Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 11 : It's on me

Cepat-cepat dia melangkah mengekori lelaki itu. " Tuan, tuan mahu kemana? Tuan kan belum makan malam lagi " dia menegur penuh takut.

Harith berpusing lalu memandang nya malas. " Keluar. Kauorang lembab sangat buat makan pun, aku makan kat luar aje. " Usai berkata dia terus melangkah kearah garaj yang cukup luas. Segala jenis superbike dan sportbike berjejer disitu, dan terselit juga satu hyperbike seperti Hayabusa. Sekali pandang, garaj rumahnya sudah betul-betul serupa dengan showroom.

Orang yang menjaga garaj terus mendekati Harith sambil menunggu motor jenis apa lagi yang tuan mudanya itu mahu guna malam ini. Dia tinggal keluarkan saja, seperti biasa.

" BMW " Ucap Harith ringkas pada penjaga garaj itu, terus lelaki muda itu berlari mengambil kunci sebelum mengeluarkan motor berjinama BMW H4 Race untuk Tuan mudanya. Helmet juga tidak lupa, dia hulur pada Harith.

Selepas Harith mengenakan sarung tangan dan helmet, barulah dia memanjat naik ke superbike nya itu. Enjin dihidupkan sebelum berlalu pergi.

Adam sebagai penjaga garaj, atau lebih tepatnya orang yang bertanggungjawab atas semua motor yang ter-parking disitu hanya tersenyum. Indahnya dunia orang kaya. Dia berdoa, semoga suatu hari dia dapat motor macam majikan nya juga. Untuk itu, dia akan berdoa dan berkerja giat lagi.

" Kamu kenapa, Adam? Ciee.. kamu berkhayal ya mau seperti Tuan Harith, punya motor mewah seperti dia? Jangan mimpi terlalu tinggi deh, entar kalo jatuh sakit loh! " Sampuk bibik tadi mematikan senyuman Adam.

Adam menjeling. " Kau bibik diamlah! Pergi buat kerja kau! Tengok, tak pasal-pasal tuan keluar cari makan. Lembab! " usai berkata dia terus berjalan meninggalkan bibik itu dengan wajah bibik yang tak puas hati. Itulah siapa suruh, sebok lagi. Orang berangan sikit pun tak boleh.

" Hi pendek " Usik Harith selepas dia duduk bercangkung di sebelah Irina. Irina menjeling sekilas sebelum kembali membuat kerjanya.

" Buat apa ni, hm? " Harith menyoal. Matanya tertumpu pada gadis yang tekun membuat kerja itu.

" Tengah mandi ni haa. " Balas Irina penuh sarkastik nadanya. Semerta Harith ketawa kecil. Bangku kecil yang tak jauh dari tempat mereka itu di tarik lalu melabuhkan punggung diatasnya.

" Tak nampak orang tengah tukar minyak ke " Tambah Irina seraya menayangkan tangannya yang sudah dikotori minyak berwarna hitam. Mata dan tangannya kembali fokus membuat kerja-kerja menukar minyak kotor milik customer.

" Tak nampak " Selamba Harith lalu menongkat dagu. Mata nya pula fokus memandang wajah gadis di sebelahnya itu penuh tertarik.

" Dah lama ke? " Harith kembali menyoal. Dagu Irina yang tercalit sedikit minyak hitam itu di lap menggunakan ibu jarinya. Serentak itu laju tangan Irina menepis.

" Berapa kali aku nak pesan jangan sentuh muka! Naik jerawat nanti! Kau pergilah main jauh-jauh, aku banyak kerja nak dihabiskan ni! Kacau aje " Irina mula membebel. Sudahlah dia kena cepat, sekarang sudah hampir jam sembilan malam dan dia masih belum balik makan malam. Dia hanya sempat menelan sebungkus roti sardin petang tadi.

" Kau halau Boss bengkel ni? " Soal Harith tak percaya. Padahal niat dia baik mahu hilangkan benda kotor dari wajah indah gadis itu saja.

" Kau tak takut aku pecat? " Tambah Harith, sambil berkata hujung bibirnya ditarik naik, cubaan untuk memprovokasi gadis itu. Semerta dia dapat jelingan tajam dari Irina. Tak menjadi nampaknya.

" Bising Aje kau. Baik kau tolong ambilkan kain tu, aku nak lap tangan ni "

Harith menurut, dia bangkit dari duduknya dan terus berjalan kearah sebuah meja kecil yang terdapat banyak kain bersih di atasnya.

Belum sempat dia mengambil kain lap itu, terus matanya tertuju pada skrin telefon milik Irina yang menyala akibat notifikasi dari Gisella. Mengecil matanya tatkala membaca mesej dari Gisella.

Habis saja dibaca, terus dia mencapai kain dan terus meluru kearah Irina. Gadis itu masih fokus membuat kerjanya. Dia kembali duduk di tempat semula.

" Mari sini " Irina meminta. Sebelah tangannya di tadah meminta kearah Harith manakala sebelah lagi lincah memasang skru.

Alih-alih hulurkan kain pada gadis itu, Harith malah hulurkan tangan nya keatas telapak tangan Irina yang masih kotor. Irina tersentak, cepat-cepat dia alihkan pandangan nya pada Harith dengan kening berkerut.

" Kau dah kenapa? Aku minta kain bukan tangan kau. Tengok! Tak pasal-pasal tangan kau kotor, Rith "

Irina mendengus geram sebelum kain lap yang ada pada sebelah tangan lelaki itu di rampas lalu di lap tangan Harith sebelum dia juga turut mengelap tangannya. Bersih.

Harith sengih. " Dah habis? " Sebelah keningnya ternaik. Irina mengangguk saja. Dia terus berdiri dari situ selepas selesai memasang kembali coverset yang menutupi tangki minyak enjin.

Harith turut sama berdiri, matanya masih melekat pada Irina yang tengah meregangkan otot-otot yang sudah lenguh. Sebelum tukar minyak pada motornya, dia sudah terlebih dulu baiki dua motor customer, start petang tadi, mana tak lenguh segala sendi ototnya.

" Esok tak payah turun kerja " Harith bersuara. Kepala Irina terteleng ketepi. Dilihat lelaki itu atas bawah. Tak puas hati.

" Kenapa pula " kedengaran Irina tak puas hati. Suka hati aje nak arah orang, tahu lah bos.

" Kau berhenti. Dengan kata lain, kau di pecat " Selamba Harith. Terbeliak terus mata seorang Irina mendengar itu. Dah kenapa? Dia ada buat salah ke sampai kena pecat. Kalau pasal yang tadi, dia ingat lelaki itu main-main.

" Asal pula? Eii suka hati kepala bapa Atuk nenek moyang kau aje main pecat orang! Sorry terkasar, tapi kenapa! " Irina separah menjerit. Sempat juga dia meminta maaf sebab terkasar pada bos sendiri. Hehe

" Bisnis aku, suka aku lah. Dah jom, teman aku makan, aku lapar " Sambil berkata dia terus menapak keluar dari bengkel miliknya.

Selepas memakai helmetnya dia terus naik ke motornya. Semerta senyuman tersungging di bibirnya tatkala melihat Irina yang sedang menolak motornya keluar dari bengkel dengan mulut yang terkumat-kamit membebel. Comel.

Irina memakai helmet. Sarung tangan tak lupa sebelum dia berpamitan dengan seorang pekerja di bengkel itu juga. Orang yang bertugas untuk men jaga bengkel.

Tidak perlu waktu yang lama untuk mereka berdua tiba di salah satu gerai burger tepi jalan yang menjual banyak macam makanan. Masing-masing memarkir motor sebelum mendapatkan tempat duduk di meja kosong.

Pesanan juga sudah di buat, tinggal tunggu siap dan dihantar pada mereka saja. " Kau selalu makan sini? " Irina melemparkan pertanyaan. Helmet Shoei hadiah dari Harith itu di letak diatas meja kosong sebelah mereka.

Harith geleng kepala. " Tak. This is my first " Jujur nya. Dia singgah sini pun sebab kasihankan Irina akan bawa motor jauh. Rasa bersalah juga dia sebab bawa gadis itu makan di tempat seperti ini. Tapi nak buat macam mana.

" Habis kenapa kau singgah sini " Irina mengeluh. Tak habis fikir, apa lah yang tak kena dengan lelaki itu malam ini. Lain semacam aje tingkahnya.

" Kenapa, kau tak suka makan kat sini? "

Laju saja Irina menggeleng. Siapa tak suka makan dekat gerai tepi jalan macam ini? Selain rasa yang lumayan sedap, harga pun murah meriah untuk poket orang macam dia. Cumanya dia terkejut juga dengan Harith, tak sangka yang lelaki itu mahu makan di tempat sebegini. Tak pernah dia nampak Harith makan di gerai macam ini.

Yalah, Harith kan anak Dato', setahunya orang-orang macam Harith ni lah paling tak boleh makan tepi jalan macam ini. Nanti sakit perutlah, inilah, itulah.

Baru saja dia ingin bersuara, pesanan mereka sudah tiba di meja makan. Seorang lelaki yang memasak hidangan itu, dia juga yang menghantar pesanan makanan mereka. Irina senyum tanda terima kasih.

Masing-masing mereka menatap makanan yang masih berasap itu. " Makanlah, kau tunggu apa lagi " usai berkata, Harith terus mencapai sudu dan garfu dan terus menyuapi nasi ayam masuk kedalam mulutnya.

Irina memerhati sebelum dia juga turut sama makan makanan yang dia pesan. Nasi goreng USA itu dia tiup terlebih dulu sebelum menyumbat kedalam mulut mungil nya.

Kepala turut terangguk-angguk tatkala mengunyah habis makanan. Sedap! Tak kalah dengan restoran mewah yang ada di luar sana.

" Kau ada nak pergi mana-mana lagi? " Harith menyoal selepas meneguk air putih. Pinggan yang masih bersisa sedikit nasi ayam itu di tolak ketepi. Kenyang.

Irina geleng. " Aku nak balik terus. Penat " balas Irina. Selepas itu dia turut sama meneguk air sirap nya, habis licin

Tidak lama mereka menyepi, Harith berdiri dari duduknya dan terus meluru kearah motor yang ter-parking itu. Irina sudah terkebil-kebil. Belum bayar lagi dah lari! Mamat ni lah!

Dia juga mengangkat punggung. Kaki diatur mendekati abang yang punya gerai, kotlah diapun tak pasti. Wallet dikeluarkan dari poket beg nya dan dihulur not Rm50 pada lelaki yang sedang sibuk memotong bawang itu.

" Apa ni cik? " Si abang gerai bertanya hairan.

" Duit makan tadi. Err, ke tak cukup? " Nada suaranya kedengaran mula panik, laju tangannya kembali mencapai wallet lalu kembali mengeluarkan Rm50.

" Bukan tak cukup, tapi dah bayar dah tadi "

Mendengar itu semerta dahi Irina berkerut, sejak bila pula dah? Faham apa yang tengah bermain di fikiran gadis itu, terus si abang gerai bersuara.

" Abang tu tadi, sebelum makanan sampai meja lagi dia dah bayar siap-siap " Jari telunjuk dihala kearah Harith yang sudah siap ber-helmet dan main telefon dengan tenang diatas motor.

Irina mengangguk saja. " Oklah kalau macam itu. Terima kasih " Dia membongkok sedikit meminta diri. Kaki dihayun kearah Harith sambil tangannya ligat memasukkan wallet kedalam beg galasnya.





To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro