Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 14 ˖◛⁺

"Jadi,Yeina macam mana sekarang...ada peningkatan?",tanya Encik Kim.

Yeina memandang ke arah lain.Kenapalah waktu itu juga ayahnya nak bertanya.

"Okay... she's good...Han pun sama.",jawab Chan tulus.Setiap perkara yang berkaitan dengan kelas tambahannya,dia tidak pernah melupakan Han.

Encik Kim mengangguk dengan senyuman.Hongjoong pula yang selalu banyak mulut,hanya menikmati makan malam tanpa sebarang suara.Puan Ahn memandang ke arah anak terunanya itu.

"Chan...komawo sebab selamatkan Hongjoong...kamu ada terluka tak?",Puan Ahn sengaja berbual tentang itu untuk menarik perhatian Hongjoong.

Tersentak dibuatnya bila Puan Ahn berkata begitu.Hongjoong sebenarnya malu dengan Chan dan sebab itu jugalah dia sedaya upaya mengelak dari bertentang mata dengan Chan.

"Selamatkan apa Ahjumma?",tanya Han yang masih tidak tahu apa-apa.

"Nanti aku cerita...gempak wey.",bisik Yeina yang duduk di antara Chan dan juga Han.

"Tak ada luka pun...Hongjoong?",jawab Chan seraya bertanya tentang keadaan Hongjoong.

Disebabkan geram dengan Hongjoong yang tidak menjawab pertanyaan,Puan Ahn menendang kaki anak terunanya.Berkerut muka Hongjoong bila terkena penangan ibunya.

"A..aku okay..komawo.",ucap Hongjoong.

"Dengar cerita minggu depan last exam,betul ke?",Encik Kim mengambil giliran untuk bertanya.

Chan dan Hongjoong mengangguk serentak.Maklumlah masing-masing teruja nak mendapatkan tempat pertama.Yeina pula sudah mengeluh kecil bila mendengarkan soalan ayahnya itu.Han pula hanya menyuapkan makanan yang terhidang tanpa menghiraukan soalan Encik Kim.

"Good luck...jadi hari ni last kamu sebagai tutor Yeina sebab Ahjussi nak kamu fokus dengan exam.",kata Encik Kim.

"Kamsahabnida Ahjussi sebab faham.",ucap Chan.Memang dia ada berniat untuk menyampaikan perkara itu.

Membulat mata Yeina bila Encik Kim berkata begitu.Walaupun dia kadang-kadang bosan dengan kelas namun itu juga merupakan peluangnya untuk berjumpa dengan Chan.

"Kenapa?! Yeina bodoh lagi ni Appa...mana boleh Chan Oppa berhenti macam tu je!",bantah Yeina.Garfu yang digunakannya juga dipegang erat.

"Dah nak exam kan...studylah sendiri tak pun dengan Han.Ajak dia datang hari-hari pun Eomma tak kisah.",ujar Puan Ahn.

"Lagipun Yeina kena faham yang ni last exam Chan dengan Hongjoong..mestilah nak fokus betul-betul.",tambah Encik Kim pula.

"Yelah...Han,kau boleh kan study dengan aku?",tanya Yeina dengan nada sedih.

Tidak dapat dengan Chan,dengan Han pun boleh lagipun Han juga pelajar yang cemerlang cuma dirinya yang tidak berapa nak cemerlang.

"Aku kena tanya Eomma dengan Appa dulu.",jawab Han dengan mulut penuh.

"Yeina janganlah sedih sangat...kat sekolah pun boleh jumpa Chan Oppa.",kata Encik Kim secara tiba-tiba dan semua orang yang berada di meja makan memandang Encik Kim.

"Apa Appa ni? Mana ada sedih..",Yeina berdalih.Encik Kim pula sudah tersenyum-senyum kerana hanya dia saja yang tahu tentang hubungan Chan dan juga Yeina.

"Makanlah Yeina...",kata Chan lalu meletakkan lauk ke dalam pinggan Yeina.

Han hanya memandang Yeina yang tersenyum malu bila Chan berbuat begitu.

♡˖◛⁺♡

Di sekolah,

Dengan berbaki lagi 5 hari sebelum peperiksaan dijalankan, guru-guru yang mengajar mula menekankan semua pelajar supaya mengulang kaji oleh kerana itu peperiksaan akhir.

"Han...ni apa ye? Aku tak sempatlah nak salin apa yang Saem tulis hari tu.",tanya Yeina lalu menunjukkan buku notanya.

"Tak sempatlah sebab kau sibuk berangan...aku panggil pun kau tak dengar nasib baik tak kantoi dengan Saem.",marah Han manakala Yeina hanya tersengih seperti tidak membuat kesalahan.

Han pun memberi notanya kepada Yeina kerana tahu kalau marah sekalipun tidak guna kalau gadis itu akan terus memberi alasan.

"Komawo Han...sayang kau.",ucap Yeina dan mula menyalin nota.

Han sedikit tersentak bila Yeina mengucapkan itu.Dia cepat-cepat menepis sangkaan yang datang kerana ucapan Yeina itu hanyalah sebagai kawan bukan sebab lain.

"Tak jawab pun..",rungut Yeina dan Han memandang kawan baiknya itu.Jawab apa pula? Yeina ada tanya soalan ke?

"Nampak sangat kau tak sayang aku.",kata Yeina dan Han mula menangkap apa yang dimaksudkan Yeina.

"Ye...aku sayang kau.Kalau tak sayang,tak ada makna aku layan perangai kau.",jawab Han disertai dengan ketawa yang sukar ditafsirkan.

"Dah diam kejap...aku nak fokus ni.",Yeina meletakkan jari telunjuknya di mulut menandakan ingin kedamaian.

Di kelas Hongjoong,

Chan mengulangkaji dengan Bambam dan juga dua orang pelajar yang lain.Suasana kelasnya ketika itu seperti perpustakaan kerana senyap tanpa suara disebabkan masing-masing sibuk membuat persediaan.

"Kau ada minta maaf dengan Chan tak?",tanya San dan Hongjoong menggeleng.

San membuat muka tidak percaya bila Hongjoong menggeleng.Sudahlah kawan baiknya itu banyak buat salah dengan Chan,sesuka hati dia je nak menggeleng.

"Wey...kau ingat tak dia buat apa dekat kau semalam?",soal San geram.

"Aku ingatlah...soalan kau..",marah Hongjoong namun matanya tertumpu pada Chan.

"Pergi mintak maaf dengan dia sekarang.",arah San.

"Tak nak...aku malu.",jawab Hongjoong lalu menutup mukanya.

San menarik nafas geram.Kalau dia terajang Hongjoong tidak ke sia-sia imej dia sebagai pelajar contoh?

"Malu lah konon...kau yang selalu tak puas hati dengan dia,masam muka dengan dia semua tu, tak pandai pulak nak malu...pergi je lah mintak maaf.",bebel San.

"Nantilah...sekarang ni kan kelas...jap lagi aku jumpa dia.",akhirnya Hongjoong mengalah.

"Okay...Aku ikut.",jawab San sebelum membuka semula buku teksnya.

♡˖◛⁺♡

・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿✿✼:゚:.。..。.:・゚゚・*

Always remember you are studying
for yourself
and not for anybody else...

#KY

・゚゚・:.。..。.:゚::✼✿✿✼:゚:.。..。.:・゚゚・*

Yeina tersenyum bila membaca nota yang ditampal pada mejanya.Dia tahu siapa lagi penulis nota itu kalau bukan Chan.

Han baru saja melangkah masuk ke dalam kelas kerana dia pergi menghantar kerja rumahnya di bilik guru.Langkahnya terhenti sebaik saja melihat Yeina memegang sehelai kertas kecil.

Han segera tersenyum kecil bila Yeina sedar dengan kehadirannya di situ.

"Chan Oppa bagi aku note lagi...sweet kan Chan Oppa tu.",kata Yeina lalu menghulurkan nota tadi kepada Han.

"Sweet sangat...untunglah kau dapat dia.Hari-hari hati kau berbunga.",ungkap Han lalu memulangkan semula nota tadi.

"Dialah untung dapat aku sebab dalam banyak-banyak crush aku,dia yang aku pilih...kan?",ujar Yeina.

"Ha yelah... dua-dua yang untung.Aku sorang je yang rugi kat sini.",balas Han.

"Rugi sebab apa pulak?",tanya Yeina.Biasalah otaknya tidaklah laju dalam hal begini.

Rugi sebab tak dapat kaulah,Yeina.

"Tak ada apalah...geram aku kalau bercakap dengan kau.Loading macam Wi-Fi jiran aku.",Han malas menjawab kerana takut tersasul apa yang terbuku di hatinya ketika itu.

Yeina masih terpinga-pinga kerana Han tidak menjawab soalannya malah membuka roti cheese untuk di makan di dalam kelas.

♡˖◛⁺♡

San menolak-nolak badan Hongjoong supaya hampir dengan Chan yang tidak jauh di depan mereka.

"Eishh sabarlah.",marah Hongjoong dalam keadaan berbisik.

"Ahh...tak ada sabar-sabar...CHAN!!!",disebabkan Hongjoong lambat bertindak maka San membuat keputusan untuk memanggil Chan.

"Yahh...kenapa kau jerit nam--",

"Kenapa San?",Chan sudah berdiri di depan mereka.

"Hongjoong nak cakap denagn kau.Bam...teman aku pergi tandas kejap boleh tak..aku takutlah.",ajak San.

Bambam terkejut bila San tiba-tiba mengajaknya untuk ke tandas dengan alasan takut pula tu.Apakah?

Dengan isyarat mata yang diberi San,barulah Bambam memahami lalu bersetuju dengan ajakan San.

Chan masih menunggu Hongjoong bersuara.Betul ke yang Hongjoong ni nak bercakap dengannya sedangkan sebelum ini tidak pernah sekali pun lelaki itu nak bercakap apatah lagi bertentang mata.

"Sebenarnya...aku nak mintak maaf.",setelah 1 minit menunggu,Hongjoong membuka mulut.

"Sebab apa kau mintak maaf?",tanya Chan.

Hongjoong menggaru kepalanya sementara menyusun ayat yang sesuai.

"Sebab selama ni aku tak puas hati dengan kau?",jawab Hongjoong.

"Ouhh...aku tak kisah pun.Lagipun aku faham perasaan kau.",jelas Chan sambil menepuk bahu Hongjoong.

"Betul ke? Kau tak marah aku langsung?",tanya Hongjoong minta kepastian.

Biar betul Chan tidak mengambil hati langsung dengan dirinya.Chan hanya mengangguk.

"Komawo...",ucap Hongjoong.

"So... we're friends now?",tanya Chan lalu menghulurkan tangan.

Hongjoong tersenyum lebar lalu menyambut huluran tangan Chan.Bambam dan San yang menyorok di belakang dinding sudah berpelukan meraikan perdamaian antara Chan dan Hongjoong.

"Petang ni aku belanja kau tteobeokki.",kata Bambam.

"Aku okay je...diorang sekali?",tanya San.

"Nope...just two of us.",balas Bambam dan senyuman di bibir San semakin pudar.

Mamat ni bengkok ke? Sudahlah dari semalam lagi asyik peluk aku.

"Hahahha...just kidding,bro.Mestilah dengan diorang sekali.",jelas Bambam dan barulah San ketawa lega.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro