Nota Pengarang
Selamat datang ke 'Nota Pengarang' Kronika Inderagana.
Ini ialah segmen khas selang setiap 5 bab. Di sini, saya akan berkongsi catatan-catatan saya sepanjang menukang cerita ini.
Assalamualaikum, semua!
Niemza di sini. (◍•ᴗ•◍)
Kalau sudah sampai ke bab ini, mesti dah baca 5 bab pertama yang saya terbitkan sejak 1 Julai 2023 yang lalu.
Adakah kalian suka dengan apa yang kalian baca? Silalah komen. Tidak begitu berkenan pun komen juga! (人 •͈ᴗ•͈)
'Kronika Inderagana' ini cerita yang tercetus secara spontan dalam tahun 2018 semasa mengajar kawan-kawan penulis Wattpad teknik merangka cerita menggunakan template cerita yang sedia ada.
Contoh yang saya gunakan ketika itu ialah Naruto. Premisnya, "Bagaimana kalau Naruto itu bukan ninja, tetapi pendekar silat?"
Agak lucu, bukan? Tapi, itulah ideanya.
Tetapi, selepas beberapa tahun, cerita yang bermula tentang rakyat marhaen yatim-piatu, akhirnya telah bertransformasi menjadi kisah anak raja pula.
Walau bagaimanapun, ada beberapa elemen yang masih kekal, iaitu latar masyarakat petarung. Jika Konoha ada ninja, Inderagana ada satria.
Bila membina sebuah negara fiksyen, protagonis pula watak pemimpin yang berada di tampuk pemerintahan, secara tidak langsung banyak perkara tentang negara yang harus saya cipta.
Antaranya, sistem pertahanan dan keselamatan. Mencedok sistem ninja dalam Naruto, diadun pula dengan inspirasi latar Kesultanan Melayu Melaka, saya ciptalah sistem pertahanan Inderagana.
Sejarah, perang dan keadaan politik menyebabkan negara ini harus bersiaga. Rakyatnya dilatih dari awal untuk jadi askar simpanan. Ada tiga kumpulan Satria:
🛡️ Satria Bongsu:
Kanak-kanak yang diajar untuk tolong orang sekeliling.
🏹 Satria Tengah:
Remaja yang dipercayai untuk mengawal keselamatan kampung.
⚔️ Satria Sulung :
Pemuda yang mahir bertempur & kuasai ilmu kebal. Berkhidmat untuk negara dengan menyertai Teras Angkatan Satria
Apa pula Teras Angkatan Satria ini?Militari Inderagana ada 4 angkatan yang dipanggil Teras Angkatan Satria. Macam rumah sukan saya di sekolah menengah dahulu, setiap angkatan ada kod warna dalam seragam masing-masing.😂
PASUKAN PERTAHANAN
1. Satria Darat
bertanggungjawab mempertahankan perbatasan negara di darat. Perbatasan Inderagana bercantum dengan dua negara yang masih berperang dingin. Angkatan ini diketuai oleh Panglima Utama Ragang. Seragam mereka berwarna merah-hitam/putih.
2. Satria Laut
pula bertanggungjawab mengawal perairan Inderagana kerana hampir separuh tanah Inderagana merupakan pesisir pantai. Pemimpin, Laksamana Utama Danung Adraga. Seragam mereka berwarna biru-hitam/putih.
PASUKAN KESELAMATAN
3. Satria Kota
pula bertindak sebagai polis yang mengawal kadar jenayah dalam negara. Diketuai oleh Temenggung Utama Zahari Akwaris. Walaupun setiap daerah di Inderagana ditadbir oleh bangsawan, Satria Kota mempunyai kuasa untuk memantau sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. Seragam mereka berwarna hijau-hitam/putih.
4. Satria Istana
pula eksklusif mengawal keluarga diraja Inderagana, mengangkat adat-istiadat istana dan melaksanakan perintah terus dari raja. Setiap anggota keluarga diraja pula masing-masing mempunyai pasukan pengawal khas. Bentara Utama Muzdamar Nakhir ialah ketua untuk pasukan pengawal raja sekaligus pemimpin Satria Istana.
Gambar-gambar yang saya sertakan ialah lukisan saya untuk rekaan seragam Satria setiap teras. Selain berbaju melayu, bersamping dan bertanjak, anggota berpangkat tinggi akan memakai kain layang khas di bahu sebelah kiri. Mereka juga memakai perisai tubuh ringan.
Melayan angan-angan peribadi, saya masukkan kewujudan senjata api dalam cerita. Selain keris, tombak dan pelbagai senjata tradisional Melayu, saya masukkan terakul, istinggar dan lela untuk digunakan oleh Satria Inderagana. Ini dalam usaha mewujudkan representasi senjata buatan bangsa dalam cerita.
Dalam kembara korang ke bab-bab yang seterusnya, korang akan kerap berjumpa dengan mereka ini.
PENGUMUMAN
KRONIKA INDERAGNA AKAN UPDATE SETIAP HARI JUMAAT.
Jumpa korang nanti!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro