Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 15 ˖◛⁺

Yeina hanya terbaring di atas sofa oleh kerana tiada lagi kelas tambahan di rumahnya.Ulangkaji? Tiada dalam kamus hidup bagi gadis yang bernama Kim Yeina kecuali bila dimarahi ibunya.

"Kau ada rahsia ke dengan aku?",soal Hongjoong yang datang entah dari mana.

Yeina yang terbaring tadi,mendongak memandang Hongjoong lalu memutarkan bola matanya.

"Rahsia apa pulak...mana ada.",jawab Yeina malas.Sesekali dia tertawa menonton rancangan Running Man yang disiarkan itu.

Hongjoong duduk di sofa yang bertentangan dengan sofa Yeina.Dia tahu yang Yeina ada menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.Tambahan lagi,Encik Kim juga selalu berkelakuan pelik setiap kali bertembung dengan Yeina.

"Kau bercinta dengan Chan kan? Baik kau jujur.",teka Hongjoong.

"Tak adalah bercinta...cuma suka sama suka... kenapa? Kau jeles?",jawab Yeina jujur.Nak kata bercinta tu mungkin belum lagi rasanya.

Yeke tidak bercinta?

"Betul pun sangkaan aku! Macam mana kau boleh dengan dia ha?!",tanya Hongjoong bersungguh.

"Macam ni cerita dia...betul ni kau nak tahu?",soal Yeina pula.Kini dia sudah membetulkan kedudukannya.Hongjoong mengangguk.

"Janji tak marah?",soal Yeina lagi dan Hongjoong mengangguk sekali lagi.

Yeina pun mulalah bercerita dari kisah nota rahsia yang selalu ditampal di mejanya hinggalah saat Chan mengakui semuanya.

"Begitulah ceritanya...puas hati?",kata Yeina dan untuk kali ke 3,Hongjoong mengangguk.

"Tapi kan...aku ingatkan kau suka Han.",ujar Hongjoong.

"Han? Memang taklah aku suka dia lagipun aku mana sesuai dengan dia.",bantah Yeina dan Hongjoong mengangkat bahu.

"Kenapa nya? Han tu baik je aku tengok...selalu sabar dengan perangai kau.Dan yang paling penting,dia je yang setia berkawan dengan kau dari kau masuk sekolah menengah sampailah sekarang.",Hongjoong memberi pendapatnya.

"Biarlah aku nak suka siapa pun...kau tu pergi cari yeochin barulah kau tak sendu.",marah Yeina.

Hongjoong hanya memberitahu apa yang dirasainya.Tapi kenapa perlu Chan? Kalau San ataupun Bambam,boleh lagi masuk akal sebab perangai yang lebih kurang dengan Yeina.Ini Chan yang dianggap pelajar serius di kelasnya boleh jatuh cinta pada Yeina.

˖♡˖◛⁺♡

Chan menolong Puan Bang menjemur pakaian.Sengaja dia menolong memandangkan petang itu dia ada masa berbanding sebelum ini.

"Eomma tengok,dari balik sekolah tadi lagi Chan asyik senyum sorang-sorang...apa yang digembirakan sangat tu? Tak bagitahu Eomma pun.",tanya Puan Bang.

Mana tidaknya,balik sekolah senyum,lepas mandi senyum,jemur kain pun senyum.

"Sebab Chan dah berbaik dengan classmate Chan.",beritahu Chan.Bakul pakaian yang kosong diletakkan di tepi ampaian.

"Chan ada bergaduh dengan dia ke? Ouhh...patutlah hari tu hidung kamu berdarah..bergaduh lah maksudnya tu?",Puan Bang mengungkit semula hari Chan balik dengan hidung yang berdarah.

Chan ketawa kecil kerana lucu melihat muka ibunya yang kelihatan sangat terkejut.

"Bukanlah... tu kan Chan dah bagitahu sebab langgar tiang...classmate Chan tu pesaing kat kelas,tapi tadi kiteorang dah berbaik.",jelas Chan.

"Nak tahu tak siapa?",tanya Chan lagi dan Puan Bang menunggu jawapan.

"Hongjoong,anak sulung Seyoon Ahjumma.",bagitau Chan dan Puan Bang tergelak.

"Ouhh...biasalah tu.Selalunya macam tulah,gaduh,tak puas hati lepastu jadi kawan baik.",ujar Puan Bang dan Chan hanya tersengih.

♡˖◛⁺♡

Telefon Yeina berdering dan sepantas kilat gadis itu menjawab panggilan itu.

"Ha ye...kenapa Han?",

Kau free x sekarang,aku ingat nak ajak kau teman aku pergi kedai buku.

"Sejak bila pulak aku busy Han Jisung? Boleh tapi kau kena belanja aku teh ais...deal?",

Okay deal...Aku tunggu dekat taman.

Yeina menamatkan panggilan lalu terus menuju ke meja solek untuk bersiap.

Di ruang tamu,

"Eomma...Yeina nak keluar dengan Han,pergi kedai buku.",beritahu Yeina dan Puan Ahn menjeling.

Suruh ulangkaji bukan main banyak alasan yang minah itu bagi.Kalau pergi keluar bandar laju saja kaki nak melangkah.

"Pergilah...tak payah balik pun tak apa.",jawab Puan Ahn dan Hongjoong memandang Yeina.

"Yeke keluar dengan Han? Entah-entah dengan.....",

"Betul lah...dia call aku tadi ea kalau tak percaya sudah.", cepat-cepat Yeina memotong.

Hongjoong tersenyum sinis.Tahu takut.

"Dwaeji",kata Yeina tanpa suara.

"EOMMA!! YEINA MENCARUT!!",jerit Hongjoong dan gadis itu cepat-cepat keluar dari rumah.

"Yang kau tu pun makanlah cepat...tercekik buah epal tu aku jugak yang susah nanti.",marah Puan Ahn.Macam-macam karenah betul dua beradik itu.

♡˖◛⁺♡

Yeina menghampiri Han yang sudah menunggu di tempat yang dijanjikan.

"Jom...kedai buku je ke kau nak pergi?",tanya Yeina dan Han hanya mengangguk.

"Lagipun esok kan sekolah...kalau cuti aku dah bawak kau jalan-jalan.",jelas Han.

"Yalah...nanti cuti kita jalan-jalan ea...lepastu---",kata Yeina terhenti bila telefonnya berdering.

Dengan senyuman yang lebar,Yeina menjawab panggilan itu.

"Chan Oppa...kenapa call Yeina?",

Yeina ada kat mana sekarang? Ingat nak jumpa Yeina dekat taman hari tu.

"Yeina memang ada kat sini pun tapi nak keluar dengan Han,pergi kedai buku."

Ouh yeke...kalau macam tu tak apalah.Jumpa esok jelah.

"Eh...tak apa..kejap Yeina tanya Han.",

Yeina menutup speaker telefonnya sebelum bertanya kepada Han.

"Han...boleh tak Chan Oppa ikut kita? Dia nak jumpa aku sebenarnya...boleh?",tanya Yeina.

Walaupun dengan terpaksa,Han mengangguk.Senyuman yang diukirkan ketika itu juga hanya senyuman yang tiada maksud.

Yeina bersorak kecil lalu memberitahu Chan yang mereka berdua akan menunggu di taman itu.

♡˖◛⁺♡

Di kedai buku,

Han bersendirian semasa memilih buku sementara Yeina dan Chan di bahagian komik.Sesekali Han memandang mereka berdua sedang gelak ketawa.

"Han...dah jumpa buku kau?",tanya Yeina dan Han hanya mengangguk kecil tanpa menjawab.

Yeina memerhati gelagat Han yang agak berbeza petang itu.Sejak tadi lagi dia perasan yang Han hanya mendiamkan diri dan jarang tersenyum.Kalau tersenyum pun,seperti dipaksa.

Selepas Han membuat bayaran,Yeina dan Chan menghampiri Han yang berjalan terlebih dulu dari mereka.

"Han...kau sakit ke?",tanya Yeina lagi.

"Taklah...aku penat je.Kau nak pergi mana-mana dengan Chan Hyung pergi jelah.Aku nak balik terus.",kata Han.

Chan yang mana dari tadi hanya berdiam diri,mencelah.

"Kita balik sekali jelah...lagipun esok kan sekolah.Kesian pulak Han balik sorang-sorang.",ujar Chan pula.

Yeina hanya bersetuju dengan cadangan Chan.Han pula tanpa berkata apa-apa,meneruskan langkahnya.

♡˖◛⁺♡

Di taman,

Chan sudah pulang terlebih dulu kerana jarak rumahnya yang agak jauh dari perumahan Han dan Yeina.

"Kau kalau ada masalah dengan aku,boleh tak bagitahu.",ujar Yeina dengan nada geram.

"Mana ada masalah...kau tu kenapa nak marah aku?",jawab Han pula.

"Dahlah...aku nak balik.",kata Han.Belum sempat melangkah,Yeina memegang tangan Han.

"Kau jeles dengan Chan Oppa sebab rapat dengan aku kan? Jujur jelah Han.",teka Yeina dan Han menarik tangannya dari genggaman gadis itu.

"Sikit-sikit nak kaitkan dengan Chan Hyung...",rungut Han.

"Kau tak pernah faham perasaan aku...aku ingat kau sebagai kawan baik,akan sokong apa pun yang aku buat...rupanya aku salah.",ungkap Yeina.Ada getaran dalam suaranya.

"Tak faham? Habis tu selama ni apa? Lakonan? Kau tu sebenarnya yang tak faham perasaan aku.",balas Han.Tiada lagi istilah menjaga perasaan kali ini.

Yeina tersenyum senget.Jadi sekarang ini Han nak mengungkit semua perkara disebabkan hal tadi?

"Ungkitlah Han...baru sekarang aku tahu perangai kau yang sebenar.",kata Yeina lagi tanpa memahami perasaan Han ketika itu.

"Aku bukan ungkit Yeina...aku cuma nak kau tahu yang aku pun ada perasaan...pasal tadi,ye aku jeles bila kau jalan dengan Chan Hyung.Jadi sekarang siapa yang tak faham perasaan siapa?",luah Han.

"Pastu kau nak salahkan aku sebab ajak Chan Oppa? Cakap jelah yang kau tak suka dia keluar dengan kita...habis cerita."

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak pernah pun salahkan kau dan aku tak pernah cakap pun yang aku tak suka Chan Hyung keluar sekali...kau tak sedar ke yang semua ni sebab aku faham perasaan kau? Lepas tu kau nak cakap aku tak faham perasaan kau.",Han masih tidak mengalah.

"Dah! Aku malas nak cakap dengan orang macam kau ni...dasar hipokrit...depan lain,dalam hati lain.",Yeina mengakhirkan kata dan Han tersentak bila Yeina berkata begitu padanya.

"Ouh lupa...aku nak kau tengok ni.",Yeina memutuskan gelang tangan yang diberi Han kepadanya lalu membuang mencampak ke dalam semak.

"Kau tak payah lagi cari aku ataupun bercakap aku...",Yeina berlalu dari situ tanpa menoleh ke belakang.

Han menyeka air matanya yang mengalir laju.Dia tak menyangka yang Yeina sanggup berbuat demikian dengan hadiah pemberiannya.Selepas saja bayang Yeina hilang dari pandangan,Han terus menangis teresak-esak.Disebabkan terlalu sakit hati,bajunya digenggam kuat.

Dan akhirnya kau yang tinggalkan aku dulu,Yeina.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro