Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Nota Pengarang

Selamat datang ke 'Nota Pengarang' Kronika Inderagana.
Ini ialah segmen khas selang setiap 5 bab. Di sini, saya akan berkongsi catatan-catatan saya sepanjang menukang cerita ini.

Assalamualaikum!
Niemza di sini! (◠‿・)-☆
Terima kasih kerana sudah baca sehingga bab 10 Kronika Inderagana. Saya sangat menghargai sesiapa yang sudi tinggalkan undi dan komen. I feel so validated!

Sebelum lupa, saya nak meraikan 'Kronika Inderagana' telah mencapai 500+ views dan undian ⭐ yang ke-100 datang dari Welcome_Fantasy!

............................................................................

Baiklah, jika sebelum ini saya kongsikan tentang sistem pertahanan Inderagana, kali ini saya teruja pula nak kongsikan aspek pembinaan semesta saya dari segi sistem pemerintahan.

Untuk mencipta sistem pemerintahan Inderagana, saya telah menggunakan bentuk sistem pemerintahan kerajaan melayu sebagai asas.

Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan-kerajaan Melayu (kecuali Negeri Sembilan) mengamalkan Sistem Pembesar 4 Lipatan yang serupa dengan Kesultanan Melayu Melaka, tetapi dengan gelaran yang berbeza.

Maklumat yang saya kumpul di bawah ialah maklumat secara umum, boleh jadi tidak tepat kerana sekadar untuk menjadi rujukan menulis fiksyen sejarah yang berlatarkan kerajaan Melayu lama.

Maklumat yang saya kumpul ialah seperti berikut:

[ Raja/Sultan: Pentadbiran Seluruh Negara ]

Raja/Sultan:

- Merupakan pemegang tampuk pemerintahan
- Mempunyai kuasa mutlak
- Merupakan ketua agama
- Dibantu oleh sistem pembesar

[Pembesar 4 : Pentadbiran Peringkat Pusat/Tanah Jajahan]

1. Bendahara:
- Ketua pentadbir negara
- Penasihat raja
- Pemangku raja ketika gering
- Ketua turus angkatan perang
- Ketua hakim
- Menjaga alat-alat kebesaran ketika kemangkatan Sultan.

2. Temenggung:
- Ketua polis
- Ketua penjara
- Ketua protokol Istana
- Hakim kes-kes jenayah di darat
- Penguasa Kota Melaka
- Bertanggungjawab dalam keselamatan negeri

3. Penghulu Bendahari
- Menguruskan perbelanjaan negara
- Ketua Bendahari
- Ketua Urus Setia Istana / Setiausaha
- Ketua Syahbandar
- Pemungut Cukai atau Ufti

4. Laksamana:

- Ketua Angkatan Laut
- Ketua Keselamatan Sultan
- Ketua Urusan Diraja ke Seberang laut.

[Pembesar 8: Pentadbiran Peringkat Daerah*]

Seorang bangsawan dilantik oleh raja untuk menguasai sesuatu kawasan (beberapa buah kampung atau lembah) dengan sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.

Ketua-ketua kampung tersebut pula bertanggungjawab untuk berkhidmat dengan pembesar tersebut.

Berdasarkan laman web Diraja Pahang, berikut ialah gelaran-gelaran untuk Pembesar-pembesar berlapan yang diwariskan sehingga hari ini. Ada tokoh-tokoh dalam sejarah yang dianugerahkan pangkat ini atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada negeri. (Lain negeri lain gelarannya untuk Pembesar Berlapan ini.)
1. Dato' Setia Muda
2. Dato' Setia Lela
3. Dato' Setia Perkasa
4. Dato' Setia Pahlawan
5. Dato' Setia Raja
6. Dato' Setia Wangsa
7. Dato' Setia Amar Segara
8. Dato' Setia Penggawa

[Pembesar 16 : Pentadbiran Peringkat Mukim*]
Tidak ada maklumat yang jelas mengenai siapa yang berada di peringkat ini kecuali, "Raja dibantu oleh Pembesar Berempat, 8,16 dan 32."

Oleh itu, saya mengagak bahawa di peringkat 16 & 32 ini adalah anak-anak buah yang melapor kepada Pembesar Berlapan. Saya letakkan sahaja jawatan Syahbandar & Hulubalang di sini kerana kepentingannya.

Syahbandar:
Jawatan ini sebenarnya tidak dapat dipastikan hierarkinya dalam organisasi pemerintahan kerana diwujudkan kemudian. Peranan Syahbandar:
- Pengawai pelabuhan
- Menguruskan cukai
- Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal
- Menguruskan gudang
- Menguruskan pasar
- Menjaga kebajikan pedagang
- Menjaga keselamatan pedagang
- Menjadi hakim di pelabuhan

Hulubalang Besar*:
Terkait dengan kekuatan Militari. Mungkin kita dapat menganggap para panglima, tentera dll ialah anak buah Temenggung & Laksamana.
- panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantera, seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan.

[Pembesar 34 : Peringkat Kampung]

Penghulu/Penggawa:
Kampung merupakan unit politik terkecil dalam pentadbiran Kerajaan Melayu. Penghulu juga menjadi perantara antara rakyat jelata dan pemerintahan. Antara peranan lain penghulu ialah:
- menjaga keamanan kampung
- membekalkan tenaga tentera semasa berlaku peperangan
- menyediakan buruh dari kampungnya dibawah system kerah dan serah
- memunggut cukai dan hasil-hasil
-memastikan penduduk kampong taat setia kepada sultan dan pembesar daerah.
- memelihara keamanan dan keselamatan
- menghakimi kes-kes jenayah kecil dan menjatuhkan hukuman.
- menyampaikan maklum balas rakyat kepada pihak kerajaan

Maklumat-maklumat yang saya baru sahaja nyatakan boleh jadi betul, boleh jadi salah. Satu yang menjadi frustrasi saya ialah apabila perkara-perkara seperti ini hanya disentuh secara permukaan dalam buku teks sejarah. Maklumat lebih lanjut tidak tersedia di internet. Atau mungkin saya tak tak cukup periksa. Mungkin juga, maklumat yang saya cari ada di muzium, buku dan kitab. Tapi saya tak berkemampuan untuk mendapatkan sumber-sumber ini... ಥ‿ಥ

Jadi, berdasarkan cebisan-cebisan maklumat yang saya ada, saya bina sistem pemerintahan Inderagana. Strukturnya ikut berubah apabila sejarah Inderagana mula terbina sambil saya menulis. Jujur, banyak juga saya terpengaruh 'noble peerage' latar zaman pertengahan Eropah.

Hendak kata genre
𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐍𝐀
ini genre sejarah, adalah tidak tepat. Kalau fiksyen sejarah? Mungkin? Inderagana tercipta dari keperluan jalan cerita dan semesta ini berkembang sendiri semakin saya 'brainstorming'. Latar, istilah dan budaya, ketara bangsa Melayu tapi Inderagana hanyalah negara fiksyen. Ada pula unsur magis, menjadikan cerita ini, ada genre fantasi sebagai sub-genre.

Macam Naruto. Terang dan jelas unsur budaya Jepun dalam setiap watak dan latarnya, tetapi mangakanya tidak pernah mengatakan warga Kampung Konoha ialah orang Jepun.

Itu sebenarnya yang saya cuba lakukan dengan cerita ini. Dan, itu sahaja yang saya ingin kongsikan! Cerita belakang tabir, yang mungkin anda berminat nak tahu (atau tidak).

Apa-apapun, terima kasih kerana z2z2,melawat, undi, komen dan kongsi cerita saya!
♡(ӦvӦ。)
Setia nantikan kemaskini setiap hari
JUMAAT, 12 TENGAH MALAM!

Assalamualaikum!
(✿ ♡‿♡)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro