Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19

SEPERTI orang gila Aryana mencari bayang Hayden. Dia perlukan bantuan Hayden sekarang! Pedulikan sajalah jika Hayden marah dia atau tidak!

Kakinya yang ada kesan luka tidak dipeduli. Kain dressnya yang sedikit meleret di angkat sedikit tinggi agar memudahkan dia berlari mencari Hayden.

Dia kelelahan, kakinya melangkah mencari toilet. Mungkin dia perlu menyembunyikan diri sebentar di situ. Akalnya mulai berfungsi, dia perlu menghubungi Hayden dengan meminjam telefon sesiapa.

"Maaf dik. Boleh akak pinjam handphone adik? Bateri handphone akak habis. Boleh ya akak nak telefon suami akak."

Gadis yang kelihatan muda, berpakaian tshirt dan skirt putih itu memandangi dia dari atas ke bawah. Mungkin meniliknya dahulu. Wajah meminta simpati terus ditampal pada riaknya, benar dia terdesak.

Terhulur juga Iphone 6 ditangan Aryana. Terukir senyuman lebar kerana kebaikan gadis muda itu. Lekas saja Aryana mendail number telefon Hayden, sememangnya dia telah banyak kali hafal. Seakan tahu perkara segenting ini akan berlaku.

"Assalamualaikum, abang. Ni saya Aryana..."

Kedengaran dengusan diluah, tidak menyukai panggilan itu. Aryana terasa hati. Tapi, ditahan saja.

"Waalaikumussalam. Nak apa?"

"Tolong saya, abang... Aryan kacau saya. D... dia nak rogol saya lagi..." Bergetar Aryana mengungkapkan ketakutan yang dia alami. Bukan mudah untuk mengatasi trauma itu. Jika tidak ada sisa kekuatan, sudah lama dia terjerit-jerit seperti orang gila untuk mendapatkan keselamatan.

"Huh. Jangan ganggu akulah, Aryana. Lantak kau lah nak kena rogol atau kena bunuh sekalipun. Aku tak heran sebab aku tahu ini drama ciptaan kau je. Aku tak bodoh, Aryana." Dingin, tidak ada simpati buat Aryana. Di saat melihat Aryana dengan mudahnya bersakan menghabiskan duitnya, Hayden semakin membuak merasakan kebencian. Dia pasakkan  dalam fikirannya bahawa Aryana bakal dilepaskan satu hari nanti. Dia pun tidak mahu menyimpan perempuan tak berguna seperti Aryana, tahunya mengikis duit. Sedangkan  dia bekerja bagai nak rak untuk menaikkan syarikatnya.

Hasil titik peluhnya tidak akan disiramkan pada perempuan sebegitu.

"Tolong abang. Saya tak menipu atau bodohkan abang. Saya takut sangat... Dia jahat, dia cuba sentuh saya. Dia..."
Aryana cuba merayu lagi. Belahan jiwanya terluka teruk. Lelaki yang diharapkan untuk melindunginya tidak mahu membantu. Kepada siapa lagi dia pinta pertolongan? Siapa lagi?

Hayden mengertap rahangnya. Masih tak luntur jiwa dinginnya. Tak terdetik pun untuk percaya. Namun, dia sudah merancang sesuatu untuk mengenakan semula Aryana. Biar Aryana tidak berdaya untuk menipu dia. Biar Aryaan tersungkur teruk tanpa dapat bangkit lagi. Tak sabar untuk saksikan itu berlaku. Dia pasti bersorak riang. Biar Aryana hilang pedoman. Siapa suruh bermain dengan api?

"Dia cuba sentuh kau? Well, kau pun murah, kan. Kau layan jelah dia. Dan, kikis harta dia pulak. Sebab, aku takkan beri kau sesen pun start dari hari ni. Dah cukup wang aku kau habiskan hari ni. Tak berbaloi untuk aku bazirkan dekat perempuan murah macam kau."

Luluh dihumban kata nista. Seorang suami menutur kata seperti itu. Hatinya entah bagaimana untuk sembuh. Dia bodoh mengikut kata hati, ternyata Hayden semakin membencinya. Pengakhiran hidup rumahtangganya tidak akan menemui kebahagiaan, kan? Menggigil Aryana menahan rasa. Dia tahu gadis muda itu memberi pandangan simpati. Apa perlu dia buat?

"Abang cakaplah apa pun. Tapi, saya cuma ada abang je sekarang ni. Saya takde sesiapa untuk lindungi saya. Saya mohon, tolong saya. Saya isteri abang. Saya masih tanggungjawab abang..."

Tit tit. Panggilan termati begitu saja. Dia cuba mendail, namun hampa. Ternyata nombor itu sudah di block oleh Hayden. Sampai hati, abang! Kejamnya... Kenapa dia sekejam ini? Aku tak bersalah, kenapa aku diuji begini? Ya Allah. Tubuhnya melemah. Senyum tawar dirias, dia ucap terima kasih pada gadis muda itu. Dengan langkah gontai dia keluar dari toilet. Cara yang ada hanyalah menolong dan mempertahankan diri sendiri. Hanya dia sendiri, di dunia ini.







DIA menuju ke lif. Di saat pintu lif terbuka, Aryana pandang tepat ke depan. Dan, seluruh badannya terasa di awang-awangan. Tak memijak dunia nyata lagi.

Dikawal riaknya, tak mahu tunjuk badai yang bergelora. Dia toleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa melainkan dia dan manusia di depannya. 

Dadanya bagaikan dipam darah dengan keras. Laju berdetak, seakan mahu tercabut dari tangkainya. Kemana dia harus lari lagi? Ya Allah, tolong aku.

"Hello, baby. You look so tempting."

Berderau darah Aryana kerana suara itu. Dia pasakkan kekuatan untuk berlalu, namun tangannya ditarik masuk ke dalam lif. Tubuhnya terlanggar tubuh sasa milik Aryan.

"Lepaskan, setan!" Amukan itu ternyata perlahan keluar kerana ketakutan yang semakin menghimpit. Rangkulan ketat di pinggangnya benar-benar menyesakkan dadanya. Dia perlukan seseorang untuk membantunya. Kekuatannya hampir punah. Dia tak berdaya.

"Kau takkan terlepas dari aku, Aryana." Kepala Aryana yang tersalut tudung itu dihirup baunya. Harumnya. Rindu pada haruman lembut, yang berjaya menggetarkan sukmanya tika kali pertama mereka bersua. Meskipun dia jijik melihat penampilan Aryana, nampak selekeh. Tapi, dia tak dapat menidakkan nafsunya terswitch on tatkala berdekatan dengan Aryana. Haruman lembut yang sering mendiami mimpinya dan sering mengganggu tidurnya.

Kalaulah aku lebih awal menikahi dia, pasti setiap malam madunya akan aku nikmati. Ah, Hayden! Kau memang pengacau hidup aku!

"J... jangan, setan! Lepaskan aku!"

Aryana meraung kesakitan tatkala merasai ada tangan masuk menyentuh lehernya. Dicengkam kuat oleh tangan kekar Aryan. Pernafasannya jadi semput angkara Aryan. Lelaki itu memang gila! Dasar iblis!

Aryan ketawa. Seronok melihat tangisan Aryana. Tangannya dikeluarkan dari tudung Aryana, lalu digesekkan jemarinya pada bibir mungil pujaannya. Dielus dan matanya menyaksikan getaran bibir Aryana, yang ketakutan kerananya.

"Bila Hayden nak ceraikan kau? Aku tak sabar nak jadikan kau perempuan sah aku. Mesti indah, kan? Setiap malam, kita bersatu dalam kerelaan kau. Lepas aku jadi suami kau, pasti kau takkan menolak aku. Betul tak?"

Aryana meronta-ronta minta dilepaskan. Dia jijik disentuh oleh tangan kotor itu. Tangan lelaki durjana yang meragut kesuciannya dan mempalitkan dosa noda pada dia sehingga dibenci dan dihina oleh suami sendiri.

"Lepaskan saya!"

Aryan ada idea nakal. Jika Aryana tidak boleh dijinakkan, dia perlu pergunakan ketakutan perempuan itu agar dapat menyenangkan jiwanya yang meronta-ronta mahukan segalanya milik perempuan itu.

"Nak lepas ke? Aku boleh bagi tapi bersyarat."

Aryana buntu. Namun, dalam kegawatan begini bibirnya tetap bertanya. Bodohkan, dia?

"Apa? Apa syaratnya?"

Bibir didekatkan di tepi telinga Aryana. Tika itu, membulat anak mata Aryana. Perlukah dia turutkan kata jantan setan ini?






SUASANA di ballroom sangatlah janggal bagi Aryana. Dress yang ditempah oleh Aryan untuknya juga dipakai kerana itu adalah syarat Aryan. Betapa bodohnya, aku. Bukan aku lemah, tapi aku terpaksa. Jika tidak diturutkan syarat ini, dia tidak akan dilepaskan oleh Aryan. Mata Aryana bertembung dengan jejaka-jejaka kacak tinggi lampai di situ. Mereka berbisik-bisik sambil menilik Aryana dari bawah sampai ke atas. Sungguh, Aryana sangat tidak selesa.

"Siapa dia? Tak pernah nampak. Sesat ke? Rupa macam perempuan kampung. Takde seri macam kita-kita ni."

"Girlfriend Aryan ke? Perempuan ke berapa? Tak sangka taste Aryan makin low class."

"Such a pity, girl. Mungkin dia ni next target. I wonder what will happen later. Aryan being bastard again like 2 years later? Like what he doing to Alana?"

Sipi-sipi saja kedengaran. Namun, hatinya jadi tidak keruan. Mulai rasa sangsi. Apa yang terjadi? Alana? Siapa perempuan tu? Aku akan jadi macam Alana ke? Dia mundar mandir, terasa menyesal datang ke mari. Hendak lari dia tidak tahu bagaimana. Kawasan vila ini dikawal ketat oleh pengawal. Mustahil dia akan terlepas.

Angin sepoi-sepoi bahasa meliuk lintuk membuai tubuh langsing Aryana. Bahunya digosok perlahan, bagi mengurangkan kesejukan.

Dia mengambil tempat di bangku yang disediakan berdepan dengan kolam renang. Dari pemerhatian Aryana, tetamu makin ramai singgah ke villa Luxury Si. Entah villa siapa. Tapi, party ni dianjurkan oleh Aryan sempena birthday dia. Kemungkinan villa ini milik keluarganya. Tapi, yang sedikit aneh, tidak berapa ramai yang hadir. Tiada yang berumur tua lingkungan 40 ke atas. Semuanya tampak muda bawah 35 an. Dan, tiada pun kawan Aryan masa di apartment tempohari?

Betul ke ni birthday party dia?


...

Writer's comment : sorry lmbt update. Sye bz pindah rumah. Dan, sye ubah bab ni dlm dua kali. 😭 Sbb idea mcm xkena je... Sorry ya guys kalau xbest.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro