Chapter 17 : Let's play a game!
Di petang hari itu, kelihatan empat sekawan seronok mengendarai motor masing-masing. Jalan raya kala itu sedikit senggang, mungkin akibat hari sudah ingin melabuhkan tirainya, dan juga mungkin kerana awan yang juga sudah menunjukkan tanda-tanda ingin turunnya hujan.
Harith yang turut serta sesekali menilik kearah belakang untuk memastikan tiga manusia di belakang nya baik-baik saja. Ya! Harith juga ikut bersama Kai, Irina dan Aizack keliling kota ambil angin.
" Pandang-pandang, cucuk mata tu kang " Aizack mengomel dari balik helmet, tapi dapat juga di dengari oleh yang lain memandangkan ada intercom system pada masing-masing helmet mereka. Irina sengih sambil kepalanya menggeleng kecil. Macam-macam lah budak Aizack ni! Kan dah dapat jelingan dari captain.
" Hehe gurau " Aizack sengih sumbing sebelum kembali menjerit keras. Harith, Irina dan Kai apalagi terkejut beruk lah akibat suara lantang lelaki itu menerjah masuk ke telinga, nasib tak terbabas.
" Woi!! Aiskrim!! Aiskrim!! " Semangat dia menjerit tatkala terpandang sebuah truck ice-cream dari arah depan.
" Aiskrim!! " Sekali lagi dia menjerit nyaring. Sudah tidak peduli dengan alat pendengar yang ada pada helmet yang lain. Semerta dia dapat jelingan tajam dari Harith di depan nya. Lagi. Dan jelingan Irina dan Kai di kiri dan kanan nya.
" Kau kenapa Zack, macam budak-budak lah " Irina pula bersuara, geram. Sakit wo telinga dengar si Aizack tu jerit! Sudahlah volume pada helmetnya itu dijadikan full. Dengan pantas, tangannya naik menggesek-gesek pada intercom itu untuk mengecilkan sedikit volume nya.
" Nak aiskrim! "
" Okay! We're turning around " Tambahnya lagi sambil menganggukkan kepala penuh excited.
" No we don't " Kini Harith pula bersuara geram selepas mendengar kata-kata Aizack tadi. Kelajuan di kurangkan sambil mata tak lepas memandang Aizack dari balik visor helmetnya.
" Yep! We're turning around!! " Usai berkata, dia terus tancap gas melepasi Harith ingin mengejar truk aiskrim yang juga sudah melepasi mereka. Takut terlepas makin jauh.
" Ikut aje lah, kitapun tak buat apa, kan. " Kai mengucap kata putus sebelum turut mengekori Kai yang sudah jauh di hadapan. Semangat betul kawannya satu itu. Aiskrim aje kut. Tapi, dia pun nak. Hehe
Irina mengjongketkan bahu selepas menangkap mata Harith kini tertuju padanya. Harith mendengus, sebelum mengikuti saja kemahuan Aizack. Rasa menyesal pula sebab ikut tiga ekor manusia ni tadi.
" Sorry guys " Ucap Aizack meminta maaf setelah mendapati yang lain turut sama mengekori nya di belakang. Kedengaran tawa Kai meletus di telinganya. Entah apa yang lucu.
" Kau tak pernah berubah, dan takkan pernah berubah. " Ucap Kai pula mengingat masa kecil mereka yang persis seperti sekarang ini. Dulu Aizack kecil juga akan menjerit macam orang gila bila mendengar melodi truk aiskrim dari kejauhan. Betul-betul sama persis macam apa yang mereka lalui sekarang ini.
" Siapa lambat... Dia bayar! " Serentak itu, Kai terus menancap gas mendahului Aizack. Laju superbike Kai membelah jalan raya. Aizack yang melihat, apa lagi, turut sama menancap gas mengejar Kai yang sudah tidak kelihatan bayangnya.
Irina sengih dari balik Helmetnya. Uis macam best! Nak join! Baru saja dia hendak turut menancap gas, kedengaran suara Harith memberi amaran di corong speaker. Terhenti terus niatnya.
Tajam matanya menjeling Harith di sebelahnya. Kaki di hayun tanda protes. Kenapalah lelaki itu perlu ikut! Huaaa!!
Err.. tapi...
" Sorry Rith " Usai berkata begitu, dia terus melaju ke hadapan dengan Yamaha R1 nya meninggalkan Harith di belakang. Kedengaran Harith sudah menyumpah seranah dari balik helmet. Irina hanya pekakkan telinga dan terus melaju mendapatkan Kai dan Aizack.
Melihat Irina yang semakin jauh, Harith hanya boleh pasrah, keras kepala betul perempuan satu itu! Dia tak kesah pun kalau dia yang kena bayar, ala selalu pun dia juga yang bayarkan makanan budak-budak HAKAZ. Dia cuma risaukan Irina. Macam mana kalau ada apa-apa! Semua salah Kai yang suka hati kepala hotak dia saja buat game macam ini! Tengok, tak pasal-pasal Irina ikut!
" I don't know what I want! I'm so excited!! " Ucap Aizack teruja seraya turun dari motornya. Truk aiskrim yang berjaya dia halang dari terus melarikan diri itu di tuju. Mata terus bersinar melihat pelbagai macam bentuk, warna dan perisa aiskrim yang ditayang pada dinding truk.
Perlahan-lahan kaca truk itu terbuka. " Err.. bang, saya ada buat salah ke? Saya minta maaf ya, saya tak perasan " Lelaki muda yang usia lingkungan dua puluh ke dua puluh satu itu mengintai dari balik tingkap. Takut-takut dia memandang Aizack atas bawah.
Kelihatan lelaki itu seperti marah saja, Itulah sebab kenapa dia tidak menghentikan truk nya dan terus melaju, dia dapat lihat dari side mirror truck nya yang dia dikejar oleh sekumpulan geng motor, takut juga kalau dia di apa-apakan. Dia baru bekerja tak sampai seminggu kut.
" Ha? Sorry, kau cakap apa tadi? aku tak dengar " Aizack meminta lelaki itu mengulangi kata-katanya memandangkan dia tak dapat dengar dek kerana suara Harith yang memaki hamun mereka dari alat pendengaran yang ada pada helmetnya.
Sejurus itu, Kai sudah tiba disitu dengan senyuman. Fuh! Sudah lama tak menggila atas jalan raya selepas dia terbaring atas katil tempoh hari. Seronok!
" Tak apa, aku faham. Kau kan baru sihat " Ucap Aizack dengan nada mengejek. Helmet di tanggalkan. Begitu juga dengan Kai, kaki dihayun mendekati Aizack sambil menanggalkan helmet dari kepalanya. Tidak lupa dia mematikan alat interkom terlebih dulu.
" Aku siap wheelie lagi tau " Tambah Aizack lagi. Tidak, dia tidak bohong. Dia betul-betul kejar truk itu sambil wheelie beberapa saat. Haha. Terlampau excited kan..
" Let's do a bet. Siapa agak-agak sampai dulu " Aizack mula senyum sinis, sudah tidak perduli dengan truk aiskrim yang dikejar macam orang gila tadi.
" Aku cop Irina " Balas Kai pantas.
" Kalau yang sampai dulu Harith, macam mana? "
" Aku akan jadi hamba abdi kau selama satu hari " Jawab Kai berani. Sedikitpun tiada riak gentar diwajahnya. Aizack mengangguk setuju.
" Macam mana kalau Irina yang sampai dulu? " Giliran Kai pula bertanya. Sebelah keningnya ternaik menanti jawapan dari Aizack. Kelihatan lelaki itu berfikir sambil memegang dagunya.
" Kalau Irina sampai dulu, aku nak kau tarik diri dari jadi pesaing aku untuk dapatkan Irina " Ujar Kai serius. Dahi Aizack semerta berkerut mendengar itu.
" Tak seimbang, Kai, "
" Nampak sangat kau takut dengan aku. " Tambah Aizack lagi seraya melempar senyuman penuh provokasi kearah Kai. Kai cuma diam, dia tak menafikan kata-kata Kai itu. Memang dia takut Irina akan lari pada Aizack, sebab Aizack ada segalanya, duit dan rupa.
" If aku tarik diri pun, kau yakin Irina akan terima kau? Jangan lupa, captain kita masih ada. " Ucap Aizack lagi. Saja mahu mengingatkan sahabatnya satu itu.
Ada betulnya juga kata-kata Aizack barusan. Kalau nak bandingkan Aizack dengan Harith, sudah pastilah Harith diatas Aizack. Macam mana dengan dia? Mungkin dia hanya ada di telapak kaki lelaki itu. Jauh sekali.
Melihat Kai yang hanya diam membisu, Aizack kembali membuka mulut. " Tapi sekurang-kurangnya pesaing kau untuk dapatkan Irina berkurang. Oklah, deal " tangan di hulur kearah Kai.
" Betul ni? " Kai menyoal.
" Betul. Lagipun belum tentu Irina tiba dulu " Aizack menumbuk lembut bahu Kai yang masih teragak-agak untuk menyambut huluran tangan nya itu. Sekalipun Irina sampai dulu dari Harith, dia sudah reda. Sudah lama juga dia mencintai gadis itu, tapi asyik di tolak saja. Jangankan dia, Harith yang kaya raya dan tampan jauh di atasnya saja berkali-kali di tolak cintanya, apalagi dia? usah dikata.
Kai menyambut huluran tangan Aizack. Mereka berjabat tangan buat seketika.
" Bang, saya dah boleh gerak ke? Takut hujan lah. " Si pemuda aiskrim memecahkan suasana yang hening beberapa saat itu. Puas dia tengok drama dua abang-abang di tepi truk nya itu.
" Kau duduk dalam tu, kau nak takut apa " Badan Aizack sudah berpusing menghadap nya. Huluran tangannya dan Kai juga sudah terlerai.
" Buka, aku nak aiskrim " Tambah Aizack lagi, tapi kalini nada suaranya cukup garau dari sebelumnya. Laju pemuda aiskrim itu mengangguk, cepat-cepat dia membuka tingkap aiskrim yang ada di badan truk.
" Abang nak mana satu " takut-takut dia bertanya. Aizack sepi, mata meliar kesegenap dinding yang memperlihatkan pelbagai jenis aiskrim.
" Bagi aku chocolate mint, satu. " Kai memotong. Dah lama sangat si budak Aizack tu fikir, ada baik dia pesan dulu. Terima saja pesanan terus pemuda aiskrim itu membuat kerjanya. Aiskrim berperisa Chocolate mint di cedok masuk kedalam cup, sudu kecil tidak lupa diletak dalam cup lalu dihulur pada Kai dengan senyuman mesranya.
" Chocolate peanut butter " Usai berperang dengan fikiran sendiri, Aizack yakin dengan pesanannya.
" Mana satu bang? Cup, stick, toll or cone? " Tanya pemuda itu polos. Dahi Aizack semerta berkerut. Aik? Asal si Kai tadi tak ditanya macam itu? Kenapa giliran dia pula mamat ni banyak tanya?!
Minta kaki ke macam mana?
To Be Continue...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro