Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 09 : Secret

" Saya betul-betul perlukannya encik Harith, tolong lah saya.. " suara seorang lelaki terketar-ketar memohon. Kaki Harith juga dipeluk untuk meminta belas kasihan dari lelaki itu. Tapi dari tampang Harith, menunjukkan yang dia tidak mahu.

" Duit haritu pun kau tak habis bayar lagi, Tony " Dingin Harith bersuara. Di pandang penuh geram lelaki di hadapannya itu. Ini kali ketiga lelaki itu meminjam wang padanya.

" Tapi saya dah bayar lapan puluh lima persen hutang saya, kan " Meletus gelak tawa Harith mendengar ucapan Tony yang seakan menggelitik hati itu. Kakinya yang dipeluk Tony itu ditarik kasar. Semerta badan Tony tersungkur ketepi.

" Tony, Tony. Dalam surat perjanjian tu dah jelas tertulis selagi hutang tak clear, selagi tu kau tak boleh pinjam. "

" Kali kedua kau pinjam pun aku terpaksa bagi sebab apa? sebab aku taknak kau mati di tangan ahlong, kalau kau pergi neraka dulu, hutang kau siapa nak bayar!! " Usai berkata, laju kakinya mendarat di mulut Tony. Disepaknya kuat. Terlempar kebelakang lelaki itu dibuatnya.

" Aku cepat-cepat datang sini sebab aku ingatkan kau nak langsaikan hutang kau, rupanya kau datang cuma nak minta kaki aku! " Sekali lagi, mulut lelaki itu jadi mangsa mendaratnya kaki Harith yang berlapikkan kasut.

Nafas dihembus, mata turut dipejam untuk lebih bertenang, kalau ikutkan otak sangat tak pasal-pasal mati lelaki di depannya itu, nasib baik hati nya masih ada rasa kasihan.

" Ok, listen Tony, kalini untuk apa, "

" Kalau dulu untuk main judi and bayar ahlong, kalini untuk apa. " Harith bertanya lagi, kerusi yang tak jauh dari tempatnya berdiri itu di heret lalu duduk di dekat Tony yang masih mengadu kesakitan itu.

Akim hanya memerhati dari sudut ruangan yang cukup jauh. Tangannya usah kata, sudah gatal mahu membuat kerja selepas mendengar rintihan Tony itu.

" Aku tanya. Untuk. Apa " Garau suara Harith itu membuatkan bulu roma Tony mencanak naik. Tangan Tony naik menyentuh bibir yang di sepak oleh Harith tadi. Pedih. Bibirnya juga sudah mengeluarkan sedikit cecair likat berwarna merah.

Lama Harith menunggu jawapan dari Tony sebelum dia kembali berdiri. Dia sudah mula hilang sabar. Betul-betul hilang sabar. Rahang bergerak-gerak kegeraman.

" AKU! TANYA! UNTUK! APA!! " Setiap bait kata dia keluarkan, tiap itu juga tumbukan hinggap di muka Tony. Geram sebab lelaki itu tidak mahu menjawabnya.

Dia kembali berdiri tegak. Nafas dihembus kasar. Puas hatinya melihat Tony yang tak berdaya begitu. Biar dia rasa! Lain kali kalau di tanya, jawablah!

Rambut hitam pekat yang terjuntai ke wajahnya di selak ke belakang, seraya mengelap sisa darah yang ada pada buku lima nya menggunakan tisu yang di hulur oleh Akim sebentar tadi.

" Feel free " Sebaris ayat yang keluar dari mulut Harith itu semerta membuat Akim tersenyum lebar, inilah masanya! Sudah dari tadi dia tunggu! Akhirnya dia dapat lampu hijau dari bosnya! Dengan penuh bersemangat Akim melangkah laju menerpa kearah Tony.

Harith terus mengambil tempat duduk pada kerusinya sambil tangan masih sibuk mengelap buku lima, terasa sakit juga. Kaki diangkat lalu diletakkan keatas mejanya.

Harith menggeleng kecil melihat wajah Akim yang bertukar riang itu. Badan disandarkan dan mula fokus kearah Akim yang mula membuat kerjanya.

Lama dia biar Akim buat kerja, dalam dua puluh minit, nonstop. Tidak lama suara Ninja H2 milik Aizack mula kedengaran dari luar sana. Dia biar saja, memang Aizack tahu pun kerja dia. Nak takut apa.

Akim berhenti dari membuat kerja. Mukanya jelas terpancar kepanikan, cepat-cepat dia menyeka darah yang ada pada tangan nya dan menjauh dari jasad Tony yang tidak berdaya itu.

Pintu terbuka dengan otomatik dan ruangan yang tadi gelap, kini bertukar sedikit terang. Sesosok tubuh Aizack masuk tanpa memperdulikan jasad yang terkulai lemah di lantai, sempat juga dia menendang lembut kaki Tony itu. Saja mahu memastikan, sudah mati atau belum.

" Pfft, Akim? " Semerta Aizack ketawa kecil tatkala melihat riak takut Akim itu. Dengan baju yang sudah terpercik sedikit darah. Tak sangka Akim dah besar, dah berani ikut kerja gila Harith. Ingat betul dia masa Akim mula-mula kerja dengan Harith. Pandang darah pun sampai terkencing seluar.

" Jangan pedulikan dia. Kau nak apa datang sini " Aizack mengalihkan pandangannya pada Harith kini dengan kening ternaik. Harith menurunkan kakinya dari atas meja sambil tangan dilibas sakit. Jujur cakap, muka Tony macam besi, keras gila! Sampai luka buku lima nya.

" Tak adalah, saja bawa Irina lawat sarang kau " Selamba Aizack menjawab, lalu merebahkan badannya pada sofa yang cukup usang disitu dengan gaya yang santai habis.

Mendengar saja nama gadis itu, terus Harith berdiri tegak. Penuh kepanikan dia memandang wajah Aizack yang sudah berpeluk tubuh diatas sofa itu sambil menggoyang-goyangkan kakinya. Waih mat, macam itu aje kau buat aku?

" Kau biar betul? " Harith menyoal dengan nada yang sudah panik. Aizack dengan tennagnya, menganggukkan kepala saja.

" Habis? Mana dia? "

" Dekat simpang depan sana, dia singgah beli kuih kejap " Balas Aizack remeh.

" Kenapa kau bawa dia datang sini! " Harith mendengus geram, lalu berjalan mendekati badan Tony. Tangannya naik memanggil Akim untuk sembunyikan dulu sekujur tubuh yang tak bermaya itu. Gawat kalau Irina tengok. Walaupun bukan kerja dia. Serius, bukan kerja dia.

Akim dengan sigap terus menarik kaki Tony dengan kudrat yang bersisa untuk dibawa ke tempat yang agak tersembunyi. Tarik punya tarik, mereka tak sedar yang darah lelaki itu meninggalkan bekas pada lantai, sampailah Aizack bersuara mengingati. Dia juga tidak mahu Irina tahu kerja Harith. Walaupun Harith ialah saingannya dalam mendapatkan Irina, tapi Harith tetaplah kawan baiknya.

" Darah " Sepatah dia memberi tahu. Mata masih melekat pada dua manusia yang sedang terkulat-kulat di depannya itu. Paniknya...

" Mop! " Harith menjerit kesal, semakin tak karuan dia bila suara motor Yamaha R1 Irina kedengaran semakin menghampiri markas. Aizack senyum saja, sedikit pun tiada niat mahu membantu sahabat nya itu. Lagipun bukan kerja dia, kenapa dia yang nak susah-susah.

Usai Harith selesai membersihkan sisa darah pada lantai, terus mop di genggamannya itu di baling jauh. Untunglah tempatnya itu sedikit bersepah disebabkan kotak-kotak dan beberapa kerangka motor.

Sejurus pintu terbuka, tiga pasang mata terus memandang nya dengan serentak. Terkebil-kebil Irina dibuatnya. Dah kenapa tiga manusia di hadapannya itu? Pelik semacam.

" I..Irina? Buat apa kat sini? Bukannya kau tengah lawat Kai? " Harith menyoal. Senyum kekok dihadiahkan pada gadis itu.

" Haah tadi, aku datang nak bawakan ni, sebagai tanda permintaan maaf aku " Ucapnya lalu menayangkan dua plastik putih yang berisikan kuih muih. Entah lelaki itu suka atau tak, dia bawa saja. Yang penting niat, tak gitew?

" Permintaan maaf apa pula " Harith hairan, kaki melangkah setapak demi setapak kearah gadis itu lalu berhenti betul-betul di depan Irina. Baru saja Irina ingin membalas, Harith sudah terlebih dulu memotong.

" Kau berdua keluar dulu " Badan berpaling kearah Aizack dan Akim. Akim laju mengangguk lalu keluar tanpa banyak bunyi. Tapi tidak bagi Aizack. Lelaki itu masih setia di posisi yang sama, sambil menayangkan riak selamba badak nya.

" Lah? Cakap aje lah. Kau nak buat apa berdua-duaan dalam ni, tak takut syaitan hasut ke " Ucapnya malas. Kini posisinya direbahkan pula. Taknak dia biarkan Irina berdua dengan Harith, lelaki itu mana boleh di percaya!

" Tolong aku beli kain kapas dengan ubat sapu, please.. " Irina pula bersuara dengan nada merayu. Aizack menghela nafas nya sebelum bangkit dari pembaringan. Dia memang tak boleh tolak permintaan gadis itu.

" Walaupun kau kawan aku, aku takkan tinggal diam kalau kau buat apa-apa pada gadis aku " Mata di sipitkan seraya memberi amaran pada Harith. Walaupun dia tahu yang Harith langsung tak takut dengannya, apa salahnya mencuba.

Irina ketawa, geli hati dengan perangai Aizack itu. Aizack yang sudah melepasi Harith itu di pukul lembut. Aizack senyum seraya memegang dada yang di pukul tadi, sempat juga dia mengedipkan sebelah matanya kearah Harith sebelum berlalu pergi. Panassss

" Hm, sekarang cakap. Kau minta maaf sebab apa " Harith menyoal selepas suara motor Aizack mula beransur-ansur hilang. Kepala dimiringkan sambil menatap gadis di hadapannya itu.

" Tak ada apalah. Ni, aku tengok baju Akim basah semacam, kenapa? " Irina menyoal. Ya, dia sempat melihat setompok darah pada baju T milik anak buah Harith itu semasa melepasi nya tadi. Tapi dia tak naklah cakap spesifik basah sebab apa.

Harith menjulingkan mata keatas sebelum menjawab. " Biasalah lelaki, kitaorang ber- Muay Thai tadi " Seraya itu dia senyum senget.

Irina hanya mengangguk, malas mahu bertanya lebih lanjut. Kalau sudah Harith menipu begitu, itu tandanya lelaki itu tidak mahu dia tahu. Dia akur.

" Kuih untuk kau " Plastik kembali di hulur kearah lelaki itu. Harith menatapnya sekilas sebelum bergerak mahu mengambil huluran dari Irina.

Baru saja dia hendak mengambil plastik itu, Irina sudah terlebih dulu mencapai tangan sasanya. Di belek-belek buku lima lelaki itu bak seorang pakar emas yang sedang menilik emas asli atau bukan, dengan kening dan dahi yang berkerut.

Tidak lama tangannya menarik lengan Harith lalu di bawa kearah sofa. Irina duduk, Harith turut sama ikut duduk. Tapi matanya melekat pada wajah gadis itu dengan penuh minat.









To be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro