Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 18 ˖◛⁺

Han merenung siling biliknya kerana bosan.Itulah kali pertama dia meluangkan hari cuti sendirian.Dia menutup mukanya menggunakan bantal dan ketika itu telefonnya berdering dan Han melihat nama pemanggil.

Jongho

"Kenapa, Jongho?",tanya Han dan dia berharap agar lelaki itu mengajaknya keluar.

Kau nak jalan-jalan dengan aku tak?Aku ingat nak pergi mall,skincare aku dah habis.

"Nak! Pukul berapa nak pergi?",jawab Han teruja.

Okay...dalam 20 minit lagi aku datang rumah kau.

"Okay,aku tunggu.",balas Han sebelum meletakkan panggilan.

Han menepuk dahinya kerana lupa memberitahu Jongho yang pemandunya akan menghantar mereka berdua ke pusat beli-belah kerana ibunya tidak membenarkan Han menaiki kenderaan awam.

"Kejap lagilah aku bagitahu.",getus Han lalu keluar dari biliknya untuk memaklumkan pada ibunya.

♡˖◛⁺♡

Yeina bersiap-siap pagi itu kerana Chan mengajaknya ke taman tema.Memandangkan hari itu cuti,jadi dapatlah dia meluangkan masa secukupnya.Dia mengenakan dress tanpa lengan yang berwarna merah jambu dipadankan dengan kardigan hitam labuh.Rambut pula diikat satu.

Di ruang tamu,

"Ha!! Bayar cepat,Joong...bagi sini duit tu!",Encik Kim sudah menadahkan tangannya minta duit daripada Hongjoong.

"Alah,Appa...bagilah diskaun..bukan Hongjoong sengaja pun nak berhenti kat situ...dadu ni ha yang salah..",pinta Hongjoong.Tidak sanggup rasanya untuk mengeluarkan duitnya walaupun bukan duit yang sebenar.

Puan Ahn menggeleng kepala melihat gelagat dua beranak itu.Suaminya pun satu,tidak padan dengan tua perangai mengalahkan budak sekolah.

"Bisinglah dua orang ni...main Jutaria pun nak bergaduh..",marah Puan Ahn dan matanya beralih pula pada Yeina yang baru saja turun dari tingkat atas.

"Keluar dengan Han ke?",soal Puan Ahn yang belum mengetahui perkara sebenar.

"Dengan Chan Oppa...boleh kan?",beritahu Yeina dan Hongjoong pula sudah tersenyum jahat dari jauh.

"Sejak dua menjak ni selalu betul keluar dengan Chan...dah tak kawan dengan Han ke?",tanya Puan Ahn hairan.

Yeina tersenyum sumbing bila Puan Ahn berkata begitu.Ketara sangat ke pergaduhan antara dia dengan Han hingga orang boleh tahu.

"Dia bosanlah tu asyik keluar dengan orang yang sama...nak jugak keluar dengan orang lain.",celah Hongjoong dan Yeina mendengus geram.

"Ada pulak bosan...Eomma rasa dari dulu lagi Han tu ada dengan kau...janganlah tinggal dia macam tu kalau dah ada orang baru.",nasihat Puan Ahn manakala Yeina sudah mengetap bibirnya.

"Pergilah...lagipun Eomma percayakan Chan.Jangan balik lambat sangat.",pesan Puan Ahn dan gadis itu mengangguk faham.

"HA!! APPA PIJAK TANAH HONGJOONG...BAYAR CEPATT!!",Hongjoong menjerit teruja kerana kali ini giliran ayahnya pula untuk membayar.

Puan Ahn menarik nafas dalam.Nasib baiklah suami yang main,kalau tidak sudah lama dia humban permainan itu ke dalam tong sampah.

♡˖◛⁺♡

Jongho menunggu Han di luar rumah.Tidak lama kemudian,Han keluar dari rumahnya.

"Jongho...kita pergi dengan driver aku tau.Eomma aku tak bagi naik public transport.",beritahu Han dan Jongho hanya mengangguk setuju.

Lagi bagus kalau macam itu,jimat duit.Tapi kenapa Han tak boleh naik kenderaan awam? Arhh,lantaklah asalkan pergi.

Pemandu Han sudah memanaskan enjin kereta.Han mengambil tempat duduk penumpang di hadapan manakala Jongho di belakang.

♡˖◛⁺♡

Chan tersenyum melihat Yeina dari jauh.Sengaja dia mengajak Yeina pagi itu kerana sebelum ini dia tidak sempat berbuat begitu.

Yeina memandang Chan yang mengenakan hoodie hitam dan juga seluar hitam.Sepadan pula mereka hari itu kerana Yeina mengenakan kardigan hitam labuh.

"Eh samalah warna baju kita.",kata Yeina.

"Haahlah...sama citarasa.",jawab Chan.

"Nak naik bas ke Grab?",soal Chan.

"Bas...sebab Yeina tak biasa naik Grab.",jawab Yeina dan Chan hanya mengikut kehendak gadis itu kerana dia juga lebih selesa naik bas daripada memesan Grab.

Chan menghulurkan tangannya dan Yeina menyambut huluran tangan Chan dan saat itu terasa pipinya membahang.

♡˖◛⁺♡

Di taman tema,

Sementara menunggu Chan membayar tiket masuk,Yeina menunggu di bangku yang terletak di bawah pokok.

"Okay..Jom masuk.",ajak Chan selepas selesai membayar di kaunter masuk.

Mereka berdua berjalan di sekitar taman tema itu untuk mencari permainan yang hendak dimain.

"Nak main apa dulu?",tanya Chan dan Yeina diam sambil memandang permainan di situ.

Sedang mencari, matanya tertumpu pada permainan menembak.Tempat yang mana juga menawarkan patung sebagai hadiah jika menembak tepat pada sasaran.

"Kalau betul Oppa ni hebat,Yeina nak Oppa tembak tu.",cabar Yeina lalu menunjukkan tempat tadi.

"Itu je? Boleh sangat...jom.",jawab Chan lalu tersenyum sinis.Setakat tembak begitu,bukanlah halangan yang besar baginya.

Mata Chan kini memandang sasaran dan tembakan dilepaskan.Yeina menutup mulutnya kerana terkejut dengan kemahiran Chan yang menembak tepat tanpa mencuba.

"See? Oppa hebat kan?",kata Chan bangga dan Yeina menunjukkan ibu jarinya.

"Okay..tahniah sebab dapat hadiah.Ini hadiahnya..",ucap tuan kedai lalu menghulurkan sebuah anak patung tupai yang bersaiz sederhana.

Han..

Itulah apa yang difikirkan Yeina sebaik saja ank patung itu dikeluarkan.Tiba-tiba perasaan rindu pada Han itu hadir.

"Yeina...tak suka ke patung ni?",soal Chan bila melihat riak muka Yeina berubah.

Yeina cepat-cepat menggeleng lalu mengukirkan senyuman.Anak patung tadi dipeluknya.

"Comel...",kata Yeina.

"Comel macam Yeina..",puji Chan pula lalu mencubit pipi tembam gadis itu.

Kemudian mereka berdua pergi ke photobooth yang memang ada disediakan di situ.

"Jom tangkap gambar sama-sama...nanti boleh buat kenangan.",ajak Chan.

"Jom..".

Selepas menunggu giliran,tibalah giliran mereka untuk bergambar.Bermacam-macam jenis pose yang dibuat mereka berdua.

"Okay last sebab ada orang tunggu kat luar...kita buat macam ni.",Chan membuat bentuk hati dengan sebelah tangannya.

Yeina pun membuat cara yang sama lalu mencantumkan tangan mereka menjadi bentuk hati yang lengkap.

"Cantikk...dah kita pergi tempat lain pulak.",Chan menarik tangan Yeina keluar dari tempat tadi dan disebabkan itu,gadis itu tertinggal patung tupai yang dihadiahkan Chan sebentar tadi.

♡˖◛⁺♡

Jongho menghirup smoothie yang dibelinya di pintu masuk tadi dan Han pula memegang Iced Americano yang dibeli di kedai yang sama.

"Kau pakai skincare apa,Jongho?",tanya Han dan Jongho menelan smoothie yang baru disedutnya sebelum menjawab pertanyaan Han.

"Simple...kau?",soal Jongho pula.

"Aku pakai je apa-apa...kau okay ke pakai Simple tu?",tanya Han ingin tahu.

"Sebab okaylah aku beli...kau ni pun soalan.",marah Jongho dan Han menggaru belakang kepalanya.

"Sebab Yeina,dia tak sesuai pakai Simple...pernah sekali tu dia mengadu jerawat tumbuh sebab pakai Simple.",cerita Han tanpa sengaja.

"Ehem ehem...rindu ke sebut tu?",perli Jongho dan Han memekakkan telinganya.Waktu itulah nak mengenang kenangan.

Di Watson,

Tidak sampai 10 minit,Jongho sudah mengambil barang yang hendak dibelinya.Han agak terkejut kerana selalunya Yeina akan mengambil masa setengah jam memilih barang.

"Kejapnya...",kata Han.

"Kejap jelah...nak lama-lama buat apa.Jom pergi bayar.",jawab Jongho.Mereka berdua meninggalkan Watson selesai Jongho membuat bayaran.

"Han...kenapa Eomma tak bagi kau naik public transport?",soal Jongho.

"Entah...kalau nak pergi mana-mana,mesti Eomma pesan jangan naik bas ataupun teksi.Jadi aku ikut jelah cakap Eomma aku.",jelas Han.

"Mungkin sebab kau tak biasa kot...tapi tak apalah.Kau ada driver,senang.",ujar Jongho.

"Mungkin...nak pergi mana lagi? Takkan kau ajak aku teman semata-mata nak beli produk kau ni?",tanya Han.

"Kita makan dulu...jom pergi tingkat atas.",ajak Jongho dan Han mengikut langkah kawannya itu.

Belum sempat sampai di kedai makan,Jongho rasa ingin ke tandas.Matanya melilau mencari papan tanda yang menunjukkan arah tandas.

"Han....kau tunggu sini tau,aku nak pergi tandas.Nah tolong pegang barang aku.",plastik yang berwarna hijau itu sudah bertukar tangan.

"E-eh..Jong.. Jongho.",panggil Han namun Jongho sudah menghilangkan diri di khalayak ramai.

Han memandang sekeliling dan dia tiba-tiba berasa cemas.Dia tidak pernah bersendirian di tempat begitu dan perkara itu membuatkan dia panik dan juga mual.Han juga takut hendak melangkah dan terus berdiri di tempatnya tanpa bergerak sedikit pun.

Yeina...aku takut.

♡˖◛⁺♡

Dalam perjalanan menuju ke permainan seterusnya,Yeina merasakan ada sesuatu yang tertinggal.Anak patung.

"Cari apa?",soal Chan kerana melihat Yeina menyelongkar beg galasnya.

"Oppa...patung tupai tu hilang..",adu Yeina.Dia yakin yang patung itu sudah tercicir.

"Mungkin tertinggal dekat photobooth tadi? Tak apalah...kita beli yang baru.",pujuk Chan.Kalau nak pergi semula ke tempat itu,dia pasti sudah tiada kerana orang ramai yang berkunjung ke situ.

"Tak nak...Yeina nak patung tu..",kata Yeina.Patung itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindunya pada Han.

"Oppa janji,kita cari patung yang sama macam tadi..sekarang kita main roller coaster dulu.Tadi Yeina nak naik kan?",pujuk Chan.

"Mianhae Oppa sebab hilangkan.",ucap Yeina dan Chan hanya mengusap kepala gadis itu.

"It's okay...Jom naik roller coaster.",ajak Chan.

Chan membiarkan Yeina berjalan di depannya dan dia memerhati Yeina dari belakang.

I hope you'll find your true love,Yeina..



Nak habis dah kot...kotlah,tak tahulah hahahah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro