Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 13 ˖◛⁺

Seorang lelaki masuk ke dalam pejabat setelah setiausaha memaklumkan kehadiran lelaki itu kepada bosnya.

Kerusi pejabat yang menghadap tingkap,berpusing mengadap lelaki yang baru menapak ke dalam pejabatnya.

"Jadi,aku dapat tahu yang budak mentah tu nampak muka kau?",tanya lelaki yang merangkap bos di situ.

Lelaki yang berusia lewat 20-an itu mengangguk namun tidak mampu mengangkat mukanya.Entah macam mana lelaki yang mengupahnya  mendapat tahu tentang perkara itu.

Melihat orang suruhannya mengiyakan pertanyaannya,pasu yang menghiasi meja pejabat itu dicampak ke arah lelaki tadi.

"AKU DAH SURUH KAU BUAT KERJA ELOK-ELOK! BUDAK SEKOLAH PUN TAK BOLEH NAK LAWAN KE?",herdik bos tadi.

Mulut lelaki tadi terkunci kerana ketakutan.Darah juga mengalir kerana terkena serpihan pasu yang dibaling ke arahnya tadi.

"Joesonghabnida Tuan...saya janji akan buat sebaik mungkin.",rayu lelaki itu sebaik sahaja dia melutut di depan meja bosnya.

Lelaki yang digelar Tuan itu hanya menjeling tajam.Kerja yang diberinya sudah cukup mudah tetapi tetap tidak dilakukan dengan baik.

"Aku maafkan kau kali ni...perhatikan apa yang budak tu buat...dia kena bertanggungjawab atas apa yang ayah dia buat.",ujar lelaki itu.

"Baik Tuan...",jawab pekerjanya lalu keluar sebaik sahaja bosnya memberi arahan.

Lelaki yang digelar Tuan tadi kembali ke posisinya lalu menekan telefon pejabat untuk memberi arahan.

"Masuk pejabat saya,bersihkan sampah kat dalam ni.",arahnya.

♡˖◛⁺♡

Yeina termenung memandang tingkap kelasnya kerana dia bersendirian hari itu.Han menghantar mesej kepadanya sebelum dia hendak ke sekolah pagi itu memaklumkan yang dia mendapat surat cuti selama 2 hari.

"I'm so lonely,broken angel....I'm so lonely, listen to my heart..",satu suara membuatkan Yeina menoleh dan gadis itu terus menjeling.

"Diamlah kau,Jongho...",marah Yeina dan ketua kelasnya itu hanya tersengih.

Satu kelas itu sudah maklum dengan keakraban Yeina dan Han.Jadi bila salah seorang daripada mereka tidak hadir,bermulalah episod kesepian.

"Nanti Han datanglah...janganlah termenung macam orang hilang suami.",tegur Ryujin pula.

Mana tidaknya,sejak Yeina menjejakkan kaki pagi tadi,gadis itu hanya menghabiskan masa dengan termenung.

"Aku okay...korang tu yang melebih.",jawab Yeina malas.

♡˖◛⁺♡

Yeina melangkahkan kaki ke arah lokernya terlebih dulu untuk menyimpan buku teksnya.Seperti biasa, nota-nota ada melekat di dinding loker namun Yeina hanya melipat tanpa membacanya.

"Sumpah sendu gila hidup aku hari ni.",rungut Yeina sendirian.

"Yeina!! Jom rehat dengan kiteorang!!",panggil Bambam dari arah belakang.Beria betul lelaki itu melambai ke arahnya yang mana membuatkan Yeina tergelak kecil.

"Han mesti tak datang kan...jomlah rehat.",ajak Bambam lagi bila sudah berdiri di depan loker.

Yeina serba salah hendak setuju kerana risau dengan abangnya.Kalau si Hongjoong tu nampak,habislah diceritanya pada Puan Ahn.

"Hongjoong tak ada...dia teman cikgu ke klinik tadi sebab ada budak pengsan.",beritahu Bambam kerana dia tahu apa yang dirunsingkan Yeina dan juga Chan.

"Haah...kalau Yeina tak kisah jomlah.Kalau tak nak pun tak apa.",celah Chan pula.

"Ouh Hongjoong tak ada..bolehlah kalau macam tu.",jawab Yeina dengan senyuman yang manis.

Yeina yang terlebih teruja itu melangkah terlebih dulu dari Bambam dan Chan.

"Wey...kau perasan tak?",tanya Bambam dan Chan menggeleng.

"Lesung pipit dia sama dengan kau lahhh... tiba-tiba aku fall in love.",kata Bambam tanpa menyedari percakapannya.

"Fall in love? What do you mean,Bam?",soal Chan.

"Eh...ha ye Yeina...kita makan kat situ.", ujar Bambam lalu cepat-cepat melarikan diri.

♡˖◛⁺♡

Di kantin,

Chan memandang ralit Yeina yang sedang mengunyah roti tanpa berhenti dari tadi.Bibimbap yang dibelinya juga tidak terusik kerana sibuk memandang Yeina.

Bambam yang duduk di sebelah Chan hanya tersenyum sinis bila melihat Chan sedang angau.

"Oppa tak makan?",tanya Yeina.Krim roti juga kelihatan di tepi bibirnya.

"Tak apa...Yeina nak apa-apa lagi?",tanya Chan seraya mengelap krim di tepi bibir Yeina tadi.

Muka Yeina serta merta bertukar merah sebaik saja Chan melakukan demikian.Tidak pernah seumur hidupnya,lelaki berbuat begitu.

Ohok,ohok!

Disebabkan terpegun dengan Chan,roti tersekat di kerongkong Yeina.Bambam cepat-cepat menghulurkan air kepada Yeina.

Chan memejamkan matanya dan Yeina sudah tercengang ditempatnya bila secara tidak sengaja,air yang diminum tadi tersembur tepat-tepat di muka Chan yang duduk di hadapannya.

"O..Oppa..Mianhae!!",Yeina sudah gelabah mengelap muka Chan dengan tisu.Bambam juga turut membantu kerana air yang disembur itu bukanlah sekadar air kosong sebaliknya air oren.

"It's okay...Oppa pergi tandas kejap.",kata Chan lembut.

"Macam mana ni...lepas ni ada kelas lagi.",Yeina masih rasa bersalah.Kenapalah perkara yang tidak diingini selalu berlaku di depan Chan.

"Tak apa..Oppa ada baju spare...tunggu kat sini tau korang.",pesan Chan lalu beredar dari situ.

"Yeina...tak payahlah sorok muka tu.Biasalah sembur-sembur masa makan kan? Oppa dulu pun pernah jugak tersembur.",pujuk Bambam.

Biasa dia cakap? Keluarga Bambam Oppa ni dukun ke apa?

♡˖◛⁺♡

Habis saja waktu persekolahan,San berlari mendapatkan Hongjoong yang baru saja pulang dari klinik.

"Macam mana dengan Youngbin? Dia sakit apa?",tanya San walaupun itu bukanlah perkara sebenar yang hendak dikatakannya.

"Dia okay je...cuma dia stress sikit.Aku pun tak taulah dia stress apa.Nak cakap belajar kuat sangat,kuat lagi dia tidur.",beritahu Hongjoong.

"Wey...kau nak tahu tak?",soal San lagi.

"Apa lagi...cepat sikit.Aku lambat kejap lagi,mulalah Yeina tu nak mengadu dekat Eomma aku...",kata Hongjoong.

"Aku nampak Chan dengan Yeina rehat sama-sama tadi.",beritahu San dan Hongjoong tidak memberi sebarang respon.

"Jadi...kenapa kalau Yeina rehat DENGAN CHAN???!!!",mereka berdua menjadi perhatian bila Hongjoong meninggikan suaranya.

San sudah menggaru kepalanya kerana tidak menyangka Hongjoong akan memberi respon sebegitu sekali.

"Senyap lah sikit...aku tak habis cerita lagi.",tegur San.Matanya juga melilau risau Chan dan Bambam terdengar.

"Apa lagi? Baik kau bagitahu sekarang.",hidung Hongjoong sudah kembang kempis menahan marah.

"Aku nampak Chan lap mulut Yeina macam ni.",San membuat semula adegan Chan dan Yeina seperti yang dilihatnya tadi.

"Aku balik dulu...",Hongjoong berlari meninggalkan San.

Yeina menyumpah seranah Hongjoong di dalam hatinya bila lelaki itu lambat sedangkan pelajar senior yang lain sudah keluar.

"Yeina!!!",jerit Hongjoong dan Yeina hanya membuat muka selamba.

"Kau rehat dengan Chan??",tanya Hongjoong di situ juga dan Yeina sedikit pun tidak terkejut.

"Yelah...sebab Han tak datang.Aku rehatlah dengan Chan Oppa sekali dengan Bambam Oppa...salah ke?",jelas Yeina walaupun di dalam hatinya berdoa supaya Hongjoong tidak mengadu kepada ibunya.

"Salah...sebab kau bersweet-sweet dengan dia!",balas Hongjoong lagi.

Yeina menarik nafas dalam.Kecil besar kecil besar je dia tengok lubang hidung Hongjoong ketika itu.

"Apa benda sweet? Sebab dia tolong lapkan mulut aku? Dah kalau comot mestilah kena lap tak kan nak suruh aku jilat pulak? Aku tahulah kau jeles kan sebab aku dah ada partner.",panjang lebar Yeina melepaskan geram.

"Aku bagitahu Eomma..",Hongjoong menghabiskan kata sebelum melintas jalan.Disebabkan tidak sabar hendak pulang,dia melintas tanpa menoleh ke kiri kanan.

"Oppa!!!",jerit Yeina dan Hongjoong memejamkan matanya bila melihat kenderaan yang semakin menghampirinya.

Hongjoong membuka matanya perlahan-lahan dan dadanya terasa sempit disebabkan seorang lelaki berada di atas badannya.

"Kau okay tak? Ada luka kat mana-mana?",tanya Chan selepas bangun dari situ dan Hongjoong menggeleng.

San dan Bambam pula yang berpelukan melihat detik-detik cemas tadi, cepat-cepat meleraikan pelukan.

"Kau ni kenapa bodoh sangat...dah nampak kereta tu lari,bukan pejam mata!",marah Yeina lalu memukul lengan Hongjoong.

Selepas memastikan keadaan Hongjoong okay,Chan mengajak Bambam untuk pulang.Baru saja mengorak langkah,namanya diseru.

"Chan...komawo sebab selamatkan aku.",ucap Hongjoong dan Chan hanya tersenyum lalu mengangguk.

♡˖◛⁺♡

"EOMMA!!!! APPA!!!",jerit Yeina kerana tidak sabar hendak bercerita tentang kejadian yang menimpa Hongjoong tadi.

Puan Ahn dan Encik Kim keluar dari dapur bila mendengar anak gadisnya menjerit.

"Apa menjerit-jerit macam Tarzan ni?",marah Puan Ahn.

"Tadikan...Oppa nak kena langgar.",beritahu Yeina dengan bersungguh.

Puan Ahn menarik nafas terkejut kemudian terus menghampiri Hongjoong yang baru saja melangkah masuk.

"Kenapa tak hati-hati? Eomma dah banyak kali pesan kalau lintas jalan tu pandang kiri kanan...kalau kena langgar tadi,tak ke mati kau kat situ?",marah Puan Ahn.

Hongjoong menjeling Yeina kerana dia sudah berpesan supaya adiknya merahsiakan perkara itu.

"Entah...nasib baik Chan Oppa tolong..kalau tak,terbang dah si Hongjoong ni.",sambung Yeina lagi.

"Chan? Bang Chan?",tanya Encik Kim dan Yeina mengangguk laju.

"Dah pergi mandi...lepastu turun makan.Petang ni ada kelas kan?",suruh Puan Ahn.

"Hongjoong..ada luka mana-mana? Biar Eomma bersihkan.",tanya Puan Ahn.

"Ada...tapi calar sikit je.",jawab Hongjoong.

Petang itu,

Yeina tersenyum lebar bila Han datang ke rumahnya untuk menghadiri kelas.

"Kenapa kau datang...kan tak sihat lagi.",tanya Yeina.

"Aku bosan duduk rumah.",jawab Han sepatah.

Kemudian Chan pula tiba di rumah dan bermulalah kelas seperti biasa.

Selesai saja waktu kelas,Puan Ahn mengajak Chan untuk makan malam bersama.Walaupun Chan sedaya upaya menolak,namun Puan Ahn tetap memaksanya hingga Chan terpaksa mengalah.

"Tak apa...nanti Ahjumma bagitahu Eomma kamu..Han pun jom makan sekali.",pelawa Puan Ahn.

"Kamsahabnida Ahjumma.",ucap Han dan Chan serentak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro