˖◛⁺ 23 ˖◛⁺
Chan balik dalam keadaan penat selepas menjalankan tugasnya tadi.Inilah perkara yang paling pahit yang pernah dia rasai selama 18 tahun dia di dunia.Nasib baik perkara buruk tidak berlaku tadi,bila orang yang dicarinya bersama Sungho tiada di situ.
"Chan...lambat balik hari ni? Dah makan ke belum?",soal Puan Bang sebaik sahaja melihat anak terunanya yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah.
Chan hanya tersenyum lemah.Ibunya tidak tahu yang dia sudah pun berhenti berkerja di 7E dan bekerja dengan pemiutang mendiang ayahnya.Dia memandang lama ibunya yang sibuk menyediakan makan malam dan serta merta air matanya jatuh.Chan tidak sampai hati untuk memberitahu perkara sebenar tentang ayahnya.
"Eomma...",panggil Chan dan Puan Bang menoleh namun tangannya masih sibuk meletakkan lauk ke dalam pinggan anaknya.
"Ye Chan?",tanya Puan Bang dan barulah dia perasan yang air muka Chan sudah berubah ketika itu.Segera dia menghampiri Chan yang masih berdiri di depan pintu rumah sejak tadi.
Bila melihat ibunya dari jarak dekat seperti itu,membuatkan Chan mendakap erat tubuh ibunya.Dan kali ini dia sudah tidak dapat menahan lagi tangisannya lalu melepaskan di bahu ibunya.
Puan Bang terkejut kerana Chan tidak pernah menangis sebegitu sekali.Kepala Chan diusap lembut lalu dia menepuk perlahan belakang anaknya.
"Mi...Mian...mianhae Eomma..",rintih Chan.Dia masih tidak bersedia untuk memberitahu perkara sebenar.
"Kenapa minta maaf? Chan tak pernah buat salah pun...jangan menangis,Chan....Eomma bangga ada Chan sebagai anak Eomma.",pujuk Puan Bang dan itu menambahkan lagi esakan Chan.
Puan Bang membuat keputusan untuk tidak bertanya apa yang membuatkan Chan sedih begitu sekali sebaliknya hanya terus memeluk Chan hinggalah tangisan anak lelakinya itu reda.
♡˖◛⁺♡
Yeina tersenyum seorang diri di depan meja soleknya.Muka Han di kantin tadi bermain semula di fikirannya.Tangannya bermain dengan hujung rambut dan tanpa dia sedar,lip tint yang berada di atas meja soleknya jatuh tergolek ke atas lantai.
"Aish....kenapa aku asyik ingat Han ni?",rungut Yeina lalu menampar perlahan pipinya.Lip tint yang terjatuh tadi,diambil lalu dioleskan pada bibirnya.
"Ermm...Chan Oppa sibuk lagi ke?",Yeina melihat telefonnya namun tiada mesej yang ditunggu.
Selesai memakai masker pada mukanya,Yeina meletakkan kepalanya di atas bantal beruang kecil yang dihadiahkan Han tahun lepas sempena hari lahirnya.
Sedang melihat laman Instagram,satu notifikasi masuk dan Yeina lantas bangun dari pembaringannya untuk membalas mesej yang baru diterima itu.
Namun senyumannya hilang serta-merta bila notifikasi itu bukanlah mesej yang dinantikan tetapi mesej dari operator yang memaklumkan kouta internetnya akan habis tidak lama lagi.
Yeina masuk ke dalam bilik Hongjoong tanpa mengetuk terlebih dulu lalu terus baring di atas katil abangnya.
"Kau kenapa masuk bilik aku? Dah lah tak ketuk pintu.",bebel Hongjoong yang ketika itu sedang bermain game di telefonnya.
"Macam kau tu ketuk pintu sebelum masuk bilik aku...kecoh.",jawab Yeina semula.
"Aku nak tanya pasal Chan Oppa...kenapa dia tak datang?",soal Yeina dan Hongjoong pula sudah menghentakkan kakinya kerana kalah.Telefon dilemparkan ke atas meja dan dia menghampiri Yeina.
"Mana lah aku tahu...aku bukan yeochin dia.",perli Hongjoong dan Yeina menjeling.
"Dia tak chat kau ke? Bagitahu kenapa dia tak datang?",soal Hongjoong lagi.
Yeina menarik nafas geram.Kalau Chan ada memberitahunya,tidak ada pula dia bersusah payah nak bertanya.
"Tak ada...aku risaulah sebab chat aku dia tak balas...mana tahu dia sakit ke, kan?",ujar Yeina dan Hongjoong mengangguk kecil.Ada betul juga apa yang dikatakan Yeina.
"Mungkin dia penat kerjalah aku rasa....esok dia datanglah tu.Baru sehari Chan tak datang,dah nak overthinking.",jawab Hongjoong dan diselitkan juga ejekan.
"Dahlah...aku nak tidur.",Yeina melangkah keluar dari bilik
Hongjoong.
♡˖◛⁺♡
Keesokannya,
Yeina hanya melihat Han bergurau senda dengan Ryujin di dalam kelas.Mulutnya juga muncung kerana cemburu bila melihat Han bergurau begitu dengan Ryujin.
"Yeina...kenapa muncung macam anak itik ni...jomlah borak sekali.",ajak Jongho dan Yeina tidak menjawab lalu terus menghampiri kawan-kawannya.
"Yeina...tengok aku gusti tangan dengan Ryujin.",kata Han.Tangannya sudah erat memegang tangan Ryujin.Yeina pula memandang tidak puas hati.
"Okay! Biar aku jadi juri...1,2,3!",kata Jongho dengan kuat.Disebabkan suara Jongho yang lantang itu,kawan sekelasnya yang lain memenuhi meja yang diduduki mereka untuk melihat perlawanan tangan antara Han dan Ryujin.
Berkerut-kerut muka Han semasa itu.Ryujin pula dengan muka bersahaja,mengalahkan Han.Sorakan mula kedengaran bila Ryujin menang perlawanan tadi.
"Han...okay tak tangan kau tu?",soal Ryujin dan Han hanya tersengih namun dapat dilihat yang dia menahan sakit.
Tanpa berlengah,Ryujin memegang tangan Han untuk melihat pergelangan tangan lelaki itu.Yeina yang melihat perbuatan Ryujin,mengetap bibirnya lalu meninggalkan meja tadi.
Jongho yang perasan dengan kelakuan Yeina,segera menghampiri Yeina yang sudah kembali di tempat duduknya.
"Kenapa ni,Yeina?",tanya Jongho.
"Tak ada apa.",jawab Yeina pendek.Buku kosong dicontengnya supaya dapat melepaskan rasa geram.
"Tak nak tengok tangan Han ke? Bawak lah dia pergi klinik sekolah.",cadang Jongho.
"Biarlah Ryujin yang bawak...sibuk sangat nak gusti tangan dengan Ryujin,padan muka.",marah Yeina dan Jongho tersenyum jahat.
"Lah....kau jeles ke? Patutlah moody tiba-tiba.",usik Jongho dan Yeina mengemam mulutnya.
Kenapalah dia berkata begitu? Tangannya laju menconteng ke dalam buku kosongnya tadi.Di dalam hatinya,dia berdoa supaya Jongho tidak memberitahu perkara itu kepada Han.
♡˖◛⁺♡
"Heyyo,Chan! Kiteorang rindu kau!",jerit Bambam sebaik saja Chan melangkah masuk ke dalam kelas.
Chan tersenyum kecil mendengarkan itu.Beg sekolah diletakkan di atas meja lalu dia terus menuju ke arah Bambam,Hongjoong dan San.
"Kenapa tak datang semalam?",soal San.
"Aku penat...kan aku dah start kerja.",jawab Chan dan Hongjoong sudah menari-nari kecil di situ.
"Kan betul aku cakap...Chan penat.",kata Hongjoong dengan bangga dan Bambam hanya mengangguk malas.
"Mianhae sebab tak bagitahu korang.",ujar Chan dan Hongjoong menggelengkan kepalanya.
"Kiteorang tak kisah sangat tapi kau kena mintak maaf dengan Yeina...dia semalam menangis-nangis masuk dalam bilik aku,mengadu kenapa kau tak chat dia.",cerita Hongjoong namun ditokok tambah.
Chan meraup mukanya kerana dia lupa untuk menghantar mesej kepada gadis itu semalam.Bambam dan San memandang Hongjoong serentak.
"Kenapa macam tak betul je cerita kau ni?",soal San manakala Bambam mengangguk setuju.
"Betul lah! Korang tau apa?",Hongjoong membela dirinya.
"Ermm...kalau macam tu,aku nak jumpa Yeinalah sekejap.Aku lupa nak chat dia semalam,mesti dia tunggu.",ujar Chan lalu meninggalkan kawan-kawannya.
Sebaik bayang Chan menghilang,San dan Bambam memandang semula Hongjoong untuk mendapatkan kepastian tentang ceritanya tadi.
"Sebenarnya,Yeina tak menangis pun...aku tambah sikit nak bagi Chan gelabah.",jujur Hongjoong lalu tersengih.
♡˖◛⁺♡
"Yeina!",panggil Bomin dan Yeina yang ketika itu sedang berbual dengan Han,menoleh.
"Ni Chan Hyung nak jumpa kau.",beritahu Bomin dan Yeina bangun kerusinya.
Oleh kerana Yeina berjumpa Chan,Han melawat meja Ryujin dan Jongho untuk berbual.
Di luar kelas,
"Ingat Oppa tak datang hari ni.",ujar Yeina dan Chan menggaru belakang kepalanya.
"Mianhae sebab tak chat Yeina semalam.Hongjoong cerita dekat Oppa yang Yeina tunggu chat Oppa.",beritahu Chan.
Yeina membulatkan matanya bila Chan menyebut nama Hongjoong.Lelaki itu bukan boleh percaya,cerita yang panjang 100 patah perkataan pun boleh jadi 1000 patah perkataan.
"Hongjoong cerita apa?",tanya Yeina.
"Dia cakap yang Yeina menangis tunggu chat Oppa...mianhae Yeina.Oppa penat semalam sampai lupa nak chat.",sekali lagi lelaki itu meminta maaf.
"Mana ada Yeina menangis....babun tu memang nak kena.Suka hati je nak memburukkan nama Yeina.",marah Yeina dan Chan tercengang.
Maknanya dia diperdaya Hongjoong? Mati-mati dia ingat Hongjoong bercakap benar.
"Tak apalah,abaikan si babun tu...ermm,Oppa ada nak cakap apa-apa ke?",tanya Yeina.
"Tak ada pun....I just miss your smile.",kata Chan dan Yeina mula memalingkan mukanya ke lain lalu tersenyum malu.
"Petang ni kita jumpa nak? Lama kita tak keluar sama-sama.",ajak Yeina ceria.
Chan pada mulanya ingin mengangguk namun bila teringatkan pekerjaannya,segera dia menggeleng.
"Oppa kerja petang ni,mianhae.",jawab Chan dan Yeina mencebik.Kali terakhir dia keluar bersama Chan ialah 2 minggu lepas dan selepas itu Yeina lebih banyak meluangkan masa dengan Han.
"Ermmm...okay.Nanti bila Oppa tak kerja,kita keluar sama-sama...Oppa janji.",pujuk Chan dan Yeina mula tersenyum gembira.
♡˖◛⁺♡
Chan terus bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya semalam.Petang itu,dia akan pergi ke Hongdae bersama Sungho untuk mencari orang yang sama.
"Hyung,perlu ke kita buat semua ni? Lagipun syarikat lelaki tu bukan berlesen pun,kita boleh report.",tanya Chan dan Sungho mengeluh kecil sebelum menjawab.
"Susah,Chan...ingat tak pernah ke orang luar nak report? Tapi semuanya lelaki tak guna tu dapat tahu.",jelas Sungho.
Lantas Chan tertunduk kerana teringatkan kisah ayahnya yang diceritakan Jaehyuk tempoh hari.
"Sama macam Appa aku...selama ni aku mati-mati ingat dia lari dari semua hutang dia sampai aku benci dia.",cerita Chan dan Sungho menoleh.
"Appa kau? Appa kau pernah kerja kat situ? Apa nama Appa kau?",soal Sungho ingin tahu dan Chan menggeleng.
"Appa aku bukan pekerja,dia pinjam duit dari syarikat Jaehyuk dan bila dia dapat tahu yang syarikat tu tak berlesen,Appa aku nak report.Tapi semuanya terlambat.",cerita Chan.
"Bang Sungjoon nama Appa aku.",sambung Chan dan kereta yang dipandu Sungho itu serta merta berhenti secara mengejut sebaik mendengar nama itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro