Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 14 : Battle

Selepas beberapa jam Irina meninggalkan bengkel, Harith juga terus mencapai beg nya lalu mengunci bengkel miliknya itu. Kaki diatur melangkah untuk mendapatkan Kawasaki ZX10R miliknya.

Helmet di pasang lalu naik keatas motor. Enjin dihidupkan dan mula bergerak dari situ.

Motor yang tadi dipandu dengan santai oleh Harith kini semakin meluncur laju diatas jalan raya. Jam sudah menginjak angka dua belas pagi, jadi suasana malam itu sudah agak sunyi, hanya kedengaran bunyi ekzos dari motornya saja tika itu.

Visor diturunkan dengan kasar sebelum kembali memandu motornya seperti orang gila di atas jalan raya. Laju, cukup laju.

Pandangannya memang terarah ke jalan raya, tapi isi fikirannya sekarang ini kosong. Dia kecewa, dia sakit. Balasan Irina tadi, betul-betul buat dia kecewa.

Tiada yang lebih sakit selepas dianggap hanya sebatas seorang abang oleh gadis yang dia cintai selama empat tahun itu. Dia tidak kesah kalau gadis itu menganggapnya sebagai kawan, tapi bukan abang! Dia tak terima!

Harith melepaskan nafas lega selepas turun saja dari motornya. Kini dia tiba di mansion milik ayahnya. Syukurlah dia tiba dengan selamat. Dia sendiri tak perasan, tiba-tiba saja dia sudah sampai tatkala fikiran masih melayang entah kemana.

Helmet dan sarung tangan ditanggalkan kasar lalu dibiar motor itu diluar garaj. Itu kerja Adam untuk memarkir motornya masuk kedalam garaj.

Pintu di kuak dan melangkah masuk dengan malas untuk ke bilik tidurnya. Masuk saja ke biliknya, dia terus menghempaskan tubuhnya pada ranjang. Siling jadi santapan matanya kala itu. Lengan di tarik menindih dahi mulusnya, sekali lagi, keluhan berat dia dilepaskan.

Entah kenapa baru kali ini dia rasa begitu terpukul dengan kata-kata Irina semasa di bengkel tadi, padahal dia selalu saja di tolak mentah-mentah. Mungkin sebab gadis itu menganggapnya sebagai abang? Ya. Sekali lagi, dia kecewa.

Lama dia berperang dengan fikirannya sendiri sebelum bunyi ringtone dari telefonnya mengejutkan dan memecah keheningan di biliknya. Dengan rasa malas dia bangkit dari katil lalu mencapai telefon nya yang ada dalam beg.

" Hm, asal " telefon dilekapkan ke telinga.

" Rith, kau kat mana? "

" Baru sampai rumah, asal? " Soalnya lagi penuh sabar.

" Tak adalah, kau cakap haritu nak ajar budak AXIS malam ni. Aku ingat kau dah gerak "

" Tak jadi, aku malas nak berurusan dengan diaorang. Orang tua Aisar tu mesti masuk campur punya, malas aku. " Balas Harith.

Menyampah juga dia dengan orang tua Aisar. Sikit-sikit nak masuk campur hal anak-anak mereka, perkara kecil pun boleh jadi besar kalau libatkan dua orang itu.

" Takkan nak biar aje lepas si Aisar tu menganjing kawan aku? " Balas suara itu tak puas hati. Dia punyalah semangat mahu bersemuka dengan budak-budak AXIS malam ini, last last tak jadi juga.

" Kalini kita lepaskan dulu. Kalau diaorang berani buat taik lagi, tahulah aku nak buat apa " Dengan nada menahan geram dia menjawab. Tapi kalau di fikir balik, Kai juga bersalah.

" Hm oklah. Kalau ada apa-apa roger aku, jangan gerak sensorang "

" Hm. Jumpa esok " Balas Harith pula. Telefon dijauhkan dari telinga lalu menekan punat berwarna merah.

Badanya kembali direbahkan pada posisi sebelumnya. Penat memikirkan semua hal yang terjadi, dia memejam rapat matanya dan tidak lama terlelap dengan masih posisi yang sama.

     " Macam mana, awak dah ok? Ada sakit kat mana-mana lagi tak? " Irina menyoal. Sekujur tubuh Kai ditilik sebelum kembali memandang wajah lelaki itu sayu.

" Saya ok. Tengok, dah sembuh dah pun " Balas Kai penuh semangat sambil mengangkat tangannya ke udara. Nak tunjuk yang dia sudah boleh bergerak. Irina senyum.

" Saya nak tanya sesuatu, boleh? " Seraya itu duduknya dibetulkan pada bangku di sebelah katil Kai.

Lelaki itu mengangguk sekali. " Boleh, apa dia? "

" Awak macam ini sebab lumba dengan Aisar, mesti ada taruhannya kan? Apa taruhannya? " Dengan penuh berhati-hati dia menyoal. Ditatap mata lelaki itu penuh menanti.

" Tak ada apa, kitaorang tak pasang apa-apa. Lumba untuk bersenang-senang aje " Kai menyangkal. Dia tak mahu gadis itu tahu kalau dia lumba dan pasang taruhan duit.

" Betul? " Irina menatap lelaki itu tak percaya. Walaupun Kai tak pernah berbohong padanya, dia tetap juga merasa sedang di permainkan.

" Ya " Balas Kai pula tenang seolah tak menyembunyikan apa-apa. Hujung bibirnya ternaik tatkala melemparkan senyuman pada Irina.

" Syukurlah kalau macam tu, ingatkan awak ada buat apa-apa perjanjian dengan budak-budak AXIS. Risau juga saya.. " Luahnya bernada sedikit lega.

" Kenapa? " Kai pula menyoal.

" Awak tanya kenapa? Dah lupa ke apa awak cakap kat saya sebelum saya masuk HAKAZ dulu? "

" HAKAZ didirikan bukan untuk jadi macam club budak motor yang lain, lumba haram, buat onar kat jalan jalan, tapi HAKAZ dibentuk untuk sebaliknya, dan kalau ada salah satu dari HAKAZ ingkar dia akan ditendang keluar. Ingat? Sebab itu saya takut, takut kalau awak lumba dengan budak AXIS dan pasang taruhan, Harith akan keluarkan awak dari HAKAZ.. " Panjang lebar Irina mengingatkan Kai.

Kai terdiam sejenak sebelum kembali bersuara. " Saya yang buat peraturan tu, takkanlah saya juga yang langgar, lagipun saya salah satu pendiri HAKAZ, tak senang Harith nak kick saya "

" Oh! Kecuali pendiri HAKAZ yang lain sebulat suara nak keluarkan saya " Tambah Kai tenang. Tiada riak ketakutan di wajahnya.

Irina mengangguk setuju. Betul apa kata lelaki itu. Takkanlah Kai nak langgar peraturan yang dia buat sendiri, kan?

" Dan saya takkan lupa, HAKAZ segala-galanya bagi saya. HAKAZ pun makin besar seiring berjalannya waktu, dah tak macam dulu yang ada berapa ekor budak rempit yang acah nak ambil alih dunia dengan motor diaorang. "

Kai ketawa geli hati bila teringat dia dan beberapa pendiri HAKAZ yang lain. Semua masih ada hingus kat pipi tapi lagaknya mahu ambil alih dunia. Pengaruh tengok kartun masa kecil, biasalah.

Irina turut ketawa. Bangku yang ia duduki ditarik kedepan untuk dekat lagi pada katil Kai. Kedua tangannya naik ke katil sambil menongkat dagu. Tertarik mahu mendengar cerita Kai tadi.

Kai berhenti dari ketawa seraya melihat Irina penuh Hairan. Keningnya diangkat. " Kenapa? "

" Cerita lah lagi masa pertama kali HAKAZ dibentuk " Irina meminta untuk diceritakan lagi. Matanya berbinar-binar terpancar keterujaan.

Kai sengih sambil bangun dari pembaringan untuk duduk bersandar pada kepala katil. Irina cepat-cepat membantu lelaki itu dengan kudrat yang dia ada, setelah itu dia kembali duduk sambil menongkat dagu.

" Dulu, ada seorang budak dalam umur lingkungan lapan belas tahun, bercita-cita nak jadi super hero, bukan macam superhero kat tv yang boleh terbang melainkan dia nak jadi hero yang bawa motor sambil tolong orang. Aneh kan? Tapi itulah dia. Kalau difikir balik, perangai dia masa tu macam budak-budak umur enam tahun yang nak sangat jadi Ultraman "

" Tiap balik sekolah, dia akan bawa motor butut dia untuk kelilingi beberapa wilayah kat kota ni, nak cari orang yang dalam kesusahan. Dan itu berlangsung selama lapan bulan sebelum dia putuskan untuk dirikan geng motor. Dia minta kawan-kawan dia which is kitaoranglah, saya, Aizack dan sorang lagi kawan kitaorang untuk bantu dia buat HAKAZ. "

" Kitaorang bertiga setuju dan mula bentuk HAKAZ bersama Harith si captain yang di kenal sekarang "

" Kenapa pula posisi Harith lebih tinggi walhal kauorang juga sama-sama yang dirikan? " Irina mencelah. Wajahnya jelas tak puas hati dengan kata-kata Kai barusan.

" Kenapa posisi dia sedikit lebih tinggi dari kitaorang bertiga? Itu sebab kalau Harith tak ada, HAKAZ pun takkan terbentuk macam sekarang. Memang HAKAZ di dirikan dari empat orang, tapi Harith paling berhak dari kitaorang bertiga. Simple nya, gelas akan tetap kosong sampai seseorang tuang air ke dalamnya. " Jelas Kai panjang lebar. Irina mengangguk faham.

" Baru dua bulan HAKAZ berjalan, dan mulalah makin banyak pula geng-geng motor bermunculan dan buat onar dekat semua tempat. Masa itu semua masyarakat dah pandang benci pada HAKAZ, sebab diaorang ingatkan HAKAZ sama macam geng motor yang lain "

" Ada pula dari sisi lain yang tengok HAKAZ lah punca semua geng motor itu terbentuk. Kalau pasal itu saya akui mungkin, ya. Sebab sebelum HAKAZ ada, tiada satupun geng motor di kota ni sampai HAKAZ di bentuk, barulah satu-satu bermunculan, dan buat onar. "

" Lepastu apa jadi? " Irina mencelah lagi. Semakin teruja dia menanti Kai menyambung ayatnya. Selama ini, dia tidak tahu menahu asal muasal terbentuknya HAKAZ, yang dia tahu cuma sedikit. Dan itupun, entah betul, entah tidak. Iyalah, dari mulut ke mulut kan, mestilah ada yang ditambah ada yang di kurangkan. Kali ini dia dapat dengar betul-betul dari mulut salah satu pendiri HAKAZ. Iaitu Kai.







To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro