
Bab 1
Keringat merenyai seluruh badan Aryana. Apa tidaknya, dia terpaksa meredah jam pada waktu matahari tegak berdiri atas kepala. Walaupun menaiki motorsikal, dia merupakan perempuan yang penakut. Jenis lurus sahaja, tidak berani melanggar lampu isyarat dan tak reti nak cilok-cilok kereta orang. Risau kang tersalah cilok, merana badan dilanggar kereta. Tertiarap tengah jalan raya, siapa nak tolong? Bayaran kos pula ada siapa nak tanggung? Satu hal nak membayar, duitnya dah lah tengah kering mujur juga ada rezeki hari ini, ada customer dari Mak Cik Bainon, jiran sebelah rumah tolong promote nasi arab special buatan anak dara Mak Laila.
Beg besar ikea berwarna biru dijinjit. Peluh merenik dikesat dengan belakang lengan baju lusuhnya. Tudung hitamnya senget benget dibiarkan saja. Siapalah nak tengok? Customer je kut. Bukan bakal suami? Aryana tergelak kecil, dalam keadaan penat pun sempat lagi nak hiburkan hati. Langkahnya dipanjangkan menuju ke pondok security.
"Ya, ada apa cik?" Pengawal berbadan tegap itu menyoal Aryana, matanya berkerut memandang dia. Sesekali dia menggeleng. Tahu dah, selekeh sangat kan? Peduli apa?
"Saya nak hantar makanan kat apartment Tengku Aryan Alexandar Putra Al-Herith Bin Tengku Zackhary Al-Zerith." Semput Aryana menyebut nama panjang customernya. Orang kaya biasa suka nama panjang-panjang, kan? Konon nampak glamour.
"Sila beri kad pengenalan. Saya nak catit, bimbang ada kes kecurian pula nanti." Aryana letak beg gedabak itu di bawah, poket seluar slacknya diseluk dompet kecil. Segera dia hulurkan pada guard itu. Selang beberapa minit setelah dicatit namanya baru dibenarkan Aryana naik ke atas.
Aryana melangkah deras, tidak mahu terlewat. Bimbang customer complain dia buat kerja lambat. Sebenarnya, hari ini semua yang dirancang kurang menjadi kerana sikap cemerkap Aryana. Boleh pula dia lupa hendak beli bahan tumisan buat nasi arab iaitu ketumbar dan jintan manis. Pagi-pagi buta mencari kedai, tapi tutup, kesudahannya Aryana terpaksa menunggu sampai pukul 10. Kehulu kehilir dia bawa motorsikal, setiap kedai sudah kehabisan ramuan itu. Tak tahu kenapa malang sangat nasib. Itulah siapa suruh cuai, lupa cek bahan-bahan cukup atau tidak. Kan sekarang dah memakan diri. Mujur juga, dia jumpa juga kedai yang 3 meter jauh dari rumah, jammed satu hal. Memakan masa yang agak lama, sehinggalah berlaku pula sesuatu yang tidak diingini iaitu terlanggar buntut kereta brand termahal iaitu apa entah. Lupa. Nyanyuk sudah seorang manusia bernama Aryana.
Beban berat ditangan berhati-hati dibawa. Risau telungkup atas lantai, tahu sahajalah Aryana terkenal dengan sikap gopoh gapahnya. Tak pernah nak rileks. Ada sahaja kerjanya nak terburu-buru. Dah sifat semulajadi dari kecik, perangai cemerkap tak boleh diubah-ubah.
Aryana terhembus nafas lega pabila dapat menekan butang lif. Setia dia menunggu depan lif, macam tunggu kekasih hati. Eh, kenapa lambat sangat ni?
"Aik, lif rosak ke apa? Aku ni dah lah tengah tahan kencing. Sabar jelah. Jangan marah kalau aku terkencing kat sini." Macam orang tak betul, Aryana membebel seorang diri.
"Ehem..." Deheman seseorang menampan telinga Aryana. Pantas dia kalih memandang gerangan itu. Hidung Aryana kembang kempis menahan haruman minyak wangi brand Armani Code Absolu. Aromanya memikat sampai Aryana beria mencuri pandang jejaka tinggi lampai itu. Ya Allah, ini anak jutawan ke? Bau minyak wangi macam tumpah selori je? Pekat sangat. Dia nak menunjuk sangat dia kaya ke? Wait, mata Aryana macam nak terkeluar menyaksikan makhluk Tuhan paling kacak dan seksi itu. Butang kemejanya 3 yang teratas terbuka luas. Menampakkan dadanya putih dan sasa. Nasib baik tak berbulu, kalau berbulu, makin berbulu mata dia menengoknya.
"Excuse me? Apa tengok-tengok?"
Tersentak. Mata Aryana kembali menghala ke depan. Kebetulan pintu lif terbuka, cepat-cepat dia masuk. Malu betul kena sergah dengan lelaki. Aduh, siapa suruh handsome sangat? Memanglah ada orang nak intai. Cubalah lumur lumpur ke kat muka kacak dia tu, barulah perempuan tak pandang berkali-kali.
"Ni nak tekan tingkat berapa?"
Tergegar bahu Aryana. Dia terperanjat mendengar suara lelaki yang tidak dikenali itu. Macam kena petir gaya dia terkejut. Hampir beg ikea ditangannya nak tergolek, mujur dia sempat genggam erat tali beg itu.
"Tingkat 13, thanks."
Suasana hening. Janggal sekali. Serasa bertahun pula dalam lif ni. Namun, Aryana buat bodoh je. Dia tarik nafas dan hembus. Disebalik pantulan dinding lif, dia intai lelaki kacak itu. Tak terkelip cuba menganalis figura paling kacak pernah dia lihat. Agaknya dia model kut? Dah lah tinggi, kacak, sado pulak tu. Mesti girlfriend dia cantik jelita macam aku? Eh... Perasan kau!
Ting!
Pintu lif terbuka. Si jejaka berlalu tanpa menoleh Aryana. Mata terhala semula di atas nombor lif, rupanya sama tingkat. Aryana pun berjalan perlahan-lahan, dan kian tak menentu kerana pundi kencingnya macam nak meletup. Dia tak tahan sangat. Meliar matanya pandang kiri kanan. Tempat macam ni ada ke toilet! Ya Allah, tolong aku.
Aryana cuba mengawal diri agar tak serupa monyet. Terkepit-kepit dia berjalan, nombor apartment customernya dicari dengan penuh sabar. Kalaulah dapat terbang dah lama dia lakukan. Mana no apartment 45 ni? Allah... Allah... Bibir terkumat kamit berzikir. Bimbang jika tak terkawal, meleleh najis keluar di celah seluarnya. Ya Allah, mohon dijauhkan.
...
Tiba di depan apartment no 45, Aryana tersenyum lebar. Pintu terkuak lebar, terpampang seraut wajah lelaki berbadan tegap. Tinggi lampai. Berambut perang, potongan ala-ala korean guy. Aryana tergamam menilik anak mata hazel itu. Menurun pula hidung sempurna yang mancung, jatuh di bibir merah nipis. Ya Allah, golongan Tengku memang kacak macam ni ke? Tak terkelip mata Aryana, rasa nak kencing tadi seakan hilang. Sekarang terganti dengan rasa teruja. Hari ni hari menjamu mata agaknya. Semua lelaki yang ditemui handsome-handsome belaka termasuklah guard kat bawah tu.
"Hei, stop day dreaming. Tu, nasi arab bagi pada aku cepat." Aryan mengarah. Wajah perempuan selekeh itu diperhati sahaja. Muka cantik tapi tudung senget benget. Baju pula macam miskin sangat. Memang sesuailah jadi tukang penghantar makanan.
"Er, sorry... Saya nak tumpang toilet boleh tak? Saya..."
"No... Kau bukan siapa-siapa, memang tak lah aku nak bagi kau masuk apartment aku," ujar Aryan dengan angkuh. Tali beg dirampas sahaja dari pegangan perempuan itu. Berangan tak bertempat. Takde masa dia nak melayan dan izinkan entah minah mana ni masuk dalam kediamannya. Hanya orang setaraf dia sahaja dibenarkan masuk. Setakat si miskin begini, jangan harap.
"Tapi saya nak terkencing sangat. Please..." Merah pipi Aryana, terpaksa merayu dan minta simpati. Tahu dah lelaki kacak ini tak sukakan dia. Dari awal dia sedar cara pandangan customer itu seakan melihat makhluk asing. Tapi, disabarkan hati. Dah darurat begini, takde apa boleh dilakukan melainkan turunkan ego dan meraih belas ehsan manusia.
Aryan menggeleng. Pintu ditolak, dan terdengar jeritan seseorang mengaduh sakit. Aryan buka semula pintu, cuak juga tiba-tiba ada jeritan. Sakit ke perempuan tu? Jangan-jangan dia dah membuang depan apartment aku? Biar betik!
Aryana menunduk menahan tangan dilutut. Sengaja dia menjerit hendak menarik perhatian lelaki bongkak itu.
"Kau kenapa?" soal Aryan mula cuak. Matanya jatuh di bawah kaki Aryana, nafas terhela lega. Takde cecair kuning pun.
"Please... Saya tak tahan dah." Macam nak menangis Aryana. Tercemik mukanya berharapkan insan di depannya memahami dia sekarang berada di dalam zon bahaya. Bila-bila masa sahaja dia boleh membuang air kecil tanpa sengaja. Ini sangat mengaibkan jika berlaku.
"Okey, 5 minutes only." Aryan tiada pilihan. Dia berganjak sedikit untuk beri laluan pada Aryana.
"Terima kasih!" Tersenyum lebar Aryana. Kasut dibuka, dan dia masuk menonong. Tak perasan ada objek yang berada di tengah laluan, kakinya tersandung dan tubuhnya terlentang jatuh ke lantai. Kepalanya terhantuk kuat. Dan, bawah hujung kakinya terasa panas. Ya Allah, jangan-jangan!
Korang doakan ye. Esok saya nak vaksin. Takut tak sempat, so saya update hari ni. Dah janji nak buat story baru.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro