Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 20 ˖◛⁺

Peperiksaan untuk hari pertama sudah tamat namun disebabkan masa yang ada masih panjang,guru menyuruh pelajar kelasnya untuk menunggu sehingga loceng berbunyi.Bambam yang baru saja habis berbual dengan San,menegur Chan yang kelihatan sedang termenung.

"Kenapa termenung? Tak dapat jawab ke apa?",tanya Bambam.

"Tak ada kaitan dengan exam pun...",jawab Chan perlahan.Matanya masih setia memandang ke luar pintu kelasnya.

"Habis tu,Yeina?",Bambam meneka dan Chan menggeleng.

Bambam memutarkan matanya ke atas memikirkan sebab kawan baiknya itu termenung.Exam bukan,Yeina pun bukan habis itu siapa lagi? Hongjoong? Tapi mereka sudah berbaik.Han?

"Han..",beritahu Chan.

"Kau ada masalah dengan dia ke?",soal Bambam lagi dan Chan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Aku rasa macam aku penyebab friendship dia dengan Yeina jadi macam tu...sebelum ni,diorang selalu berdua.Sekarang,bercakap pun tak.",luah Chan.

Barulah Bambam faham setelah Chan menerangkan perkara yang dirunsingkannya.

"Kau cubalah bercakap dengan Han...mungkin dia ada something yang nak luah tapi tak dapat.",cadang Bambam.

"Aku rasa Han suka Yeinalah...kau rasa macam mana?",tambah Bambam lagi.Kalau betul pun,itu bukanlah perkara yang mustahil.

"Aku pulak rasa yang Yeina suka Han.",jawab Chan dan Bambam terbatuk kecil.

♡˖◛⁺♡

Yeina menghampiri Han yang ketika itu sedang menulis nota.Dia sudah bersedia kalau dirinya akan dimarahi Han asalkan perasaan bersalah pada lelaki itu hilang.

"Han...aku nak bercakap dengan kau,boleh?",tanya Yeina.

Han menutup buku notanya lalu memandang Yeina yang berdiri di sebelah mejanya.

"Kalau tak boleh?",soal Han selamba.

"5 minit je,Han...bolehlah.",rayu Yeina lagi.

Han mengeluh kecil lalu mengangguk.Sampai bila lagi dia nak terus bermasam muka dengan Yeina.
Han mengajak Yeina keluar dari kelas dan gadis itu mengangguk lalu tersenyum gembira.

Jongho dan Ryujin yang memerhati dari tadi,mula berasa teruja.Mereka juga rindu dengan gurauan senda antara dua kawannya itu.

Di luar kelas,

"Kau nak cakap apa?",tanya Han.

"Aku nak mintak maaf...sebab dah lukakan perasaan kau.",ucap Yeina.Pandangannya ditundukkan kerana tidak berani nak bertentang mata dengan Han.

Airmata mula bergenang di mata Han.Dia mengakui yang memang punca pergaduhan mereka ialah salah Yeina sendiri namun bila gadis itu berusaha untuk meminta maaf daripadanya,membuatkan Han menurunkan egonya.

"Aku maafkan kau...lagipun semua ni bukan salah kau sorang,salah aku jugak.",balas Han.

Yeina perlahan-lahan mengangkat mukanya sebaik sahaja mendengar suara Han.Suara yang selalu didengarinya sebelum ini.

"Komawo,Han! Aku janji aku tak akan sakitkan hati kau lagi...kita kawan kan?",tanya Yeina dan Han mengangguk lalu tersenyum.

"Sampai bila-bila kita kawan.",jawab Han tulus.

♡˖◛⁺♡

Yeina melambaikan tangannya ke arah Han yang sudah pun berada di dalam kereta.Hari itu merupakan hari yang paling gembira bagi Yeina selepas seminggu tidak bercakap dengan Han.

"YEINAAA!! JOM BALIKK!!",jerit Hongjoong teruja.Pelajar-pelajar yang lalu di situ hanya mampu menggeleng kepala kerana sudah masak dengan perangai Hongjoong yang teruja secara tiba-tiba.

"Bisinglah kau ni...boleh je kan cakap elok-elok.",marah Yeina.Matanya mencari kelibat Chan yang selalunya akan keluar bersama abangnya namun hari itu Hongjoong hanya berdua dengan San.

"Chan Oppa mana? Takkan dia tak datang pulak hari ni.",tanya Yeina.

"Dia dah keluar awal tadi sebab nak ambik Eomma dia dekat pasar.",beritahu Hongjoong dan Yeina mengerutkan dahinya.

"Kenapa nak ambik pulak?",soal Yeina hairan.

"Manalah aku tahu...lagipun biarlah Chan ambik Eomma dia bukan skandal pun kalau kau nak jeles.",sindir Hongjoong.

"Tak ada maknanya aku nak jeles.",jawab Yeina.

♡˖◛⁺♡

Han menghampiri ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di laman belakang rumah mereka.

"Eomma!",sergah Han.

Tercampak bekas air yang dipegang Puan Lee kerana terkejut.Han pula sudah tergelak besar kerana dapat menyakat ibunya.

"Aish kamu ni...kalau Eomma ada penyakit jantung,tak ke sia-sia jadi anak yatim.",marah Puan Lee.

Han tersengih bila ibunya berkata begitu.Lagipun bukan selalu dia dapat mengusik Puan Lee.

"Appa balik lambat lagi ke hari ni?",tanya Han.

"Iyalah...Appa kamu tu kan sibuk.Kalau cuti pun macam tak cuti,ada je kerja yang dia buat.",jawab Puan Lee.

"Pegawai pinjaman pun banyak kerja ke?",tanya Han lagi.Dalam seminggu,hanya sehari ataupun dua hari saja Han terserempak dengan ayahnya itupun sekejap.

"Yelah...mungkin ada yang tak bayar pinjaman ke? Itu semua Appa yang kena uruskan...Han tak payah risau lah sebab Appa dah biasa dengan semua tu.",jelas Puan Lee.

"Ouhh okay...Eomma,jomlah makan dengan Han.",ajak Han manja dan Puan Lee mengangguk lalu memeluk lengan Han menuju masuk ke dalam rumah.

♡˖◛⁺♡

Puan Bang pulang dari pasar bersama Chan kerana anaknya itu sudah berpesan supaya pulang bersama-sama selepas apa yang berlaku semalam.

"Chan dah jumpa tempat kerja...lepas exam ni,Chan dah boleh start kerja.",beritahu Chan.

"Habiskanlah sekolah dulu...jangan bebankan diri Chan.Lagipun ni semua tanggungjawab Eomma.",kata Puan Bang.

Chan hanya menggeleng kerana tidak setuju dengan cadangan ibunya itu.Kalau nak tunggu habis sekolah,lagi 3 bulan jadi lebih baik dia bekerja dalam masa itu memandangkan peperiksaan akhir sudah tamat.

"Chan dah janji dengan Eomma...dan Chan tak akan langgar janji tu.",tegas Chan.

Puan Bang tidak mampu berkata apa-apa lagi.Memang itu sifat Chan yang akan melaksanakan apa saja yang pernah dikatakannya.

Yeina menyanyi kecil menuju ke ruang tamu.Alat kawalan jauh dicapainya lalu membuka tv kerana Music Bank disiarkan petang itu.

"ARGHHHH!! GOT7 NAK COMEBACK!!!",jerit Yeina teruja bila gambar kumpulan yang diminatinya itu disiarkan pada skrin tv.

"Beria gila....bukan boleh jumpa pun.",perli Hongjoong.

"Biarlah...kau pergi study jauh-jauh.",halau Yeina.Menyibuk memang perkara wajib bagi Hongjoong walaupun dirinya sendiri tidak mengambil kisah tentang abangnya itu.

Hongjoong membawa gelas yang berisi susu menuju ke bilik belajarnya meninggalkan Yeina.

Telefon Yeina yang diletakkan atas meja,berdering dan gadis itu tersenyum melihat nama pemanggil yang sudah sekian lama tidak menelefonnya.

Yeina!! Got7 nak comeback kan?!

Yeina terpaksa menjauhkan telefon dari telinganya kerana suara Han yang terlampau teruja itu.

"Haah...aku tak sabar,Han! Nasib baik masa diorang comeback tu,kita dah habis exam."

Kan...hmm okaylah Yeina.Aku call nak bagitahu pasal GOT7 je hehe...aku end call dulu ni...byee

Yeina tersenyum kerana terhibur dengan Han.Sanggup telefon semata-mata nak beritahu perkara yang sememangnya dia sendiri akan tahu.

♡˖◛⁺♡

Chan membuat keputusan untuk berjumpa dengan Han petang itu atas cadangan Bambam pagi tadi.Bukan apa,dia juga ingin meminta maaf pada Han atas salah faham yang berlaku.

Loceng rumah Han ditekan dan seorang lelaki membuka pintu.

"Iya...cari siapa?",soal lelaki itu.

"Ermm...Han ada?",tanya Chan dan lelaki tadi hanya mengangguk sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Tidak lama selepas itu,Han keluar dari rumah dan riak mukanya hanya bersahaja tanpa sebarang reaksi.

"Maaf Hyung mengganggu tapi boleh luangkan masa dengan Hyung?",tanya  Chan dan Han hanya mengangguk.

Di taman,

"Han dah berbaik dengan Yeina?",soalan pertama yang diajukan Chan.

"Dah...pagi tadi.",jawab Han.

Daun kering yang berguguran di situ, dikoyakkan menjadi kepingan kecil.

"Hyung nak mintak maaf sebenarnya dengan Han.",beritahu Chan tentang niatnya sebenar.

"Kenapa? Lagipun bukan Hyung pun yang salah...sepatutnya Han yang mintak maaf sebab kaitkan Hyung dalam hal ni.",ujar Han serba salah.

Chan mengukirkan senyuman lalu menepuk bahu Han lembut.

"Sepatutnya Hyung tak patut muncul kan dalam hidup korang? Disebabkan Hyung....korang bergaduh teruk.Hyung mintak maaf sekali lagi sebab masuk dalam hidup korang.",luah Chan.

Kening Han bertaut bila mendengarkan luahan Chan ketika itu.Kenapa secara tiba-tiba Chan berkata demikian.

"Apa maksud Hyung?",soal Han.Dia masih tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan lelaki itu.

"Hyung tak nak buat andaian sekarang,tapi Hyung nak Han jangan berpisah dengan Yeina sebab Hyung tak suka bila Yeina sedih.",jelas Chan.

Han terdiam.Rasa bersalah pula kerana pernah bermasam muka dengan Chan sedangkan Chan sendiri menyokong persahabatannya dengan Yeina.

"Han boleh janji dengan Hyung?",soal Chan.

"Janji apa?"

"Janji jangan tinggalkan Yeina.",kata Chan.

Han menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kenapa Chan berkata begitu sedangkan Chan yang bercinta dengan Yeina bukan Han.Sepatutnya Han lah yang menyuruh Chan berjanji begitu.

"Janji...tapi Han tak faham lah Hyung.Kenapa Hyung cakap macam ni?",Han masih tidak puas hati.

"Nanti Han akan faham sendiri...okaylah Hyung balik dulu..komawo Han sebab sudi luangkan masa dengan Hyung.",Chan mengakhiri katanya sebelum beredar dari situ.Sempat juga dia menoleh ke belakang melihat Han yang masih duduk di situ.

Cinta sebenar Yeina ialah Han,bukan Hyung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro