˖◛⁺ 19 ˖◛⁺
Jongho terkejut bila melihat Han bersama seorang lelaki asing.Mati-mati dia ingat lelaki itu mahu menculik Han,maklumlah anak orang kaya.Rupa-rupanya Han diserang panik dan lelaki itulah yang membantu Han ketika dia ke tandas.Selepas mengucapkan terima kasih,Jongho memberikan air mineral kepada Han.
"Kau selalu ke jadi macam ni?",soal Jongho risau.
"Tak sebenarnya...last aku jadi macam ni,4 tahun lepas.",jawab Han.Air mineral tadi diteguk lagi kerana tekaknya masih lagi haus.
"Sekarang kau dah okay? Ke nak balik terus?",tanya Jongho lagi.
Sengaja dia bertanya,risau pula Han pengsan di situ.
"Aku okay asalkan kau tak tinggalkan aku sorang-sorang...lagipun benda ni sekejap je.",beritahu Han dan Jongho tersengih.Rasa bersalah pula kerana meninggalkan Han tadi lagipun dia bukan tahu tentang itu.
"Okay...Jom aku belanja makan pizza.Boleh makan kan?",tanya Jongho.
"Bolehlah..tanya soalan merepek.", marah Han.
"Aku tanya sebab kalau kau tiba-tiba sesak nafas,aku nak bagitahu yang aku tinggal je kau kat restoran tu.",seloroh Jongho dan Han menjeling tajam.
♡˖◛⁺♡
Chan menuju ke bangku di mana tempat Yeina menunggunya.Selepas puas bermain,mereka berdua membuat keputusan untuk berehat sambil menikmati aiskrim.
"Nah...vanilla ice cream for you.",hulur Chan dan Yeina mengambil aiskrim itu.
Suasana agak senyap kerana masing-masing menikmati aiskrim sambil memerhati gelagat pengunjung di situ.Chan memandang Yeina lalu mengelap mulut Yeina dengan tisu.
"Makan memang selalu comot ea...",tegur Chan.
Yeina agak terkejut dengan tindakan Chan dan ketika itu,sedikit pun dia tidak rasa apa-apa seperti sebelum ini.
"Komawo.",ucap Yeina malu.Aiskrim yang masih berbaki sedikit tadi dihabiskan.
"Yeina...",panggil Chan dan Yeina menoleh ke arahnya.
"Hmm..tak ada apalah.Oppa lupa pulak nak cakap apa.",kata Chan.
Sebenarnya Chan ingin bertanya tentang Han namun dia membatalkan niatnya kerana risau topik itu membuatkan Yeina tidak selesa.
"Ye lah tu lupa...cepatlah nak cakap apa?",pujuk Yeina dan Chan menggeleng lalu tersenyum.
"Nantilah Oppa tanya.",kata Chan dan Yeina hanya mengalah.
♡˖◛⁺♡
Chan membuka pintu rumahnya dan terkejut bila melihat keadaan rumah yang berselerak.Perkara pertama ialah mencari ibunya di setiap bilik namun tiada.Dan ketika itu,kedengaran kod pintu ditekan dari luar.Chan menarik nafas lega bila melihat ibunya baru pulang.
"Kenapa dengan rumah ni?!",tanya wanita itu separuh menjerit.Mana tidaknya,dia meninggalkan rumah itu dalam keadaan kemas dan kini sudah berselerak.
"Eomma..Chan rasa pemiutang Appa dah jumpa rumah kita.",Chan memberitahu apa yang dirasakannya.
Puan Bang terdiam kerana mungkin apa yang dikatakan anaknya itu benar.Namun bagaimana orang itu dapat mencarinya sedangkan sudah setahun sejak mereka berdua berpindah ke situ.
"Jadi sekarang kita perlu cari rumah lain sekali lagi...sampai bila kita nak lari macam ni.",keluh Puan Bang.
Chan menghampiri Puan Bang lalu memeluk badan ibunya.Dia faham perasaan Puan Bang kerana melihat sendiri ibunya bekerja keras selama ini demi mereka berdua sedangkan ayah yang sepatutnya bertanggungjawab atas semua itu,melarikan diri tanpa meninggalkan apa-apa.
"Chan janji dengan Eomma...kita tak payah pindah lagi.Chan akan cari kerja dan bayar hutang-hutang Appa.",tekad Chan.Dia juga sudah letih hendak melarikan diri dan berfikir inilah jalan yang terbaik.
"Mianhae, Chan sebab susahkan kamu..",ujar Puan Bang dan Chan mengeratkan lagi pelukannya.
♡˖◛⁺♡
Han merebahkan dirinya ke atas katil bagi menghilangkan lelah.Serangan panik yang dialaminya tadi,bermain semula di fikirannya.Sudah lama dia tidak terkena serangan panik dan tiba-tiba hari itu penyakitnya kembali semula.
"Sebab aku tak biasa keluar dengan Jongho kot...",getusnya sendirian.Tangan diletakkan pada perut yang mula berbunyi minta diisi makanan sedangkan dia sudah makan pizza bersama Jongho tadi.
Dia kemudian bangun dari katil untuk mencari makanan di dapur.Entah apa yang dimasak ibunya hari itu.
Dalam perjalanan ke dapur,Han melihat pintu bilik pejabat ayahnya terbuka dan membuatkan dia menapak ke arah bilik itu untuk menutup semula pintu yang terbuka itu.Baru sahaja dia nak menarik tombol,dia terdengar suara ayahnya dari dalam.
"Bagus...aku nak kau takutkan dulu diorang.Kalau tak ada perkembangan,tangkap je budak sekolah tu."
Han mengerutkan dahinya selepas mendengar perbualan itu kerana tidak semua dapat didengarinya melainkan budak sekolah.
"Sung-ah? Buat apa kat situ?",Han tersentak bila namanya dipanggil dan kelibat ayahnya sudah berdiri di depannya.
"Tak ada apa...ingat nak ajak Appa makan sekali.",Han memberi alasan dan ayahnya hanya tersenyum.
"Appa dah makan..pergilah makan dulu.Eomma masak makanan favourite kamu hari ni.",beritahu lelaki itu.
Han hanya mengangguk sebelum meninggalkan bilik pejabat ayahnya.
Budak sekolah? Apa kaitan kerja Appa dengan budak sekolah? Nak buat sumbangan mungkin.
Han menggelengkan kepalanya menghilangkan tanggapan yang datang.Lebih baik dia mengisi perutnya sebelum bermacam-macam andaian yang dibuatnya.
♡˖◛⁺♡
Pintu bilik air diketuk bertalu-talu membuatkan Hongjoong yang berada di dalam bilik air merengus geram.
"APA?! AKU NAK MEMBUANG NI!!",teriak Hongjoong walaupun ketika itu dia sedang memberus giginya.
Tiada suara melainkan ketukan yang bertalu-talu.Disebabkan terlalu geram,dia membuka pintu dan terkejut hingga tertelan ubat gigi.
"SAENGIL CHUKKA HABNIDAAA!!",ucap Encik Kim dan Yeina serentak.
Bergenang airmatanya kerana terharu dengan kejutan yang diberikan.Dia sendiri lupa yang hari itu ialah hari lahirnya kerana sibuk mengulang kaji di rumah San.
"KOMAWO APPA,YEINAAA!",Hongjoong memeluk mereka berdua.
"Eomma mana?",tanya Hongjoong bila tersedar yang ibunya tiada di situ.
"Ada kat bawah...tengah prepare meja.Lagipun Eomma ajak Jukyung Ahjumma dengan Chan Oppa sekali.",beritahu Yeina dan Hongjoong mengangguk faham.
"Okaylah...Appa turun dulu nak tolong Eomma.",kata Encik Kim lalu meninggalkan dua beradik di situ.
"Mana hadiahnya?",tanya Hongjoong sambil menyilangkan tangannya.
"Ouh ada...happy birthday,Oppa!!",ucap Yeina lalu melarikan dirinya sepantas kilat.
"YAHHHHHH,KIM YEINAAAAAAA!!BYUNTAEEEE!!!!",histeria dibuatnya bila tuala yang dipakainya terlucut kerana ditarik oleh Yeina.
♡˖◛⁺♡
Di sekolah,
Peperiksaan bagi sesi pagi sudah berlalu.Ada pelajar yang menarik nafas lega dan ada pula yang mengeluh kerana tidak dapat menjawab soalan.
"Wey...kau jawab apa soalan no.25 tadi....aku jawab A.",tanya Ryujin.
Dia sedikit sedih kerana dari apa yang didengarnya,jawapan yang sebenar lain dari apa yang dijawabnya.
"Entah...aku tak ingat.Dahlah,tak payah nak fikir sangat asalkan dah lepas.",jawab Yeina lalu menepuk bahu Ryujin.
"Hmm..yelah.Ha! Kau dah berbaik ke dengan Han?",soal Ryujin dan Yeina memuncungkan mulutnya.
"Tak lagi...lagipun semua ni salah aku sebab tak faham perasaan dia.",adu Yeina.
"Aku bukanlah pandai sangat dalam bab ni kan...tapi aku rasa Han sukakan kau.Sebab tu dia terasa hati bila kau lebihkan Chan Hyung daripada dia.",Ryujin memberi pendapatnya.
"Mengarutlah kau...tak ada maknanya dia suka aku.",dalih Yeina.
"Betul...tipulah kalau dia tak suka kau walaupun sikit.Nak-nak lagi korang dah kawan lama,dah kenal hati budi masing-masing.",tambah Ryujin lagi.
"Dah-dah...malas aku--",Yeina terdiam bila Han lalu di depannya bersama Jongho.
Perasaan kecewa hadir bila Han tidak menoleh sedikit pun kepadanya.Mungkin betul sangkaannya yang Han memang tidak akan memaafkan dirinya.
"Entah-entah kau yang suka dia kan?",bisik Ryujin dan dia terjerit kecil bila Yeina menarik rambutnya.
"Jangan nak merepek.Dah jom pergi beli makanan.",ajak Yeina.Ryujin yang masih membetulkan rambutnya,mengikut langkah gadis itu dari belakang.
♡˖◛⁺♡
Han menoleh ke belakang dan mengeluh kecil.Sebenarnya dia sangat rindukan persahabatan mereka yang dulu.Persahabatan yang menyimpan banyak kenangan antara mereka berdua selama 4 tahun.
"Kenapa kau tak tegur je,Han? Janganlah sakitkan hati sendiri.",ujar Jongho.
"Nantilah...aku tak bersedia lagi sekarang.",jawab Han.
"Han...teman aku pergi tandas.",ajak Jongho dan Han membuat muka.Siang hari pun takut ke nak pergi ke tandas?
"Kejap je...",rayu Jongho dan Han menurut permintaan lelaki itu kerana tidak mahu Jongho terkucil di situ.
Di tandas,
Chan menunggu San keluar dari tandas.Sengaja dia menemani San ke tandas tadi kerana ingin bertanya sesuatu.
"Erm..San,aku nak tanya something boleh?",soal Chan sebaik sahaja San keluar dari tandas.
"Semalam,kau ada nampak sesiapa tak pergi rumah aku? Aku tanya kau pun sebab rumah kau je paling dekat dengan aku.",jelas Chan.
San berfikir sejenak untuk memproses semula otaknya.
"Tak ada pula...kenapa? Rumah kau kena rompak ke?!",soal San dengan suara yang agak tinggi.
"Eh tak! Aku tanya je sebab semalam cousin aku cakap dia nak datang.Takutlah dia ada datang semalam lagipun aku tak ada kat rumah.",tipu Chan.
"Ouh yeke...Aku tak nampak sesiapa pun.",beritahu San.
"KAU TUNGGU AKU TAU!!",jerit Jongho lalu meluru masuk ke dalam tandas kosong.Chan dan San tergelak kecil melihat Jongho.
Han hanya menunggu di koridor kerana malas nak menunggu di dalam.Dia tersenyum bila San keluar dari situ dan senyumannya pudar sebaik sahaja melihat Chan.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.
"Han...good luck for your exam.",kata Chan dan Han mengangguk tanpa menoleh.
Selepas dia melihat Chan bersama Yeina di taman tempoh hari,dia tidak selesa bila bersemuka dengan lelaki itu kerana dia merasakan yang puncanya bergaduh dengan Yeina ialah disebabkan Chan sendiri meskipun lelaki itu tidak bersalah.
Selepas Jongho selesai melepaskan hajatnya,mereka berdua terus menuju ke kelas sebelum loceng berbunyi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro