
Bab 7
Kakinya lemah terjatuh ke lantai. Aksi mesra kedua-dua pasangan di hadapannya itu mencarik-carikkan perasaannya. Dadanya sakit. Dia tekan kuat untuk meredakan, namun tidak berkurangan. Aryana menunduk menahan tangis. Tak cukup semalam ditimpa hal biadap yang dilakukan oleh Aryan, hari ini pula dia terpaksa menonton kecurangan kekasihnya. Ya Allah, sungguh berat dugaanMu.
"Kenapa abang sanggup buat Ryana macam ni? Apa salah Ryana pada abang?" Terketar-ketar suaranya cuba meluahkan perasaannya yang terlanjur kecewa tika ini. Dia ingin sekali bangun dan menerkam Kyrel. Hendak menembak segala pertanyaan pada Kyrel, penyebab perangai Kyrel terhadapnya selama ini. Kerana apa Kyrel berubah hati. Kerana apa Kyrel teganya curang dibelakangnya.
"Ryana? What happen?" soal seseorang yang sangat dikenali. Suara itu kedengaran mengejek dia. Siang malam dia dambakan suara itu menemaninya, namun tika ini dia sangat membenci suara itu. Jika dia mampu, dia mahu jadi pekak tika ini, agar bisa yang meracun hatinya tidak semakin kedalam kerana sakit yang ditebuk oleh pemilik suara itu.
"Pergi! Jangan ganggu Ryana lagi!" Bentak Aryana tak terdaya.
"I'm sorry, Ryana. I was stupid. Abang lupa diri. Abang bersalah. Maafkan abang. Ryana bangun, sayang. Kita berbincang elok-elok." Kyrel cuba meraih bahu Aryana, untuk membantu gadis itu bangun. Tak sampai hati membiarkan gadis yang telah lama mendiami hatinya terduduk di tengah ruangan mall itu. Dia mengaku kesalahannya kerana kecurangannya. Namun, hatinya kini tidak ada nama Ryana. Dia tidak boleh menipu dirinya sendiri. Dia hanya ada perasaan sayang terhadap Ryana sebagai kawan rapat. Itu saja yang tersisa.
"Dah. Tak perlu bincang. Ryana tak nak dengar. Abang pergi saja. Buat-buat macam Ryana tak wujud dalam hidup abang. Anggap kita tak pernah kenal." Menggigil bibirnya mengungkap kata yang langsung tak pernah terlintas di hatinya. Sejujurnya dia mahukan penjelasan. Namun, itu tidak dapat menyedapkan hatinya lagi. Tanpa kata-kata dari Kyrel pun, hatinya tidak akan kembali bercantum seperti sedia kala. Hatinya terlanjur hancur. Hancur yang tidak bisa diubati.
"No, jangan macam ni. Abang akan terangkan semuanya. Please, Ryana. Jangan hukum abang tanpa tahu sebabnya. Dengarkan kata-kata abang dulu." Kyrel merayu sesungguhnya. Dengan kekuatan yang dia ada, dia mencempung tubuh Aryana meskipun gadis itu meronta-ronta. Dia terpaksa kerana kedegilan Aryana. Sepanjang tempoh mereka bersama, Aryana memang keras kepala namun gadis itu terlalu baik. Kerana itu, dia berlaku bodoh dan pergunakan kebaikan Aryana demi kepentingannya.
"Lepaskanlah! Ryana benci abang! Benci!" Dia menjerit sekuat hati. Namun, lama kelamaan sakit kepala saling bertelagah. Dia didudukkan di tempat duduk kereta. Tika itu, Aryana terbaring lesu. Entah kenapa badannya terasa tidak berdaya. Namun, dia tahan agar tidak terkulai jatuh. Dia kena kuat. Semua ini tidak apa-apa. Dugaan ini hanya sekecil kuman berbanding dugaan yang dihadapi sebelum ini. Kehilangan Kyrel bukanlah apa-apa.
"Ryana okey tak ni? Sakit kepala? Nak abang tolong picitkan?" Risau mulai menjalar ke ruangan jiwa Kyrel. Salah dia jika Aryana sakit. Ah, teruknya aku. Kenapa jadi lelaki tak berguna begini?
"Tak payah berpura-pura! Hantar Ryana balik!"
"I'm sorry... Please, dengar abang dulu..."
"No! Tak nak! Ryana tak nak dengar apa-apa! Abang penipu! Abang kata abang nak kahwin dengan Ryana! Abang kata abang hanya cintakan Ryana! Tapi tadi abang berpelukan dengan perempuan lain! Abang tipu, Ryana!" Berhamburan air mata menujah keluar dari kelopaknya. Aryana merasa dunianya gelap gulita. Harapannya setinggi langit terhempas ke bumi. Berselerakan. Tiada tersisa lagi untuk dikutip. Tak pernah dia merasai perasaan kecewa seteruk ini. Dadanya sempit dengan kesakitan yang maha dahsyat. Inikah dikatakan sakit patah hati? Ya Allah, peritnya.
"Abang tersuka kat Nadia. Dia easy going. Dia cantik, pandai berfesyen, pandai ambil hati abang dan dia tak kesah kalau abang nak peluk atau pegang tangan dia. Dia tak macam Ryana. Sana sini tak boleh. Abang rasa macam kita ni sekadar kawan. Bila nak berlebih je Ryana tak sudi. Abang bosan Ryana dengan hubungan hambar macam ni."
Remuk redam hatinya bila tahu semuanya berpunca dari itu. Hanya kerana dia menjaga maruah sebagai wanita, Kyrel mula mencari perempuan lain? Tak disangka Kyrel seperti lelaki lain. Buang masa saja dia menghabiskan air mata untuk lelaki tak guna seperti Kyrel! Sakit kepala yang menghentam tidak dipeduli. Dia keluar dari perut kereta. Baru setapak melangkah dia hampir terjatuh, namun digagahkan jua. Dia cuba buka mata luas-luas, hendak terangkan kembali pandangannya yang berbalam kerana dicemari air mata.
Pin! Pin!
Tidak dipeduli hon kereta itu. Bumm!
HAYDEN mundar mandir di kamarnya. Aryana yang terbaring di pandang sayu. Dia tergeleng mengimbas kembali peristiwa dia hampir terlanggar Aryana. Keadaan Aryana kelihatan bermasalah, menonong melintasi depan keretanya tanpa pandang kiri kanan. Belum sempat bonet depan keretanya menyentuh batang tubuh Aryana, gadis itu sudah terkulai layu di situ. Dia keluar dengan keadaan cuak. Muncul pula lelaki tak dikenali hendak memapah tubuh Aryana. Tetapi, Hayden menghalang dan membawa lari Aryana. Dia tidak percaya lelaki yang mengaku sebagai boyfriend Aryana itu adalah lelaki baik. Entah-entah penculik. Sebab itu dia bawa terus Aryana ke apartmentnya.
Dia mengambil tempat di sisi Aryana. Tudung yang masih melekap di kepala Aryana disalut lembut. Belakang tangannya ditekap pada dahi gadis itu. Panas. Demam rupanya, patut tidur pun nyenyak.
"What happen to you, Aryana? Siapa buat kau menangis?" Soal Hayden seorang diri. Dia tak pandai menjaga orang sakit seperti ini. Kusut pula otak. Apa aku nak buat? Ini kalau mama tahu aku bawa perempuan ke rumah, habis aku kena bebel. Haish, cari masalah betullah kau ni.
"Sampai hati abang... Abang jahat!" suara rengekan halus keluar dari dua ulas bibir mungil itu. Mata Hayden yang sedikit kuyu terbuka luas, mula fokus semula pada Aryana. Bahu gadis itu disentuh lembut, cuba mengejutkannya dari mimpi.
"Bangun, Aryana." Macam tiada perasaan, suaranya mendatar keluar dari bibirnya. Dahi itu berkerut seribu, lalu tergerak kiri dan kanan. Seolah-olah sedang bertelagah dengan seseorang. Ditepuk-tepuk pula pipi Aryana bila masih tidak bangun-bangun.
Perlahan-lahan, mata cantik itu terbuka. Kedua-dua tangan Aryana memegang kepala, dipicit-picit kerana kesakitan. Dia mulai merasakan pandangannya kabur, kelihatan sipi-sipi wajah seseorang lelaki. Dikatup semula mata, menahan perih di mata. Lalu dibuka semula. Ternampak jelas wajah kacak milik Tengku Hayden. Jantung Aryana berdegup kencang. Tak dapat menganalis apa yang terjadi. Kenapa dan mengapa dia di sisi Hayden. Dan, di mana dia sekarang?
"S... saya kat mana ni?" Kalut suaranya menyoal. Dia mahu bangun tapi tak berdaya kerana ditolak dengan tangan sasa Hayden.
"Bilik aku. Kau rehat dulu. Aku call doktor peribadi aku." Itu keputusan Hayden. Dia tak pandai jaga orang, jadi panggil sajalah Doktor Lucas. Apa-apa sakit pandai-pandailah Doctor Lucas rawat Aryana.
"Kenapa saya kat bilik tengku?" tanya Aryana gundah. Tak dapat diulang kembali apa yang terjadi. Kepalanya sakit sangat.
"Kau pengsan depan kereta aku. So, aku angkut kau ke sini... Dah, go rest."
Hayden keluar dari bilik tanpa pandang Aryana yang kebingungan. Dia tak ada masa nak berlama bersama Aryana, urusan di pejabatnya masih berlambak. Bergegas dia keluar, dan tanpa dia sedar dia terlupa untuk menghubungi doktor peribadinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro