Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖◛⁺ 1 ˖◛⁺

Seorang lelaki masuk ke dalam bilik dengan langkah berhati-hati,risau penghuni bilik itu terjaga dari tidur.Tangannya menyembunyikan 'sesuatu' di belakang.Kelihatan seorang gadis lena dengan tidurnya hingga ternganga mulut.Tanpa melengahkan masa,lelaki tadi menyuapkan 'sesuatu' yang dibawanya tadi ke dalam mulut gadis itu.

"Wek...wek...",serta merta gadis itu terduduk dan memuntahkan semula apa yang disuap lelaki tadi.Cecair kuning keluar dari mulut dan terkena selimut Mickey Mouse kesayangannya.

"AHAHAHAHA!!,",lelaki itu sudah melarikan diri namun suara tawanya masih kedengaran. Gadis tadi menarik nafas dalam.

"YAH KIM HONGJOONG!!!",jeritnya sekuat hati.

Sepasang suami isteri yang berada di meja makan hanya mampu menggeleng kepala.Setiap pagi,tak sah kalau tiada suara jeritan dan ketawa dua orang anak mereka.

"Hongjoong buat hal lagi lah tu...entah apa yang diusik pagi-pagi macam ni.",bebel Puan Ahn.

"Yeina tu pun sama,liat sangat nak bangun...mana tak si Hongjoong kacau.",kata Encik Kim pula.Dua orang anak seperti 10 orang baginya,pening kepala nak difikirkan.

Hongjoong turun tangga sambil tersengih-sengih.Puas hati bila taktik menyuapkan telur kuning mentah yang diviralkan dalam aplikasi Tiktok,menjadi untuk adik perempuannya.

"Appa!!!",Yeina memanggil ayahnya untuk mengadu.Dengan telur kuning yang masih tersisa di mulutnya,dia menghampiri Encik Kim.Selimut kesayangannya juga dibawa sebagai bahan bukti perbuatan haram si Hongjoong.

"Oppa jahat!! Dia letak telur kuning mentah dalam mulut Yeina!! Gelilah!! Selimut Yeina pun kena sekali!!",adu Yeina sambil menunjukkan selimut Mickey Mouse.Kaki dihentak-hentak tanda tak puas hati.

Hongjoong memandang dengan pandangan menyampah.Itu sajalah pekerjaan Kim Yeina,mengadu lepastu nak menangis bagai.Dia yakin yang adik perempuannya tak akan disokong ibu bapanya kerana memang Yeina yang bersalah.

"Sempat pulak kau nak mengada dekat sini...pergi mandi sekarang! Nak pergi sekolah pukul berapa ha?",marah Puan Ahn.

Hongjoong tersenyum menang manakala Yeina mencebik mulut kerana tak disokong Puan Ahn dan segera naik semula ke tingkat atas membersihkan diri untuk ke sekolah.

"Hongjoong...kau bayar balik 2 ringgit sebab guna telur kat dapur...ingat Eomma beli guna daun?",kini Hongjoong menjadi mangsa.

Hongjoong menggaru belakang kepalanya sambil tersengih.Encik Kim memang akan menjadi pemerhati setiap kali pergaduhan antara Hongjoong dan Yeina berlaku.Malas nak dilayan.

♡˖◛⁺♡

Di sekolah,

Yeina masuk ke kelas dengan malas.Hilang semangatnya nak belajar disebabkan abang tak gunanya itu.Kerusi ditarik dan Yeina meregangkan badannya.

"Kena prank lagi lah tu kalau muka macam cuka.",tegur kawan baiknya.

"Aku serabut lah dengan babun tu,Han.",adu Yeina kepada kawan baiknya,Han Jisung.

Han hanya tertawa mendengarkan itu.Memang itu saja alasannya nak bermasam muka di pagi hari kalau tak lain tak bukan,kerana abangnya.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa...lainlah aku ada kat rumah kau.",jawab Han dan Yeina mengeluh kecil.

"SELAMAT PAGI RAKAN TAULAN KU!!",kedengaran suara lantang menyapa.

Han dan Yeina memandang serentak ke arah suara yang sangat dikenali di kelasnya itu.Nasib baiklah suara merdu,tak adalah nak bernanah telinga masing-masing.

"Jongho...pergi audition jelah daripada memekak kat kelas ni.",tegur Bomin,salah seorang pelajar dari kelas itu.

Jongho menunduk tanda minta maaf.Memanglah dia cuba mengawal perasaan terujanya namun tak boleh setiap kali kakinya menjejakkan kaki ke kelas.

Hongjoong mengeluarkan buku untuk mengulang kaji semula pelajaran semalam.Walaupun di rumah,perangainya haram tetapi di sekolah,perangainya sangatlah terpuji lagi dipuji.

"Joong...semalam ada homework ke ea?",tanya San.Walaupun berkawan baik dengan Hongjoong namun kerajinan dan kebijakan Hongjoong tak dapat diwarisinya.

"Ada...Chan tak datang ke hari ni?",jawab Hongjoong seraya bertanya.San melihat tempat Chan yang masih kosong lalu menggeleng.

"Annyeonghasayeo",baru saja disebut,terus muncul kelibatnya.

Bang Chan ialah pelajar yang agak terkenal di sekolah itu termasuklah Hongjoong.Mereka berdua ialah pelajar harapan sekolah kerana selalu bersaing untuk mendapatkan tempat pertama bukan sahaja di kelas namun di sekolah juga yang mana disebabkan itu,Hongjoong tak menyukai Chan walaupun lelaki itu tak membuat apa-apa kesalahan.

"Lambat datang...terlajak tidur ke wey?",perli Bambam,kawan baik Chan.

Chan tersenyum lalu menggeleng.Matanya tertumpu pada Hongjoong yang memandang dengan pandangan kosong.Chan hanya membiarkan Hongjoong kerana dia juga pelik bila Hongjoong merenungnya seperti dia ada membuat kesalahan.

"Aku ingat dia tak datang hari ni...menyampah lah aku.",rungut Hongjoong tak puas hati.Baru saja nak bersorak dengan ketidakhadiran musuhnya itu.

"Kau ni tak rileks la Joong...Chan tu aku tengok okay je,kau nak marah kenapa?",tanya San hairan.Dia juga berkawan dengan Chan dan mengenali hati budi kawan sekelasnya itu.

"Kau tak faham memanglah ..dahlah aku nak study ni...pergi tempat kau,aku dah bagi homework semalam kan.",halau Hongjoong.

♡˖◛⁺♡

Waktu persekolahan sudah tamat dan semua pelajar berpusu-pusu kerana tak sabar nak pulang ke rumah masing-masing.

Yeina menunggu abangnya untuk pulang bersama.Han pula sebaik saja melangkah keluar,terus ayahnya datang menjemput meninggalkan Yeina sendirian di situ.Oleh kerana Hongjoong merupakan senior di sekolah itu,agak lambat dia keluar dari kelas.

"Mana babun ni...hitamlah aku duduk lama-lama kat sini.Pakwe hensem tak nak pulak lalu kat sini,sejuk sikit mata.",bebel Yeina sambil menunggu di hentian bas.

Dalam 5 minit kemudian,barulah kelihatan pelajar senior keluar dari pagar dan mata Yeina tertangkap seorang lelaki iaitu musuh sejati abangnya,Chan yang sedang tertawa dengan kawannya.

"Hensem gila...",puji Yeina dan matanya sedikit pun tak beralih.

"Mata tu jaga...",kepala Yeina ditepuk Hongjoong dan Yeina memukul semula bahu abangnya.

"Oppa...siapa tu,hensem lah.",tanya Yeina ingin tahu.Hongjoong melihat lelaki yang dimaksudkan Yeina dan serta merta hatinya terasa panas.

"Hensem apa nya macam tu...mata sepet,hidung besar,rambut kerinting pastu putih macam tak ada darah...taste kau memang teruklah Yeina.",kutuk Hongjoong sepuasnya.

Yeina memandang abangnya sambil mengangkat kening.Laju betul mulut nak mengutuk orang.Macamlah dia tu hensem sangat.

"Alah...kau jeles lah tu.Aku tanya terus nak melenting..Jomlah balik,panas tau tak.",ajak Yeina lalu meninggalkan Hongjoong di belakang.

"Tak ada masa aku nak jeles.",kata Hongjoong sendirian.

♡˖◛⁺♡

Ting tong,Ting tong,Ting tong,Ting tong!!

Hongjoong menekan loceng rumah berkali-kali hingga mahu tenggelam dibuatnya loceng itu.

"SABARLAHH!!",dengar saja singa mengaum dari dalam,segera dia mengalihkan jarinya.

Pintu dibuka dan dua beradik itu terkejut bila Puan Ahn memegang sebilah pisau pemotong.

"Eomma tengah masak kat dapur...tak reti bersabar betul dua ekor ni..",marah Puan Ahn sebelum menuju ke dapur semula.

Yeina dan Hongjoong menahan tawa bila dimarahi.Masing-masing bertentangan mata dan mereka sudah tahu apa yang dibicarakan walaupun melalui mata.

1,2,3!!

"SIAPA MASUK RUMAH FIRST,DIA MANDI DULU!!!",Hongjoong cepat-cepat melangkah masuk dan dikejar Yeina.

"AKU DULU!!! TAK ACI!!!",Yeina tak nak mengalah.

Puan Ahn di dapur hanya menahan sabar.Kalaulah hilang kesabarannya,dah lama dua beradik itu digulainya.Tangannya laju memotong bahagian ayam untuk dimasak sebelum Encik Kim balik dari kerja.

Semasa makan,

"Minggu depan exam kan?",tanya Encik Kim dan Yeina mengangguk.

"Yeina,Appa harap kamu dapat score exam kali ni...jangan banyak sangat stalk crush kat ig.",pesan Encik Kim dan diselit juga perlian.

Yeina hampir tercekik tulang ayam bila ayahnya menyebut perkataan 'stalk crush'.Macam mana ayahnya boleh tahu kerja sambilannya itu.Dia memandang Hongjoong dan abangnya tersenyum jahat.

"Alah...bukan ada apa pun...Oppa tu,Appa tak nak pesan pulak.",kata Yeina tak puas hati.

"Aku ni budak pandai,pejam mata pun dapat markah penuh.",balas Hongjoong semula.Yeina menjelirkan lidah.

"Jelirlah lidah tu...Eomma potong baru tahu..",marah Puan Ahn.Yeina menjeling dalam diam bila abangnya disokong.Tahulah Hongjoong tu budak pandai.

"Appa ada benda nak bagitahu ni.",sambung Encik Kim lalu memandang isteri yang duduk di sebelahnya.

Hongjoong yang melihat itu laju meneka.

"Kiteorang nak dapat adik ke? Yeye...nak kembar Eomma!",Hongjoong sudah melompat kegembiraan.

"Adik apa bendanya...korang dua ekor pun dah macam 10 orang.",ujar Puan Ahn dan keterujaan Hongjoong beransur hilang.

"Habis tu apa?",tanya Yeina pula.

"Kalau Yeina tak dapat score exam kali ni,Eomma dengan Appa akan ambik seorang tutor untuk Yeina.",jelas Encik Kim.

"Tak naklah Appa!! Yeina tak sukalah tutor-tutor semua ni...Oppa ada kan nak ajar Yeina.",bantah Yeina.Malas betullah nak menghadap buku 24 jam.

"Memang taklah aku nak turunkan ilmu aku kat kau.... sia-sia nanti... silap-silap berjangkit bodoh kau kat aku.",Hongjoong menolak sekaligus mengutuk Yeina.

"Kalau tak nak... score exam,semua ni atas result kamu nanti..arasseo?",ujar Encik Kim pula.

"Arasseo...Yeina akan buktikan yang Yeina ni sebenarnya bijak.",kata Yeina penuh yakin dan Hongjoong tersenyum sinis.

Entah kenapa Kim Yeina agak kurang dalam pembelajaran tak seperti abangnya.Mungkin kerana tekanan mental disebabkan usikan abangnya setiap pagi,siapa tahu?

I'm back guys!!! Nama Kim Yeina ni inspirasi dari nama adik Yana sebenarnya hahaha dah alang2 tu rembat jelah kan nama dia...enjoy ❤️❤️

Tags:

CherryMySunshine_,changbingyu_,

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro