malam,Chan mengikuti langkah Yeina dari jauh hinggalah gadis itu selamat sampai ke rumah.
"Han lelaki tu,Yeina...",kata Chan sendirian lalu dia meninggalkan perkarangan rumah Yeina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro