Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Nasi arab berterabur di bawah kaki Aryana. Dia mengaduh sakit, dan bangun dalam keadaan kepala ting tong. Perasaan malu menyelubungunya kerana ramai mata-mata memandang dia tak berkelip. Ada juga salah seorang dari mereka ternganga. Dan, paling kejam ada yang tergelak kecil. Aryana rasa nak meraung!

Dia duduk dan menggosok kepala, sakitnya macam kena ketuk dengan kuali maknya. Dia nak bangun tapi malu teramat, nak sorok bawah tanah ajelah. Tolonglah seseorang datang bawa dia pergi, nak angkat wajah tak sanggup.

“Kau nak tidur ke apa kat situ? Kau tahu tak apa kau dah buat sekarang?” Aryan merenggus geram. Habis berterabur nasi arabnya, ada lah beberapa bekas polesterin yang masih elok. Tapi, tengoklah nasi arab dia dah berada bawah kaki perempuan selekeh ni! Tak seleralah dia! Hish, perangai dia ni kenapa menyakitkan hati!

Aryana menunduk. Dia jadi macam orang bodoh, termangu-mangu. Tak tahu nak buat apa. Nak bangun pun sakit, takde siapa ke nak simpatikan dia? Semua orang kaya raya anak dato’ dan tengku memang berlagak tak kira masa ke? Tak boleh simpatikan orang miskin macam dia? Hina sangat ke dia?

“Relaks, bro. Kau ni pun tolonglah dia. Jatuh tergolek tu sakit bro macam jatuh cinta. Sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku…”

“Hoi, kau diam! Tak payah nak nyanyi bagai. Aku tumbuk muka kau baru tahu,” pangkah Aryan bengang dengan sikap kawannya yang bernama Rayyan. Rayyan memang terkenal dengan sikap nakalnya, dan ditambah gatal mengalahkan ulat beluncas.

“Kau ni kejamlah bro. Takpe, lelaki pujaan perempuan Malaya ni ada. Meh, saya tolong awak.” Rayyan datang dan dekati Aryana. Tangannya terhulur depan wajah Aryana. Tanpa banyak soal, dia mencapai tangan Rayyan. Orang dah tolong takkan nak menyombong. Kira bersyukur ada orang tolong. Rayyan tersengih-sengih mengintai wajah Aryana. Memang cantik. Kalah Anatasia, gadis tercantik di dalam kalangan geng mereka.

“Awak boleh jalan tak?” tanya Rayyan lembut. Dia perhati Aryana tak seimbang, mungkin pening masih ada. Tanpa segan silu dia paut bahu Aryana, dengan niat membantu. Tapi, gadis itu terkejut dan menepis tangannya deras. Rayyan terkedu namun dia tidak cepat melatah, segera dia angkat tangan seperti minta maaf.

“Sorry, saya tak…”

“Wei, kau buat drama swasta ke apa?” Aryan mula panas hati. Dia menyampah dengan perempuan itu. Perut dah lah lapar, teringin nak merasa nasi arab yang konon digempar-gempurkan paling enak oleh tukang gaji Hayden, teman rapatnya.

“Ni, nasi arab aku dah terabur. Apa kau nak buat? Nak lepas tangan?” Sinis Aryan melontarkan kata walaupun muka Aryana berkerut-kerut kesedihan. Rayyan hanya menjauh, tak nak masuk campur. Tengok muka merah padam Aryan itu dah tahu emosi tak stabil. Silap sikit penumbuk mengena muka dia. Aryan merupakan teman dia paling panas baran, dan kedua jatuh kepada Hayden. Cuma Hayden lebih dingin dan tak banyak cakap. Kadang-kadang dia boleh terlupa kawan dia tu bisu atau boleh bercakap ke tidak.

Kaki bergerak duduk di sofa, matanya menjeling-jeling kawannya yang lain. Trisya sedang seronok melayan Iphonenya, tak lain berchat dengan pakwe dia, Kayden. Manakala, di hujung balkoni Anatasia berborak dengan Haidar. Mereka bergelak ketawa macam takde apa berlaku. Bertepuk tampar. Sebelahnya pula ada Hayden, seperti biasa menonton televisyen dengan pandangan beku dan kosongnya. Takde perasaan betul.

“Kau tak nak tolong awek tu, Hay?” Rayyan berbisik perlahan, bimbang didengari Aryan.

Hayden buat muka bosannya, “I don’t care.”

Rayyan tergeleng. Itu sahajalah jawapan dia selalu. Patutlah bini tinggalkan, beku kalah ais batu di negara Antartika.

“Saya ganti rugi…” Agak lama Aryana berikan jawapan, dia mencongak-congak duit tabungnya dan di bank. ‘Aduh, rugi besarlah aku hari ini,’ desisnya kecewa dengan sikap cemerkapnya itu.

“Awak send nombor akaun bank awak, nanti saya bank in.” Mata masih malu dan takut untuk bertentangan dengan Aryan. Dia tahu itu kesilapan dia. Dia perlu bertanggungjawab juga walaupun terpaksa ikat perut kemudiaannya nanti.

Aryan berdecit, dia bercekak pinggang. Semudah itu? Dia punya otak tak centre sangat sekarang ini, dia akan mengenakan perempuan itu biar selepas ini tak buat perangai kalutnya di tempat orang lain. Menyusahkan orang betul!

“Aku tak nak. Aku nak kau buat semula nasi arab 50 pek kat apartment aku ni. Setuju?”

Hayden menoleh, mula memusatkan pandangan ke arah perempuan yang bertingkah kalut. Matanya dipicingkan hendak melihat dengan lebih jelas. Hatinya tersentak pabila mengenali wajah itu, bukan ke dia adalah perempuan tak semenggah di lif tadi?

“She deserved it, such as stupid girl.” Gumam Hayden sinis. Hanya dia yang mendengar. Terkoyak garisan senyuman di bibirnya. Entah kenapa, dia geli hati. Muka lawa, perangai je kureng.

“Kenapa 50 pek? Bukan ke ada 40 pek je tu?” Aryana bertanya pelik. Dia angkat muka, terserlah kesinisan terpamer di ruangan paras Aryan. Nampak sangat lelaki kaya ni nak buli aku?

“Saja. Kau dah buat mood aku barai. So, kau perlu bertanggungjawab. Kalau kau tak nak buat boleh, tapi bayar ganti rugi triple daripada harga nasi arab ni. Nak pilih mana?” tanya Aryan berunsur tegas.

Aryana hendak melawan tapi dia senyap. Berlawan dengan orang kaya takkan menang.

Berpeluk-peluh Aryana menyiapkan semuanya seorang diri. Seperti berperang, sempat dia menangis bila tangan terasa macam nak patah. Dia buat kerja cepat-cepat, tak nak berlama di sini. Ruang tamu yang luas itu dah dikerumuni oleh sahabat handai Tengku itu. Riuh rendah macam suasana di pasar. Malas Aryana nak meneliti apa yang mereka bicarakan, jadi dia buat-buat pekak sahaja. Tangannya ligat menyediakan kuah sos specialnya.

“Hai… nak saya tolong?” Rayyan hadir ke dapur. Ralit matanya merenung Aryana memasak. Kasihan juga perempuan ni, dari tadi terkial-kial. Lambat juga buat kerja. Tapi bau haruman nasi arab menyengat ke rongga udara. Tak dinafikan perutnya terikut berkeriut pabila bauan sesedap ini bertiup ke ruangan tamu tadi.

Aryana menggeleng. Dia takde mood nak menyahut. Peluh diseka hujung lengan baju t-shirtnya.

“Sorry, kawan saya tu jenis kasar sikit. Awak jangan ambil hati. Nanti kalau nasi arab awak sedap, saya nak order tau, untuk my mummy. She loves nasi arab.” Rayyan beramah mesra dan mencipta perbualan. Saja nak dengar suara perempuan cantik itu. Bibir merah itu ditilik nakal oleh matanya yang berwarna hazel. Rayyan sukakan perempuan cantik, tak kesah kaya tau miskin. Dia mudah terpikat. Katalah dia playboy atau tidak, dia cuma suka ramai berkawan. Mudah mesralah katakan. Kerana itu, dia single dan available.

“Ohh, takpe. Saya okey. Hmm, nasi arab saya biasa-biasa je tak setaraf hotel 5 bintang.” Aryana merendah diri. Dia senyap semula sambil tangan menggaul sos menggunakan sudu.

Rayyan menggaru keningnya. Payah juga nak ajak perempuan itu berbual.

“Nama awak siapa?”

“Aryana…” ringkas Aryana menjawab.

“Full name, please…”

Aryana mengerling sekilas lelaki bermata hazel itu. Tak dapat dinafikan rupa lelaki yang bertanya namanya itu sangat kacak. Tapi, dia dapat mengagak lelaki itu jenis playboy kerana renungannya tajam menilik dia, membuatkan dia tidak selesa.

"Nur Aryana..." Itu sahaja dia balas. Malas hendak memberitahu nama panjang.

"So sweet. Cantik nama persis tuan badan." Rayyan tersenyum mekar.

"Cantik tang mana?" Satu suara asing menyerbu suasana. Aryana kembali mendongak wajah. Cuba dikawal riaknya agar kelihatan biasa saja. Dia tak kecil hati pun, cuma geram melihat muka kerek Aryan.

"Kau ni tak habis-habis nak buli dia apasal?" Rayyan menumbuk bahu kawannya. Mulut laser dan perangai bongkaknya langsung tak berkurangan dari zaman sekolah menengah lagi. Ada saja cara Aryan hendak menyakiti perempuan cantik ini. Kesalahan tak disengajakan, apahal nak over sangat?

Aryan tergelak sinis.

"Kau nak tahu tak antara dia dengan bibik aku. Bibik aku lebih lawa. Kau tak nak try bibik aku?" Sindirnya tajam. Rayyan mengetap gigi geram, dan berlalu mahu hilangkan bengangnya.

Hayden memerhati dari jauh kerenah manusia di dapur. Kakinya bergerak juga menapak di sana pabila terperasan muka perempuan itu berkerut-kerut seperti sedang menahan gelojak perasaan.

"Hay..." Panggil Aryan setelah kelibat Hayden tiba-tiba muncul.

Hayden menjongket keningnya. Menyoal situasi yang sedang janggal sekarang ini. Aryana masih menunduk, tangan sibuk menyelesaikan kerja walaupun hatinya sakit dan tak tenteram. Kalau boleh nak lari dan tinggalkan semua ini. Penat dipermalukan oleh lelaki di hadapannya, yang dengan mudahnya menyindir tanpa memikirkan perasaannya.

"Kalau kau dapat bibik macam dia, kau nak tak?" Aryan melontar suara dengan nada agak kuat. Memancing sahabat handainya sekali. Biar semua tahu tentang perbualannya dengan Hayden. Sahabatnya itu boleh tahan juga mulut macam dia, cuma jarang-jarang dia akan melepas kata.

...

Writer's comment : Hayden is comeback guys 🤣 btw, aryan ni mcm hots pulak kan. Kena tukar hero ke mcm ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro