Chapter 08 : Protective, are you?
Galak kaki Harith menapak memasuki bilik kerja ayahnya. Rahangnya turut sama bergerak-gerak menahan amarah. Tanpa berkata apa-apa terus dia memulas tombol pintu lalu ditolaknya kasar pintu yang tak berkunci itu. Susuk ayahnya yang fokus pada layar laptop di tenung tajam.
" Apa sebenarnya yang kau nak? Kenapa kau biar tikus-tikus sialan kau besar-besarkan masalah ni?! Aku dah kata aku yang buat, kenapa masih nak di besarkan?! " Keras suara Harith. Dada berombak kencang.
" Duduk, Rith " Dato' Micha mengarah dengan nada yang cukup tenang. Matanya masih fokus melekat pada layar laptopnya. Dia sudah agak, mesti anak lelakinya itu akan mencarinya. Laptop di tutup lalu menatap Harith dengan tenang.
" Let's not drag this out, Dato' Micha. " Badan ditundukkan sedikit kearah ayahnya dengan dua belah tangannya berada diatas meja kerja Dato' Micha. Nada suaranya bercampur amaran. Dia tidak perduli dengan arahan ayahnya barusan.
" Ayah tak buat apa-apa " Dato' Micha kembali bersuara. Semerta Harith ketawa kecil mendengar balasan Ayahnya itu. Kepala di pusing memandang lain lalu kembali menatap tajam Ayahnya.
" Justeru itu lah. Kau tak buat apa-apa, sebab itu manusia-manusia di bawah kau bertindak ikut kepala sendiri! " Sambil berkata, tangannya kuat menghentak meja kerja Dato' Micha. Telinganya sudah merah kerana marah yang kian membuak.
" Bukannya Rith juga yang cakap dekat ayah, Rith boleh handle semua sendiri, Kenapa suruh ayah pula ikut campur ni? " Ucap Dato' Micha kehairanan.
" Apa guna kekuasaan kau kalau kau tak gunakan. Masa-masa macam ini lah kau guna kuasa kau, bukan masa aku pun boleh tanganj baru kau nak sibuk masuk campur! " Balas Harith keras, persetan dengan ucapan ayahnya tadi. Gigi diketap penuh geram.
Dato' Micha tergelak kecil. Tidak habis fikir, kenapa tiba-tiba pula anak lelakinya berkelakuan seperti ini? Tidak biasanya. Jari telunjuk di ketuk beberapa kali pada meja kerjanya.
Dia mengangguk sekali. " Hm, nantilah ayah arahkan diaorang berhenti dari terus siasat kes tu " Dato' Micha akur, malas juga mahu berdebat dengan anak lelaki nya satu itu. Makin banyak dia bunyi, makin banyak pula anak nya itu akan membalas. Oleh sebab itu, dia akur saja. Tidak mahu memperpanjang debat.
" Macam itu lah. Cuba dari kelmarin lagi! Tak aku buang-buang tenaga aku semata nak jumpa kau " Ucap Harith kesal lalu keluar dari bilik kerja ayahnya. Pintu di hempas tutup kuat.
Puas hati, lepasni tidaklah Akim asyik menanyakan hal ini terus menerus. Dasar penakut!
Dato' Micha memerhati saja. Tidak lama dia mencapai telefon bimbit miliknya. Jemari ligat menekan skrin. Dapat saja nama yang hendak di panggil, terus telefon di lekatkan pada telinga.
" Jangan buat apa-apa, aku nak kau tutup kes ni " Ucap Dato' Micha selepas bawahan nya mengangkat panggilan darinya.
" Aku tak kesah! Kau bagilah alasan apapun dekat keluarga dia! Aku nak kau TUTUP. KES. INI! Jangan kau besar-besar kan! " Tutur Dato' Micha sedikit marah apabila bawahannya asyik menjawab dan bagi alasan. Susah sangat ke nak dengar cakap dia tanpa banyak songeh?
Panggilan di matikan sepihak lalu di letak telefon nya dengan kasar keatas meja kerja. Laptop kembali di buka dengan perasaan yang masih sedikit marah.
Dato' Micha Ahmad. Siapa tidak kenal dengan sebaris nama itu? Lelaki tua yang cukup di geruni di negeri LIORD itu. Dia mampu membuat satu LIORD tunduk padanya. Siapa dia? Dia, Micha Ahmad Shah, anak sulung dari geng mafia yang banyak berjasa pada negara semasa perang tempoh dulu.
" Lepasni kau nak pergi mana? " Gisella bertanya, wajah Irina dipandang, menanti jawaban. Bosan betul harini, budak-budak HAKAZ tak ada jadual, jadi diapun tak boleh buat apa-apa.
Irina hanya mengjongket sebelah bahu. " Bengkel Harith agaknya, nak tengok helmet baru " beritahu Irina, tapi masih teragak-agak, mahu pergi atau tidak.
" Helmet kau kenapa? Aku tengok ok aje lagi " Gisella bertanya lagi, helmet yang elok terparkir atas R1 Irina itu di tilik dengan kening berkerut. Masih bagus lagi kenapa nak beli baru.
" Aku tak suka, ketat sangat "
" Lah? Elok lah ketat, selamat lagi. Andai kata jatuh nanti, taklah helmet tu tercabut dari kepala " Irina hanya mengangguk, mengiyakan kata-kata kawan nya itu, kalau tidak, mahu sampai esok dia membebel.
" Cakap pasal jatuh, pagi tadi Harith ada bagitahu aku yang Kai jatuh semalam. " Beritahu Gisella. Terbeliak terus mata Irina. Terkejut.
" Kenapa baru bagitahu aku! " Marah Irina, cepat-cepat dia bangkit dari duduknya, R1 nya dituju, helmet di pakai, enjin dihidupkan dan terus berlalu pergi meninggalkan Gisella yang terkebil-kebil melihat tindakan Irina.
" Aku tak habis cakap lagi, minah ni lah! Oi! " keluhan dilepaskan sebelum dia juga turut pergi mengekori Irina yang sudah jauh membelah jalan raya itu.
Semerta senyuman Kai mekar, tatkala melihat figura Irina yang baru tiba disitu.
" Kenapa tak bagitahu aku " Dingin Irina bersuara. Matanya tajam merenung Harith yang sedang berdiri di sebelah katil Kai yang terbaring itu. Belum Harith membalas, Kai sudah lebih dulu mencelah.
" Jangan salahkan Harith, saya yang minta dia rahasiakan dari awak. " tipu Kai, bibir masih menguntum senyuman, berbunga-bunga rasa hatinya bila wajah Irina itu kelihatan amat risaukan dia.
" Tapi kenapa? Kita kawan, kenapa perlu berahsia s- "
" Diam Irina, kau buat Kai makin sakit tu " Potong Harith setelah melihat senyuman Kai yang beransur-ansur pudar dari bibir lelaki itu. Lagipun naik pening juga dengan Irina yang tak habis-habis membebel. Bising
" Saya taknak awak risau " Sambung Kai, senyuman kembali diukir. Lebih tepatnya, dipaksa terukir. Irina mendekati nya dengan wajah penuh prihatin. Tangan lelaki itu di capai.
" Jangan pegang, kau tak nampak ke tangan dia sakit tu " Harith bersuara. Tanganya menjentik tangan Irina. Tidak kuat tapi mampu membuat genggaman gadis itu terlepas. Irina mencebik.
" Tak apa, sikit je ni " Kai ketawa di hujung ayatnya, suka melihat dua karenah manusia di tepinya itu. Pantang betul berjumpa sikit-sikit nak gaduh.
" Oh ya, yang lain mana? " kini mata Irina beralih kearah Harith. Harith hanya mengjongket bahu. Lagipun bukan urusan dia nak tahu semua anak buah dia kemana. Biarlah anak-anak buahnya itu berkeliaran kemana mereka suka, asalkan tak kacau dia.
" Diaorang dah tahu keadaan awak macam ni? " Irina bertanya kearah Kai pula, kening di jongketkan.
Kai mengangguk lemah. " Ya, diaorang ada datang pagi tadi " beritahu Kai ringkas. Irina mengangguk faham. Jadi dia sendiri saja lah yang baru tahu dan baru datang lawat petang macam ni.
Tiba-tiba pintu bilik Kai diketuk dari luar sebelum terbuka sedikit, muncul susuk Gisella dari balik pintu dengan senyuman manis nya. Tapi jika diamati secara dekat, riak gadis itu jelas sedang kepenatan.
" Hai, Baru sampai? Aku baru nak balik sebab kau lama sangat " Usai berkata Irina terus ketawa kecil, saja mahu memerli Gisella yang lambat itu. Semerta dapat jelingan dari Gisella. Helmet yang masih digenggam di letakkan ke sofa lalu melangkah mendekati tiga orang itu.
" Kau tahu jantung aku tak habis dupdapdupdap tadi tau! Kalau tak tengok motor kau dekat luar memang aku rasa jantung aku keluar dari badan ni " Cerita Gisella penuh dramatik, nafas lega juga di hembuskan selepas melihat R1 Irina yang ter-parking elok di luar rumah Kai itu. Nasib lah kawannya itu sampai dengan selamat.
" Aku rasa kau dah setara dengan Valentino Rossi dah tadi " Perli Gisella pula, sempat dia menyiku perut Irina, sampai mengadu kecil wanita itu dek kesakitan.
" Jangan buat lagi Irina, bahaya " Harith kembali bersuara, wajahnya jelas terpancar kerisauan dan marah. Irina hanya tersengih sambil menjulingkan mata keatas. Dah datang dah, Harith si protective.
" Itu alasan kenapa aku tak bagitahu kau, tapi ada pula sorang manusia yang tak reti nak tutup mulut " Sambung Harith. Kini sorot matanya menikam anak mata Gisella sekilas sebelum kembali memandang Irina lembut.
" Benda dah jadi, Irina pun dah selamat sampai depan mata kau kan, nak salah kan aku pula " Kini giliran Gisella pula menjeling tajam ke arah Harith. Kecik besar saja dia lihat lelaki di hadapannya itu.
" Nak gaduh dekat luar. Tak nampak ke, Kai tengah sakit ni " Irina bersuara pula bagai dia tidak bersalah. Padahal dialah punca dua manusia didepannya itu saling bertikam lidah.
Tidak lama, nada dering dari telefon seseorang mula kedengaran memenuhi ruangan. Semerta mereka bertiga saling mencari telefon masing-masing dari poket. Harith mengangkat tangan tanda telefon yang tengah berdisko itu ialah telefon miliknya.
Tanpa membuang masa dia terus menekan butang berwarna hijau tatkala melihat nama Adam selaku salah satu anak buah nya yang membuat panggilan. Dengan cepat langkah juga diatur keluar dari ruang itu.
Selepas beberapa minit Harith meninggalkan tiga manusia di bilik Kai itu, dia kembali masuk ke dalam. Dia menghampiri Kai sebelum pamit meminta diri untuk pergi.
" Aku gerak dulu, ada hal sikit " Selepas mendapat anggukan dari Kai, Harith terus mengorak langkah untuk pergi, sempat juga dia mengerling tajam kearah Irina yang juga melihatnya itu. Saja mahu memperingati agar perkara tadi tidak diulang lagi.
To be continue...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro