˖◛⁺ 11 ˖◛⁺
Flashback,
Yeina menunggu Han di bangku taman yang selalu menjadi tempat perjumpaan mereka berdua.
"YEINAA!!!",kedengaran suara Han memanggil dan Yeina menjeling kerana lelaki itu lambat dari waktu yang dijanjikan.
"Apa? Selalu lambat ..kau tahu tak cahaya matahari waktu petang ni tak bagus untuk kulit.",marah Yeina sebaik sahaja Han berdiri di depannya.
"Mianhae....aku cari barang tadi,tu yang lambat.",jelas Han dan Yeina hanya memberi pandangan kosong.
Han menggaru belakang kepalanya kerana berasa bersalah.Kalau Yeina merajuk,tidak gembiralah harinya kerana gadis itu selalu banyak saja ceritanya tapi kalau sudah merajuk,bercakap pun tak nak.
"Kau merajuk...aku tak nak bagi hadiah.",ugut Han dan ugutannya berhasil bila gadis itu mula menoleh ke arahnya.
"Hadiah apa? Mana ada aku merajuk...tadi tu saja je aku berlakon.",Yeina memberi alasan dan Han sudah tersenyum menang.
Han menyeluk poket hoodie yang dipakainya lalu mengeluarkan sesuatu yang sudah dibalut kemas.
"Ni....janji dulu kau tak merajuk.",Han memberi amaran dan Yeina mengangguk laju lantas mengambil barang tadi.
"Wahhh....cantiknya.Kau beli kat mana ni?",tanya Yeina dengan nada teruja.
Matanya masih tertumpu pada seutas rantai tangan yang dihiasi dengan bintang dan bulan yang bersaiz kecil.
"Kedai Eco...aku nampak cantik,aku belilah.",usik Han.
"Bagitahu jelah...tak payahlah nak berahsia dengan aku.",desak Yeina kerana dia tahu rantai tangan itu ialah rantai tangan yang mahal.
"Mianhae...tapi aku tak boleh bagitahu.",Han tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan dari mana dia mendapatkan rantau tangan itu.
"Kenapa kau bagi aku? Tiba-tiba je.",tanya Yeina.
"Saja...tapi aku nak kau janji dulu sebelum kau pakai rantai tangan tu.",ujar Han.
"Apa?",
"Kau jangan tanggal pun rantai tangan tu sampailah kau tinggalkan aku.",pesan Han dan Yeina memberi pandangan menyampah.
Dah kenapa nak buat janji dalam drama kat sini.
"Ye janji....buat apa aku tinggalkan kau..tolong pakaikan rantai tangan ni cepat.",Yeina menghulurkan rantai tangan tadi dan Han mengambil lalu dipakaikan pada pergelangan tangan Yeina.
End flashback
Han mengelap air matanya yang hampir saja mengalir.Buat kali pertama dalam hidupnya,air mata lelakinya jatuh kerana seorang gadis.
Yeina...sebenarnya Oppa,sukakan Yeina.
Kata-kata itu masih terngiang di telinganya.Bukan niatnya hendak memasang telinga dengan perbualan antara Chan dan Yeina tetapi dia terdengar kerana hendak memanggil Yeina bila rantai tangan yang diberinya dulu, tercicir dan di situlah segala benda yang didengari,menghancurkan hatinya.
"HAN!!!",suara gadis itu menghentikan lamunannya dan Han segera memandang Yeina yang melambai dari jauh.
"Apa?",tanya Han.Suaranya bergetar kerana menahan tangis.
"Jom masuk kelas dulu...nanti aku cerita.",Yeina memaut bahu Han menuju ke kelasnya.
♡˖◛⁺♡
Bambam menghampiri Chan yang baru melangkahkan kaki ke dalam kelas dan perkara itu menarik perhatian Hongjoong kerana Chan bukanlah seorang yang akan melengahkan masa.
"Macam mana?",tanya Bambam dalam keadaan berbisik risau didengari pelajar kelasnya yang lain.
Chan tersenyum lalu mengangguk.Telinganya sudah kemerahan kerana menahan malu.
"Kan aku dah cakap...confess je senang.Congrats bro,sebab dah tak sendu.",ucap Bambam sambil menepuk bahu Chan tanda bangga.
"Dah kenapa Chan masuk kelas lambat...bukan dia selalu awal ke?",tanya Hongjoong dan matanya masih melihat dua sahabat itu berbual.
"Sakit perutlah tu...husnuzon.",ujar San yang sedang membaca komik yang dibawa secara sembunyi.
"Takkan lah sakit perut,masuk kelas senyum-senyum...tak pelik ke?",Hongjoong masih tak berpuas hati.
San menutup komiknya lalu menarik nafas dalam.
"Kau kenapa asyik tanya....ke kau syok kat dia? Jangan cakap ye.",San menudingkan jari ke arah kawan baiknya.
Hongjoong mencubit lengan San kerana memberi andaian yang buruk untuk imejnya sebagai pelajar yang dicontohi.
"Aku tanya je...bukan apa pun.Cuma dia nampak pelik.",jelas Hongjoong.
"Memang pelik pun...kau tahu tak,semalam rasanya aku nampak dia macam lari dari seseorang lepastu aku tegur lah dia...",San mula menceritakan perjumpaan 10 saatnya dengan Chan tempoh hari.
"Aku tanyalah kenapa dia lari...lepastu dia cakap tak ada apa and then dia cakap terima kasih kat aku.",sambung San.
"Mungkin dia ada tekanan mental sebab selalu mengajar Yeinalah aku rasa.",Hongjoong memberi andaian dan San tergelak besar.
"Mengarut gila kau....kesian Yeina sebab kena tuduh macam tu.",ujar San.
Di kelas Yeina,
"Chan Oppa mengaku yang dia suka aku...lepastu dia cakap yang nota kata atas meja tu,Chan Oppa yang bagi.",cerita Yeina dengan senyuman yang masih meleret sejak tadi lagi.
Han hanya tersenyum tawar mendengarkan itu dan Yeina perasan dengan tingkah laku Han yang lain dari kebiasaannya.
"Kenapa kau murung ni? Kau sakit ke?",tanya Yeina dan Han hanya menggeleng.
"Ouh..lupa nak bagi kau ni.",Han memberi rantai tangan yang diambilnya tadi dan Yeina kelihatan terkejut.
"Macam mana boleh tercicir ni? Nasib baik kau jumpa...tolong pakaikan..",pinta Yeina manja dan Han hanya menurut permintaan kawan baiknya.
"Kau takkan tinggalkan aku kan?",soal Han semasa memakaikan rantai tangan itu.
Yeina mengerutkan dahinya mendengar soalan Han.Sejak bila pula lelaki itu pandai serius.
"Kenapa tanya macam tu? Takkan lah sebab aku dah official dengan Chan Oppa,aku nak tinggalkan kau pulak.",kata Yeina.
"Okay...tu je aku nak dengar.",jawab Han pendek.
Yeina terpinga-pinga dengan perangai Han dan belum sempat nak bertanya lebih lanjut,Jongho sudah pun melaungkan selamat tengah hari disebabkan guru yang mengajar sudah masuk ke dalam kelas.
♡˖◛⁺♡
Yeina masuk ke dalam rumah sambil menyanyi kecil.Hari itu ialah hari yang paling menggembirakan baginya.Hongjoong juga sudah naik pening melihat Yeina yang angau sepanjang perjalanan pulang.
"Lebar senyum hari ni....selalu masam je muka tu.",tegur Encik Kim.Hari itu dia tidak ke pejabat kerana diberikan cuti selepas seminggu bekerja lebih masa.
"Yeina happy ni....",beritahu Yeina.
"Sebab apa? Bukan kamu selalu happy ke sejak bila pulak kamu bersedih.",perli Encik Kim.
Hongjoong sudah pun naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri.Dia bukan seperti Yeina yang akan berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu perkara.
Yeina mengambil tempat di sebelah ayahnya lalu memeluk badan Encik Kim erat.
"Appa nak tahu tak...",tanya Yeina dan Encik Kim mengangguk.
"Chan Oppa suka Yeina..",beritahu Yeina lalu menutup mukanya kerana malu.
Encik Kim membulatkan matanya mendengarkan itu.Patutlah gembira semacam anak gadisnya itu,dalam hati ada taman rupanya.
"Lepastu...bila nak kahwin?",seloroh Encik Kim dan Yeina menepuk lengan ayahnya kerana geram.
Baru hari itu dia mendapat tahu,tak akanlah nak bincang pasal kahwin pula.
"Mengarut....dahlah,Yeina nak mandi.",Yeina meninggalkan Encik Kim di ruang tamu.
"SARANGHAEEE APPA!!",jerit Yeina dari arah tangga dan Encik Kim hanya menggeleng kepalanya.
♡˖◛⁺♡
Memandangkan hari itu tiada kelas tambahan di rumahnya,Yeina bermalasan di atas katilnya sambil bermain telefon.Tangannya menekan skrin telefonnya berkali-kali.
"Unfollow....okay ni pulak....done unfollow...",Yeina berkata sendirian.
Semua akaun crush yang di follownya di Instagram,sudah di unfollow.Habis lenguh jarinya kerana meng un follow crush nya yang bukan seorang dua itu.
Jarinya berhenti menekan skrin telefon bila satu notification masuk.Senyuman serta merta meleret hingga ke telinga sebaik melihat nama penghantar mesej itu.
Chan Oppa❤️🙈
Yeina...boleh jumpa kat taman depan ni tak?
BOLEH!!! LAMA KE??
Nope...just for 60 seconds.
Okay...jap lagi Yeina jumpa Oppa.
Yeina menggaru dagunya membaca pesanan yang dihantar Chan.60 seconds? Matanya dinaikkan ke atas untuk mengira jumlah 60 saat yang dikatakan Chan.
"Ah lantaklah...",Yeina mencampakkan telefonnya ke atas katil lalu menuju ke almari untuk mencari baju yang akan dipakainya.
♡˖◛⁺♡
Di taman,
Chan mengoyakkan daun-daun kering yang gugur di situ.Matanya memandang suasana taman itu di petang hari.Tidak ramai budak-budak yang ada di situ melainkan orang dewasa yang melakukan senaman.
"Oppa...Yeina dah sampai.",kata Yeina dan Chan tersenyum.
"Kenapa nak jumpa Yeina?",tanya Yeina.
"Oppa ajak sini sebab nak jumpa Yeina je...tak ada sebab lain pun sebenarnya.Sebab tulah Oppa kata nak jumpa Yeina 60 saat je.",jelas Chan dan Yeina tak menjawab.
60 saat tu bukan satu jam ke? Takkan lah dia nak pandang muka aku selama sejam? Lain macam pulak Chan Oppa ni.
"Oppa nak jumpa Yeina selama sejam sebab nak bertentang mata je?",tanya Yeina polos dan Chan menggigit bibir bawahnya.Kecewa kerana gadis itu belum menguasai subjek Matematik.
"Yeina-ssi....60 saat tu seminit ye.60 minit baru sejam.",beritahu Chan dan Yeina tergelak malu.
Habislah lepas ni,Chan panjangkan kelas matematik disebabkan hal ni.
"Okay jom balik....dah cukup seminit.",ajak Yeina kerana dia sudah malu nak menghadap muka Chan lama-lama.
"Ouh...biar Oppa hantar Yeina.",pelawa Chan dan Yeina hanya membiarkan lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah.
Sebaik saja Yeina menutup pintu rumahnya,Chan mengambil langkah pergi dari situ.Dapat berjumpa seminit pun dah cukup baginya untuk berjumpa Yeina.
Mata Chan tertumpu pada skrin telefon kerana membalas mesej yang dihantar Bambam.Tanpa disedarinya,sebuah motosikal menghampiri dari arah belakang.
Pin! Pin!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro